24.1.11

Tidur Rumah Mentua??

Haa! mari dekat! mari dekat! Meh sini aku nak bagi tip..nak tak? Bagi sesapa yang baru kahwin atau bakal berkahwin.  Rasanya sangat elok untuk dijadikan panduan.

Biasa la kan..bila nak kahwin, semua orang melompat2 suka! Tapi bila fikir pasal nak bermalam kat rumah mentua semua rasa gugup, segan, malu, takut.

Kalaulah kita boleh cakap `takmo ar tido sana' kan senang? Tapi dah adat orang melayu sejak di zaman silam kena la kita ikut kan. Walau pun zaman dah serba serbi canggih tapi hal macam tu masih lagi di teruskan sampi sekarang.

iYer dak? Ok lah, jom baca tip yang bertajuk:

Bermalam Di Rumah Mentua

1.     Masak. Korang kenalah sama-sama memasak, tak kiralah makan tengahari ke atau makan malam. Lepas makan, basuh pinggan. Kalau boleh jangan biar adik ipar buat apa lagi mak mentua yang membasuhnya. Tunjuk la rajin sikit, walapun korang ada penyakit malas.

2.     Pandai Masak Ke? Bab ni kalau korang tak pandai memasak, tolonglah cakap terus terang. Jangan buat-buat pandai, nanti buat malu muka je bila semua orang terpaksa makan di luar. Tak adanya orang nak marah kalau korang mengaku tak pandai masak, busuk-busuk pun kena kutuk belakang je pun.

3.     Bawa Diri. Korang jangan la berkepit sangat dengan suami. Pandai-pandai la bawa diri tu. Sesekali bagilah kebebasan pada suami. Lagipun, tak elok juga di mata mentua kan..tak pasal-pasal nanti dia kata, anak dia kena `control' pulak!

4.     Bersembang. Ada jugak lepas makan terus berkurung dalam bilik. Sebaiknya duduk-duduklah bersembang dengan family suami. Duduk sebelah mak mentua. Apa nak malu aehhh. mak dia mak kita jugak. Ingat tu!

5.     Haipp! Jangan Masuk Bilik Dulu. Selagi mak mentua belum masuk tido, lain la kalau dah tengah malam sangat.

6.     Suami Bersembang. Kalau suami korang masih lagi dok menyembang kat luar. Biarkan je dia bersembang dengan ayah, adik badik dan ipar duai dia. Jangan pulak korang ajak dia masuk tido. Tak sopan tau!

7.     Bangun Awal. Walaupun korang tido lewat atau dah biasa bangun pagi lewat, tapi kali ni kena la bangun awal. Kalau takut tak terjaga, pasang `alarm' telefon. Tolong sediakan sarapan pagi.

8.     Kena Peka. Tanya khabar mentua tu sama..sihat ke tak dia, sakit ke dia. Baru nampak macam korang ambil berat pasal diorang.

9.     Seronok. Tunjuk rasa seronok tu bila korang balik rumah mentua. Kalau muncung je mentua pun meluat tengok kita. Silap-silap dia kata, baik takyah balik!

10.    Tak Selesa Ke? Kalaulah korang rasa kurang selesa dengan suasana keluarga mentua, abaikan lah sekejap! Sekurang-kurangnya jaga hati mentua dan suami korang.

11.     Suami Buka Mulut. Ha! yang ni maksudnya jangan sampai suami korang suruh buat sesuatu. Perbuatan seperti ini akan menggambarkan betapa korang tidak pekanya dalam hal menjaga makan minum suami atau apa-apa sajalah di mata mentua.

12.     Yang Terakhir. Penting ni. Jangan lupa bersembahyang tau sebelum mentua anda bersembahyang!

21.1.11

Wanita Yang Menolak Perkahwinan


Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.

Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah:
"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin ialah:

  • Ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung.
  • Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
  • Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
  • Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.
  • Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
  • Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.
  • Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

   Sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.
Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Credit : Darul Nu'man

16.1.11

Risiko sakit jantung bagi penonton TV @ skrin komputer

MENGHABISKAN masa berlebihan di depan televisyen atau skrin komputer meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan mati awal, walaupun individu tersebut dari kategori yang rajin bersenam.

Itu adalah penemuan yang diperoleh dari Jurnal Kolej Kardiologi Amerika isu Januari 2011.

Data menunjukkan, berbanding dengan individu yang menghabiskan masa kurang dari dua jam menonton televisyen untuk hiburan seperti menonton rancangan televisyen, menggunakan komputer atau bermain permainan video, mereka yang menggunakan lebih daripada empat jam untuk tujuan yang sama mempunyai risiko dua kali ganda untuk terlibat dalam masalah kardiologi yang seringkali dirujuk ke hospital dan kematian atau kedua-duanya sekali.

Penyelidikan tersebut merupakan julung kali dibuat dan ia mengaitkan masa menonton televisyen dan risiko maut akibat kardiovaskular.

Kajian ini juga mencadangkan faktor metabolik dan keradangan berkait dengan tabiat duduk lama dan risiko kesihatan jantung.

"Orang yang menghabiskan masa berlebihan di depan skrin seperti menonton televisyen akan mempunyai kebarangkalian untuk mati secara tiba-tiba dan menderita masalah berkaitan kesihatan jantung.

"Analisis kami juga mencadangkan mereka yang menghabiskan masa dua jam ke atas setiap hari di depan skrin meletakkan dirinya berisiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung," ujar Dr. Emmanuel Stamatakis, dari Jabatan Epidemiologi dan Kesihatan Awam, Kolej Universiti London, United Kingdom.

Malah risiko kematian bagi mereka yang menghabiskan masa lebih empat jam menonton skrin hiburan meningkatkan sebanyak 125 peratus, berbanding 48 peratus bagi mereka yang cuma menghabiskan masa kurang dua di depan televisyen.

Tabiat tersebut meningkatkan risiko serangan penyakit berkaitan tekanan darah tinggi, Indeks Jisim Badan (BMI) dan penyakit-penyakit berkaitan merokok.

Penemuan ini turut mencadangkan pengamal kesihatan awam membuat garis panduan dengan menganjurkan gerakan-gerakan senaman ringkas dan cara duduk yang betul terutama pada individu berumur dan menghabiskan banyak masa secara tidak aktif.

Antaranya seperti membongkok di bawah meja atau komputer.

"Ini sebenarnya tentang tabiat. Kita macam sudah diprogram, balik rumah terus tekan suis televisyen dan duduk sehingga berjam-jam lamanya. Memanglah ia satu perkara yang seronok dan senang dibuat, tapi ketahuilah dengan tabiat seperti itu memburukkan kesihatan jantung dan kesihatan anda secara keseluruhannya," ujar Dr. Stamatakis.

Satu lagi penemuan hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal tersebut ialah, duduk dalam masa yang lama akan mempengaruhi tubuh badan manusia sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek.

Penyelidik juga akan mencari formula bagaimana untuk mengubah suai kehidupan demi mengurangkan masa duduk dan meningkat pergerakan dan senaman.

Secara umumnya, kajian tersebut telah melibatkan seramai 4,512 orang dewasa yang juga merupakan responden daripada Kajian Kesihatan Scotland 2003.

Sejak tahun tersebut sejumlah 325 kematian daripada pelbagai punca dan 215 penyakit berkaitan jantung terjadi sepanjang tempoh purata 4.3 tahun kaji selidik.

Waktu menonton yang diukur dalam kajian ini termasuk mereka yang suka menonton DVD/TV, permainan video dan termasuk menggunakan komputer untuk tujuan berhibur.

Kredit: Utusan Malaysia

14.1.11

Tukar Lagi??

