31.3.11

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T




Assalamualaikum!


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya [Taubat].

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”


Rujukan:

amalan sunnah sebelum tidur


Assalamualaikum!
Sekarang ni dah pagi. Aku tak tido lagi. Dah puas tido siang tadi. Aku ada entry baru nak share dengan korang tapi totally bukan penulisan aku sendiri. Aku hanya copy paste je sebab aku tertarik sangat dengan tajuk dan isinya yang sedikit sebanyak membantu kita mengingati balik apa yang kita dah lupa. Aku jumpa ni dalam Tinta Imam Muda Asyraf. IM Asyraf pon ada blog jugak [bagi yang belum tahu mcm aku yang baru tahu ni la hehehe]. Seronok baca kisah IM Asyraf kat blog dia..lucu, menarik dan bagus sangat. Kalau nak jengah blog IM Asyraf, boleh klik kat stokinputih IM Asyraf dan Tinta Imam Muda


Ini antara amalan sunnah sebelum kita tido;
1 ) Bersihkan Tempat Tidur
2 ) Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3 ) Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu
Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.

1 )     Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

2 )     Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur
Imam an-Nasai’e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’  :
” Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.

3 )     Menutup bekas air yang terbuka
Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”
Dalam satu riwayat lagi menerangkan ” Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.
Okay…Sunnah yang simple untuk malam ini…bersama Kita amalkan…Wassalam


suka tak? suka tak suka tak? suka! LIKE laa~

29.3.11

dah betul ke cara didik anak tu?


Assalamualaikum!

Sekarang ni aku nak share satu emel yang aku terima. Dah lama sebenarnya dapat emel ni dari sorang member. Isinya sangat bagus dan menarik. Jadi aku nak share la dengan korang, dapat jugak kita manfaatkan dalam kehidupan bersama keluarga kita nanti.
Tip dalam mendidik anak-anak;
1.     Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang  baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda  malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.

2.      Berikan anak anda pelukkan setiap hari. Kajian menunjukkan  anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat  daripada anak yang jarang dipeluk.
3.      Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila  berhadapan dengan persekitaran.

4.      Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya  senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
5.      Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu  melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya  kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan  mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.      Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah  keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus  berlalu dan tak akan kembali.
7.      Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah  tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan  diri mereka beban.
8.      Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi  pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang  giliran untuk bercakap.
9.      Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10.    Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11.    Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.  Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg  dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai  orang lain.
12.   Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama  belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada  sekali.
13.   Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan  anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan  anda suami isteri.
14.    Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu  real dalam dunia mereka.
15.   Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang  sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.    Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17.    Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini  akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.    Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan  belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19.    Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma  untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun  dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa  sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20.  Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


*gambar semua tu godek kat google je ^_^
suka tak? suka tak suka tak? suka! LIKE laa~

28.3.11

nak langsing tak? meh join kelab diet

Assalamualaikum!


bebaru ni kan erm.. tak baru la jugak tapi 2,3 menjak kot..nafsu makan aku cukup menjadijadi. Mungkin pasal aku tengah bercuti sakan dan takda keja sangat nak buat kat rumah..so, terpandang benda makan je la kot. Tapi tak jugak sebab apa bila aku keluar pi manamana pun asyik nak makan ja, walopon baru lepas 5 minit aku makan..aku nak makan lagi? apa tu? 

Hrmm dahlah cakap banyak pun tak guna kan so, sebelum kita merebakkan lagi lemaklemak dalam badan dengan nafsu makan yang semakin cemerlang ni meh kita nyahkan nafsu 'nak' tu dulu =.=! 'makan' la...

Menakjubkan tak kalau aku bagitahu yang haruman daripada wangian dapat membantu kitakita yang wanita ni lebih langsing? Ya! kajian terbaru yang dijalankan mendapati ada jenisjenis aroma yang dapat membantu kita menurunkan berat badan, menambahkan semangat olahraga..bagus la aku kan suka aerobics >.< serta mendapat kualiti tido yang lebih baik. meh kenal jenis wangian yang boleh bantu langsingkan badan;



1. menguruskan badan
haruman limau bali setiap 15 minit sebanyak 3x seminggu; bukan hanya membantu mengurangkan nafsu makan tapi dapat turunkan berat badan jugak. kalau takda haruman tu, cuba hidu aroma buah yang segar tu  pun dapat bantu kurangkan kuantiti makan kita.



