19.12.11

Kampung Betong, SIKney, Kedah siri 2/2011




Belum ada masa nak update blog. Segala entry dua hari lepas semuanya autopost. Online jugak walaupun sekejap tapi belum selesa nak blogwalking. 

Masih di kampung. Takda masa nak update sebab asyik sibuk je kat dapur  Masak dan makan ramai2. Sementara masih ramai dengan sanak saudara yang belum balik ke tempat masing-masing, kesempatan ini kami gunakan sebaik2nya untuk berkumpul dan berkelah selama 3 hari berturut-turut.

Anak cucu arwah Tok Kiah dah cukup untuk habiskan sekampit beras 10kilo. Tak perlu jemput jiran tetangga mintak tolong masak. Anak cucu, cicit pun dah ramai. Meriah. Seronok. 

Bercuti di kampung pun banyak aktiviti dan kenangan manisnya. Antaranya mandi sungai, memancing, lepak bawah pokok ceri tepi jalan sambil menyicah buah pelam! 



Pun best. Tak perlu bercuti jauh-jauh kot.  Tapi...esok dah kena balik rumah.... ;(




p/s: Eh, ni bukan update ke? hihi! Update laju2 sebab nak join aktiviti bawah pokok ceri :P 
Terima kasih kepada yang datang komen kat entry blog ni tanpa jemu :)

8 comments:

  1. wah!! seronok! rindu kampung la!!

    ReplyDelete
  2. sikneyy eehh? huahuhauhua

    ReplyDelete
  3. uit...balik sik!!! hehhe

    ReplyDelete
  4. sikney tu...tp kan kg betong mcm pernah dgr, ermmm refresh2 xjmpe jawapn!

    ReplyDelete
  5. lepak kampung sure aman damai je kan..

    ReplyDelete
  6. kalau dah balik kampung mesti ada aktiviti kait buah..heheh..

    eh!!nak pakai shoutbox yang macam niza jugak la..:p

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D