27.2.11

xtvt padatkan peroot [1]



Assalamualaikum.


Halohalohaaa! pi mana abih ni pakat senyap ja *___* tidoq dah paa depa ni? Urm, takpa la kalu dah tidoq tapi bangun esok pagi terus sapan dengan entri aku dulu tau   0_0

Adoi la. Nak habaq mai ni..hari ni kan letih sungguh aku. Letih berjalan dan letih makan. Ni pon baru sampai rumah. Tengah dok menguap sakan jugak ni...letih + kenyang = mengantuk la jawapannya kan?

Esok la aku cerita xtvt padatkan peroot ni oke. Uwargggh! Baru masuk para 3 aku taip dah menguap kali yang ke 99 dah.  Takleh jadi ni kena tarik bantal jugak..cukup 100 kalu aku rasa terus lentok tak sedaq diri dah atas laptop ni. 

Oke..daaaa. Gud nite!


25.2.11

Kembar Siang: Siapa Yang Bercinta Dengan Siapa?

FILEM: Kembar Siang
PENGARAH: Hatta Azad Khan
PELAKON: Intan Ladyana, Kamal Adli, Sabri yunos, Sathiya, Mat Over, Zaibo, Syanie, Lan Pet Pet, Hamid Gruka, Zul Suphian, Rozita Che Wan dan ramai lagi


Sinopsis

Kembar Siang mengisahkan mengenai kehidupan pasangan kembar Awal dan Awi yang mempunyai beberapa kelainan dari segi minat dan citarasa. Awal abang dan Awi adik. Awal normal tetapi Awi sedikit terencat dan lurus bendul kerana pernah mengalami demam panas.

Awal dan Awi telah dipesan oleh arwah bapa mereka bahawa dalam berniaga, mereka mesti sentiasa jujur dan mesra pelanggan. Ini berbeza dengan sikap dan perangai Pak Din Duda yang sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan.

Awal ada kereta tetapi Awi lebih selesa dengan motorsikal roda tiga yang diubahsuai dan mempunyai gear reverse. Awi pula jika memandu kereta turut menggunakan gear reverse sahaja.

Ani, teman wanita Awal tidak tahu teman lelakinya mempunyai adik kembar seiras. Awi diperkenalkan kepada Ani (kekasih Awal) oleh abangnya dan dia terpikat melihat kejelitaan Ani. Awal jadi serba salah dan memujuk Ani supaya berkahwin dengan Awi. Ani merajuk dan lama mereka tidak berjumpa.

Suatu hari Awal melihat seorang gadis bertudung yang mirip wajah Ani.Rupanya Ani juga tidak tahu yang dia juga sebenarnya mempunyai kembar seiras yang terpisah ketika mereka masih bayi. Bagaimanakah nanti kesudahannya? Adakah Awal akan kembali pada Ani? Atau dia lebih selesa memilih Ana?

P/s = nak pi tengok malam satgi!

22.2.11

Entri malas!

Assalamualaikum *.*
uWarggghhh! belum setat lagi dah menguap..apa hal??

Puh..Puhh..Puhhh..Puhhhhhh! isk tebalnya habuk kat blog aku nih. Baru hari ni je tak bukak dah berabok sakan! 

Ish, malas sangat la sekarang ni nak update blog. Bukan takda idea tapi kalau hari bekerja memang tak sempat langsung laa. Ye la wei, aku sampai rumah dah lewat. Kalau dah lewat sampai tu kompom la campur samadengan PENAT kan. Dah penat tu kejanya nak baring je la. Urm, alang-alang dah baring pejam mata terus la tu! HiHiHi

Tapi malam ni rasa cedass [cergas] pulak. Tapi takleh gak nak tulih panjang-panjang sebab nak pokus kat TRILOGI CINTA sekarang ni. Tak penah ketinggalan aku tengok cerita ni tau. Kalau korang nak tau sinopsis cerita tu klik sini oke. Aku nak chowluuuuuuuu...daaaaa!

21.2.11

burung apa? burung berak! burung apa? burung berak!

Assalamualaikum!
apa habaq kengkawan ;)

Korang dah tido eh...uiks, baru pasan dah jam 12:15am KehKehKeh. Aku je yang tido laginya pong. Baru lepas mandi, segor balik bijik mata aku. 

Oit, apa kehenya pagi-pagi buta aku dok menceceh ni. Dah takleh nak pejam mata kome wei...aku bebel je la apa yg patut deh! 

