30.12.11

Eh, tercerita pulak dah!




ihhhh, dekat-dekat hujung tahun ni la dia nak mai. Sepatutnya dah ujung2 ni kena pulun lebih sikit. Pemalas betul la malas ni. 

Bukan takda idea dan bukan takda cerita. Macam melambak je cerita...lagi2 baru balik bercuti ni kan. Tapi malas la nak cerita pasal bercuti tu..nanti muak korang nak baca. Hehe.

Tapi malas mungkin sebab penat kot. Yelah, 4 hari dalam kereta je. Dari Kedah singgah makan kenduri kat Ipoh pastu terus ke Tangkak. Menginap kat Homestay apanama ntah kat Tangkak tu. Jumpa sedara mara kat homestay tu. Aku dengan suami je lambat sampai sebab singgah kat Ipoh dulu. Memang dah janji check point kat situ. Esoknya pagi2 reramai dengan rombongan pengantin pompuan (sepupu) ke Segamat. 

Lepas kekenyangan melantak lauk pengantin yang sedap2 belaka tu aku dengan suami terus bergerak ke Kuantan. Sedara mara yang lain tak ikut diorang nak ke mana entah lepas tu terus nak balik Kedah. 

Dah malam baru sampai Kuantan. Sesat cari hotel tak jumpa2. Takleh caya sangat GPS tu... angin betol aku dengan dia. Lepas 3, 4 kali jugak kot pusing baru jumpa Vistana Hotel Kuantan. Rehatkan badan sejam dua pastu pi merayap kat Teluk Chempedak. Ya Rabbi...ramai eh orang kat situ!! Patut la... ada ombak dan pantai yang cantik. Best gila... kami dok bercinta sampai 3 pagi kat situ. Layan angin yang bukan sepoi2 lagi dah... dia main sepak2 pipi lagi. Kuat betoi angin laut dia. Sukaaaa  k u a n t a n.... nanti nak mai lagilah. :)

Esoknya terus ke Terengganu... time ni sepanjang perjalanan aku tidoqqq! memang dah takleh nak tahan mata, letak tongkat pun bulih patah! berat!! Haha...  bengang suami aku kat sebelah. Bengkek je dia kat aku. Siann...

1st time aku sampai Terengganu.....WOW! Cantiknya bandar dia... dan yang paling menakjubkan... tersangatlah banyak masjid kat Terengganu.  Macam dekat2 je pulak masjid tu... besar dan cantik. Tapi sempat masuk 2 masjid je. Menginap kat Hotel Sri Malaysia dekat sangat dengan I-city Kuala Terengganu. Jalan kaki je pi situ.... pi bercinta bawah pokok pulak. :)

Esoknya shopping kat Pasar Payang eh nama dia? Aku ni tahu jalan menonong je.... nama tempat pun tak ambik tahu. Suami aku nak beli pedang samurai...wah, mahal eh sampai 600. Baik tak payah... beli kain sutera ke songket ke lagi bagus Yg. Tapi... kawan tu dok mengidam lama dah...alang2 dah ada depan mata baik sambar je lagi2 bila lepas tawar menawar dapat 250 je. Betul ke harga sebenar 1 set samurai tu sampai 600??

Dah penat melilau kat situ... bonet keta pun dah penuh. Terus pecut ke Kelantan. Eh, lupa nak cakap.... Sukaaa Terengganu!! tahung depang ambo datang lagi deh :P

Perghh... mencabar betul jalan nak ke Kelantan. Aku tak teruja sangat nak Kelantan sebab masa bujang dulu dah sokmo sangat pi sana. Tapi... tang masuk pasar siti khadijah tu teruja jugak bijik mata aku nih. Cekau sana cekau sini... tak sedar tengok2 menimbun je bila nak bayar.... terbeliak bijik mata suami aku. Hehe! Ole2 kat family pun kena beli jugak kan. :)


Walaupun perjalanan tu sangat fit macam tergesa2 pun ya tapi rasa sangat seronok dan puas hati. Makan angin dan bulan madu untuk 2th anniversary perkahwinan kami. Alhamdulillah, yang penting selamat pergi dan balik :)


5 comments:

  1. memang ramai kena virus M hujung2 tahun ni...M nak p skolah!!!

    fenomena akhir tahun

    ReplyDelete
  2. doi b3stnyaaaaaaaaa kak...

    kak,eka pun penah g teluk cempedak..makan kat kedai yg ada nasik lemak kukus tu..puhh terbaik ar nasik lemak dia..suka sangat

    best jugak pantai tu kan,,

    ala eka tingin nak g terengganu ngan kelantan..siyes nak sangat pegi..tak penah g..huhu

    ReplyDelete
  3. samalah kita..penyakit 'M' akhir2 tahun ni..mood bercuti jer ni.. ;)

    *selamat Tahun Baru 2012..^^

    ReplyDelete
  4. terengganu dah ad I-city la...

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D