4.11.11

tengok ASK 2011 ke?





Aik..heran. Malam ni takde pulak orang blogwalking. Biasa malam2 ni la masa yang sesuai nak jalan2 pi kat blog orang kan. Tapi malam ni sunyi je...lengang je shoutbox!! Mana pi?

Laa...pakat2 dok congoh depan tv3 ka? Tengok Anugerah Skrin ka tengok Rozita che wan? Aku rasa RCW lagi glemer kot dari ASK malam ni. Yalah ramai kot peminat dia. Aku takkkk..ekekek

Cakap pasal anugerah2 ni kan...dulu masa dok sekolah dulu memang suka sangat tengok acara2 besar gilang gemilang yang wajib ada saban tahun ni macam ada pesta je. Ask, Ajl...lagi apa? dulu aku ingat semua..sekarang itu je aku ingat pun.

Dalam family, aku dengan kakak je pompuan..adik2 bawah aku semua hero hensem2 belako tau. Jadinya tak bes la kan kalau tengok 2 orang kami je. Yang laki2 tu bukan layan sangat anugerah2 ni. 

Yang syoknya...petang tu dah siap pakat dengan sepupu2 pompuan jelah...nak tengok ramai2 dan siap bincang nak tengok tv kat rumah sapa pulak. Rumah kami dekat2...keloi pun dah boleh dengaq! 

Pastu bila dah tengok...masing2 buat andaian...pelakon tu menang la, penyanyi ni menang la. Tapi berbeza kot dengan sekarang.....acara macam ni dah biasa2 je. Aura rasa nak tengok macam dulu tu dah makin kurang. 

Dan yang paling aku perasan...kenapa anugerah skrin malam ni macam apa tah? dahla guna ipad nak tengok nama pemenang....jadi lambat, orang tertunggu2, lawak pun macam bodoh je..ally merapu ntah apa2, sunyi je dalam tu, takda sorak bila umum pemenang...Rcw plak tergagap2... buat lawak tapi takde orang gelak...aku je gelak kot sebab kesian...haha. Tak kata la kat dia lagipun 1st time kan dia mengacara majlis besar camni. Pendek kata takda umppph! lah!! 

Korang pun perasan tak? ke korang tak tengok?



4 comments:

  1. ha'a...mmg bosan..menyesal tengok! tapi tengok jugak sampai nk habis dh ni..hihi

    ReplyDelete
  2. ramai lagi orang lain yang belajar sampai degree dalam bidang pengacaraan, RCW jugak depa amik.. kesian.. kan dah bosan.

    apa2 pun saya tak cakap byk sebab tak tengok.. ahhahaha, pukul 10mlm tadi saya dalam library lagi. kul 11 berjalan kaki balik bilik dalam hujan. student.....

    aah dulu anugerah skrin buat siang kan.. ramai2 terbongkang depan TV dengan sepupu. biasanya buat time cuti. sebab saya mesti ada kat kampung masa tu..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D