Ceritanya tadi kan aku takda keja nak buat. Bosan dah hari ni tengok tibi. Tengok facebook pun dah bosan. Nak beblog pun bosan jugak. Jadi, pikir punya pikir apa keja nak buat sambil ngintai kat luar rumah kot celah-celah tingkap tu tetiba nampak ada benda memutih panjaaaang je kat cermin keta aku. 

OhohoNo! baru aku teringat hari sabtu petang baru ni seekoq burung telah membuat onar ke atas cermin dan  bumbung kereta aku. Burung tu memang takda moral langsung weh...sambil terbang pon dia leh berak woo. Apa salahnya ko tenggek la sejap kat dahan pokok tu..pastu 'melepas' la dengan sopan. Nak ikutkan tak sopan jugak cara tu tapi dah itu tabiat burung..nama pun HAIwan kan so, apa nak di HAIran kan, kan? Uit, dah melalut ke lain nih...

Oke. Pastu aku terus terpikir nak cuci kereta. Hah! tengah2 malam nak cuci kereta? Awatnya?? bukan aku cuci kat laman rumah orang pon kan.. Kalau tak cuci takleh jugak, esok aku kerja. Ish, segan lah kat orang tengok kereta aku camtu rupa. Pompuan laktu yang punya kereta, kalau lelaki kalu aku rasa main lantak je jalan. Kan??? 

19.2.11

2 LINE??? Hah, tahniah ye!!! ;(



Salam kawan-kawan
malam ni mud sedih ;(


Meh la sini. Nak cerita ni..takmo dengar ke? Takmo sudah!! Tapi aku nak cerita jugak >.< Koraangggg...[nada manja] Tetiba aku rasa sayuuu sangat. Baru tadi chat dengan beras eh, biras kakak aku..Nana kat facebook. Topik kami bertajuk 'pregnant'.

Kes kami sama iaitu Nak Anak! Bezanya cuma dia baru kawen 8 bulan dan aku sehingga ke hari ini dah kawen setahun 2 bulan 1 hari.. tapi dua-dua belom pregnant lagi. 

Nana tanya aku..`apa cer?' Aku cakap macam biasa, cer sama jer takda rezeki lagi. Aku tanya Nana pulak..'dah muntah-muntah ke?' Kebetulan gak kot kan..dia kata dia baru test. dan hasil test tu lekat 2 LINE.!!  Haa?? Alhamdulillah, tahniah Nana..aku balas kat dia.

Tapi dalam hati aku hanya Allah je tahu even laki aku sendiri pon tak kan dapat rasa apa yang aku rasa. 

Masih tak puas hati. Aku tanya Nana makan ubat apa? Dia pon cerita..'better akak pegi klinik, nanti doc bagi FOLIC ASID'. Dia kata baru makan 2 minggu test terus lekat. Aku cakap kat dia..'mungkin nak jadi rezeki nana kot kan..' 

Pastu Nana cakap lagi yang kakak aku Fiza tu pon dah pregnant jugak 2 bulan dah. Hah?? Macam mana aku ni adik dia pon tak tahu ni??? 2 minggu lepas masa aku balik kampung takda pulak kakak aku bagitahu dia pregnant. Nak seperais kan aku la tu! Hishhhhhhh...

UWaaaaa...aku pon nak pregnant jugak laaa!!!
[meroyan]

Sebelum ni pon skot aku Epi, suggest kan aku beli FOLIC ASID jugak. Dah lama bulan lepas rasanya. Aku cakap ya, nanti aku beli. Tapi sampai ke hari ni aku tak beli lagi. Aku lupa pasal Folic Asid tu. Sampai la Nana sebut lagi tadi. Ish, takleh jadi ni..esok aku kena jugak pegi klinik. Takleh delay-delay lagi ni nanti aku lupa lagi. Terus aku sms kat laki aku mintak dia bawak aku pi klinik esok pagi...tak sempat-sempat dah nak tunggu dia balik rumah!!

Psst: Ada cadangan lain tak??

Platun Harimau by Tentera Darat

Haloha!
Hi, prennnnnnnnn.
kembali menceceh selepas menyorokkan diri :D

Hari ni aku nak cerita pasal drama. Drama yang berkisarkan tentang myTentera. Oyeh! Platun Harimau. Korang penah baca tak novel Platun Harimau?? Haa, tak pernah?? Aku pon tak pernah jugak...KehKehKeh. Okelah, meh cekedout pasal cerita Platun Harimau.