Apa???
OOh..Header ke?
Ye! tukar yang ke bapa kali dah pun taktau.
tak penah bilang pulak.
sebab aku kan ada penyakit..cepat BOSAN!

Apahal? Marah? Ke jeles?
Blog aku..sukati aku la.
Nak tulis ke..takmo tulis ke..
malas tulis ke..
nak copy & paste je ke..
sukati la..
Kan...Kan..Kan??

Aku marah pun..bukan orang tahu.
Sebab tak ada orang baca pun blog aku.
Orang2 pun sukati je takmo jadi followers aku..
buleh pulak?
Ada aku marah? Takda!

Hehe..
tetiba emo tak pasal2
Sawan ke apa dia ni?
Apahal kan..

Entah! Aku pun tak pasti..

Yang pastinya..
ni header baru aku..nampak lagi menyerlah


dari yang sebelumnya..


Aku suka simple!
Bagi aku itu pun dah cukup menarik..

Korang suka tak?
Hah..kalau suka, sila `like' kan je kat bawah tu ye..
Daaaaa..







10.1.11

♥ Nak Tido ah! ♥

Salam.
Hari ni tak ada cerita.
Nak tido awal.
Sakit kepala.
Sebab petang tadi lepas kerja singgah kompleks sukan.
Senamrobik!
Lompat2, joget2, poco2, mambo pun ada gak.
cha2 ja tak buat.
pastu..
tiba2 kepala berdenyut2.
Rasa nak muntah pun ya.
Dah takleh tahan.
Mata ni pun sakit jugak.
Nak jegil kat screen laptop ni pun dah tak leh.
Makin jegil makin sakit.
So, selamat malam!
Sorii, sebab malam ni takleh nak nanyikan lagu `selamat malam by faizal tahir'.
HEEeeeeeeeeee

9.1.11

❤Cinta Adam dan Hawa❤

Syurga yang serba nikmat


Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

    Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

    Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

    Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

    Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

    Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

    Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s  tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

    Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

    Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

    Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

    Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

    Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

    Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

    Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

    Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT  kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

    Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

    Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

    Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

    Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

    Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

    Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s  ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

    Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

    Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

    Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

    Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:


“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
    Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT.  Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

    Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

    Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?


Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.   


    Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW  adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).

    Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

    Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT  dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)

Ujian kesihatan sebelum kahwin

SETIAP orang mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit semata-mata mahukan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang walaupun terpaksa berhutang.

Selain persiapan material, ada satu lagi persediaan penting yang perlu anda dan pasangan lakukan sebelum melangsungkan perkahwinan iaitu menjalani ujian kesihatan.

Ujian ini membantu mengenalpasti masalah kesihatan dan risiko yang bakal dihadapi pasangan dan anak-anak mereka kelak. Ujian kesihatan pra perkahwinan membolehkan seseorang untuk:

* Mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan serta belajar cara untuk menjaga atau mengekalkan kesihatan mereka

* Mengesan sekiranya mereka menghidap penyakit tertentu termasuklah Hepatitis B dan penyakit jangkitan kelamin (STD)

* Mengesan penyakit keturunan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan anak-anak contohnya talasemia, hemophilia, anemia dan kekurangan G6PD.

* Mengetahui kesediaan bakal pengantin wanita dari segi kesihatan untuk mempunyai anak. Persediaan ini termasuklah suntikan vaksin Rubella, mengetahui kumpulan darahnya (dan kesesuaian dengan darah suami) serta anemia

Di negara kita, ujian kesihatan yang diwajibkan ke atas bakal pengantin sejak 2009 adalah ujian untuk HIV/Aids. Statistik menunjukkan sehingga akhir 2009, sebanyak 87,710 kes jangkitan HIV dilaporkan. 1

Apa yang menyedihkan peningkatan kes jangkitan HIV di kalangan wanita iaitu daripada lima peratus pada 1997 kepada 16.3 peratus pada tahun 2007. Daripada jumlah tersebut 70 peratus dijangkiti virus HIV melalui hubungan heteroseksual, 60 peratus sudah berkahwin dan 40 peratus adalah suri rumah.

