30.11.11

Senduk Senduk Fifi



Assalamualaikum. Selamat malam dahh... lewat lagi aku update hari ni. 

Hari ni masa tak cukup lapang dan tak senang nak update. Jadi aku 'owt' je dari pagi ke petang sampai dah balik rumah pun. Dah free malam2 camni baru boleh update. Rileks je. Tak berebut masa dengan masa lagi dah. Ayat apa ntah :P

Korang suka dengar radio tak? Aku suka dengar radio tapi kat rumah takda radio jadi masa yang bagus nak dengar radio waktu nak pergi dan balik dari kerja. Owh, time tu kalau tak buka radio dalam keta rasa macam aku ni pekak je. Sunyi. 

Hot.fm pilihan aku. Lagi2 tang 'panggilan hangit' tu. Suka sampai gelak bahak2 dalam keta. Keta sebelah pandang je aku "mungkin dia tengah dengar Sinar atau Era kot masa tu" jadi dia taktau cerita la pasal aku gelak sorang2. Abaikan dia dan terus gelak sampai habis. Sampai depa sebut anda terkena panggilannnnnn hangittttt! Hehehe

Satu lagi yang aku suka dan tunggu nak dengar segmen senduk2 fifi. Fifi aka AG. Segmen masakan. Walaupun sekejap sangat tapi terhibur dengan resepi yang simple2 je. Pandai kan AG jadi fifi. Menjadi je. Dan khabarnya tak lama lagi Fifi akan ada rancangan masakan sendiri pulak. Tak sabar nak tengok aksi Fifi memasak dalam tv. Mesti heboh macam dalam radio jugak kan.

Tapi rancangan ni masih lagi dalam perbincangan dengan stesyen tv yang terlibat. Apapun kita tunggu jelah sidang media tu nanti kalau jadi la :)



Tak suka dekat Kak Nita aka FBI ambil alih segmen masak tu bila fifi takda. Tak best dan tak kick suara kak nita. Garau sangat la ahkak! hehehe


5 comments:

  1. pun suka dengar panggilan hangit tapi kadg2 bukak era sbb suka dengar yg "can i help u"..ni pun kelakar..:)

    ReplyDelete
  2. selalu jugak dengar hotfm.....

    gelak2 nak nanges je rasa..hehehe

    ReplyDelete
  3. xlayan radio..jarang.. besa dgr kat lappy ja yg dh dwnld..favourite pnya.. hehehehe..

    ReplyDelete
  4. panggilan hangit mmg kdg2 kite yg dgr pn rs nk nangis..

    kehkehkeh..

    kuajaq betul..emosi terlebih..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D