Drama ni sebenarnya diadaptasikan dari sebuah novel perang yang bertajuk Platun Harimau. Dan novel tu pulak adalah hasil karya Leftenan Kolonel Mohd. radzi Abd. Hamid yang juga Ketua Skuad kombat pada masa tu.
Leftenan Kolonel Mohd. radzi Abd. Hamid
 klik celoreng untuk ke blog beliau.

Bertemakan 'Hutang Darah dibayar Darah' itu diangkat daripada kisah benar unit skuad kombat Tentera Darat dalam mempertahankan negara dari ancaman komunis sepanjang 1987 hingga 1988. Drama ni bertujuan untuk menyedarkan generasi muda bahawa komunis adalah pengganas yang bertindak kejam kepada rakyat negara kita.

Sinopsis [ringkas]

Drama Platun harimau adalah cerita sebenar yang dilalui Tentera Darat melalui Rejimen Askar Melayu Diraja [RAMD] sekitar 1980-an yang menerima tentangan hebat pengganas komunis yang dikenali sebagai 'Black Jacket'.



Seramai 16 perajurit gugur di medan perang di Daerah Gubir, di utara Perak bersempadan dengan Betong [wilayah Siam] yang merupakan kawasan hitam pengganas komunis Black Jacket yang diketuai oleh Chong Woo.

Pelakonnya pulak adalah Zul Huzaimi, Norman Hakim dan Yatt Hamzah..eceh, 3 orang je. Yang selebihnya anggota tentera sendiri yang berlakon. Wah, glemer sejap korang nanti ye...Lokasi tempat depa ni berlakon sekitar kawasan hutan di Tapah, Perak dan Kem Sungai Udang dan jugak Kem Terendak di Melaka


Kalau korang nak tahu drama ni bakal di tubitkan di RTM 1 sebanyak 13 episod, bermula 1 Mac sempena Hari Ulangtahun Tentera Darat ke-78.

Psst: Sila pakat-pakat tengok ye..

17.2.11

emo (-_-")

Hai kamoo semua!

Hajat aku malam ni nak ber'emo sikit sebab dah nyampah tahap gaban siang tadi. eh, Semulap! Bukan siang tadi je tapi tetiap hari oke. Takyah tanya apa kehenya tapi  kalau aku dah mula meluat, tak suka, benci...hmm, sori la bukan takat nak layan je nak tegur 'hai' pun aku dah kedekut suara tau.

Kan aku dah pesan banyak kali dulu, jangan buat hal..jangan buat hal dengan aku!! Tak suka tau nak bermasam muka ni.  Kang kalau mulut aku ni dah takleh nak sengih maknanya memang lambat la nak pulihkan balik sengihan aku yang bergigi siong nih kat hang !! Haa..Tengok! kan dah tak berani nak tengok muka aku dah. 



Kalau tak salah kenapa nak takut kan?
Haa, 
meh la pandang muka aku niii!








Kesimpulan entry: Tak suka orang yang SUKA ambil kesempatan, kaki bodek, kuat mengadu, gedixs tapi kerjaaa kualiti 0!![sori]

16.2.11

entry mamai l ZZzzzz

Assalamualaikummm!
Selamat tengah malam kengkawan (-_-')

Saya baru bangun tidoq.  Saya penat sangat sebab lepas keja tadi saya pi aerobik dulu. Saya sampai rumah lepas maghrib. Siap mandi + solat maghrib saya terus ZZZzzzzz baru sekarang saya sedaq diri . Terus mamai on laptop bukak blog. Sebab hari ni saya langsung takda masa nak update blog. Kan hari ni saya dah keja selepas saya dapat 4 hari cuti secara otomatik!

Saya mamai lagi ni... So, malam ni takda entry okeh! Yang ni toksah kira la sebab yang ni penerangan mamai dari saya sahaja.

Sekian, Wassalam.

15.2.11

aku ada cucu & aku dah jadi tok !! Owh~


Salam. Wahai cucu kuh!! 
>.<
Owh ! sungguh tak sesuwai dengan usia kuh ini .