2. mengurangkan nafsu makan
hahaha..yang ni untuk aku kot sebab boleh diatasi dengan haruman epal hijau, pisang ataupun pepermint. ketigatiga aroma ni bila kita hidu dia time tengah lapar akan dapat membantu menurunkan berat badan dengan banyakkkk berbanding orang yang tak menghidu aroma ni. eh! paham tak ayat aku ni..bukan aku yang cakap tau..depadepa yang buat kajian di smell & taste treatment and research foundation, di chicago nuu yg cakap...arr!



3. semangat olahraga
kajian depa jugak menunjukkan haruman pepermint pon mampu meningkatkan semangat utk berolahraga, dengan meningkatkan latihan, menambah kewaspadaan, mengurangi kelelahan dan memperbaiki suasana hati kita...

kalau rasa macam raguragu tak percaya, beli majalah wanita bil 1427 haa buka tengok dlm tu betoi ka dak oke =)



*gambar semua tu godek kat google je ^_^
suka tak? suka tak suka tak? suka! LIKE laa~

rahsia pemakanan ilmuan islam - fakta!



Assalamualaikum;


Selamat petangggg! tadi masa aku tengah minum kat dapoq..aku ternampak keratan 'rahsia pemakan ilmuan  islam ni kat peti ais. Dah lama aku tepek keratan ni sebab ada kena mengena dengan 'makan' kan jadi kena la tepek kat situ sebagai peringatan kalukalu terlupa. Sebab aku ni jenis pelupa yang amat! siyes wei..tak main la silasila jangan tertipu ke apa ke..ngeeee.

Sebab ini berkaitan dengan makanan para ilmuan islam kita jadi aku pun terpikir la nak mengeshare dengan korang. Sesuai untuk sapasapa saja tak kira tua ke muda ke...bagus juga untuk anak-anak kita. Meh tengok senarai di bawah;
1. Madu
madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al Quran mengiktiraf ia sebagai 'shifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu jugak didapati berkesan utk merawat penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.



2. Kismis
mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati.

3. Susu segar
susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.



4. Telur
bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.


5. Halia
ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa [ sesuai untuk aku]


6. Buah delima
mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: " Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari'.




*gambar semua tu godek kat google je ^_^
suka tak? suka tak suka tak? suka! LIKE laaa~

26.3.11

mai try Char Ho Fun cara aku..



Selamat petang wey!

Korang dah mangan? mangan aphe je? Akhu pon dah mangan! akhu mangan.....` pang !!  O___O' kadang-kadang mangan ops! makan penampar tu bagus jugak untuk menyedarkan diri sendiri ataupun orang lain =.='  Moral dari penampar yang baru akhu' makan tadi tu sebabnya tak baik tau kita ajuk atau tiru cara orang sengau cakap. Kang betulbetul sengau baru khau tahhu kowt! hakhakhak okeoke insaf dah *_*

Oke. hari ni aku nak share satu resepi dengan korang namanya Char Ho Fun. Penah mangan makan kan? Aku punya feveret ni. Lebih kurang macam mee/bihun/kuew teaw ratna macam tu la sebab duadua bubuh tepung jagung kan. Eh, kejap! Tadi aku buat char ho fun ke ratna ek?? eh konpius sudah!! ah lantak la...asal buleh makan je. 

Sebenarnya hari ni aku teringin nak makan nasi kenduri orang kawen. Tapi sebab takda orang jemput aku ataupun memang takda orang kawen kot hari ni..so, aku masak char ho fun je la tadi. Lagipun aku dah lapar terketaqketaq dah tadi. Ini je la makanan yang paling mudah dan cepat nak suap ke mulut. Okelah, cakap banyak pulak~

Nah layan gambaq dulu..
sori gambo tak clear...hp cokia =.=



bahanbahan: [untuk sorg makan je ni]

bihun/mee/kuewteaw
minyak
1 cawan air
1 sudu tepung jagung [ kalau suka pekat bubuh lebih & campur dengan air]
3 ulas bawang merah [bwg merah/putih ni tumbuk kasar]
2 ulas bawang putih 
1 kiub pati ayam
1 biji telur
2, 3 biji cili padi [belah tengah @ ikut suka nak potong camna]
ayam,daging,udang,sotong 
carrot/bunga kobis/tomato [ikut suka korang nak boh sayur apa]
garam
sebuk lada putih

caracara nya:

1. opkos la panaskan minyak dulu, pastu tumis bawang yang di tumbuk tadi pastu masukkan kiub pati ayam dan kacaukacau dia. Tak kacau kalu, hangit le jawapnya yer.

