23.12.11

Tips Untuk Jadi Suami/Isteri Romantik







Assalamualaikum, selamat pagi :) Ini 6 tips yang dimaksudkan itu. Sama2lah kita untuk cuba mengamalkannya.

[1] Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

[2] Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.

[3] Jangan malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazimnya ungkapan cinta banyak diucapkan oleh pasangan2 yang sedang hangat bercinta.

[4] Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.

[5] Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang kepada pasangan.

[6] Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.



Rajin tak nak klik dan tengok benda ni??

12 comments:

  1. nice tips..tp ika lom kawen bwu gne tips ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. yg lain semua selalu buat tapi yang no 6 tu ganti dengan sms romantik..

    ReplyDelete
  3. no 5 je tak buat lagi..hihihihi

    ReplyDelete
  4. ada tips jadi suami boombastik?

    ReplyDelete
  5. Ada banyak lagi kan? Tapi yg part berhias dan ckp ayat2 cinta tu saya selalu la praktikkan. Hias bilik tidur takla sangat, cuma pastikan kemas je la.

    ReplyDelete
  6. awww malunye itew.... tips berguna untuk masa depan! ;p

    ReplyDelete
  7. sentiasa hadiahkan pelukan manja untuk isteri dan selesa menyuap isteri sewaktu makan, tak kisah berada di khalayak ramai.panggil dengan lembut dan dengan panggilan manja

    p/s : bunyik mcm dah kwen je aku nih.haha

    ReplyDelete
  8. Sy biasakan diri pgl hubby dgn syg. Dan hubby pun pgl sy syg. Walau kami bergaduh, syg tetap keluar. Hahahah! Tersentuh juga kat situ!

    ReplyDelete
  9. awww
    sesuai utk sy
    yg bakal2 utk kawin someday
    hehehehe

    ReplyDelete
  10. nak buat kad la satgi..
    ekekke

    ReplyDelete
  11. weeee, tips sesuai bila dah kawin nanti ;)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D