28.11.11

Sapa tak sayang laki oii




Assalamualaikum. Hari ni cuti lagi. Masa yang panjang tapi dah petang macam ni baru update blog? Ya... ralik pulak tengok tv. Banyak drama yang bermanfaat sempena Maal Hijrah ni kat tv. Bertambah kesedaran dengan mesej yang cuba disampaikan.

Waahhh! :)

Okelah nak cerita pasal semalam. Dah menjadi kebiasaan, kalau aku cuti dan masa tu suami kerja malam aku akan hantar dia pergi kerja. Kalau dia taknak pun aku akan paksa jugak. Hehe... sebab aku macam kesian je bila tengok dia pergi kerja naik moto. Lagi2 kalau hari nak hujan. Tak tergamak aku... sedih rasa. 

Lainlah kalau aku kerja memang tak dapat la nak hantar dia. Suruh bawak kereta pun dia taknak. Tak suka payah parking la...macam2 alasan. Hujan renyai pun sanggup redah. Tapi dekat jelah, 5 minit dah boleh sampai. Tak pernah pulak aku tanya dia kenapa.

Jadi semalam aku mintak lagi nak hantar dia. Macam biasa dia tak bagi tapi cuaca macam nak hujan, akhirnya dia suruh aku hantar lepas maghrib. 

Rupa2nya ada sebab. Sampai je kat depan kilang semalam aku tak sempat nak brek lagi dia dah kalut buka pintu nak turun. Cepat2 suruh aku unlock pintu. Aku pun tanya la.. Awat kalut sangat ni Badin? Dia kata..cepat Yang, kawan2 Badin nampak satgi! Pasai apa kalau depa nampak? aku tanya balik. Satgi depa kutuk Badin pi kerja pun bini kena hantaq. HAHA! Aku gelak keras perut.

Sebab kawan2 rupanya. Takut kena bahan dengan depa lah ni. Yang kawan2 dia tu pun satu. Pelik sangat ke  kalau bini hantar laki dia pi kerja? Bagi aku rasa seronok sangat bila dapat hantar suami pi kerja. Bukan suami suruh tapi aku dengan rela hati nak hantar. Tanda aku sayang dia sangat2. Takdak masalah lah.



Korang pernah hantar suami pi kerja tak? 


13 comments:

  1. heheh..
    macam tu pulak..
    kawan2 dia tak sporting la tu...
    heheehh

    ReplyDelete
  2. ngehngehngeh dorang cemburu ler tu bini tak hantar p keje. muahaha^^^

    ReplyDelete
  3. x penah ag anta laki g keje..sbb dia pn malu kot..hik2 :)

    ReplyDelete
  4. hehe..sebab tu rupanye.. ;)
    lily pernah anta hubby p keja..tapi dah pindah jauh dari bandar ni..hubby tak bagi dah bawa keta..

    ReplyDelete
  5. romantiknya..hehe..ala,membe2 laki akak tu jelez la tu sebab bini diorang tak pernah hantar diorang pergi kerja..hehe


    sudikan membantu saya untuk memenangi iPad 2 dengan menekan butang Tweet, Like dan +1 di akhir entry ini..http://paihujey.com/blog/apakah-gadget-impian-pilihan-aku/

    ReplyDelete
  6. pernah dulu masa kete ada satu je di rmh ni. Suami pun tak kisah apa. Kwn2 dia yg tak faham tu. Patut dia ckp le dgn kawan dia, korang jeles kan bini korang tak hantar ke tmpt keje. . .ekeke.

    ReplyDelete
  7. ala..la..la...sweet gituh... XD

    ReplyDelete
  8. tak pernah htr pi keja tapi pernah htr dia pi lepak kat kedai mamak sbb kawan2 dia nak jumpa.lepas je htr,jeling sat kat cermin belakang,memang kwn2 dia bantai gelak..pelik sangat ke?

    ReplyDelete
  9. Mungkin betul depa jeles kot sbb bini tak hantar..heheh

    Terima kasih semua sbb komen :)

    ReplyDelete
  10. hahahha....tak pernah terpikir pulak sampai situ...

    ReplyDelete
  11. xpenah, xdak somi lagi..weeee

    ReplyDelete
  12. bagus apa hantar suami pergi kerja.. i wish i could do the same in future..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D