2. masukkan secawan air. kalau korang suka kuah banjir tambah la airnya. biar mendidih masukkan cili padi dan sayur.

3. pastu bubuh la bihun/mee/kuewteaw tu. Kalau bihun kena rendam dulu bagi lembut sikit. kemudian masukkan tepung jagung yang dah dicampur dengan air. taburkan garam secukupnya. Kacaukacau bagi rata dan agak puas hati baru pecahkan telur. Telur tu ikut suka tekak korang nak camna..nak sebijik ke nak hancurkan ke terpulang la. 

4. Tutup api. tuang dalam pinggan dan tabur la serbuk lada putih/hitam/sulah. Sila la makan. Takleh simpan2 kang dia kembang tak sedap dah.

Sekian, aku pun dah makin mengembang dah. Mata pulak makin menguncup. Selamat tido petang ye >.<







30 dah?? hrm..HOT lagi oke!

Assalamualaikum;

Eh, hari ni 26 Mac kan? kankan? Tahu tak hari ni hari apa? Sabtu la! lerrrr..tahu la sabtu, kerek je hakhakhak. Dapat agak tak ada apa dengan 26 Mac ni.... Hrmm takyah main teka-teka la bukan aku nak bagi hadiah pon kan. 

Hari ni 26 Mac 2011 genap umo aku 30. Haa..30? Hrmm..oke je aku rasa. Lagi HOT gamaknya aku sekarang ni kalau nak dibandingkan dengan zaman remaja aku dulu. Ayat nak sedapkan hati je kot ni! huhu..tak, oke. Malah aku rasa bangga bila umo aku makin meningkat. Siyes!


Mungkin pendapat aku tak sama dengan kebanyakan wanita lain kan..sebab depa takut tua kot. Bagi aku lagi tua lagi aku rasa HOT. hakhakhak..aku nak jadi hot mama sebenarnya tapi belum lagi rezeki aku. So, sabar je la dulu.

Aku tengah tunggu laki aku Badin balik ni. Nak tengok dia ingat ke tak birthday aku hari ni. Dari minggu lepas lagi aku pi dok hingaq kat telinga dia pasal birthday aku. Kalau dia lupa jugak...huh, siap memang aku bebai la =.=' hudoh betoi perangai hehehe..

Tak sangka pulak ada orang yang lebih awal wish kat aku. Bukan aku kenal sangat pon dengan dia ni. Dia pun bukan kenal aku sangat. Tapi takpa la aku nak ucap la terima kasih jugak la sebab dia jadi orang pertama yang wish kat aku....nak tau sapa dia???

errk..terima kasih ya awak! Awak memang jiwang karat punya orang...





Sila besOrkan mata anda untuk lihat dengan lebih jelas!! 

Kuang3..terima kasih la sebab awak betoi2 jiwang hari ni. Ya, awak dah membuktikannya! errr, ada movie baru tak nak donlod ni?? muahahaha...skandal baru ni. pelanggan tetap!

Oke la, aku pun nak wish jugak kat diri aku sendiri..Selamat Hari Lahir yang ke30 ya kat aku. Semoga aku terus hidop bahagia, aman damai dengan Badin. Semoga bulan depan aku disahkan mengandung! [sob3]...dan semoga kehidupan serta pekerjaan kami suami isteri diberkatiNya selalu. Amin

25.3.11

blog kena santau angin...ek??

Assalamualaikum;

Lama betol tak update. Tiap-tiap hari buka tengok blog tapi bila nak mula menaip je...tetiba jadi malas pulak. Idea yang tengah berduyun-duyun keluar tu dan2 pulak lenyap. Terus aku ambik keputusan nak cuti kan blog aku selama beberapa hari. Tapi kan aku rasa pelik jugak..... Wei, sapa anto santau angin kat aku nih??? Sampai aku dah tak da hati nak bebelog ni haa!! Muahahaha...stetment maut nih~  

Sebenarnya...aku yang dah mula malas. Entah la..semangat makin lama makin down! Tapi rasanya tak jugak kot sebab aku masih lagi update kankankan! Biasa la bila cik M tu mula datang susah kita nak nyahkan dia. Aku rasa sebab terlalu kenyang jugak kot sebab tu malas! hakhakhak..tak masuk akal.