Tak caya eh? Nak tengok cucu aku tak? sat nak boh gambaq. comel dowh. putih lepak. mata sepet lagi tuh. Mai tang mana tak tau sepet tu. mak pak dia tak supa macam anak pong! [tobat kena sekeh pala kalau mak dia baca ni]

Haish! Ciptaan Allah S.W.T jangan di pertikaikan ye..Syukur Alhamdulillah ye bila anak yang dilahirkan tu sihat tubuh badan dan takda cacat celanya. [lenggok Ustazah Bahiyah]

Haaa..mari dekat..mari dekat-dekat..
nak perkenalkan ni:
cucu pertamaku


Faqihah Zulaikha
Tok Ngah dengan cucunya *gulp*
Faqihah dan Tok Ngah
Apa ke halnya pulak aku ada cucu ni? Aku sendiri pon belom ada anak [sob..sob..uwaaaa!] tetiba buat entry sentap ada cucu. Kacau tak?

Alkisahnya camni.. Mak nya Faqihah yang bernama Faizah ni sebenarnya 'anak sedara sepupu' dengan aku. Maknya manggil aku  Mak Ngah dan maknya tu taklah muda dari aku tapi kami ni seumor je. Jadi bila mak nya Faqihah ni ada anak kompom la anaknya kena manggil aku Tok..ye dak?? So, Faqihah ni cuma cucu sedara aku je pong! Heeeeeeeeeee....saja bagi sentap sikit. 

Kira oke lagi la kan kalau aku yang dah nak berumo 30 tahun pada Mac depan ni dah ada orang panggil aku TOK ! Tapi cuba korang pikir..camana gayanya adik bongsu aku Cik Ein [solihin] ni yang umonya baru 8 tahun dah dapat gelaran TOKWAN dek kerana Faqihah Zulaikha???
KahKahKah..nasib la cik ein weh!

Pengertian dan Peristiwa 12 RabiulAwal

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa Penting Bulan RabiulAwal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  • Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

  • Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

  • Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

  • Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

  • Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

  • Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

  • Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

  • Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

  • Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


Sumber: al-azim.com

Maulidur Rasul

Salam. 
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H.
Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.


Rasulullah s.a.w. telah dilahirkan di sini.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Selawat Ke Atas Rasul



Sumber: al-azim.com

14.2.11

Korang suka aerobik tak??

Salam. Hai peminat kengkawan!
kang kena lempang lagi.. cepat katakan TAK NAK !!

Oke lah. Seterik to the point..petang ni aku rasa cuak sikit sebab terpaksa ponteng kelas aerobik. Ye lah, dah hari ni aku cuti kan. So, tak dapat la nak pi aerobik kat Kompleks Sukan Batu Uban, Penang nuu.

Kalau aku kerja, cam biasa la sebelum balik rumah aku singgah kompleks sukan dulu. Dah cuti-cuti ni takkan aku sanggup celapak pi Penang pulak kot..tak berbaloi la kan nk bayar tol BKE dengan jambatan bagai.

Makanya, aku aerobik sendiri je la kat rumah. Aku memang gian aerobik sejak menjebakkan diri dalam bidang ni dari tahun 2007. Dari bujang sampai kawin..sibbek dapat keizinan dan sokongan keras dari laki tercinta.

Dengan kursus-kursus asas yang aku dah pi tu dapatlah aku praktis sendiri kat rumah. Oke la..jom, mari ikut aku!!




KahKahKah..itu cikgu aku dalam youtube je. 

Nanti aku interprame gambo cikgu aerobik aku pulak oke. Kompom la pompuan! Kalau nak tau pasal kursus aerobik yang aku jebak tahun lepas....sila belek tang ni. Gambo aku masa ni nampak bengkak a.k.a chubby sikit tau..so, abaikan bengkak tu sebab tak sama macam sekarang dah. Ewaahhh!

eeee..perasan nya ♥


Salam.
Selamat tengahari para peminat-peminat kuh! 
*pangggggggg !!* 
kena lempang terus bengap 0_0  
[KahKahKah padanmuka nak perasan lebih je]


Oit! Hari ni kan adalah hari yang ketiga selepas kemarin dulu sabtu hari yang pertama , pastu kemarin ahad hari yang kedua dan hari ni isnin aku dok lepaks je kat rumah dan aku boleh terus lepaks kat rumah sampai hari keempat iaitu esok!  ayat cap apa daaaa....ayam brand ke???

Pendek kata.. 'aku ambik cuti tahun hari ni sahaja' tapi pelik tetiba je jadi 4 hari pulak cuti aku. Lama tu..Oyeh! Erm, awat eh jadi lagu tu? 

Hoi ! 
".... Dah hang ambik cuti tang tengah-tengah cuti umum kompom la otomotik jadi 4 hari !!"
*bengap* [kebas lempang tak habis lagi laa]
KahKahKah



Kesimpulan entry: 

Dah boring lah tu cuti lama sangat tapi hasil 'dapat dok rumah je'. Nak buat caneee..laki ambo keja!!
Bukan cuti sebab V-Day oke!

