25.11.11

Beradabkah kita?




Assalamualaikum. Hari ni nak cakap pasal adab2 dalam islam. 

"Islam adalah agama yang kaya dengan adab dan sopan santun. Al-Quran dan Hadis telah mencatatkan sejumlah besar adab susila sepanjang zaman. Rasulullah s.a.w adalah model akhlak dan adab bagi umat Islam. Ini disebabkan peribadi Rasulullah s.a.w adalah terjemahan kepada akhlak Al-Quran.

Orang yang berahklak, sebenarnya orang yang memelihara adab sosial atau sopan santun. Dengan kata yang lain orang yang beradab adalah orang yang berkelakuan baik. Oleh itu, sudah sejarahnya adab dan sopan santun menjadi hiasan hidup setiap orang yang bergelar Muslim."

Setiap perkara, setiap langkah, setiap perbuatan dalam kehidupan kita sebagai muslim ni ada adab yang perlu di jaga.

Contoh paling dekat dengan kita adalah ibu bapa. Adab dengan ibu bapa. Itu mesti! sebab ibu bapa ada kedudukan yang tinggi di sisi agama. Kita di didik supaya sentiasa hormat dan berakhlak baik kepada ibu bapa kita. Sebagai anak kita mesti sedaya boleh beradab dengan mereka.

Dengan cikgu2 kita, dengan kawan2 kita, samada perbuatan atau bercakap pun kena ada adab.. ini tak cakap ikut sedap mulut kita je. Nak mandi nak pakai baju, makan minum kita, dengan jiran terutamanya semua ada adab yang perlu kita ambik berat.

Malah tidur pun ada adab. Sebab tidur adalah satu cara yang amat baik untuk kita merehatkan diri. Masa kita tidur segala masalah ketegangan fizikal dan mental dapat dikurangkan.

Firman Allah s.wt dalam Surah An-Naba' 78.
"Dan Kami jadikan tidurmu untuk melepaskan lelah."

Rasulullah s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana hendaknya seorang muslim itu tidur supaya tidurnya mendatangkan kebaikan dan kebajikan kepada dirinya di dunia dan juga akhirat.

Apakah adab2 tu semua...carilah, google lah atas kemahuan diri sendiri :)


5 comments:

  1. blm smpurna adabku....masih coba memperbaiki akhlak diri ini..reng2kn dan slmt beramal~~

    ReplyDelete
  2. btul tuh musti belajar lebih tuk menjadi orang yg lbih baek.
    smoga d beri kemudahan amin.

    ReplyDelete
  3. Salam...memang Islam mengajar begitu, cuma naluri manusia yg selalu mengabaikannya...

    ReplyDelete
  4. lihat pada entry seseorang kita boleh tahu sedikit peradaban seseorang (",)

    jom baca (",)
    kata-kata adalah cermin peribadi

    ReplyDelete
  5. sedang memperbaiki diri ke arah yg lebih baik (:

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D