2.12.11

Mengumpat itu mengasyikkan



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

[1] Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam. 
[2] Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang. 
[3] Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah. 
[4] Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat. 
[5] Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain. 
[6] Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Perkara yang wajib kita ikuti untuk menghentikan sikap suka mengumpat:

[1] Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar. 
[2] Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang. 
[3] Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Sekadar untuk mengingatkan diri sendiri yang tak terlepas daripada 'menganyam ketupat'. Walaupun kita tahu akan dosa mengumpat tu hanya layak diampunkan oleh orang yang kita umpatkan. Selagi orang yang kita umpat tu tak ampunkan kita, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat. 

Kadang2 dah cuba nak elakkan dari turut serta dalam forum tu malah kadang2 terpaksa dengar jugak sebab dalam kereta dalam perjalanan nak keluar makan pun diorang bukak forum jugak...dah tu cemana? Dalam kereta kita pulak tu. Kalau kita tak bersuara pun tak menambah ke apa tapi yang dengar pun akan dapat saham jugak. Bila kita cakap... "biarlah kat dia"... "buat taktau sudah dengan orang camtu"... nanti depa akan tala kat kita balik! Huh, susah.... inikah dugaan untuk penghijarahan aku? 

Buat apa nak malu untuk mengaku kesalahan kita, kalau kita betul2 nak berhijarah kearah kebaikan untuk diri kita jugak. Semoga dengan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain juga. :)

5 comments:

  1. Tak baik mengumpat ni..biar je lah org lain tu, asalkan tak kacau periuk nasi sndiri kan..

    Kdg2 org nak nampak hebat dgn menyebarkan kata2 umpatan ni..hobi kot haha

    ReplyDelete
  2. hehe.. betul2.. kat mana2 pun kita boleh dgr org mengumpat.. atoi...

    ReplyDelete
  3. lebih suka berdiam diri bila dengar orang mengumpat..:)

    ReplyDelete
  4. syok tu mengumpat...makan daging saudara sendiri.....huk3

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D