13.12.11

Nasi LEMBUni



Tengah bersarapan awal pagi tadi dekat opis. Ada achik india, cleaner. Aku makan nasi. Jemput dia makan kuih. Ikhlas nak bagi. Biasa, budi bahasa. Walaupun berlainan agama dan bangsa tapi hormat menghormati itu perlu. Macam biasa achik tolak pemberian aku. Mungkin segan atau malu. Berkeras macam mana achik tu tak pernah ambil. Terpikir jugak...kenapa? takut aku letak racun ke? ke takut aku jampi dia! Nak jampi buat apa? Apa kaitan? Ishh...takde kerja ke pagi2 ni dok pikir pasal achik tu pulak!!

Mungkin itu salah satu etika kerja dia. Mana kita tahu. kan?

Sambil2 dok mop lantai dalam bilik chief clerk aku, achik tu cakap.... "banyak sedap ar bau itu nasi"

Aku pandang dia sambil jawab..."A'ah, nasi LEMUNI. Achik pernah makan?"

Achik tu geleng2 kepala tanda tak pernah makan nasi lemuni. "Sedap ka?" dia tanya lagi.

"Boleh la...saya pun baru pertama kali makan nasi lemuni " Aku jawab. Memang betul pun aku pertama kali makan nasi lemuni. Sebelum ni dengar je orang cakap tapi tak pernah cuba lagi. Kebetulan kat gerai yang selalu aku beli nasi lemak tu ada jual nasi lemuni hari ni. Jadi aku cuba la.

Lepas tu aku tengok achik tu tergagap2 nak sebut LEMUNI tu. Aku pun cakap lagi...."Nasi lemuni". Nak suruh dia ikut cakap aku la...

Kemudian achik tu dengan dahi sedikit berkeriut pun cakap... "Ooo nasi LEMBUniii...." Dahi dia berkeriut mungkin sebab ada LEMBU kot.


tak kena denga selera aku. takleh nak piiiii! tak habis pun makan.


Gulp!! Aku pun terus terdiam. Malas dah nak cakap banyak kali. Hahaha! Lepas achik tu keluar dari opis aku dengar dia cakap dengan kawan dia yang tengah dok menyapu kat luar. Aku tak paham la apa yang diorang cakap...cuma yang telinga aku dapat tangkap...lembuni...lembuni...lembuni. Hahaha!

Pagi2 dah buat lawak achik ni :P




12 comments:

  1. hehe..nasi lemuni bertukar jd nasi lembuni.. ;)
    1st time gak dgr nama nasi ni..

    ReplyDelete
  2. nasik lembu ni....
    ha..dia ingat macam tu la..

    awat rupa nasik tu pelik sangt??
    tak boleh telan la akak kalau macam tu..
    ekekke

    ReplyDelete
  3. taknah makan n jumpa pun nasi ni

    tp nampak mcm nasi kerabu

    ReplyDelete
  4. haah, macam nasik kerabu pun ada. lauk ikan ape tu? keli ka?

    ReplyDelete
  5. hahahaha..lawak la hang ni,mcm nasik kerabu plak..kalo nasik kerabu akk mmg suker giler :)

    ReplyDelete
  6. entah la dha mmg kaler dia cmtu kot... 1st time mkn ni.

    lauk boleh pilih ikut suka. itu ikan sardin kalau tak silap...ikan masak sambal.

    *ikan pun tak kenai..huhu*

    ReplyDelete
  7. hehehe..

    dah tertukar jd lembuni..hiu hiu hiu

    ReplyDelete
  8. nasi lemuni..dah lama x mkn..sedap!!!
    time keje kat Penang dulu selalu beli before g kerja..
    kat sabah ni..daun lemuni pun x nampak rupa dah
    org tua-tua cakap nasi ni bagus utk awek muda..

    ReplyDelete
  9. Ha'ah lah...kan sebutan dia hampir sama je..

    Serius! sy tak pernah makan huhu..

    ReplyDelete
  10. lembuni??x paham jugak..hehe

    btw..nmpk ikan tu pon dh x lalu nk makan

    ReplyDelete
  11. wlupon rupa dia pelik tapi rasa dia sedap juga..... tp, tgok tekak jugaklah... btw, bg ACM nasi ni mmg sedap..... xslp, my mom ckp nasi ni dia masak gaulkan dengan daun lemuni... sebab tu nama dia cenggitu.... nasi ni org yg dlm pntg boleh makan n untuk kesihatan sekali....

    ReplyDelete
  12. hahaha mesti dalam hati "gulp masib baik aku tak makan, kang termakan lembu dosa kau" keh keh keh..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D