25.4.11

ayat blogger tak berdaftar..hurm!




sob sob sob...sedihnya tengok kat stats tadi takda peminat pengunjung pun datang kat blog aku ni, bukan la takdak langsung tapi catatan kedatangan tu tak 'memberangsangkan'..ish panjang pulak ejaan perkataan tuh! rasa menyesal pi bubuh dia!! T__T

err..patut ka salahkan pengunjung? ihhh...tak patut!! kena jaga hati pengunjung nih kang takda orang mai  terus kat blog baru padan muka aku. tak update..macam mana orang nak datang. usang je..orang pun takut nak masuk...bukan takut apa kot tapi takut menyesal je! sia-sia masuk habok je yang ada!! hihihi...kan??

dan yang sebenarnya...bukan takmo update tapi tenet kat umah kena potong laaa....sebab tak bayaq lagi bulan ni!!! ishhh..malu betul dedahkan benda dalam rumah ni +__+ lari bajet laa bulan nih..HAHA. [tunggu duit claim masuk baru nak bayaq...huhu]

ni pun aku berblogging secara langsung dari ofis dengan kadar tergesa-gesa sebab time lunch kan..satlagi habis time tu segan pulak nak menaipnya...kang ada je yang sebok nak baca kat belakang. kalau nak baca je takpa jugak  tapi  ada jugak yang sebok nak tambah ayat!! oiiii..yang tu tak tahan tu...nak jugak jadi blogger tak berdaftar!!




p/s: sori naa kalau aku tak 'jalan-jalan' kat blog korang =..='

19.4.11

macam-macam rasaaaa!




sunyi dan menyendiri..
kadangkala aku perlukan dia bila diri rasa sangat-sangat serabut, takut, gelisah  dan aku tak perlukan dia lagi bila diri ni dah rasa tak serabut, tak takut dan tak gelisah dah. ceh! senang sangat.

sedih dan menangis...
yang ni kembaq aku kot sebab jiwa sensitip gila..wan maimunah pun buleh kalah kalau babak ayaq mata ni. entah. kena tengking sikit nak nangis. tercucuk jarum keronsang pon nak sebak. ikan gapi laki aku mampuih pun dah sedih. heh! lembek.

Senyum dan ketawa..
dia mai otometik punya bila mood tengah syok, hati tengah riang bergumbira...tak kira la apa kehenya pon! tapi kadangkala mood tengah rancak syok macam nak gila pun aku takleh nak senyum atau ketawa lebih-lebih dah kalau time tu ada orang kentut.....brurrrrrrrrrrrrrrr! spoil betoi la.


rasa enak-enak aja ni +__+
huahahaha




17.4.11

pelam, pauh, mangga...mengandung??



tahu kan buah pelam atau mempelam. err..pauh tu apa? mangga tu apa pulak? buah tu sama je keturunan dia cuma berlainan bentuk dan rasa je kan...masam atau manis.  hmmm..tak kisahlah korang panggil apapun. tapi buah pelam ni ada nama2 dia dan banyak jenis pelam pulak tu.

kat umah mak ayah aku ada pokok pelam...nama dia pelam teloq! kenal tak pelam teloq? err..korang penah dengar ke tak nama pelam teloq ni.. nama saintifik dia aku tak tahu. tapi nama tu la yang mak ayah aku perkenalkan masa kecik2 dulu. sampai sekarang aku panggil pelam teloq. malah orang kampung aku pun panggil nama yang sama. tempat korang aku tak tahu laa panggil apa?

sekarang ni aku bukan nak perkenalkan jenis2 buah pelam kat korang tapi yang aku tak paham ni..awat aku suka sangat makan pelam muda/tak masak? boleh kata setiap hari tau... tak payah kira laa makan banyak ke sikit tapi mesti kena cuit jugak 2,3 hiris masuk mulut. aku bukan MENGANDUNG pun nak ketagihkan pelam yang memang senonim dengan ibu2 mengandung tu. entah..tak tahu.

Awas!! ini bukan pelam teloq.
aku taktau nama dia jadi aku panggil pelam bujoq!  =.="
lagi tak paham bila aku siap tapau bawak pi opis..adehhh!! bila petang je aku bawak keluar la pelam tu dari tempat persembunyian rahsia dan letak atas meja. buat keja sambil cicah pelam dengan garam! sat ja abih la pelam aku..satgi mai sorang celek, mai 2 orang celek, mai 4, 5 orang celek abih la pelam tu. esok aku tapau lagi dari rumah. yang heran tu laki aku dok pi angkut kat mana taktau pelam tu. takdan nak luak pelam kat rumah dia bawak tambah lagi. macam mana la tak tumpoi otak aku ni. eh, betoi kan! orang kata makan asam ni boleh tumpulkan fikiran. dah tabiat....

ada junior aku cakap..masa tu aku bujang lagi dok serumah dengan dia. dia cakap kat aku.."eh, kak! jangan makan asam banyak la nanti urat perut putus!! tak elok tau untuk perut....". Aku cuma balas..."hang ni biaq betoi?? " pastu aku gelak bedaah kat dia. lupa aku nak suruh dia huraikan kat aku sebab aku rasa betoi kot dia cakap sebab dia kor medical. entah!! tak tahu.


antara kesan2 pengambilan pelam yang berlebihan:

cepat merajuk dengan laki  T_T'

..muka hilang manis!! @..@"




p/s: eh, ter'panjang laa pulak entri ni..ihh3...nak camera..nak camera..nak camera!!!

