3.12.11

Ini cara aku




Hari ni sabtu. Cuti. Korang buat apa? dok rumah je macam aku? Bosan tak? Kalau tanya aku jawapannya tak. Sebab walaupun dok rumah je tapi banyak kerja nak kena buat. 

Ada 4M yang kena uruskan. Kalau tak di uruskan rasa semak kepala betul selagi tak buat. Tahu apadia? Itudiaaa. Mengemas rumah, Membasuh pakaian, Memasak  dan Mengapdet belog. Hehehe.

Biasalah. Balik kerja dah tak larat nak buat, makanya kain baju longgok je dalam bakul. Tunggu cuti hari minggu baru boleh nak membasuh. Lepas tu pagi sabtu je mesti ampaian penuh sampai dah tak cukup tempat nak gantung hanger. Huhu.

Rumah pun nak kena kemas, dah seminggu tak sapu lantai. Takut jugak. Hari2 cuti ni kadang2 ada je yang nak datang rumah kita. Tapi setakat ni takda lagi la yang selalu datang. Semua sedara dok jauh. Yang nak datang pun kawan2 je. Kadang2 diorang suka buat kejutan. Tengok2 dok congok depan pintu pagar dah. Tak kelam kelibut kita nak cekau itu cekau ini? nak sorok la kang malu kawan2 masuk rumah bersepah. 

Masak? mestilah. Takkan nak biar diri tu kebulur tak makan. Tapi kalau aku sorang2 je dok rumah, menu kegemaran aku yang paling mudah Bihun PAMA ladna! Sedap... Cuma ambik bihun dia je, perencah dia buang. Pastu masak la macam kita makan bihun ladna kat kedai  tu. Senang ya amat. 

Dan tak boleh ketinggalan yang ni. Kalau tinggal kejap pun duduk tak senang dah. Dok ingat ke dia la, blog! Eh, yeke? korang camtu tak? Entah kena jampi apa dengan blog ni ntah. Kalau takde idea nak update, terkebil kebil depan blog pun dah cukup puas hati. Hahaha. Lepas tu  cek2 shoutmix balas jejak, baca dan komen entry kawan2 pun dah oke. 

Dah siap semua. Nak buat apa ntah lepas ni...ingat nak edit template blog. Macam kosong je blog ni. Apa pandangan korang pasal blog aku ni? Ada yang nak kena ubah tak?



7 comments:

  1. cuti kdg2 bosan tapi depan blog tak bosan sbb azzah ada 2 blog.satu blog tutor.kalau tak de idea nak update blog utama,pi update blog 1 lagi...

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang lah nk update blog terkebil-kebil.. selalunya kalau ada idea saya update pastu save as draft dulu. tiba masa yg sesuai baru saya post, hehe :D

    ReplyDelete
  3. cuba warna lain pulak... mana tahu gham ho...:)

    ReplyDelete
  4. nak edit view blog ni lagi?...nampak dah ok dah ni....anyway selamat berhujung minggu....

    ReplyDelete
  5. aku rasa sesuai dah sekarang.simple..kena ngan cara penulisan ko.seyes!aku tak tipu.ko tak nmpak betapa seyesnya muka aku ni?

    ReplyDelete
  6. senget afzal ni...
    kalo tukar wrna blog stuju! yg lain molek sokmo dah....
    hua sabtu yg memenatkan! huh

    ReplyDelete
  7. Tulah...dok rasa nak tukaq kaler je. nak boh kaler apa pun taktau lagi ni. hurm :P


    terima kasih semua :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D