1.12.11

Pujuk Memujuk Bawa Bahagia



Merajuk pada suami... itu biasa dah. Merajuk pada isteri pun biasa jugak. Dah lumrah dalam perkahwinan. Tak kira la apapun sebabnya, rasa kecil hati pada suami ke isteri ke tu memang tak dapat kita elakkan. Orang selalu kata meminta biarlah pada yang ada, dan merajuk biarlah pada yang sayang. Kan?

Rasanya, takda kot rumahtangga yang betol2 bersih dari cacat cela. Macam lagu P.Ramlee tulah...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kadang2 dengan karenah suami ke isteri ke memang kerap la ada adegan merajuk-rajuk sayang. Bila dah merajuk, mestilah kena pujuk. 

Tapi ada jugak setengah isteri ni mengeluh sebab suami dia tak pandai pujuk. Suami pulak bila dah kahwin terus dah tak pandai nak pujuk isteri. Masa bercinta, bertunang kemain terer lagi skill memujuk tu. Bila dah kahwin isteri merajuk sampai hempok2 kepala kat dinding pun dia buat tak reti je.  Huhu.. Kesian isteri, kecewa. Mulalah dia pikir dan banding2kan sikap suami sekarang dengan masa bercinta dulu.

Walaupun merajuk ni adakalanya kita nampak macam kebudak-budakan tetapi dengan merajuklah hubungan suami isteri akan bertambah erat, kasih sayang pun makin bertambah dan dapat memahami perasaan pasangan kita.

Pendek kata...merajuklah asalkan jangan keterlaluan sudahhh. Kalau terlebih merajuk pun payah jugak...dah pujuk sakan pun dok merajuk lagi lama2 suami pun boleh bosan dengan kita. Heheh

Aku merajuk kah? Tidak. kot? hehehe Siang tadi dah bagitahu nak pi tengok wayang malam ni tapi dia tidoq pulak dahhh. Geram...grrrr. Kena denda sebab kes semalam. Takpa2 tunggu malam esok pulak. Malam ni bagi dia can tidoq awai. Hehehe


10 comments:

  1. merajuk tu macam garam dalam masakan la..tak de merajuk hambar je perkahwinan..
    asal jangan meajuk banyak sangt sudah la..
    letih!!

    ReplyDelete
  2. kdg2 merajuk 2 perlu..hehehe

    ReplyDelete
  3. eh bukanke orang dok kata macam ni... ermm xpelah forget it.

    Merajuk itukan comel, cuba lah isteri isteri kat luar sana buat merajuk comel, pasti somi suka. Jangan merajuk macam buat garang, buat comel...

    ReplyDelete
  4. azzah jrang merajuk sbb kalau mrajuk suami bantai gelak sbb mmg nampak palsu,tak reti nak merajuk..:)

    ReplyDelete
  5. Merajuk sayang lah ni kan haha...kdg2 merajuk amat diperlukan :)

    ReplyDelete
  6. Betul..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pulak suami Isteri..

    Lily kalau merajuk kena pujuk diri sendiri..hubby tak pandai pujuk.. ^^

    ReplyDelete
  7. hehe..btl2..kadang2 merajuk jgk klu tak dapat something..my husband mmg tk pandai pujuk dgn kata-kata tp dia pujuk dgn cara bercakap n bertanya macam2 tak berenti2..hai la..

    ReplyDelete
  8. kadang2 merajuk ni buat owg jd meluat..hik3 :)

    **niza crochet yg zie beli hari tu utk bookmark, ada review pasal nak guna bukmak tu kt entry crochet akak..Insya Allah next week akk send utk niza ..dah letak dlm sampul tp tk sempat nak g pos.. :)

    ReplyDelete
  9. memang hot... :-)

    thank you for the post. saya gunakan untuk expalin kepada kawan dari luar negeri makna 'merajuk'

    ReplyDelete
  10. kelakar jugak bila post you di terjemah mengunakan google translate.
    tapi memang dapat explain.. terima kasih.

    kenapa berhenti blogging?

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D