16.4.11

entry panjang2 orang baca tak?



erm..penat lagi ni tambah dengan sakit kepala pulak. baru sampai rumah. ada jemputan untuk aerobik sempena Karnival Sukan BAKAT 2 Ramd di Penang. 

oke la..taip panjang berjela pun ada orang baca sampai habis ke? tolong jawab...... Hiiiiii! BYE







14.4.11

kopi oO kopi Oooooo!



Hai! jom sembang nak? bukan apa mata ni dah setat nak buat hal dia dah ni. takmo layan sangat dia ni. kang makin layan makin galak dia nak pejam. 

tapi hari ni aku ada bawak bekal dari warung.....kopi O kaw panas~ panas! kopi ni dibekalkan untuk men'nyahkan rasa nak tido masa tengah keja..haha..lama dah aku tak minum kopi. rasa enak pulak kopi O panas ni. aku suruh pakcik tu bancuh kaw2..umpph..memang terasa betul pahit dgn manis tu. cuba la rasa...sedap oO"

lepas ni tetiap pagi aku nak tapau kopi bawak ke ofis. hurm!



 cucuk je straw ke dalam plastik dan boleh sedut terus. mudah!
kopi ni kalau tuang dalam cawan tak sedap dah, tak dapat dah rasa kaw2 dia tu..keh3..sebenarnya malas nak tuang dalam cawan.
Ini adalah peminum kopi. nah! dah segar bugar boleh la main2 tangkap gambo.

13.4.11

peluh penyegan? eh! ada ke?




whoaaaaa...letih. petang tadi lepas kerja terus pi kompleks sukan sebabnya badan dah rasa berat...jadi kena ringankan balik. dah lama hampir sebulan aku tak pi aerobik. otot2 dah ketat, baru buat regangan dah mula lenguh2 semua. 

hurm, memang enjoy..hilang stress kat tempat kerja. rasa macam kena caj dengan bateri. lepas 1 jam rasa bertenaga semula. keluar semua peluh2 penyegan. daaa...nak tido awal.





*gambar godek kat google.

asyik terSLEEP aje


halluuuu!




today is wednesday kan? wednesday is boringday...and boringday is....tak tahu deh!!! [sewel ke apa] kenapa ntah.. sekarang ni mood nak kerja tak ada laa. pi mana ntah? semak! mana nak cari balik mood nak kerja tu. kat celah bedah mana ko duduk haa?

peliknya, tiap pagi aku bangun awal dengan semangatnya nak pi kerja. dah sampai ofis..mata nih lalatu jugak dia nak tido balik, rasa lemau je =..=! mencik, tak suka ngantuk2 time keja ni T____T

dulu2 tu tak camni pun...mata sentiasa fresh dari pagi sampai ke petang. sekarang ni takyah cakap..sedar2 je kepala dah telangkup kat meja ataupun masa tengah rancak menaip buat kerja boleh pulak mata ni pejam. apahal teruk gitu? kadang2 kalau dah tak tahan sangat, aku panggil si fauzi gantikan tempat aku kejap..bos ada. payah nak tinggal kang dia panggil nak apa2 ke. tak adanya orang menyahut murka lak bos tu.


biasanya port aku nak lepakkan mata ni kat bilik meeting la sebelah dengan bilik bos. dari bilik bos tu ada satu pintu khas untuk dia terus ke bilik miting tu hehe..kata laa..tetiba boss buka pintu tu camna gamaknya rupa aku eh? errr tak dapat nak mikirkan lagi jawapan aku kat bos masa tu.


satu lagi port aku...kat pantry! haha..boleh jugak lentok kat tepi fridge tu. terasa dingin je pipi. Ape ape aje lahhhhh..asal mata aku boleh layan. pelik!


ada kena mengena dengan aku tak ni?












p/s; ada masa nt aku huraikan pasal day napping nih oke.