Antara ujian lain yang turut disarankan adalah saringan untuk penyakit keturunan seperti talasemia dan hemofilia. Talasemia ialah penyakit disebabkan gangguan pada genetik darah yang diwarisi daripada ibu dan bapa. Sel darah merah pesakit mengandungi hemoglobin tidak normal yang menyebabkan sel darah berkenaan cepat musnah.

Talasemia dianggap antara penyakit genetik yang lazim membabitkan hampir tujuh peratus penduduk dunia. Di seluruh dunia dianggarkan 100,000 bayi dilahirkan menghidap talasemia major (teruk).

Bagi pembawa genetik talasemia (juga dikenali sebagai talasemia minor) biasanya tidak mengalami sebarang gejala; atau jika ada ia sangat ringan seperti keletihan yang dianggap 'masalah biasa' dan ia hanya dapat dikesan melalui ujian darah.

Penyakit hemofilia pula berlaku akibat kekurangan faktor pembekuan darah yang menyebabkan darah pesakit beku. Penyakit ini menghalang pesakit melakukan aktiviti cergas kerana mereka boleh mengalami pendarahan dalaman spontan terutama pada sendi dan otot walaupun tidak terhantuk atau terlanggar sebarang objek.

Walaupun hemofilia lebih kerap berlaku pada lelaki, ia juga boleh dihidapi oleh perempuan. Apa yang dibimbangkan adalah jika berlaku pada perempuan, keadaan menjadi lebih teruk kerana dia akan mewariskan penyakitnya kepada semua anak-anaknya sama ada menjadi pesakit atau pembawa.

Mungkin tidak ramai yang sedar dalam semua jangkitan virus, virus Hepatitis B paling mudah berjangkit sama ada melalui sentuhan dengan produk darah atau darah yang tercemar, hubungan seks dan jangkitan langsung dari ibu kepada anak dalam kandungan.

Ujian kesihatan pra perkahwinan bukanlah bertujuan menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk berkahwin, sebaliknya memberi peluang kepada mereka mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan.

Ini akan membolehkan pasangan membuat tindakan wajar. Sama ada mahu meneruskan hasrat untuk berkahwin atau memilih pasangan lain, pilihan ada di tangan mereka selepas membuat pertimbangan semasak-masaknya.

Dalam ujian saringan HIV, pendidikan dan kaunseling akan diberikan sama ada pasangan disahkan positif atau sebaliknya. Sehingga kini, antara 0.05 hingga 0.1 peratus daripada mereka yang menjalani ujian saringan HIV pra-perkahwinan didapati positif.

Dalam kaunseling ini kedua-dua bakal pengantin akan diberitahu mengenai risiko yang bakal dihadapi kelak pada pasangan atau anak. Begitu juga untuk penyakit keturunan. Biasanya pesakit atau pembawa genetik disaran untuk berkahwin dengan individu normal bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan anak-anak mewarisi penyakit berkenaan.

Tidak sedikit rumah tangga yang runtuh apabila salah seorang pasangan tidak dapat menerima hakikat dan menyalahkan pasangan apabila dikurniakan anak yang berpenyakit .

Ujian kesihatan dan kaunseling bertujuan memberi persediaan minda kepada pasangan mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Kajian menunjukkan ujian kesihatan dan kaunseling sebelum perkahwinan mampu mengukuhkan kasih sayang antara suami isteri.

Sebagai persediaan menuju kehidupan berumahtangga dan tanda kasih sayang anda kepada pasangan, jalanilah segera ujian kesihatandemi masa depan anda berdua dan anak-anak yang bakal lahir. Untuk mendapatkan maklumat atau menjalani ujian kesihatan pra perkahwinan ini sila kunjungi mana-mana klinik atau makmal Pathlab terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian pelanggan Pathlab 03-7882 6888.

