25.11.11

sedut siput?




Hai. Korang kat opis ke? Kerja lagi sampai petang? Aku kat rumah daaa. Hehe.. suka pulak bila bos bagi balik awai sebab dia nak pi main golf. Jadi aku balik main blog la. Kih3

Sebelum balik tengahari tadi, singgah kat food court. Hajat nak bungkus nasi untuk aku dengan suami. Memang sengaja nak bungkus nasi kat Penang sebab dah lama aku dok perati masak lemak Cput Sedut tu!

Masa lunch memang aku dengan kawan2 suka makan dekat gerai apa nama ntah kakak tu. Lauk dia sedap2 dan yang penting tak berminyak sangat. Tak macam gerai sebelah kakak tu.. masakan dia semua terlebih minyak. Tak sedap pulak, mahal lagi! eh? tergosip pulak dahhh. Hehe

Nak cakap pasal siput sedut tadi kan? Haa...sebelum ni tengok jelah siput tu dok tergolek2 dalam bekas tu nak cedok bubuh dalam pinggan nasi tu boleh takde masalah tapi bila makan nak kena sedut tu macam menjadi masalah pulak bila lelaki dok tengok aku makan macam tak penah tengok je muka aku. eh, memang la aku pun tak kenal depa, depa pun bukan kenal aku.

Jadinya, tak berapa manis la bila kita oghang2 pempuan ni makan masak lemak siput sedut kat tempat awam camtu. Malulahhhhh.

Lepastu tadi, aku bungkus jelah dekat nak penuh jugak la dalam plastik tu. Berpusing2 mata aku nak bayar 7rm untuk masak lemak siput sedut tu saja. Dah nak makan sangat..sekali sekala takpa kot! 

Aku memang suka makan masak lemak siput sedut. Korang suka? ke tak lalu nak telan?


13 comments:

  1. bunyi tang sedut srooottt2 tu yg bagi nikmat...lama dh ceq xmkn, lama dh la jgk xkutip kat pntai berghsih tu...nalaaa

    ReplyDelete
  2. Amboi...kecur air liur terbayang siput sedut!


    Salam kenal ya...

    ReplyDelete
  3. hehe..blm lalu nk try..

    ReplyDelete
  4. dulu tak suka...
    tapi mak mertua ajar makan..
    katanya..sedut kuat2..
    lepas tu kunyah..
    jangan tengok rupa siput tu..
    sampai sekarang akak memang suka siput sedut..

    heheheh

    ReplyDelete
  5. eka memang suka siput sedut ni kak..hehehehe

    kadang2 mak beli sampai 3 kg sekali masak..

    sedap meratah jer sebenonyer..hihihi

    eka pun segan gak kekadang kalo sedut depan org ramai..hihihi

    ha eka baca metro kelamrin kot..seorang gadis nyaris maut tercekik siput sedut masa tengah makan depan tv..nasib emak dia tepuk belakang dia

    ReplyDelete
  6. la ape nak malu..memang caranya cenggitu.ke pompuan ada cara lain?sedut pakai straw?hahaha

    ReplyDelete
  7. siput sedutttt...peberet ungu nih...

    mmg segan mamam siput sedut kat luar...berbunyik...tp kadang2 tuh bedal aje...huhu

    ReplyDelete
  8. cungkil pakai pencungkil gigi kalau malu nak sedut...

    ReplyDelete
  9. haha..klu pompuan yg suka cover tym makan..mmg dia x mkn la sput sedut tmpat awam

    ReplyDelete
  10. kami selaku orang ke-500 follow blog Niza ni nak bagi komen.

    sipot sedot memang sedap!sah sah kalu dah lama tak makan.makan sampai mcm buat ulam pom ade kalu kena dengan sedapnya..ha3..

    ENTRI TERBARU: Anastasyea buka Bloglist 1 TAHUN, Cultus photography @ toilet photography

    ReplyDelete
  11. kami selaku orang ke-500 follow blog Niza ni nak bagi komen.

    sipot sedot memang sedap!sah sah kalu dah lama tak makan.makan sampai mcm buat ulam pom ade kalu kena dengan sedapnya..ha3..

    ENTRI TERBARU: Anastasyea buka Bloglist 1 TAHUN, Cultus photography @ toilet photography

    ReplyDelete
  12. baru jer raya lepas belajar cara2 sedut yang betul dari adik. hihi, sebab selalu sedut, tak kuar isi, sedut kuah jer.. memang sedap.. jangan lupa buang selaput tu.. :)

    ReplyDelete
  13. tak reti nak sedut,masak bole la..:)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D