24.11.11

Dulu suka panjat bukit





Ada tak antara korang yang liat nak bangun pagi? Lagi2 bila cuti hujung minggu. Amboi.. kemain liat kan nak bangun pagi2 keluar joging. Walhal, padang permainan yang ada kat kawasan perumahan korang pun boleh je nak bersenam asalkan ada kemahuan je. Lagi dekat lagi senang kot. Tapi sayang ke tidur lagi dari keluar bersenam kan. Aku pun kadang2 camtu jugak...heh3

Masa aku bujang2 dulu, duduk dengan kawan2. Hujung minggu je kami akan keluar joging dalam 4, 5 orang. Perempuan sahaja. Kalau dekat Penang tu area Bayan Lepas tempat yang menjadi kegemaran orang ramai nak joging adalah PISA. Lari keliling PISA tu aku boleh pengsan woo! tapi dengan keazaman yang kuat aku lari sikit jalan banyak, lari sejemput jalan berjemput2. Jadilah, asal keluaq jugak peluh penyegan tu.

Lagi satu tempat dan aktiviti yang kami suka adalah panjat Bukit Jambul. Boleh tahan jugak BJ tu. Tapi bila dah sampai atas kat puncak hilang semua penat, duduk atas kerusi batu yang menghadap ke laut sambil menikmati keindahan muka bumi Penang. Luas pemandangan dari puncak. Indah. Sejuk mata. Tenang jiwa. Lapang dada. hehehe

Kat Penang ni memang banyak tempat beriadah. Setiap kawasan ada. Paling aku suka joging tepi laut dekat dengan Polis Marin atau tepi jalan yang nak menuju ke Jambatan P.Pinang. Besh!




sengaja blur kan :P


Itu dulu masa bujang, sekarang ni aku ada geng aerobik je. Ini antara geng aerobeto di Kompleks belia & sukan, Batu Uban. Cuba teka yang mana aku? hehe


11 comments:

  1. akak yg baju merah tu..!!



    yeay..betul..


    nak adiah..! :)

    ReplyDelete
  2. lg mencabar pnjt gunung... boleh hilg berkilo-kilo....haaa jommm

    ReplyDelete
  3. saya pun rasa niza yang baju merah tak pun yang baju cekelat sebelah baju merah tu..:)

    ReplyDelete
  4. bila la saya nak join geng aerobik ni ekk..
    tapi pnjt gunung/bukit lg best..alam yg segar!

    ReplyDelete
  5. as salam..
    ya! akak yang baju merah tu!!
    ok, hadiahnya, jangan blurkan gambo

    =p

    ReplyDelete
  6. yang paling merah paling tinggi dan paling cun tu...hehehehh

    ReplyDelete
  7. akak yang baju merah tu ke.. no wonder lah askar mesti gaya khidupan yang sihat kan. saya ni adehhh..pemalas..

    ReplyDelete
  8. skrg dah ado anak bangun on time jer...tak mcm bujang dah..hehe

    ReplyDelete
  9. sy senang bgn n susah tido, ngeee :-)

    ReplyDelete
  10. niza yg baju merah kn..akk pernah jumpa niza dulu..hik3..cam iyer2 ooo je kan..akk paling suka jungle treking..dolu2 laa..huhu :)

    ReplyDelete
  11. pandai teka :)

    azzah, yg baju cekelat tu 'makcik' yg penah sy cerita dulu. dok dekat2 pulak...hehe

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D