8.11.11

Petai




Assalamualaikum. Suka tak makan petai? Tapi aku rasa ramai yang tak suka makan petai. Sebab tak suka dengan kemeriahan bau dia di mulut ataupun di bilik air kan? Hahaha

Walaupun berbau aku suka makan petai. Kalau dulu2 masa umur aku duapuluhan boleh abih sekeping petai tu dengan sepinggan nasi je. Tapi sekarang umur dah tigapuluh ni kan, aku boleh makan 4, 5 bijik je petai tu. Orang sebut bijik ke ulas haa?? 

Takleh makan banyak dah. Kalau makan lebih sikit je, aku akan sakit perut dan mudah sakit kepala. Mungkin sebab angin kan. Tapi petai ni ada jugak khasiat dia. 

Apa khasiat dia? Ada kat kepala botak google. Hehehe! pi la gugel. Malas nak buat entry panjang2 :P

Orang kata petai elok makan dengan kulit dia sekali. Tapi aku tak suka sebab rasa kelat. Tapi kelat tulah yang jadi ubat kan.

Okelah, nak baringan dah ni. Aku sebenarnya tengah sakit kepala ni sebab seharian aku tak makan apa2 walaupun kat opis tadi ada kenduri korban. Tapi aku tak turun makan sebab SEGAN! pun bulih? PAgi tadi aku minum air kacip patimah campur susu ammum je.

Sudahnya aku sampai rumah tadi dalam keadaan kebuluran. Mujur ada nasi impit, kuah kacang dengan ayam merah yang mama tapau masa aku nak balik semalam. Sampai2 aku terus makan lepastu ternampak pulak petai yang ayah bagi.

Dah lama tak makan petai, terliur sangat jadi aku makan la dengan nasi impit, lauk ayam merah tu. Lupa  yang perut aku kosong. Dahtu apalagi lepas makan je terus tangkap kepala!!

eh, ada yang tak tahu petai tu apa tak? kalau ada yang tak tahu tak kenal petai, aku pun tak tahulah nak cakap apa.



16 comments:

  1. akak pun suka petai..tapi jarang2 makan sebab rimas la setiap kali buang air nak kena berus tandas..heheheh..malu kat suami..;p

    ReplyDelete
  2. hahahaha...kan? mujur la petai pun ada musim.

    ReplyDelete
  3. ck penah try makan..tp makk aihh..pahit...tros tanak cube dah..heeee..^^p

    ReplyDelete
  4. sy pon suka mkn petai.
    sedap.
    hihi.

    ReplyDelete
  5. sedap nye petai..!!


    alaaa..
    nak petai...

    ReplyDelete
  6. rugi la kalo ada orang tk ske petai..sy suka petai bbq (petai bakar hehe)

    ReplyDelete
  7. sume ulam sy suke makan tapi petai ke jering ke tak penah makan sbb tgk pon mcm dah tak sedap je. ahahhaha

    ReplyDelete
  8. rara tak makan petai sbb tak reti lah nak kunyah.sbb pahit sgt.tp sambal tumis petai suke lah.hehe

    ReplyDelete
  9. makan petai boleh sakit kepala eh> azza pun makan petai mentah je, azza baru je tau ramai yang tak boleh makan petai tanpa dimasak. Ingat semua suka ulam petai.

    ReplyDelete
  10. huhu, mesti la. sya kenal petai tu apa. tapi sya mengaku sya mmg tak suka makan bende alah tu. hee~ pahitt

    ReplyDelete
  11. petai tu biasa.. Tp kacip fatimah + anmum tu luarbiasa..hehe

    ReplyDelete
  12. @CintaKhadijah: petai tu tak pahit tapi dia rasa macam...klu org kedah kata rasa pedaqq!

    @NurulFaiz: sedap bagi org yg mkn mcm kita hehe

    AdikkuSenget: bagi alamat nk pos!! haha

    ReplyDelete
  13. @Tihara: memang rugikan kak! petai bbq? ahaha

    @CikMona: kena mkn dia dgn penuh feel baru sedap dia keluaq! ekeke

    @PinkMafia: sambal tumis dgn udang pun sedap! :)

    ReplyDelete
  14. @Azza: Sakit kepala tu saya jelah. Sbb mmg dh tak bleh mkn petai sangat dh :)

    @Ecah: Cuba dan cuba lagi :)

    @Myez: tu resepi sendiri..haha! sedap!!

    ReplyDelete
  15. saya suka sgt petai.balik raya haritu pokok petai belakang rumah berbuah dgn byk. memang heaven ah. Sambal petai tiap2 ari pun tak jemu

    ReplyDelete
  16. mimi suka teramat dengan petai
    nak ratah petai saje pon suke sgt2!
    hahaha

    aduhai
    kene minum air suam banyak2 ni taw =]

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D