4.1.11

♥ kaki aku dah PATAH ♥

KULIM, 04 Januari 2011: Hari ini aku cuti memerapkan diri dalam rumah dan juga cuti yang pertama bagi tahun 2011. Hampeh!! awal2 tahun dah kena tanda dalam rekod cuti. Tapi tak apa, baki cuti tahun 2010 ada 23 hari lagi + 30 hari untuk tahun 2011 ni = 53 hari. Kena - 1 untuk cuti hari ni = 52 hari. WoW! banyak lagi cuti ni..macam tak luak je. Apa nak kesah sangat kan, cuti melambak. Tapi yang aku kesahkan sangat pasal...aku dah PATAH kaki!

Ayoo, bukan kaki aku yang tengah boleh berjalan2 ni patah. Alhamdulillah, masih sempurna tubuh badan aku dari sebarang kepatahan.

Kereta aku yang rosak!! Bukan ke orang2 kebanyakan selalu guna istilah `PATAH KAKI' bila apa jenis kenderaan pun yang digunapakai tu rosak??? Kan..Kan? Jadi aku tak salah guna la istilah tu kan?

Sebonarnyo, ada insiden yang sangat aku tak mahu terjadi apatah lagi di tahun baru ni. Tahun lepas dua kali jadi benda yang sama dengan semalam. Aku sangat tensen bila jadi macam tu. Sungguh aku tak suka. Sungguh aku rasa susah. Sungguh aku rasa takut jugak. Sungguh aku rasa nak tukar kereta!

Semalam 3 Jan 2011, aku punya semangat nak bekerja tersangat berkobar2. Dah sama berkobar tu macam bendera Malaysia yang di ikat kat tiang tepi padang kawad kem aku tu tau! Masa nak pi kerja..semua lancar. Oke je selamat sampai dari Kulim ke Penang.

Tapi, semalam cuaca tak berapa elok..hujan. Sampai tengahari. Perut rasa lapar gila. Nak keluar malas la hujan lebat. Tengok jam dah pukul 2. Ish, tak boleh duduk dah ni nak kena keluar makan jugak. Jenguk atas, bawah, kiri dan kanan..clear! boleh keluar. Hujan rintik2 je. Aku roger si Anna, my buddy! Lepas kenyang perut, terus drive balik ofis.  Dah siap parking kemas..gedegangggggg! (tutup pintu la) Lepas tu, aku dengar bunyi shreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkk..memang panjang pun bunyi tu 2,3 minit lepas tu baru senyap!

Adoiii..bunyi apa pulak ni? aku dah tak sedap hati..start balik enjin tengok temperature oke je! Call laki aku dia cakap tak ada apa kot. Sebab pagi tu sebelum aku pi kerja, Badin dah check air kat tangki dan semua2 tempat...Beres kata dia. So, apa masalahnya pulak kan? Aku pun terus masuk ofis.  

Jam 4.30 aku dah siap2 nak balik, sebab terpikir pasal kereta tu. Lagipun, semalam bos tak ada. So, boleh la aku ca'lik'but' (cabut)  awal. Masuk je dalam kereta..aku terus `pujuk' kereta aku. `..Sentra ku sayang, jangan buat hal tengah jalan tau. Tunggu kita sampai rumah dulu. Nanti kita p bengkel, check apa yang tak kena ya sayang..'
Lagipun orang2 kebanyakan (orang lagi) kata, kereta ni pun sensitif juga. Jangan cakap sebarangan pasal kereta kita kan..nanti merajuk!

