5.11.11

aku belum balik ;(




Assalamualaikum. Selamat malam. Esok dah raya...semua orang dah ada kat kampung ke?

Hurm, nampaknya aku je belum balik. Nak buat cemana. Laki aku keja malam ni. Esok pulak ada korban kat sini. 3 eko lembu akan terkorban. Laki aku kena sembelih dia. Tengahari esok baru dapat balik. Dahla cuti tak lama, selasa dah kerja. 

Tadi tepon mak kat kampung. Wah!! meriahnya. Bising dengan suara cucu2 mak. Baru 2 orang dah hingaq satu rumah. Kakak aku dah balik. Oke la sekurangnya mak tak rasa la sunyi sangat kalau aku tak dapat balik awal. 

Terasa sunyi je kat kawasan rumah aku, jiran sebelah pun dah balik kampung petang tadi. Tiba2 rasa nak nangis. Ermm, dah nangis pon tadi! ekeke. Mestilah sedih kan. Lagi2 bila dengar riuh rendah kat rumah tadi. 

Aku kalau dah duduk sorang kat rumah ni memang tak rasa nak buat apa2. Kueh ke. Apabenda pon aku rasa tak semangat nak buat kalau sorang2. Disebabkan faktor tak reti sekali la tu. HAHA ! 

Tiap2 tahun kueh aku tempah je. Manada masa nak buat. Kat opis tu kemain ramai tokey kuih. Siap bawak sampel suruh try. 2, 3 orang tokey kueh aku order. 2 jenis kat dia ni, 2 jenis kat dia tu, 2 jenis lagi kat dia nu. Dahhh, kalau semuanya kawan2 tak sampai hati pulak tak order kan. 

Tak macam tahun lepas, banyak aku order. Makan tak habis pun sampai boleh bawak ke raya haji. Pon tak habis jugak!! Kan membazir namanya tu. Tahun ni aku order cukup2 je. Selebihnya bagi mak dengan mertua.

Oke lah. Aku nak gosok baju raya pulak. 

Perasan tak? entry ni macam takda perasaan je. Melulu je tulis. Unhappy oke! ;( Salam Aidiladha!!


5 comments:

  1. takpa, janji bole balik jugak walaupon tengahari. kan?

    selamat hari raya aidiladha.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidiladha niza.. ^_^

    ReplyDelete
  3. yang penting dpt balik :) Salam Aidiladha...senyumlah selalu bila dugaan mendatang k ^_^

    ReplyDelete
  4. kuih zaman sekarang makin lama makin mahal tapi makin ramai orang beli huhu... kami pun makan kuih raya puasa je. byk lebih...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D