13.2.11

aku masak tak sedap kot!

Salam kome!
Legaaaa....baru dapat landingkan bontot ni kat sofa. Penat sangat hari ni. Sepagi dan sepetang aku sebok menyentall segala jenis bapak daki dari dalam sampai ke luar rumah. Sangat bangga dan berpuas hati dapat melakukannya. Oyeh!

Hari ni tak tahu pasal apa aku rajin terlebih pulak. Aku cabut rumput. Longkang pon aku cedok licin. Mati semua benih-benih haram nyamuk dalam longkang. Padan muka hang nyamuk! Tapi nyamuk ni memang tak sedar diri tau, dah la menumpang kat longkang aku  pastu boleh pulak buat anak kat situ. Melampau kan! Haa dah tu malam-malam time aku tidoq dia mai ketik kaki tangan aku pulak.  Saja la tu cari pasal. HUh! 

Oke lah, aku dok terbayang bantal je ni. Ngantuk weh. Makan pon belom ni sebab tak lapar lagi. Tengahari tadi aku lunch dengan megi kari je. Nak masak tak padan setakat nak suap dua mulut je..nasib laki aku jenis sempoi. Tiap-tiap hari dia berdialog dengan aku camni; 

Suami: 'yang, nak masak ka harini?
Si isteri macam biasa lambat je nak jawab. Dan tak sempat nak jawab pun...
Suami: 'kalau tak larat takyah masak lah yang! esok ja masak nah?'
Si isteri; ' Ha, oke der..'  laju je jawab.
(dalam hati isteri; 'keja apa yang aku buat kat rumah ni sampai tak larat nak masak? aku dok update blog je pon)

Tapi untuk malam ni aku masak. Goreng sayur cincai2 dengan ayam kicap je. Kesian jugak kat laki aku kan. Malam biasanya kami bantai roti gardernia atau bege je! Roti gardenia bungkus besar tu boleh habis sekelip mata je kami ngap! Lagipun laki aku ni pencinta sejati gardenia..dia macam ketagih lak dengan roti tu. Tiap hari laktu tanpa cemuih...dia tak kisah makan apa pun, asal kenyang je! I lap U lah der!
Kesimpulan entry: Ke aku masak tak sedap?? sebab tu kot dia tak bagi aku masak? UWaaaa!!

12.2.11

derma DARA?? | i tak rela tau

Debush! kena penumbok sebijik sebab tajuk.
KehKehKeh!




Salam. Selamat tengahari kengkawan!
Hari ni SABTU! cuti kan? Dan hari ni Cawangan Kesihatan kem aku anjurkan Program Derma Dara Darah kat Sunshine Square Bayan Baru, Penang sempena Hari Ulang Tahun kem yang ke 42! Sepatutnya semua kena/wajib hadir. 

Tapi sekarang aku kat rumah!!! OMG! Sesungguhnya aku telah ingkar perintah O_O Tapi takpa..aku dah ejas dengan kawan seofis aku, Pozi. Kemarin lagi aku dah selowtoq dengan dia dan suruh dia bekap aku kalau ada sesapa tanya pasal ketidakhadiran aku kat situ. Pozi kata..beres! KehKehKeh..hang memang pembekap aku yang paling sepoting, nanti aku belanja hang milo kotak k! >.<

Program tu bukan di khususkan kepada anggota tentera je tapi terbuka juga kepada orang ramai yang sudi nak dermakan darah diorang. Dan kami di wajibkan hadir sebenarnya untuk menghuruharakan meramaikan serta memeriahkan program tu je pong!

Bestnya bagi kami yang askar ni bila derma darah tu dapat la cuti rehat sehari! Sehari je?? Erm, boleh la kan dari takda kan. Tapi, seumur hidup aku sampai ke hari ni tak pernah sekali pun aku dermakan darah! 

No..No..No..bukan takut jarum tau. Orang kata kalau derma darah ni bagi sesetengah orang yang tak sesuwai darahnya di dermakan boleh menyebabkan badan jadi bengkak-bengkak a.k.a gemok! Betul ke? Mula-mula aku pon tak berapa nak percaya tapi bila terjadi kat salah sorang kawan yang derma darah tu..aku terus tak berani.

