3.12.11

Sayangilah mereka sama rata

Bagaimana caranya jika orang tua sudah meninggal dunia tetapi ketika mereka hidup kita pernah menderhaka kepada mereka?

Caranya adalah dengan menziarahi kubur mereka dan bacakan ayat suci. Dan berbuat baiklah dengan jiran dan kawan baik mereka yang masih ada.

Jangan lupa untuk bersedekah kepada masjid atas nama ibu bapa kita.

Walaupun ibu bapa kita sudah meninggal, mintaklah maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa kita.

Dalam keluarga biasanya ibu yang dilebihkan sedangkan bapa menjeruk perasaan sebab tidak dipedulikan anak. Sebaik-baiknya kasih syg dan perhatian biar sama agar kedua2nya tidak berkecil hati.

Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati samalah seperti tersinggung hati ibu bapa kita.

Kita sayangkan anak dia, jadi kenapa kita tak menyayangi orang tua yang melahirkannya?

Kewajipan anak lelaki, pertama kpd Allah, kedua kpd Rasul, ketiga kpd ibu dan ibu mentua, manakala keempat bapa dan bapa mentua, kelima barulah kpd isteri.

Kewajipan anak perempuan pulak, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah adalah ibu bapanya.

Perasaan mentua juga perlu kita titikberatkan kerana mereka berhak ke atas menantu.

Published with Blogger-droid v2.0.1

9 comments:

  1. azzah apa2 mengadu kat mak mertua selain mak sendiri sbb mak sendiri duk jauh,perlis.

    ReplyDelete
  2. sejuk hati membaca entri ni....

    ReplyDelete
  3. suka bc ini.. buat peringatan semua kan.. hehe.. nice blog!

    ReplyDelete
  4. kadang2 terlupa yang itu mertua akak..rasa macam mak ayah sendiri pulak..apa pun kalau dah namanya ibu bapa wajib la kita hormati

    ReplyDelete
  5. blum kawin lg...insyaAllah, bakal mak mertua pun sporting..jap g nak blk kmpg...jmp mak..selagi ada ni rasa mcm nak blk tiap2 mggu =)

    ReplyDelete
  6. nice entry.boleh jadi peringatan wat semua...:)

    ReplyDelete
  7. Apalagi...mari kita bahagikan kasih sayang kita agar sama rata dengan mak ayah dan mentua kita.

    Terima kasih semua :)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D