14.10.11

TLC Promise Me campaign: Jom menderma dengan Earning Nuffnang yang kita dapat tu!



Assalamualaikum! 

Selamat hari jumaat ya kawan-kawan. Entry kali ni agak mulia isinya dari entry yang lepas HEHE...sebab tajuk pun dah nampak kemuliaan dia kan. So, apakata di hari jumaat ni yang juga penghulu segala hari....hari yang penuh dengan keberkatan. Mari kita menderma dengan cara paling mudah sekali. Tak payah dah nak keluar pergi bank.......semuanya di hujung jari kita! Cumanya nak dengan taknak je. 


Okey. Pernah dengar tentang Rumah Aman? atau pernah pergi ke pernah singgah ke pernah lalu je ke? Pernah? 


Okey, saya pun tak pernah! Tapi untuk maklumat semua, Rumah Aman adalah sebuah rumah kebajikan dan anak yatim yang terletak di Shah Alam. Rumah Aman di tubuhkan sejak tahun 2005 dan menjaga lebih daripada 30 orang kanak-kanak pelbagai peringkat umur. 

Peranan Rumah Aman adalah untuk memberi perlindungan dan pendidikan yang terbaik untuk kanak - kanak yang telah kehilangan ibu bapa dan juga dari keluarga yang tidak berkemampuan.




Dikenali sebagai TLC atau penuhnya Truly Loving Company sekali lagi telah melancarkan kempen "Promise Me for season 2" yang mana TLC menjanjikan sesuatu untuk memenuhi impian setiap kanak-kanak di Rumah Aman. Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan sumbangan dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan lain-lain dari kita semua. Semestinya adalah untuk kesenangan, keselesaan dan kegembiraan kanak-kanak di rumah tersebut.


Kepada ahli Nuffnang yang ingin memberi sumbangan. Caranya sangat mudah kerana Nuffnang telah menawarkan perkhidmatan menderma hanya dengan menyumbang "Earning" anda sahaja. Pilih je samada nak derma RM1, RM5 atau RM10. Sama juga dengan ahli Churp Churp boleh menderma dengan pendapatan terkumpul anda. Caranya hanya dengan:

Login akaun Nuffnang dan klik http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/
Pilih je jumlah yang ada samada RM1, RM5 atau RM 10
Tekan butang submit.
Mudah sangat kan! 


Atau dengan cara lain, anda memberi sumbangan melalui:
Maybank2U 
You can make a direct donation to Rumah Aman (Shah Alam) at 562106720433 with the remark: "Nuffnang TLC Promise Me S2". Kindly send a screenshot of the transfer to tlcpromiseme@nuffnang.com after you're done, so that we can verify the transfer and arrange for your tax deduction receipt to be delivered to you! 
Cheque 
Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and sent to our KL office at the address below:12B5 & 12B6, Heritage House33 Jalan Yap Ah Shak50300 Kuala Lumpur.All donations are tax deductible, and Rumah Aman will be able to issue a receipt for your kind donation.

Semoga dengan sumbangan kita, kanak - kanak malang di Rumah Aman akan menjalani kehidupan yang lebih baik seperti anak-anak kita semua. Aminnnn!


Ringan-ringankan tangan anda untuk pasang banner ni kat blog sebagai tanda anda juga meyokong usaha yang baik ini. 





Saya dahhhh...korang?
Entri ini adalah artikel tajaan dari Nuffnang dan TLC. smile :)





1 comment:

  1. churp2 kalau tak cukup lagi untuk cashout boleh derma tak???

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D