8.11.11

tak jadi kerja kalau aku sorang!





Tajuk?? oh...maafkan aku. Huhu! Aku tengah blur. Sorang2 kat opis! Dengan perut yang tengah sakan berzumba dance! 

Adoilaaaa. Tak suka dengan suasana yang sunyi sepi. Takda hiruk pikuk suara2 manusia yang sebelum ni bila depa buat bising ja, aku dengan muka singa manjanya terus mengeHoi!! pi hingaq di luaq la!!"

Sekarang baru terasa bila depa takdak. Sakan sungguh cuti raya. Takpa2. Tunggu bulan doblas ni turn aku pulak. Lagi best cuti bulan doblas, banyak kenduri ramai sedara nak nikah! Huk3

Harini kat tempat kerja aku ada buat majlis korban. Tapi aku tak turun, tunggu kat opis je. Takut ada panggilan penting. Tak terjawab kang susah. Kalau ikutkan harini keja half day, lepas masak dan makan tengahari boleh balik dah. Disebabkan aku ni jenis pantang dengar keja half day, aku sms kawan aku yang tengah sebok potong daging kat bawah. Nak tahu dia jawab apa? "Yang bau lembu jelah boleh stand down!" Keh3! Hampeh punya jawapan.

Kebetulan pulak, bakal bos baru aku tepon kat opis tadi. Cuak! bila dia tanya "kenal tak sapa saya?" Aku cakap kenal la. Dah awal2 tadi dia perkenalkan diri. Tapi nama dia jelah aku tahu, rupa dia cemana pun aku tak kenal lagi. Pastu dia tanya lagi "Awak sebagai apa kat situ?" Aku? errr! Bila tuan masuk opis nanti tuan akan nampak muka saya dulu! :P

Ura2 yang aku dengar katanya bos baru ni agak garang daripada biasa! Semua orang cakap pasal dia cengtu la, cengni la. Yang negatif je telinga aku dengar. Yang positif takde langsung. Bagi aku, lain orang lain caranya kan. Mana boleh kita nak samakan cara bos lama dengan bos baru kan. Seeloknya tunggu sampai dia ambik alih jawatan tu dulu dan ikut jelah cara pentadbiran dia cemana. Itu cara akulah.

Rindu pulak dekat bos lama! T__T


5 comments:

  1. seronoknya kak kerja ramai kawan2..yna ni kerja sorang2 jer..stressnya..kalo ramai yang tak best tu taknaklah..skurang2nya boleh ajak borak n citer2 problem jadilah..

    ReplyDelete
  2. menyampah boss garang...


    petang nnt blh la bwk balik daging sikit eik

    ReplyDelete
  3. Kalo tunggu bos baru dtg, mesti cerita buruk dulu yg sampai kan? Garang la, sombong la, kedekut la.

    ReplyDelete
  4. mesti boss lama tu best kan..
    semuga boss baru lebih supporting lagi k :)

    ReplyDelete
  5. aiyoo kakak..

    meh kite berzumba dumba dance..

    kekekeke...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D