Baru sangat je aku keluar gate kem tu..aku dah rasa kepanasan walaupun pasang aircond. Zap! terus mata tangkap kat meter..tengok paras temperature tu dah nk sampai H! Alamak!!! aku terus buat U-turn ala2 ambulance..kecemasan! Masuk balik kem. Aku tengok budak guard yang buka gate kem tu dah muncung2 mulut. Hampeh! kata dia..baru je keluar nak masuk balik..penat tau tarik gate besi tu! haha..lantak hang la. Bukan keja aku. tengah Hot~

Aku pun terus cari tempat yang sesuai nak cool kan 'Sentra Ku Sayang' tadi tu. Huh! untuk kali yang ketiga dalam jarak beberapa bulan je repair! Masalah yang sama! Tensen! Hot! Aku malas nk tunggu `Sentra Ku Sayang' tu cool dah. Pinjam Myvi Pozi, terus blah balik Kulim. Masalahnya, kalau rumah kat Penang tak kesah sangat..boleh merempit dengan motor pi kerja. Tapi ni jauh, nak kena menyeberang laut setiap hari, kadang sejam baru sampai rumah. Tu pun bergantung pada keadaan jalan..kalau tak sesak, tak da excident bagai oke laa..Huh!

Jam 9 malam, lagi sekali aku pi Penang dengan Badin nak ambik `Sentra Ku Sayang' dan nak pulangkan Myvi Pozi yang aku pinjam tadi. Sampai kem, Badin pun pomen kereta tu. Pasal2 kereta memang aku tak tahu langsung. Aku dah malas nak tengok dan cakap kat Badin. `..Badin buat kereta ni dulu, sayang nak naik ofis jap..nak settle kerja sikit dan nak isi borang cuti!!'

Nak tahu? jam 1 lebih baru kami sampai Kulim. Sedih sangat! Sentra Ku Sayang dah tak mahu dengar cakap. Dah degil!

Itu la kesahnya!


3.1.11

Jus lidah buaya bantu penghadaman sempurna

STATISTIK Kanser Malaysia 2006 menunjukkan 350 wanita dan 476 lelaki daripada 100,000 orang menderita kanser perut.
Oleh itu, bagi mengelakkan masalah lebih kronik, penjagaan sistem penghadaman secara keseluruhan amat penting untuk tubuh badan.

Lidah buaya diketahui umum sebagai tumbuhan yang menyembuhkan. Gel yang terkandung di dalamnya amat kaya dengan air dan nutrien yang menyimpan lebih 100 jenis mineral, enzim, vitamin, lipid, asid amino dan pelbagai sebatian aktif (sebahagian hanya terdapat pada lidah buaya). Ini menjadikan tumbuhan ini jawapan kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk penghadaman.

Antara pilihan di pasaran adalah jus lidah buaya Lifestream Biogenik yang mengandungi 99.7 peratus gel lidah buaya asli dan diperbuat daripada lidah buaya yang ditanam secara organik bebas daripada racun rumpai dan racun perosak. Daunnya dipilih daripada pokok yang sudah mencapai tahap nutrisi tertinggi. Hanya gel aktif dan jernih digunakan kerana ia tidak mempunyai kesan julap. Tambahan pula, ia mempunyai rasa lembut dan menyegarkan.
Menerusi kajian, jus lidah buaya gel dapat membantu memperbaiki penghadaman tanpa menyebabkan cirit-birit.

Ia turut bertindak sebagai ejen penampan mengimbangkan pH (pengimbangan antara asid dan alkali). Jus lidah buaya mengandungi kesan kealkalian terhadap sistem penghadaman. Ia menyekat penghasilan asid di dalam perut yang berlebihan, justeru penting dalam mengimbangkan pH untuk mengekalkan sistem penghadaman yang baik.

Jus terbabit juga membantu untuk menyembuhkan lapisan perut dan usus. Ia membantu menyembuhkan tisu epitilia yang rosak. Ciri ini penting membantu individu mengalami ulser perut atau masalah berkaitan lapisan usus.

Di samping itu, jus lidah buaya melindungi dan menggalakkan bakteria baik membiak dan berfungsi lebih berkesan. Ia memperbaiki pergerakan dalaman usus besar dan kebiasaan pembuangan air besar, lantas mengurangkan bakteria tidak baik dan kulat di dalam perut.