Oleh sebab itu, sampai sekarang aku tak berani nak mencubanya sampaikan kata hati dan naluri aku bergadoh2 kat dalam nuuu sebab depa bertelingkah pendapat. Nak jugak aku tanya kat doktot Doktor Riduan tu ..ah malas la, nanti tak pasal-pasal dia senaraikan nama aku pulak!

Kepada para-para doktor yang sedang membaca blog saya sekarang ini *sori, tengah perasan blog bagus*.. sila la bagi penjelasan kepada saya ye! 

Kesimpulan Entri: Saya suka nada ketawa saya hari ini..KehKehKeh..*mereng sekejap*
sentiasa mau ceria!

11.2.11

Makan free??? i LIKE

Salam. Jumaat yang dirahmati !
Hari ini aku makan gaji buta je sebab keja sikit sangat. Bos pon takda. Banyak rileks woooo dan banyak sangat masa aku untuk menuang. Mungkin boleh menuang sampai jam 1700H then terus balik rumah. Wah! sesuka hati je kan.

Tapi aku di alam keboringan yang melampau ketika ini. Masih di ofis. Baru pukoi 12suku! Menunggu jam ditangan, didinding, dihenpon, di pc dan dimana-mana mencucuk tepat ke 1245H je terus aku nak chowwwwww!! Lepaks kat rumah Anna. Masa rehat yang panjang membulihkan aku tidoqs ayam sebelum masuk keja semula 1545H. yuhuuuuuuu!

And da best part is...makan free kat rumah Anna. Jimat duit peruntukan makan aku untuk minggu ni...hahaha cilakak punya aku! Dia kata masak best untuk lunch. Nak tunggu lagi ke..terjah terussssss!
Aku yang suka menyebok!


8.2.11

Rahsia ais dan air sejuk

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.


■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

5.2.11

Menikahlah denganku!

Haish! kepala ni kalau dah mula sakit..telan panadol sepapan pon dia buat dono je takmo baik jugak. Tensen aku dengan kepala ni..asyik nak sakit aje. Cuba la dok diam-diam, kalau tak sakit tak boleh ke. Apahal yang tak betol pasal kepala ni aku sendiri pon tak pasti.

Bila dah jadi camni..nak tenung screen laptop ni lelama pon dah tak boleh..sakit mata aku. Urat mata ni macam menarik-narik je. Erm, dah la..takleh tahan dah...nak baring jap!!

Korang cuba layan lagu ni, sedap jugak telinga aku ni mendengarnya..

Allah sentiasa bersama kita

 yakinlah bahawa Allah sentiasa melihat dan bersama kita.

Mukadimah

Surah al-Dhuha termasuk dalam surah Makiyyah. Keseluruhan ayatnya berjumlah 11 ayat dan diturunkan selepas surah al-Fajr.

Hubungan surah ini dengan surah al-Lail, dalam surah al-Lail disebutkan tentang (Dan orang yang paling takwa akan dijauhkan daripadanya).

Disebabkan pemimpin daripada orang yang paling bertakwa itu adalah Rasulullah SAW, maka Allah SWT menyempurnakan penjelasan tentang perkara ini dengan menyebut pelbagai kenikmatan-Nya yang telah dianugerahkan kepadanya.

Firman Allah SWT: Demi waktu dhuha.
Ibn Jauzi berkata: Ulama menyebut empat pendapat berkenaan waktu dhuha.

* Terangnya siang hari seperti pendapat Mujahid.
* Awal hari seperti kata Qatadah.
* Awal masa daripada siang hari apabila matahari naik.
   Inilah pendapat al-Suddi dan Muqatil.
* Siang hari keseluruhannya. Ini pendapat al-Farra’.

Firman Allah SWT: Dan malam apabila ia sunyi-sepi.
Berkenaan dengan maksud ayat ini ada beberapa pendapat:

* Apabila gelap.
* Apabila sudah pergi. Yang kedua-duanya diriwayatkan
   daripada Ibn Abbas r.a.
* Apabila datang seperti pendapat Sa’id bin Jubair.
* Apabila tenang seperti pendapat ‘Ata, Ikrimah dan
   Ibn Zaid.

Firman Allah SWT:
(bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

Syed Qutub berkata:
Allah tidak sekali-kali membiar dan membuangmu sebagaimana dikatakan oleh kaum Musyrikin yang mahu menyakiti hatimu dan merungsingkan fikiranmu.

Sebabnya, Dia adalah Tuhanmu dan engkau adalah hamba-Nya yang dihubungkan kepada-Nya dan disandarkan kepada Rububiah-Nya dan Dialah Penjaga, Pelindung dan Penaungmu.

