25.11.11

Bila suami umur 40-an






Betul ke lelaki akan rasa kembali muda bila diorang memasuki usia 40-an? Kalau sebelum tu soal penampilan tak ambik kisah sangat tapi bila masuk 40 mula dah ambil perhatian dengan penampilan diorang. Dan yang merisaukan si isteri bila suami dah berani jeling2 kat perempuan. Perempuan muda! Gadis muda!

Bila cakap pasal 40-an ni aku teringat pulak dekat uncle yang hot tu. Huhu. Sebenarnya aku terbaca kat majalah katanya perkahwinan mungkin diuji bila usia suami 40an. Bagi yang gagal kawal nafsu dan ikut perasaan je rumah tangga boleh goyah dek kerananya. Paling teruk ada yang sanggup tinggal anak isteri sebab dah jumpa cinta baru!

Kepada isteri yang punya suami yang nak masuk fasa '4 siri' ni kenalah buat persiapan mental dan fizikal dari sekarang manatau bahtera perkahwinan akan teruji lagi. Komunikasi dan pemahaman memainkan peranan yang sangat penting bagi pasangan yang mulai memasuki masa akil baligh kedua ni.

Sebarang krisis harus diselesaikan dengan baik. Isteri pulak kenalah faham keadaan yang dilalui si suami dan isteri jugak perlu berubah. Jangan dok buat perangai tak elok. Layan tu elok2 la jangan buat endah tak endah je. Buatla sesuatu agar cinta sentiasa ada dan kekal di hati suami. 

Kepada suami pulak janganlah terlalu ikutkan perasaan korang tu. Fikir dan ingatlah keluarga yang telah korang bina selama ini. Kesian kat anak bini. 

Laki aku ada lagi 11 tahun nak sampai 40. Nak standby dari sekaranglah. hehehe


9 comments:

  1. uncle gedek kena pomote lagi..
    azzah pun kena standy 14 tahun lagi..:)cayang oo laki..:)

    ReplyDelete
  2. autopilot rupa nya...pempuan pun ada penyakit begin at 40 ni..hoho..serius, dh jumpa beberapa owang..ada yg sanggup tgal suami walo anak berderet utk kejar si teruna idaman..jangan lah kita n suami tmasuk dlm golongan mcm tu..jauhkanlah..

    ReplyDelete
  3. baik perempuan atau lelaki dugaan dan ujian yg datang adalah sama rata cuma kita redha atau tidak sahaja...mmg benar cecah sahaja umur 40...harus berhati2 dari segi minda dan jiwa...:)

    ReplyDelete
  4. erk kalau tak sampai umur 40 dah sampai ajal camne ea?hmm harap2 umur aku panjang, bagi aku masa lebih untuk amal ibadat

    ReplyDelete
  5. betul kot..sbb tu laki bila masuk 40 ke atas..mula la gatal nk kawen lagi..haha

    ReplyDelete
  6. umur 40 tahun kehidupan makin stabil..jadi mula la nak buat pasal..
    perempuan kena hati2...mainkan peranan sebaiknya moga rumahtangga aman..

    ReplyDelete
  7. hehehe..uncle gedek...ingat 40 ingat uncle gedek...

    a ah la kak..ramai jugak kate camtu..boss eka kata kan,lelaki dua kali remaja.last sekali umur 40....hahaha

    ReplyDelete
  8. tuh ler mmg betul pun.laki usia meningkat lagi menjadi2 segak bergaya die.
    lagi ramai peminat..huuiiiiii..sush kalau asik remaja jer..

    kite sebagai isteri nih kena mainkan peranan juga..:) isteri pun nak remaja juga..depn suami jer lah hhihih..:)

    ReplyDelete
  9. skrg pon boley berubah pe...nk ready gaklah dr skrg ;p

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D