4.12.11

Idola setiap wanita




Korang kenal tak sapa Prof Dr. Muhaya Mohamad? Aku baru kenal. Beliau adalah seorang muslimah sejati dan dikenali sebagai doktor mukmin, pakar mata, tokoh ilmuan, pendakwah, motivator dan juga seorang ibu mithali.

Pertama kali aku tengok dia kat tv3 dalam Sejenih Sinar Kasihmu. Sebelum ni tak tahu langsung pasal dia. Sejak dari tu aku tercari2 sapakah Dr Muhaya ni. 

Baru tadi tergerak hati nak cari video ceramah Dr Muhaya ni kat internet. Sebab tertarik dengan motivasi dan ceramah yang disampaikan. Dengar ceramah dia buat kita sedar dan insaf. Kagum dengan diri dia, kata2 dia, ceramah dia ringkas je tapi padat. Dia bukan saja hebat dengan ilmu dunia dan perubatan mata tapi dengan ilmu akhirat jugak.

Aku copy paste sikit kata2 dia yang sangat bagus untuk kita fahami:

"Saya ada didatangi pesakit yang terlalu sedih kehilangan penglihatan, tetapi selalu saya tekankan, bahawa insan berkenaan perlu bersyukur kerana hilang penglihatan bermakna dosa daripada segi nafsu dan keinginan dunia akan berkurangan."

"Begitu juga sekiranya ada pesakit yang menghidap penyakit kronik, dan menunggu masa untuk meninggal dunia, selalu saya tekankan, bahawa mati itu pasti berlaku, tetapi sekurang-kurangnya insan berkenaan mempunyai masa untuk beribadah lebih, kerana ada juga kematian berlaku secara tiba-tiba." 

"Orang yang tidak meninggalkan solat dan selalu meminta pertolongan daripada Allah nyata banyak kemudahannya. Saya pernah berhadapan dengan pesakit muda yang selesai menjalani rawatan, mengikut kaedah biasa mampu sembuh dalam seminggu, tetapi pesakit itu tidak sembuh juga walaupun sudah masuk hari ke-10. Saya terus bertanya, adakah anda mengerjakan solat? Dan seperti dijangka jawapannya tidak."

"Begitu juga sekiranya saya melakukan pembedahan terhadap orang yang banyak beramal kepada Allah, kerja pembedahan bagaikan 'dibantu' apabila ia berjalan dengan pantas dan tanpa sebarang masalah. Begitulah besarnya nikmat sekiranya kita beramal ibadat. Saya percaya, kalau kita selalu menolong orang, Allah juga akan sentiasa membantu kita,"

Kalau nak dengar ceramah dia boleh tengok dekat website Dr Muhaya ada banyak vlog dia buat. Ada masa lapang boleh tengok. Bagus untuk kita semua :)



3 comments:

  1. doktor ni selalu ada kat oasis kan??tajuk apa entah...
    (nampak sangt jarang tengok..)

    ReplyDelete
  2. baru tengok ceramah beliau semalam pasal perhiasan rumah..prof kata tak perlu hisa rumah dgn kristal ribu2..baik disedekahkan duit tu..itu lah pesan dia..cara penyampaian dia bagus :)

    ReplyDelete
  3. seronok kan cara dia bagi ceramah. santai je. :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D