23.12.11

Ini cerita aku... jangan komplen!!




Yeah, pagi tadi kat Kulim dan sekarang aku kat kampung SIKney. Macam chipsmore pulak dah! Sebenarnya balik hantar adik dengan abang. Depa ikut aku balik Kulim isnin baru ni. Dah esok nak ke Johor jadi aku kena la hantar depa balik rumah. Kesian kat adik... puas pujuk baru nak balik. Seronok duduk rumah aku katanya. Takpa, cuti sekolah nanti boleh mai lagi. 

Aku ada 7 beradik. Yang sulung kakak, yang keduanya aku la. 5 lagi adik aku semuanya hero2 belaka. Rafie 24, Raimi 20, Radhi 17, Razin(abg) 14, Solihin(adik) 9. Aik, apasal yang last tu nama tak macam yang lain? Orang semua mula R, mai tang dia S pulak. Ohh...itu permintaan mak aku. Nama adik2 yang ada R aku dengan kakak yang bagi. Keluaq ja adik yang last tu..mak cepat2 bagi nama pilihan dia sendiri. Hehe. Sebelum ni kan mak takda can nak bagi nama. 

Aku sayang kakak dan semua adik2 aku. Tentulah! Semua orang camtu. Dah darah daging kan. Dalam apa hal sekali pun aku akan utamakan diorang dulu termasuklah mak dengan ayah. Tapi bila dah bersuami, apa2hal yang pertama harus dapatkan keizinan suami dulu. Alhamdulillah, dikurniakan suami yang sangat memahami tentang kasih sayang aku terhadap family.

Tapi bukan untuk family aku je, untuk family dia pun sama. Cumanya belah dia, aku hanya perlu tumpukan perhatian kepada mama dan abah dia je sebab dia hanya ada seorang adik perempuan. Dan adik dia pun dah berkeluarga. 

Sungguh. Walaupun dah kahwin, dah ada rumahtangga....aku tetap tak boleh berjauhan dengan family aku, terutama mak. Dulu, sebelum kahwin masa kerja kat KL...mula2 dok sana seminggu sekali aku balik kampung. Bayangkan, gaji habis beli tiket bas je kot. Mak aku marah tapi nak buat cemana, aku memang takleh dok jauh dari diorang. Sampai kurus kering aku masa tu. Tak tipu.

Cumanya lepas kawen ni kurang la sikit sebab dah ada suami, rindu mak peluk suami...bulih? Hehe tak la. Kira senang nak balik jenguk mak ayah oke dah, dekat. Dekat pun sejam jugak la nak sampai kampung dari rumah aku. Balik sorang2 tu dah biasa. Suami aku takleh la nak ikut aku sangat sebab dia ada 2 kerja dalam satu masa.

Suami aku kerja kilang dan dalam masa yang sama dia jugak bakal jadi penternak yang berjaya. InsyaAllah, berkat doa, usaha dan kerja kuat dia selama ni. Kalau dia kerja malam, balik kerja pagi esoknya dia terus ke kandang....uruskan lembu2 dan kambing2 ternakan dia. Kalau dia kerja siang, ada budak upahan untuk uruskan ternakan bila dia takda.

Jadi, aku tak pernah nak paksa dia balik kampung sama2 sebab aku paham kerja dia. Tapi bukanlah suami aku tak pernah balik langsung. Dia terlalu keja kuat dan itu minat dia. Aku tak halang... untuk jangkamasa yang panjang, pendapatan dari hasil ternakan tu sangat lumayan.

Tapi, tak semua orang senang dengan kesenangan orang lain. Awal bulan baru ni 8 ekor lembu mati kena racun. Dan yang mati tu semuanya baka. Ya Allah, tak makan dan tak tidur suami aku. Tak apa. Diorang mungkin puas hati tapi tunggu jelah pembalasan dariNya dengan siksaan yang di lakukan terhadap binatang2  yang tak bersalah tu. Manusia ni awat taktau? suka menjatuhkan orang. Sentiasa ada dengki dan iri hati. ;(



Haa! amacam? tergamam tak dengan cerita aku ni? tak tersayat ke hati korang? Hehe... Dah, nak pi tidoq sat. Petang satgi nak balik Kulim pulak. Babai. 

14 comments:

  1. Dulu sy pnh berangan nak jdk penternak kambing. Tp bila baca cite awak nie, sy tau sgt la...mmg agak susah gak kan nak menjaga haiwan nie?

    =(

    ReplyDelete
  2. heeee
    tergamam jugaklah dn kagum!
    hehehehehe

    ReplyDelete
  3. macam bedtime story pon ade. heheh. yeke?

    ReplyDelete
  4. salam, pcl pangkal huruf 'N' semuanya..dan kini mewarisi 'N' juga utk anak2 .., family yg hepi2 mmg diharapkan ..syukurlah...tp pasal lembu mati tu..bersabarlah ya, ada hikamhnya mana tahu dapat baka baru yg lebih baik lg ke...insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Dugaan untuk org berjaya memang tu.. Tu tandanya Allah masih sayangkan keluarga kamu kerana Allah hanya menguji org2 yg beriman kepadaNya.

    Ada hikmahnyer tu.. semoga kejayaan akan menyusul kelak..

    anyway, satu soalan.. lembunya ada kandang tak?

    ReplyDelete
  6. terima kasih semua :)

    Kandang ada. Yg mati tu memang yang duduk dlm kandang je dan mati pun dlm kandang ;(

    ReplyDelete
  7. untung la mak kasi akak balik selalu....kalo ibu sy, sebelum hari jumaat lg dia dah call...pesan tak payah balik kg hujung minggu tu...anak bak balik jengok mak bapak pon dia tak kasi...mcm mane tu?cian saye.....huhu

    ReplyDelete
  8. pegi racun balik org yg meracun tu.. hahahaahha... eh2, tak2, sabar ye... mungkin ada hikmah disebaliknya.... kita tak tau aturanNYA...^_^

    ReplyDelete
  9. apa hal la dok racun binatang tu..
    tak puas hati cer ajak bincang..

    tak pa..
    lepas ni ada la rezeki berlipat ganda untuk niza dan keluarga ..yang penting jangan putus asa dan berdoa..kan??

    ReplyDelete
  10. insyaallah bakal jadi penternak berjaya ! biasa la manusia kan.rambut sama hitam.hati lain2.

    jmput singgah
    http://thepainis.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. teringin nak bela jugak...jom jd partner ahaha...kite bleh karate manusia2 tuh! huh

    ReplyDelete
  12. teringin nak jadi penternak juga tapi risiko tu yg tak bole nak tahan..

    btw,ni tutorial niza nak:
    http://sayurlemak.blogspot.com/2011/07/tutorial-reply-to-comment.html

    ReplyDelete
  13. ok la tu suami akk de bisness sendri..


    giler 8 ekor..kalau lembu harga lam 2k lebih.. bermkna suami akk dh kerugian belas-belas k kn

    ReplyDelete
  14. eeeee.jahatnya sapa yang buat lembu tu camtu, takda hati perot lansung. sabar ye kak.

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D