8.11.11

[Sharing] Apa status relationship kat facebook korang?







Seorang wanita yang berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu, ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah. Kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya, seperti istiharkan kemaksiatan.

Tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri.

Tahukah anda bahawa, sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Inikan pula perhubungan couple yang jelas haram tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!! Kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Oleh itu janganlah berbangga dengan status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja. Nak selamat dan elak diri difitnah, halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat. by Jannati Baiti




Sharing is caring!!

7 comments:

  1. betol too , kadang kadang orang bercakap menyakitkkan hati kita , lebih baik kita menrahsiekan je .

    ReplyDelete
  2. tak yah kecoh sangat kang putus sibuk canang jugak..entah papa lah ?

    ReplyDelete
  3. betui tu..tp bebudak jaman skrg payah nk tegur..tegur kang melenting..yg penting kita tegur dulu yek :)

    ReplyDelete
  4. Nur, sis92, tihara: klu dulu betul2 xtahu..sekarang dh tahu baik kita elakkan :)

    ReplyDelete
  5. suprise.. bru tawu.. hee.. so, lepas bce msg msg perlu take action ! thnx 4 d new info ;)

    ReplyDelete
  6. dlu buat g2 gak..skang da insap plus dah solo..haha

    ReplyDelete
  7. saya tak ingat pula... mengarut je belum ada apa2 dah dah in relationship, patu siap tag lagi pasangannya. Kalau dah kahwin tak pe..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D