Limpah kurnia-Nya kepadamu tidak kunjung putus. Balasan-balasan yang disediakan unutkmu di akhirat adalah lebih baik dari limpah kurnia-Nya yang diberikan kepadamu di dunia.

Firman Allah SWT:
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Al-Maraghi berkata:
Keadaanmu pada permulaan masa hidup barumu sekarang lebih baik daripada masa-masa lalu. Setiap hari engkau akan bertambah mulia. Setiap hari martabatmu akan semakin tinggi jika dibanding dengan sebelumnya. Setiap saat Aku akan memberimu kehormatan demi kehormatan, ketinggian demi ketinggian.

Firman Allah SWT:
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda berpuas hati.

Ibn Kathir berkata:
Yakni, di alam akhirat kelak, Dia akan memberikan kurnia kepada beliau sehingga dia meredainya untuk memberi syafaat kepada umatnya dan menerima apa yang telah disediakan untuk beliau berupa kemuliaan.

2.2.11

Penah dengar cerita GABAN boring tak?

Ehem..ehem..eheemmmmmmmm! tengah ejas peti suara ni..batuk! sakit tekak! hidung sumbat! badan panas suam-suam kuku macam nak demam..tapi tak! Sungguh tak selesa. Benci bila rambut gugur sakit tekak.

Hari ni kan kome..aku rasa `masa' lembab sangat! Rasa macam dah 2 hari duduk kat ofis tak balik-balik. Kesahnya mola camni..pagi tadi kat kem ada gotong royong perdana. Panglima turun padang! So, semua orang kena turun kecuali yang bertugas pada hari ni dan setiap sel/cawangan sorang kena tinggal kat ofis.

Apa yang penting? kerjasama.

Aku macam biasa la..detail diri sendiri duduk je kat ofis. Malas la nak gotong royong ni sebab pakaian half celoreng complete dengan spike boot. Kalau kena pakai track sut dengan sport shoe ja nak la aku sebab selesa dan senang nak bergerak. Kalau pakai spike boot..nak angkat kaki pun cam berat semacam ja. Dan memang aku tak suka pakai celoreng. Pelik. Askar jenih apa ntah aku ni.

Gigih betol..sampai atas pagar ko!
Sepagi aku duk kat ofis tu sorang-sorang macam tunggul kayu dah. Mati kutu. Boring ya amat! kerja semua aku dah setel awal-awal pagi lagi just bagi bos baca dan sign apa yang patut je. Makin bertambah boring bila nak serve internet je..ya Rabbi, lembab gilak! Mula-mula tu lembab-lembab je tak lama pastu terus takleh nak serve tenet. Aku macam nak guling-guling mogok ja kat komputer tu. Bayangkan aku siap lentok kat meja 2,3 round dah. Ngantuk. Tak tau nak buat apa.

Tengok jam dah kol 12 tengahari. Depa baru abih gotong royong. Panglima bagi depa stand down  petang..takyah masuk keja dah! Yang terlibat dengan meeting kol 2sengah je kena masuk ofis balik. Kompom la officer je yang terlibat dengan miting tu. Wahhh! bestnya buleh stand down awai..kalau ku tahu mood dato' hari ni gred A..rela aku sarungkan jugak celoreng dengan spike boot pagi tadi tau dato'!!

Selingan..gotong royong sesi 2010. hepi!
Riang la depa yang buleh stand down petang. Buleh cabuttt balik kampung awai. Buleh lari dari kesesakan atas jambatan P.Pinang.

Kol 2 lebih bos masuk ofis. Macam besa duduk je terus belek surat khabo dulu. Pagi tadi tak sempat nak baca sebab dia pun kena gotong royong jugak..HEH HEH HEH. Pastu 2sengah bos masuk miting! Aku dah tak sedap hati, sebab paham sangat dengan my bos..dia ni kalau buat miting bukannya reti sat-sat, berejam miting tak abih lagi.

Aku takek akaq yang menjalau tu sambil dok beletiaq...dok takek takmo putuih!

Kol 4sengah aku masih lagi kat ofis. Selagi bos tak balik, aku takleh balik..WAAAAAA!! Tunggu punya tunggu..sharp kol 5! bos tak kuar lagi dari bilik kebal tu.  B.O.R.I.N.G

Komputer aku dah shutdown kol 3 lagi. Buat sakit hati je. Sebelum shutdown ada la 2,3 kali restart komputer tu kot2 tenet oke tapi malang betoi laa. Korang terpikir tak camna aku leh post entri ni??

