9.12.11

Akhir - akhir ini....




Assalamualaikum. Kabare semua? 

Sememangnya masih tak berdaya nak menaip dengan kebizian yang tak menang tangan aku kira. Dengan kesihatan yang tak tentu 2, 3 hari ni. Sakit kepala dan nak tidur je sepajang masa, kalau boleh. 

Tapi itu semua mau takmau tetap kena hadapi sebab ianya sebahagian dari rutin harian.

Tinggal seminggu je lagi untuk tinggalkan semua ni buat sementara waktu kerana ada masa dan ketikanya, kita perlukan masa rehat yang berkualiti dan berhibur untuk kembalikan semangat yang kian hilang.

Rasanya macam telah bekerja selama setahun tanpa bercuti kerana hari demi hari semangat dan keriangan makin pudar. Kepala rasanya sudah sarat. Rasa lesunya tubuh badan perlukan bateri untuk kembalikan tenaga.

Kerana bila 'rasa' itu telah berkuasa dalam diri, ianya akan memadamkan minat serta tanggungjawab yang perlu dilunaskan. 

Ya, aku perlukan cuti! Untuk buang semua rasa itu. Tak sabar tunggu sampai jumaat depan... tolong cepatkan masa boleh?






6 comments:

  1. selamat bercuti niza :)

    ReplyDelete
  2. Hehe jom masuk mesin cahaya
    masa Doraemon ! Selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  3. setahun tanpa cuti??pekerja cemerlang ko nih!aku??setahun kerja..2tahun aku cuti!

    ReplyDelete
  4. nak bercuti pi mana kak..???

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti,azzah selalu cuti,tambah2 lagi sekarang.nasib baik keje sendiri.cuti ikut dan..:)

    ReplyDelete
  6. Niza perlukan cuti utk rehatkan minda tu...pi lah pantai ke, kat resort ke..pi memancing ke :P

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D