3.12.11

Kena pantang makan kalau nak anak.




Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut. Elakkan:

[1] Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
[2] Makan junk food
[3] Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
[4] Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
[5] Makan burger dan nugget
[6] Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).


P/s: Banyak pantang larang dia rupanya. Tapi aku suka sangat yang no3 tu. Dalam drawer kat opis banyak kot stok! Kena ambik serius jugak benda ni. Mungkin ini salah satu puncanya. Apapun Allah jua yang mengetahui. Yang penting berusaha dan mencegah lebih baik dari mengubati. Cerita penuh di sini!


12 comments:

  1. jaga2 cik salmah,,,,
    hikhikhik

    ReplyDelete
  2. berguna utk cik tikah lagi 5 thun. hehe..

    ReplyDelete
  3. azzah pun suka yg ketiga tapi tak addict la.cuma rasa je kalau teringin..

    ReplyDelete
  4. jambu batu pun x boleh ke?
    uwaaaaaa, x leh idop tanpa jambu batu :(

    ReplyDelete
  5. oh, baru tau..lepas ni kene beringat- ingatlah walaupun lambat lg..hik3..

    ReplyDelete
  6. seorang penasihat yang baik ... :)

    ReplyDelete
  7. semua yg kat atas tuh mmg cikji kurenggg.lbh2 lg air gas.jambu batu lak mkn kdg2 je.tp still xder rezeki lg :(

    ReplyDelete
  8. aku doakan ko cepat2 dapat cahaya mata ye.tapi yang penting banyakkan bersabar ye.aku tau kalau ko dapat anak..mesti anak ko comel..macam aku.sabar je la :P

    ReplyDelete
  9. niza, akak pn tak de anak lagi..sgt lama, hampir 10 thn dh..yg no 3 tu mmg ske sangat..tp tu lah, semuanya di tangan Allah..sama2 lah kita berikhtiar dan berdoa yer :)

    ReplyDelete
  10. ooo, baru tahu, tp saya dari dulu takdelah suka sangat jeruk ni, biasa2 aje..:)

    ReplyDelete
  11. hehe macam best jer amalkan ni...:)

    ReplyDelete
  12. Kpd yg belum kawen, elakkan makan benda2 tu dari skrg.

    Kpd yang mendoakan saya...terima kasih banyak2. Semoga berhasil suatu hari nanti, Amin. :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D