12.4.11

oO anuar zain~ edisi entry panjang berjela




Sapa peminat anuar zain angkat lutut pelissssssssssss! nak tengok je ramai ke tak. bukan nak suruh nyanyi laa! 

anuar zain sapa yang tak kenal kan..jejaka idaman gadis2, mak gadis pun suka kt dia...yang dah jadi nenek pun ada hati jugak dengan dia ni. gila betul. tangmana orang suka sangat dengan anuar zen ni? kalau ikut pandangan aku..senyuman dia! yaaa...ada lesung batu pipit lagi tu.

tak payah la nak cerita panjang2 pasal dia ni. semua orang dah tahu pasal dia. aku ni bukan peminat fanatik dia pun tapi aku pencinta lagu2 dia...sedetik lebih pulak...uhuks! 

sekali dia buka mulut..terus lentok

kena ada bodyguard..takut kena raba!
pi mana2 kena serbu
bertuahnya dia jadi Anuar Zain tapi bila mau kawin daa umo dah
jangkau 41 dah..lagi tua lagi laku nih!




~SEDETIK LEBIH~

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu








*gambar curi kat Mangga

10.4.11

8 Jenis Solat Orang Islam Zaman Sekarang






Solat ikut-ikutan.
Solat secara zahir sahaja, solat secara membuta-tuli, solat tanpa mengetahui hukum hakam solat. Solat ini adalah solat orang durhaka dan mendapat kemurkaan Allah SWT di dunia dan akan diazab oleh Allah SWT di Akhirat kelak.
Solat ikut mood.
Solat orang yang tahu hukum-hakam solat tetapi tidak melawan kehendak hawa nafsu selepas menunaikan solat. Kebanyakkan umat Islam zaman sekarang  solat sebegini, mereka solat mereka juga buat dosa, mereka solat mereka buka aurat dan berpakaian seksi, mereka solat mereka turut berzina dan minum arak serta berjudi, mereka solat mereka juga pakai gelang kaki, mereka solat mereka juga hisap dadah. 


Bagi mereka solat perkara biasa dan buat maksiat juga perkara biasa, mereka tidak jadikan Sunnah Rasulullah SAW sebagi panduan tetapi mereka jadikan Allah SWT sebagai patung yang bertugas sebagai pengampun dosa mereka, mereka hanya beriman kepada Al-Quran beberapa ayat sahaja, diantaranya "Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang, maka mereka berpeluang melakukan apa sahaja perkara durjana dan  Allah SWT tetap mengampunkan dosa kecuali dosa syirik" oleh yang demikian pada anggapan mereka, mereka tidak pernah melakukan syirik pada hal kehidupan mereka sentiasa dipenuhi dosa syirik khafi, yang mana pada hakikat sebenarnya, mereka telah melakukan syirik besar tanpa mereka sedari.
Solat orang yang lalai.
Solat golongan ini adalah solat mereka yang tidak mencintai Bahasa Allah SWT, mereka jadikan Bahasa Allah SWT sebagai bahasa arab, sedangkan mereka tidak dapat membezakan Bahasa Al-Quran dengan Bahasa Arab. Bahasa Al-Quran yang Allah SWT turunkan dalam Al-Quran Al-Karim adalah Istilah-Istilah yang amat tinggi yang perlu dikupas dengan kupasan atau tafsir atau penerangan melalui hadis. Jika seseorang dapat mengamati Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim pasti orang tersebut tidak akan lalai di dalam solat kerana orang tersebut sedang mengungkap Bahasa Allah SWT bukan Bahasa arab.
Orang yang memahami Bahasa Allah SWT akan menjadikan dirinya kagum dan suci semasa melafazkan setiap huruf-huruf Al-Quran Al-Karim. Jasad dan Rohnya akan berintreraksi dengan Allah SWT semasa solat. Solat orang sebegini tidak akan lalai tetapi solat orang yang lalai adalah solat yang mereka kerjakan sebagai adat budaya bangsa mereka dan sebagai pesta ibadat kepada Allah SWT yang bercampur dengan berbagai Misi dan Visi.
Solat Awam.
Solat golongan yang cukup syarat, tahu bahasa arab, tahu fadhilat, tahu doa dan sempurna segala bacaan berkaitan dengan solat. Semasa solat mereka masih terselit tujuan solat yang bermatlamatkan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. Mereka tidak akan solat jika tidak dibalas dengan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. Mereka akan mempertikaikan janji Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim. Mereka masih merasakan mereka lebih besar daripada Allah SWT dan mampu mendakwa dan memerintah Allah SWT untuk melaksanakan segala janji-janji Allah SWT kepada mereka.
Solat orang yang kurang khusyuk.
Golongan ini mampu mencapai khusyuk didalam solat tetapi bukan sentiasa dalam keadaan sedemikian, namun kadang-kala khusyuk. Solatnya masih khayal dan teringatkan urusan dunia diluar solat, mereka insaf dan sedar tetapi hatinya tidak putus dengan urusan dunia.
Golongan ini masih lemah iman dan masih bertuhankan hawa nafsu pada hakikatnya. Golongan ini masih memerlukan Mujahadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Solat Orang Soleh.
Golongan ini solat dengan penuh keilmuan, memahami lafaz-lafaz Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim, hati dan jasadnya telah dekat dengan Allah SWT. urusan dunia tidak mampu melalaikannya kepada Allah SWT. Kekayaan dunia dan pangkat yang dimilikinya di luar solat tidak akan menjauhkan dirinya daripada Rumah Allah SWT. Malah Pangkat dan Kekayaan dunia yang dimilikinya makin mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Hati dan lidahnya sentiasa memuji Kebesaran Allah SWT sehingga Allah SWT menggelarkan mereka dengan gelaran "Al-Abrar atau Ashabul Yamin.
Solat Golongan Al-Muqarrabin.
Solat golongan ini adalah solat yang ditunaikan dengan penuh kenikmatan dan hubungan mereka semasa solat amatlah Indah. Mereka terlalu dekat dengan Allah SWT semasa solat, sujud dan tasbih sentiasa mengiringi setiap gerak geri hati dan pergerakkan mereka semasa solat dan diluar solat.
Solat adalah peluang terbaik untuk mereka memuja Allah SWT, mereka hanya memuja Allah SWT. Mereka tidak memuja dunia, pangkat dan wanita, setiap pekerjaan dunia mereka, merek akan olahkan menjadi syariat dan satu kefardhuan atau kewajipan yang mesti selaras dengan kehendak Allah SWT. Tiada politik kepentingan peribadi dan tiada menjadikan Islam dan Allah SWT sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli. Segala-galanya daripada Allah SWT dam mesti dikembalikan kepada Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah  tidak layak memiliki sesuatu kerana segala-galanya adalah milik allah SWT. Golongan ini Allah SWT anugerahkan pangkat "Al-Muqarrabin".
Solat Golongan As-Siddiq.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT. Solat adalah talian hayat hidup mereka. Semua kandungan hikmah didalam solat dizahirkan kealam fana. Unsur puasa didalam solat, unsur khusyuk, unsur kesucian, unsur pemujaan dan sebaginya dilahirkan atau dizahirkan didalam kehidupan seharian.
Akhlak semasa solat adalah sama Akhlaknya diluar solat. Hati mereka sentiasa sejuk dan tenang. Segala kesakitan dan penderitaan akan hilang apabila dia mengadap Allah SWT atau semasa solat.
Segala ilmu dan teknologi yang manusia harapkan adalah milik mereka. Segala tindakan makhluk tidak akan memberi apa-apa kesan dalam kehidupannya. Sesungguhnya mereka telah mewakilkan Allah SWT dalam semua urusan, sama ada urusan dunia mahupun urusan Akhirat. Mereka adalah Golongan yang daripada Allah SWT dengan gelaran  "As-Siddiq".



