4.11.11

isteri curang




Pengalaman aku la masa nak menikah dulu...kemain syokkk tau! Maklum la..dah lama sangat dah hidup membujang. Jadi rasa macam tak sabar sangat nak tukar status kat facebook tu dari 'single lagi lahhh!' ke 'dah married pom!' Hehehe..

Betapa peritnya dulu sebab 2, 3kali frust tertonggeng2 sebelum berjumpa dengan calon suami yang betul2 serasi. Bila dah jumpa dan buat keputusan nak berkahwin tentulah seronok kan. Seronok sebab bila dah bersuami aku bercita2 nak jadi isteri yang solehah, taat, penyayang dan setia kat dia sampai akhir hayat.

Aku bukan nak cerita pasal rumahtangga aku tapi pasal kisah rumahtangga hari ini yang kalau kita buka surat khabar hari2 ada cerita pasal kecurangan pasangan dan penceraian.

Berita2 pasal kecurangan tu memang dah lali nak baca sebab biasanya melibatkan lelaki atau suami. Tapi sekarang ni dah terbalik...ramai pulak isteri yang curang. Bila dipikir2 oleh akal aku yang memang kadang2 aku pikir sampai nak biol sampai berasap pun boleh kot tapi jawapan tu takda dalam kepala otak aku. Mungkin sebab aku masih waras dan otak aku masih suci dari nak buat benda2 bodoh, nak curang dengan suami. Nauzubillah.... 

Aku hanya terpikir apa yang menyebabkan seorang ISTERI boleh curang kat suami dia. Adakah sebab kekurangan kasih sayang? kurang belaian? kurang harta? takda anak? jemu? entahla.... kadang2 masalah sebenar rumahtangga orang kita tak tahu pun yang 'dalam2' tu. Bukan cerita dalam kain la! Tapi......



perlu ke isteri tu curang? 


11 comments:

  1. mungkin sebab iman yang tak kuat dan dia rasa suami yang dia kawen tu tak menepati citarasa dia selepas kawen..

    ReplyDelete
  2. Isteri cuba sebab kurang kasih sayang kot. Laki balik rumah tgh malam sibuk kerja, pastu tak sempat lyn bini. Tak pun isteri nak cari anak ikan yang lebih muda. Hehe

    Luv,
    Ikhwan Shah
    http://ikhwanshah.com

    ReplyDelete
  3. ni pendapat org yang belum kawin... lelaki atau perempuan curang adalah sbb menurut hawa nafsu yang tiada noktahnya..nak ini, nak itu.. nak semua..macamlah perkawinan ni macam beli jajan dekat kedai runcit... semua nak borong

    ReplyDelete
  4. Niza, setiap ayat dan patah perkataan awk dlm entry ni sama dengan saya. Saya pun sgt tak faham isteri yg curang smpai terlanjur. Sbb bila dah kawen ni, rasanya utk melakukan perkara-perkara tetttt tu perlukan rasa cinta. Dan bukan mudah utk tukar-tukar feeling kepada org lain. Haihh.. ntah la. Mereka je yg tau kenapa mereka 'curam'.

    ReplyDelete
  5. ngeri baca paper skrg macam2 berita kan:( tak patut lah isteri curang, dh taknk baik buang terus, jangan main belakang......ahh, tapi lebih baik kekalkanlah selagi ia bisa bertahan! perbaiki kekurangan masing2 lebih baik dr mencari kekurangan yang sudah diketahui...

    ReplyDelete
  6. apa pun problem yg melanda..curang bkn penyelesaiannya. tu tmbh problem & dosa je.

    ReplyDelete
  7. apa pun masalah depa,bukan curang jalan penyelesaian nya..kan??

    ReplyDelete
  8. kerapuhan iman..biar pun kita tidak warak..namun sentiasa mengharap agar Allah pelihara diri kita supaya jadi isteri solehah..Insya Allah

    ada satu kisah..pempuan ni dah ada ank 3 tp still menagih cinta dari lelaki yg pernah dia sukai masa zaman remaja dia,lelaki tu tk ske pun kt dia..hubby dia baik, penyayang, pembimbing tp isteri dia terumbang ambing..too bad so sad..jangan she dead sudah..tak sempat nak bertaubat plak kan..semuga dia sedar demi anak2 nya yg comel dan tk mengerti apa2 itu

    ReplyDelete
  9. bila nafsu menguasai diri

    ReplyDelete
  10. seriau dengan dunia sekarang nie.

    ReplyDelete
  11. Syurga dibawah tapak kaki seorang Suami.jadilah isteri yang solehah.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D