11.11.11

[Sharing] Jodoh adalah rahsia Allah





Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.

Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu? 

Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.

Manakala, Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

Jom pergi kepada dalil:

1. Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud. 
Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17 (baca dalam terjemahan Al-Quran)

2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat. Imam al-Mubarakfuri berkata: "Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."

3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." (HR Bukhari)

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. 

Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. 

Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. 

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.



by Jannati Baiti

7 comments:

  1. di usia sy uh masih 22 ni myb tak pk lagi kot sal kawen..sampai jodoh..baru pk..hehe

    ReplyDelete
  2. thanks for the info... :))

    ReplyDelete
  3. yup! terutama no 3.
    sebelum tunang elin ragu2 nak tunang dgn suami, yer lah masa tuh tetiba dh jatuh hati dgn org lain, jd elin takut yg di kendong tercicir yg di kejr x dpt.
    solat.tetapkan hati.redha.ikhlas.

    petunjuk di beri akhirnya suami elin,

    yg minat dulu tuh sampai sekarg x der keje ttp dn belum berkhawin.

    ReplyDelete
  4. kenapa akhir2 ini banyak yang posting tentang jodoh!!humm..

    sodara sayapun menikah hari ini..ada apa dengan tgl 11.11.2011..hari jodoh kah??

    ReplyDelete
  5. semuanya dah tertulis di luh mahfuz..kitab yang terpelihara di sisi-Nya

    ReplyDelete
  6. Yup...Jodoh itu rahsia Allah...manusia kena usaha...di atas usahanya di situ ada ketentuan mengikut takdir masing-masing...Allah jua yang Maha mengetahui segala-galanya... :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D