Dah..kering idea. ENd...[ntah apa2 kan..hrmm asal update je v_v'

22.3.11

" Kisah suami isteri....... "



Sepasang suami isteri telah berselisih faham 
dan tidak bertegur sapa. 
Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota... 


" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI " 


...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang 
tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan 
mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. 
Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis... 


" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "


konon majok takmo bercakap..lagi jahanam ada laa...
HaHaHa

21.3.11

Hari pertama cuti; Xtvt seorang housewife..main mekapmekap!

Assalamualaikum.

Ayat first ni macam entry semalam gaks aku nak bagitau oke. Hari ni dah start cuti selama 2 minggu. [itu je pon ayat macam semalam, ciput je..heh] So, setiap xtvt yang aku buat akan aku publish di sini oke. Untuk..!! ya ada untuknya.,...iaitu hanya untuk menghilangkan keboringankeboringan tika aku keseorangan di rumah begini ya. 

So, bila korang terbaca entry aku ni..tolong la jangan korang bermonolog sendiri yang bunyikan seakan keluar seperti ini...EEEee pompuan ni! ntah apa2 dia buat! ataupun begini...ish, nyampah aku pompuan ni, yang tu pon nak bagitau ka?? ataupun yang lebih teruk lagi bunyinya dari korang sendiri yang aku taktahu...hahaha, [merapu] tampaq mau?? -_-'

Oke, hari ni aku men mekapmekap tau. Tetiba lak aku bangun tido je petang tadi terus pegang lekcu [yakni lipstik]. Rupa-rupanya dari dalam tido lagi aku dah terbayang nak men mekapmekap! sorangsorang laktu! Pe'el apa pulak yang merangsang otak aku ni??? huh, dop pehe haku! Apaapapun, meh layan je gambar aku dok merenyih sorang depan cemin ni....

JengJeng



Hampeh! 
buat penat je nak tengok. Apapun tak nampak. Mekap pesyen apa tu?? Hehe..sori,  kat depan cemin aku nampak je semua yang aku pakai macam blusher, eye shadow pink, eyeliner n..n..n.. semua tu la. Apsal dalam pic ni tak nampak pulak??? camera 2ndhand cap ayam oke. So, tak jelas..erm, ngadap je la muka aku niiiii...hehehe..erk..sori hidung mengembang pulak [O_o]

Oke..yang ni pulak..


lagi hampeh!!
Boleh peace pulak.. sebenarnya aku mekap simple je takda la cam opera cina tu mekap tebal patbelas inci.


Erm..dah tak nampak! meh layan je la mukamuka aku ni..heheheh


Bahan-bahan yang digunakan..

Ayu dop?? eceh..perasannya tanya! gambaq ni terhasil dari webcam. Tapi nampak gak kan mekap tu..napok dop? 

Hoh? dop napok??




marah ni!!!
kawe napok guano demo dop napok!! nak kene tacap lagi ko?? Hahaha..okelaokela..aku gi tacap lagi deh!!! [bila marah idong lagi kembang sebesen!]



20.3.11

Aku HANTU laksa!

Yeay..
Esok dah start cuti selama 2 minggu. Lama tu. Mesti boring juga cuti lelama kan. 

Erm, rasa macam nak layout meja panjang je kat depan rumah..nak jual LAKSA! Boleh? Agak-agak laku tak??

Hehe..Aku HANTU laksa oke. Dalam seminggu mesti patlima kali kena makan laksa. Kalau tak makan..meleleh-leleh liur aku. Eyeeek!

Semalam aku dengan hubby [sebelum ni sebut laki ^__^] check in kat Hydro Hotel Batu Feringghi, berdepan dengan Miami Beach. Kat situ ada gerai jual laksa. Apalagi, aku ajak la hubby pi pekena laksa. 


sedap woo..nampak sempoi ja tapi rasa dia semua cukup masin, masam, pedas = sedap!
Terbaik dari dalam piyok..haha

Haip! jangan kaco ah..dapat makan laksa terus senyap Ooo. 
Cakap pon takmo dah. 
Dok pulun sakan nak abihkan laksa yang sedap tu. 
[pic blurr ar..dunno y?]