Haa! yang ni ada kena mengena dengan tajuk kat atas nuu. Punya la boring aku memuncak tahap GABAN sampaikan aku draf entri ni atas A4 je kome weii..[`balik umah kang aku taip balik laa..'.kata hatiku]

Masa aku draf entri ni jam dah 5.45 petang. Aku masih kat ofis!! WAAAAAA!! Aku pun nak balik cuti raya jugak bossss....nak gantung tanglong lagi ni. Semangat raya 1 Malaysia kan! Apa laa bos ni, esok kan cuti 4 hari. miting apa lelama camni..mohong jaa!

B.O.R.I.N.G lagi! ZZzzzzz dulu ah! tunggu sampai bos abih miting kang aku bangun la. Haish. Hidung sumbat takleh nak lentok kepala kat meja. Nak pi merayap-rayap kat ofis kengkawan pon mana ada orang dah time ni..semua dah blahh dah.

Ya ampun!! Dah 6 sengah ni bosssssss..hang takpa la bos, umah belakang ofis ja!! Aku ni haa..nak balik seberang nun. Kompom sangkut berejam atas jambatan satgi. Cina nak raya, melayu yang berduyun-duyun nak balik kampung. Aku balik dulu takleh ka bosss??? tensen betoi..

Selingan..
Hehe...dah namanya pompuan, dalam semak pon buleh posing ayu jugak!

NOTA: Bos abih miting kol 7 lebih. Alhamdulillah, jambatan dan highway tak jem macam yang aku sangka. Tapi aku pelik. Awat tak jem pulak? Huh, Biaq pi laa..aku pun dah selamat sampai rumah kol 8 lebih.

1.2.11

I nak U buat ni untuk I..buleh?

I heran, awat laa I selalu rasa boring + bosan. Dulu masa I belum kawin, kalau boring tu dah besa sangat laa. Sekarang ni I dah berlaki pun ada jugak boring tu ye. Grrrr..sori !. I bukan boring dengan YOU tau.
Mungkin sebab U tak selalu dgn I dan I pun tak selalu ada dengan U kot..kan? I busy U lagiiiii busy, ye dak?

I keluar umah kol 6sengah U tidoq lagi, I balik umah kol 7ptg U tak balik lagi... U balik umah kol 12 mlm I dah tidoq. So, camna tu? Mmg kita takda masa sangat nak dating kat umah!
  
Bila tiba weekend, I memang cuti, U pun cuti jugak walaupun U cuti Sabtu jer. Tapi, U tetap takda masa untuk I sebab weekend pon U busy pulak dgn projek baru U.
  
Bila U tanya, memang I cakap tak kesah sbb I tahu minat U dgn projek tu dan U keja sangat kuat tapi kalau sokmo2 gutu...mau I hangen dgn U. Kadang2 tu U pulun keja sampai tak ingat nak balik makan..padahal umah dengan tempat tu dekat la sangat, lintas jalan je pon(!)
  
I sebenarnya nak U tau..walaupun I tau U tak penah baca blog I pon (!) Tapi kalau U baca kompom I kena sekeh dgn U..huhuhu..Takpe, I rela >.<
  
I nak sangat U tolong buat keja2 khidmat masyarakat untuk I.
Nah, I dah list kan untuk U  :D


I takmo bagi U banyak2 keja I cuma nak U buat 7 perkara ni jer::

1.     teman I pi shopping.....banyak SALE raya cina ni tau dak

2.     bawak I pi makan laksa kat pantai Queensbay....
        I mcm mengidam je nak makan laksa kat situ.

3.     balik umah mama U dan umah mak I..sian depa rindu kita.

4.     teman I beli barang2 dapur kata Giant.. I nak suruh tolak
        troly je pon.

5.     tolong hantar comforter kat dobi.

6.     basuh keta I... saja I takmo pi carwash, bukan cuci
        sgt pon.

7.    cabut rumput kat tepi pagaq umah..I bukan takleh buat
       sorang tapi  I segan sbb anak pak imam sebelah umah
       kita tu suka usha I..U tau TAK??


Dah, cukup. Itu je harapan I kat U. Yang lain2 takpe I buat. Tapi I nak ckp TQ der..sebab bawak mak I pi medical check up kat hospital 2 hari lepas. Sanggup kan U ponteng keja sebab nak bawak mak I pi hospital? U kadang2 suka buat I sendu tau...