6.12.11

Jenis kabel



Balik keja petang tadi aku terus tidur, penat sungguh hari ni. Dah maghrib baru aku tersedar. Tak sempat nak masak untuk berbuka. Makan roti jelah.

Tunggu suami aku balik baru bleh ajak dia keluar makan. Western food dekat Chef Det Bistro memang terbaekk la kat Kulim ni.

Memang jarang la aku nak tambah inci lemak malam2 camni. Lagi lagi makanan yang boleh buatkn BMI aku lebih.

Kena jaga BMI dari sekarang sebab kalau ada rezeki pertengahan tahun depan mungkin nama aku tersenarai untuk menghadiri kursus siri 2/2012.

Ceh, betul la kata cikgu penjara...kena boikot segala jenis kabel yang ada. Sebab guna kabel besar punya la yang buat nama aku tercicir untuk hadir kursus siri 1/2012.

Disingkirkan dengan cara paling tak bagus sekali oleh junior2 yang jarak perkhidmatan 4tahun dengan aku! Patut ke? Sungguh nak marah ni!

Kalau ikutkan tak layak lagi dia nak hadir kursus tu sebab tak cukup edah lagi kalau nak kira. Aku ni pulak yang dah terlebih edah tak pi pi lagi.

Takpa lah, dia dah tak sabaq nak pakai 3 calit. Aku bukan nak kejar pangkat tapi dah selayaknya hadir kursus tu. Kalau boleh sementara takda anak ni, elok sangat lah nak habiskan kursus. Kalau dah ada anak nanti, susah hati pulak nak tinggal anak selama 6 bulan. Sebab tu nak pergi sekarang.

Sesekali rasa mcm nak guna kabel jugak. Boleh je nak call ex bos aku yang baik tu. Tapi, aku pulak yang segan nak susahkan dia.

Dah macam entry luahan perasaan pulak kan? Okelah tu je nak luah.

Published with Blogger-droid v2.0.1



12 comments:

  1. itukah wajah hampa??hehehe

    ReplyDelete
  2. dah buang...hehe
    tak sesuwaiiiii...malu! :P

    ReplyDelete
  3. pakai je kabel...
    tambah jumlah pengguna2 kabel dikalangan orang melayu..
    muahahahah

    ReplyDelete
  4. tp kan sekarang zaman pakai kabel tau..susah nak tunggu dtg sendiri...hmm...yg penting kepentingan sendiri. :)

    kalau ada bapak kabel pun lagi bagus. lagi cepat lagi bagus.

    ReplyDelete
  5. Err, awak keje ape ye? klu calit2 tu mcm polis je.

    ReplyDelete
  6. pakai jerk..

    org lain rebut peluang derang kiter pun jgn ketinggalan...

    http://takbest.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. woo kalau ada kabel baik gunakan sebaiknya.mahal woo bayar bulan2 tapi tak guna! (ni kabel ape ni afzal oi??)

    ReplyDelete
  8. kalau ada kabel, baik gunakan sebaik mungkin, bukan senang tau sekarang ni tanpa kabel...


    salam kenal, terus follow sini...

    ReplyDelete
  9. Hermm..sampai bila kabel2 ni berterusan? yg tak ada kabel mcm mn?...

    ReplyDelete
  10. pergh.. jgn marah3.. huhu

    ReplyDelete
  11. tak adil lah ornag yang suka guna kabel ni sebab beri impact pada orang yang layak..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D