27.10.11

surat layang datang melayang




Alahai...lemaunya aku harini. 5 hari cuti dok saja kat rumah tiba2 harini kerja pulak rasa malas nak buat apa2. Silap pulak hari tu ambik cuti 24 sampai 25hb je. Campur cuti deepavali jadi 3 hari. Campur weekend sabtu ahad minggu lepas jadi la 5 hari. Kan bagus habiskan je minggu ni dgn cuti. Sudahnya masuk kerja harini, malas atas bawah! huh!


Oke la...harini aku nak cerita pasal SURAT LAYANG. Pasalnya awal2 pagi tadi aku disogokkan dengan sepucuk surat layang dari sapa tu tak pasti...tapi yang pastinya dari seorang jantan yang tak puas hati pasal kes 'duty menduty' terhadap kami golongan wanita.


Surat tu bukan ditujukan kepada aku tetapi kepada aku punya bos yang salah satu tugasnya adalah mentadbir hal ehwal keanggotaan kat tempat kerja aku. Ada sedikit ketidakpuasan hatinya pada golongan wanita lalu dilemparkan sepucuk surat layang kepada bos dengan harapan bos tersebut akan mengambil tindakan yang sewajarnya lah.


Tetapi malang bagi pelayang surat tersebut apabila bos bertindak membalas surat tersebut dengan cara "menempek" di papan kenyataan agar pelayang surat tersebut dapat membaca secara terbuka (sebab taktahu sapa yang hantar kan) serta memberikan jawapan yang aku rasa agak 'kelakar dan  berjaya membuatkan hati aku geli lalu ketawa HAKHAKHAK" sekaligus membuatkan pelayang surat tersebut berasa lebih PANAS hati macam cacing kepanasan kot! Hambik hang...keh3...


Memang kelakar gila lah ayat bos tu....memang cincai abih la dia punya bahasa. Baru padan dengan muka si pelayang surat tu kan. Kihkihkih....


Sakit hati hang tapi sakit lagi hati kami para wanita yang baca surat tu tau. Kalau taktau cerita sebenar jangan la main tuduh2 buleh? Kalau rasa macam tak adil..silalah berjumpa terus dan berbincang secara aman dengan pihak berwajib. Ini tak...yang tahu buat cuma rungutan, sungutan dan sesungut je macam anai2 kat pongsu! Haih! tak paham...tak paham..tak paham lah aku.


Tak salah kot kalau kita anggap orang yang menulis surat layang ni sebagai 'musuh dalam hutan! eh...selimut'. Boleh juga dipanggil sebagai pengecut atau penakut sebab tak berani nak bertanggungjawab dengan apa yang dia tulis. Betoi dak?


Sekarang semua orang dok cari sapa pelayang surat tersebut. Nampaknya setakat ni...bayang pelayang tu semakin dikenalpasti identiti dia. Siap la hang....






9 comments:

  1. surat cinta xpeler jgk kan, tu jenis pengecut tuh...lariiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  2. dia segan kot nak face to face, ekeke

    ReplyDelete
  3. lelaki pengecut..huhu..
    snap la gambar surat..
    nak tengok..:p
    (PEYIBUK)

    ReplyDelete
  4. @ParisLipton: klu bagi surat centa pun takmau...:P

    ReplyDelete
  5. @Rebellion: bukan segan, penakott tu

    ReplyDelete
  6. @Kak diana: hehe..nak jugak?? oke lain entry :)

    ReplyDelete
  7. Tak baik tau tuduh2 hehe..napa tak upload? boleh tolong bacakan :P

    ReplyDelete
  8. surat layang tulih pakai tangan ke? pegi check kat kerani yg slalu kire claim OT. sure dia tau sape. LOL

    ReplyDelete
  9. @Elih: oke..next entry

    @Andi: surat bertaip :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D