13.11.11

nasihat dari Apesal.com





Ini untuk pengguna atau ahli Apesal.com. Mungkin sedikit sebanyak kemusykilan korang pasal Apesal.com lambat aprove korang punya post terjawab di sini.






Ada beberapa sebab kenapa kami lambat meluluskan post anda, berikut adalah antara kesilapan-kesilapan yang sering berlaku. Ini menyebabkan kami terpaksa mengubah satu-persatu tajuk post anda. Ada diantaranya kami 'skip' dan biarkan buat sementara.

Jadi jika anda mahu post anda terus di approve oleh kami, elakkan kesilapan berikut apabila anda submit post di apesal.com

1.Kesilapan Meletakkan tajuk
Meletakkan tajuk yang mempunyai simbol pelik "$$$$$####%%%!!!" Simbol pelik ini akan kelihatan sangat menyakitkan mata terutama di blog orang lain. Akibatnya, klik yang anda dapat akan berkurangan. Meletakkan Tag tajuk blog anda. Ini menyebabkan tajuk anda tidak fokus.  Contoh:

Title: ..:| Me, Myself, MyLove n Family |:..: Derhaka kepada Ibu Bapa 

2. Tiada gambar atau gambar kurang jelas
Apabila tiada gambar, kami terpaksa menangguhkan post anda telebih dahulu. Kemudian kami akan masukkan gambar tersebut untuk anda. Mungkin ambil masa sehingga 2-3 hari. Bayangkan lah berapa banyak post yang tidaak mempunyai gambar pada ketika ini. 

3. Salah URL 
Kesilapan ini jarang berlaku. Kami akan meletakkan status "pending" buat sementara waktu.

4. Post peribadi
Kami terpaksa meneliti terlebih dahulu post-post peribadi terutamanya ucapan-ucapan selamat hari raya dan juga ucapan selamat hari jadi.

5. Wordless Day 
Gambar-gambar "wordless day" mempunyai tajuk yang sama. Tidak salah anda meletakkan post ini, cuma kalau boleh, letakkan tajuk yang berbeza-beza.

Apabila anda mengelak dari melakukan kesalahan-kesalahan ini, secara tak langsung memudahkan urusan kami. Terima kasih kerana terus menggunakan kami sebagai medium perantaraan pertukaran traffik untuk blog anda.



P/s: Jangan ulang kesilapan ni lagi kalau nak post korang dan aku cepat aprove oleh Apesal.com. Hehehe

10 comments:

  1. dah bace dh kt apesal, tp xpham baca stats kat apesal tuh..huhu

    ReplyDelete
  2. akak tak berapa suka letak widget apasal ni untuk letak kat blog sebab banyak sangt post2 yang gambar lucah..dari depa sibuk edit itu ini yang milik blogger lagi baik depa fikirkan pasal gambar2 tak senonoh yang belambak kat page depa tu

    ReplyDelete
  3. kadang kadang bengang jugak, sebab post orang lain tak menarik (masalnya tajuk tak jelas) pengaruh kat kita tau.

    Bila post tak menarik tu muncul kat blog kita, pembaca kita tak klik, bila xbyk klik, klik ration kita jadi meninggi. Sekarang saya dah tak post sebab ration dah 297 % sikit lagi nak sampai 300%.

    ReplyDelete
  4. ini berlaku bila pembaca lain banyk klik entry saya dari apesal, tapi pembaca saya tak klik untuk baca entry orang lain di widget apesal.

    ReplyDelete
  5. apesal ni hoo?..nampaknya akk ketinggalan tren lagi..tima kasih utk 2 org yg buat review kt atas ni..thanks 4 sharing niza ;)

    ReplyDelete
  6. Owh! patut lah lambat sgt approve kan..

    Skrg sy ada masalah hampir mencecah exchange ratio tu..katanya, kena buat satu entry utk promote apesal baru akan dibagi 1000% lagi..huh!

    ReplyDelete
  7. apesal ni pasal ape?

    wowowow..

    taktau ape2 ni..

    ReplyDelete
  8. selalu ping entry kat busuk.org.apesal tu sama kaedahnya kan?

    ReplyDelete
  9. oh x tau plak de apesal.com..ingatkan arsenal.com je ada..hehe

    ReplyDelete
  10. opss apesal nih...apekah..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D