Terus lapaq tengok laksa ni. Huhu...mana mo cari malammalam ni?? 

19.3.11

Tok Kadi tanya...



Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan di ruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar!

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab " lima ". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. 

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan b@b! je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan b@b! la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. 


Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.

Tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ?taik gajah? besar betul..nak2 bila gajah makan durian.




P/s; Sumber copy paste tapi tak ingat dari sapa sebab dah lama benda ni tersimpan dalam pen drive aku.

17.3.11

Aku nak bagitau ni!!

Hari ni baru dapat online dan update blog guna komputer ofis..
lepas hampir sebulan line tenet kat ofis ni wathal, bebal, majok, ngada2!!
Pastu komputer lak nak loading pun punya la lembab cam apa ntah.
Nak habaq pon taktau! 

Bila mai tang takdak keja tu, jenuh aku dok tongkat dagu je
kat meja sebab dah bohsan sangat.
Tapi hari ni dah oke dah . suka!


Sekian, terima kasih.

Selamat menjalankan tugas wahai srikandi ATM !

Caya lah geng!

Smart tak tentera wanita Malaysia? Bila la turn aku pulak nak pi misi PBB ni..teringin la sangat. Kena ada kabel kuat ni baru boleh lolos pi sana. Takpe la, belom ada rezeki.

Apapun, aku nak ucapkan tahniah pada korang semua terutama kepada Kapt Siti Aminah Mohd Sharif dan Sarjan Azura Zizan. Semoga Puan, Sarjan dan anggota-anggota yang lain dapat melaksanakan misi MALCON EAST 6 di Lebanon dengan jayanya. 

Kalau nak tau berita penuh klik TangNi !

15.3.11

Doa + Amalan untuk dapat zuriat



"Bila Allah cepat makbulkan doamu....
Maka Dia menyayangimu....

Bila Dia lambat memakbulkan doamu...
Maka Dia sedang mengujimu....

Bila Dia tak makbulkan doamu....
Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu....

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan....
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..."

:di petik dari entry Cik Tom
**************************************************
Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.


Doa-Doa Untuk Mendapatkan Zuriat



Doa Nabi Ibrahim a.s. 

Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii 

Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’


Doa Nabi Zakaria. a.s.

Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin 

Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi



Surah Al-Anbiya:21:89 

Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa 

Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa.



Doa sebelum persetubuhan 

Bismillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa. 

Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)


Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin kerana diriwayatkan bahwa setan boleh menganggu apabila pembentukan janin berlaku. Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan Molar.



Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.


Amalan Pertama


Selepas Fajar ataupun Solat Subuh;

  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat")
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan Kedua

  • Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.


Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


* Semoga aku dan suami tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk mendapatkan zuriat..AMIN

Siapa TOP REFERER FA? GIVEAWAY

Siapa TOP REFERER FA? 

Sila ambik perhatian semua wahai penghuni-penghuni blog bersawang Niza Romli~!! Ini adalah kali pertama aku join GA bagi tahun ni dan juga tahun-tahun yang dah lepas nuu oke . Tu pon sebab kena tembak tag dengan brother Wanzi. Tapi sungguh aku suka. Yeay! Terima kasih Wanzi. 

Tuan punya yang menganjurkan GA yang bertajuk 'Siapa TOP REFERER FA?' ni adalah daripada Fantastic Ajane. Namanya pun dah boombastik kan! Hadiah yang ditawarkannya jugak sangat menarik perhatianku. Aduss! kepingin bangat. So, apa tunggu lagi jom kita pakat ghamei-ghamei gi serbu GA Fantastic Ajane.

Kalau nak tahu syarat-syarat penyertaan untuk GA ni..korang boleh usha kat link bawah ni oke:



Referer aku ~ WANZI


Aku nak tembak : 



Tarikh tutup penyertaan pada:

31 Mei 2011
[lambat lagi boleh pi men guli dulu pih]



*Jangan lupa tau mention aku sebagai referer..HaHaHa  
gila kuasa, gila nama, gila hartaaaaaa!!