4.12.11

Hangtu...Hantu Laksa!





Assalamualaikum. Bila petang je mesti lapar kan. Aku kalau petang2 gini nak laksa dengan rojak buah je. Tapi leceh kat Kulim ni susah betoi nak jumpa orang jual laksa tepi jalan. Nak makan pun susah. 

Teringat pulak masa dok Penang dulu. Petang2 hujung minggu berlumba naik motor dengan kawan2 pi lepak kat Pantai Seagate. Kat sana best. Berderet gerai laksa, bihun sup, mi kari, rojak, abc, cendol, goreng pisang. Memang sedap la laksa penang tapi ada yang tak berapa nak Penang dah sebab dah nak macam laksa kedah pun ada jugak.

Aku suka pi situ sebab peberet aku kan laksa. Hantu laksa. Setakat semangkuk tu mana cukup. Dah sikit pulak laksa tu. Kena 2 mangkuk baru puas tapi segan sebab ramai orang dok tengok. Malulah kat pakwe meja sebelah nak order 2x. Habis makan, bayar dan terus blah dari situ.

Lepas tu kitorang pi gerai hujung sana pulak. Gerai yang hujung jalan seagate tu tempat dia terceruk sikit. Motor pun boleh sumbat dalam celah semak. Nak makan punya pasal tapi tahu malu. Selamber je pi duduk kat meja order laksa kat situ pulak. Settle masalah. Takda sapa tau. Hahaha. Korang pernah camtu?

Kenangan waktu bujang dulu duduk dengan kawan2 cukup seronok. Mampu gelak sorang2 jelah bila teringat balik. 

Aku ni nak makan laksa betul2 sekarang ni. Mana nak pi cari ntahhhhhh. Kecur liur dah ni :P


Uiii...takleh tahan. Tak dapat petang ni...esok pun takpa!
Hang jaga!


10 comments:

  1. Ahaha..hangtu hantu laksa mmg terliur-liur :P

    Elih duk sarawak selalu makan laksa penang ni kat rumah kawan opis org penang..pandai dia buat hehe..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya laksa.Laksa penang top g.Hee

    ReplyDelete
  3. kalau akak pulak tak suka laksa penang..
    sebab rasa dia macam ada sardin tin..
    lagi satu ada orang kata laksa penang ada dah boh halia..
    tu pasal rasa dia pelik sikit.
    lebih suka laksa kedah ..

    ReplyDelete
  4. sedap nyer..akk ske laksa penang skang ni..dlu ske laksa kuah putih tu, mkn sampai jemu giler..hihi

    ReplyDelete
  5. laksa memang sedap! kan, kan? :)

    ReplyDelete
  6. laksa kalau kena gayanya mmg lazat...

    ReplyDelete
  7. SKANG NI KAN KAK,EKA SUKA LAKSA JOHOR..MEMANG SEDAP..HEHEHE

    ReplyDelete
  8. lama tak makan laksa penang.. rindu pulak nak mkn.. kene pegi jauh sana.. kat sini susah nak cari org nak buatkan hehe

    ReplyDelete
  9. meh umah saya meh.. ada laksa lebih smlm.. ;-p

    ReplyDelete
  10. Apapun, pilihan sy laksa kedah. :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D