18.11.11

Tandas duduk dan tandas cangkung. Mana korang suka?




Assalamualaikum. Selamat petang Jumaat ya kawan2. Makan dah ka? Aku dah, ni mata tengah dok pusing2 akibat kekenyangan dan seterusnya mengantuk lalu nak tidur jelah kerjanya.  

Untuk mengelakkan dari berlakunya ketiduran yang tidak dibenarkan sama sekali sewaktu bekerja adalah lebih baik kita membincangkan pasal jamban! atau nak sedap sikit sebut tandas ke toilet ke...suka hati komelah. Tapi aku lebih sukakan jamban!! 

Eh, korang masa nak memerut korang akan pilih jambaannnn.... ish, macam buruk pulak sebut jamban, kan? Oke, semulapp! Korang masa nak memerut suka pilih tandas duduk ke tandas cangkung? Bukan duduk bersila ye. Eh, ada ke orang duduk bersila atas tandas? Hehehehe

Kalau korang nak tahu.... bagi yang belum tahu ya! Salah satu keburukan menggunakan tandas duduk ialah akan menyebabkan lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak.

Lalu akan membawa kepada masalah sembelit seterusnya akan ada satu masalah lagi yang akan timbul iaitu  berlakunya kebocoran ( backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.

Berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar.




Kalau nak tau lebih lanjut lagi pasal keburukan jamban duduk ni, korang boleh jenguk kat blog HasnulHadiAhmad.com. Korang kena baca kat sana sebab banyak lagi info pasal tandas duduk tu.

Oke, bagi yang dah biasa guna tandas duduk tu balik nanti belajaq2 la mencangkuk pulak ye. Hehehe



17 comments:

  1. dulu ade cikgu kata,

    kene guna selang seli tandas duduk n cangkung..

    kalo cangkung tu, silap cara, bole buasir..

    kalo duduk plak, bole terkeluar rahim..


    erk..tak igt..!

    huhu..

    ReplyDelete
  2. tapi kalo tandas awam, mesti cari yang cangkung. huuhu

    ReplyDelete
  3. tapi kat rumah semua tandas duduk..xde tandas cangkung..cmne?
    :(

    ReplyDelete
  4. ekeke.. nget .. setau aku masa aku belajar.. tandas cangkung yg bley buasair + hernia .. rahim jatuh bagai ...



    but bout tandas duduk ni


    sebab usus kita lembut...

    kalau ikut anatomi sama ada cangkung / duduk ... ianya lebih kurang jer...


    need to open my medical book back... checking bout this hahaha

    ReplyDelete
  5. kt rumah tandas dudk ngan cangkung dua2nya ade =)

    so, its ok lah!

    ReplyDelete
  6. ooo...baru tau...thanks la share yer...selamo nih main belasah jer...hehe

    ReplyDelete
  7. tandas cangkung...hehehhe
    best entri ini...
    datang dari bloglist dari
    Hanif bin Idrus Blog

    ReplyDelete
  8. Dua2 biasa pakai..
    kat rumah ni guna tandas duduk..
    kat KG tandas cangkung..
    Owh baru tau..baisa main pakai jer kan..hehe.. ;)

    ReplyDelete
  9. Wah! sy tak tahu pun sblum ni...tq info ni ye Niza..

    Sori, lambat ziarah hari ni..internet buat hal pulak..malam ni baru lah ok..

    ReplyDelete
  10. mmg tak puas hati kalau duduk tetapi terpaksa terberak....hehe

    ReplyDelete
  11. sekarang rumah kat taman semua tandas duduk..nak tak nak terpaksa la dudk gak..:)

    ReplyDelete
  12. mencangkung pun kena condong sikit ke kiri..kalau tak silap wa la..supaya mudah sikit nak kasi keluar..dan efek bunyi plup..plup nyaring sikit..**gua kalau berak kat stesen minyak selalu mencangkung atas tandas duduk.geli!

    ReplyDelete
  13. Kena bagitau kat kontraktor buat rumah fakta ni ye Niza hahaha..:)

    komen 2kali bo tak? :P

    ReplyDelete
  14. eh macam tu eh? ermmmm sib baik ada pakai dua2

    ReplyDelete
  15. wah kak..nice info lah haha

    ReplyDelete
  16. kalau ada tandas mencangkung, selesa pilih yang cangkung punya, mudah dan senang nak memerut, tak sakit. tak yah teran. Nak basuh pun senang, tapi kalau tak ada pilihan, dapat tandas duduk, duduk jelah atas tu, takkan nak cangkung lak macam sesetengak orang kita, kang pecah tandas tu, hilang nikmat memerut seumur hidup... hihihikkk

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D