4.12.11

Tanda - tanda rumahtangga akan runtuh





Sekarang ni banyak kisah membabitkan hal dan masalah dalam rumahtangga. Ada masalah je bercerai terus takda dah nak bawak2 bincang sesama sendiri. Dah takda lagi nak rujuk masalah dengan orang tua. Takda dah bawak berjumpa dengan pak imam kat kampung. Terus buat keputusan masa sendiri. Macam senang je depa bercerai. Tak sayang ke dengan rumahtangga yang dibina tu? Tepuklah dada dan jawablah sendiri.

Kat sini ada 5 tanda keruntuhan sebuah rumahtangga:

[1] Suami dah jarang sentuh isteri. Isteri pun dah tak minat nak bermanja-manja dengan suami. Sentuhan kasih sayang antara suami dan isteri semakin hari semakin kurang. Kurang sentuhan ni termasuk juga kurangnya hubungan kelamin. Kemesraan semakin menghilang.

[2] Suami dah malas nak bercakap dengan isteri. Isteri pun dah tak minat nak berbual-bual dengan suami. Komunikasi antara suami dan isteri semakin hari semakin berkurangan. Hubungan menjadi hambar. Suami lebih suka keluar berbual dengan kawan berjam-jam berbanding balik ke rumah berbual  mesra dengan isteri. Isteri pula lebih seronok berbual dengan jiran dan kawan ataupun mengadap blog dia je. Eh? :P

[3] Suami asyik kritik isteri je. Pujian langsung takda. Isteri pulak memandang rendah pada suami. Isteri mula hilang rasa hormat pada suami.

[4] Pertengkaran berlaku setiap hari. Pertembungan antara suami dan isteri tidak dapat dibendung lagi. Suami tunjuk ego, isteri keras kepala. Takda langsung kata sepakat. Masing-masing nak tunjuk hebat.

[5] Suami tak suka dah balik ke rumah. Kalau balik pun, muka masam mencuka. Tiada lagi senyum ceria. Isteri pula lebih senang suami tak pulang. Owh.. ini sangat bahaya. Dah kritikal ni. Hati2.

Cuba check balik dalam rumahtangga kita ada tak tanda2 ni. Kalau ada cepat2 kita baiki diri kita dulu. Apa silap yang selalu kita buat tapi tak sedar yang perkara tu tak disenangi oleh pasangan kita. Berbincang sama2. Tapi kalau dah meluat muka pun takmo tengok dah apatah lagi nak berbincang kan.

Itu pandai2 korang lah. Nak menikah dulu kemain lagi. Anak dah berderet2 tu pun ada sebab jugak dulu...sebab cintaaa. Bila ada masalah nak berbincang sat pun dah tak boleh ka?

Amboi...lantang sungguh aku noo. Hehehe. Untuk peringatan diri sendiri jugak. Semoga rumahtangga kita semua kekal harmoni dan bahagia sampai ke akhirat. Amin.



9 comments:

  1. Inilah realiti kehidupan..
    Semua pasangan suami isteri akan menghadapi masalah ini, tetapi perceraian bukan penyelesaiannya..buang sifat ego dan cepat bosan tu jauh2..

    Time memikat dulu bukan main lagi romantik, bila dah kahwin tak romantik dah..bahaya tu!

    P/s: Elih belum kahwin..harap2 boleh menjadi ketua keluarga yang baik..^_^..peringatan awal lbh bagus! tq Niza..

    ReplyDelete
  2. takut jugak kadang2 tapi banyak2 la berdoa dan berusaha..

    ReplyDelete
  3. iya, itulah yang selalu terjadi dalam rumahtangga., betapa pentingnyasaling faham memahami antara satu sama lain...

    tahnx for sharing ya..

    Salam kunjung mengunjung ye.. ada masa jenguk2 lah blog Gen2Merah ye.. salam persahabatan.. (",)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..setakat ni..belum ada lagi perkara2 macam ni berlaku.. minta2lah dijauhkan..tapi gaduh2 sikit tu biasalah..sedangkan lidah lagi tergigitkan..^^

    ReplyDelete
  5. Kalau suami isteri sentiasa dekat pada Allah, Insya Allah apa pun dugaan yang medatang tak kan menggoyah rasa kasih meraka berdua dengan izin Allah.. :)

    ReplyDelete
  6. nota untuk isteri...hehehe...

    ReplyDelete
  7. ermmm belum berumahtangga lagi....tapi harap nanti tak jadi mcm ni

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D