Jus lidah buaya Lifestream Biogenik sesuai diambil setiap lapisan umur, kecuali wanita mengandung. Malah ia sesuai untuk mereka yang makan sayur-sayuran saja.

Jus ini digalakkan untuk diambil sebagai hidangan terakhir pada waktu malam atau hidangan pertama waktu pagi dengan perut kosong. Untuk maklumat lanjut, layari www.caremark.com.my

2.1.11

Mengantuk selepas makan?

Jika beberapa bulan kebelakangan ini diet anda tinggi kandungan lemak, itulah kesan yang mungkin anda rasai; lesu, tidak bermaya, otak lembap manakala tubuh pula ingin selalu berehat.

Ini berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat. Dalam kajian itu, tikus yang diberi diet tinggi lemak selama beberapa bulan menunjukkan kesan negatif dari segi fungsi kognitif/otak, kemampuan otot dan keupayaan bersenam.

Dalam kajian yang dijalankan, tikus-tikus diberi diet tinggi lemak (55% kalori daripada lemak) selama beberapa bulan. Didapati tikus-tikus tersebut dapat berlari pada jarak dekat saja, dan menunjukkan tanda-tanda jelas penurunan daya kognitif. Tikus-tikus tersebut mudah lupa dan tidak dapat mencari jalan keluar dengan cepat dari pagar sesat (maze) seperti biasa.

Sama ada kesan sama dialami oleh manusia belum dipastikan. Bagaimanapun para pengkaji berpandangan diet rendah lemak memberi kesan lebih positif kepada tahap tenaga dan fungsi otot para atlet.

Ringkasnya, diet tinggi lemak bukan saja memberi impak kepada faktor-faktor risiko untuk mendapat sakit jantung dan obesiti, tetapi dalam masa beberapa bulan, boleh membuat anda menjadi pemalas dan tidak bergerak cergas.

1.1.11

♥ Bangun2..Tahun Baru! Azam Baru! ♥

Salam 1 Malaysia.
Selamat Tahun Baru, 2011.
Selamat Pagi geng.

Woi!
Dah tengahari ni.
Tak bangun lagi ke korang?
Letak mana azam baru korang tu?
Ke tak list kan lagi nak 'azamkan' yang mana satu untuk tahun ni?
HeHe..padahal aku yang bangun lambat. Pukul 3 pagi baru tido.
Celebrate tahun baru dengan meriahnya..yeay!
HAPPY NEW YEAR 2011.
Kat mana? Kat rumah je..yer!
Dengan sapa, kawan2 eh? ermm..Tak! dengan Badin jerrrr..

Huh, tak kisah la kan dekat mana pun kita celebrate.
Dengan sapa2 je yang kita celebrate.
Itu tak penting sangat..for ME.
Yang penting persediaan untuk menghadapi dugaan,
ujian, suka duka, susah senang dan segala2 nya pada
tahun 2011 ni akan lebih tabah, tenang dan sabar.
Dan rasa bersyukur sangat ke hadrat ILLAHI kerana
sampai ke saat ni masih di beri peluang untuk terus melihat
dan mengecap nikmat dunia.

Dan kita kena la memperbaharui:
  • Azam
  • Semangat
  • Kesejahteraan Family
  • Kehidupan yang sukses
  • Kerjaya yang membanggakan
Azam 2011:
  1. Nak BABY. azam tahun lepas ni. di bawa ke tahun ni 
  2. More to ISTERI MITHALI.kena kurangkan angin kus2
  3. Nak jadi intruktur senamrobik. kena rajin pi class
  4. Nak habiskan semua kursus kerjaya. target tahun depan nak naik pangkat (sarjan) tu pun kalau tak pregnant la.
  5. Nak jadi Niza Romli yang lebih HEBAT di mata kawan2..hehe berangan 
Apa azam korang pulak?
Jom share..
Sharing is caring kan!

eh, nak ingatkan je.
dh gantung ke kalendar 2011?