p/s: kita tergolong dalam solat yang mana? mari kita betulkan semula agar solat kita diterima Allah SWT. renung-renungkan dan selamat beramal..
sumber klik sini !

7.4.11

aku cinta padamu!





"Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku tenang di samping mu

Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi"




HUHUUU...aku SUKA GILAK lagu ni! dari aku form3 lagi tahun 1996 kalau tak silap. sampai lalani [skrg] pun aku suka dengar lagu ni. dalam semua-semua lagu siti nurhaliza..lagu ni yang paling best bagi aku! bila dengar je lagu ni dan dan kepala terus layan zaman cintan cintun waktu sekolah dulu...HEHE.. korang ada?

err..memang takleh nak layan la kalau takat tengok lirik je. Nah aku boh video lagu ni sekali..sila layan diri oke.


6.4.11

rahsia sifat/jiwa wanita yang tercela



TABIAT ULAR
Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain.

TABIAT TIKUS
Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri.

TABIAT KERA
Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai.

TABIAT SERIGALA
Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya, dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah.

TABIAT ANJING
Suka memalingkan muka apabila bercakap dengan suaminya. Suka membantah dan mengherdik suami. Jika dia melihat suaminya berharta, dia mengasihi. Jika tiada berharta, dia akan menista dan membenci suaminya.

TABIAT KELDAI
Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri.

TABIAT KHINZIR
Wanita yang tiada berbuat baik. Suka makan minum sahaja untuk memenuhkan perutnya. Dia juga suka menjahanamkan harta suami dan tiada mahu berbuat ibadah.

TABIAT UNGGAS (BURUNG)
Suka berjalan dan berhiburan. Tetapi bila suaminya pulang, dia cemburu.

TABIAT KALA
Wanita yg sentiasa mengumpulkan jiran untuk mengumpat, mengadu, berbantah serta berbuat fitnah.

TABIAT KAMBING
Dia isteri yang berguna dan solehah. Dia mengasihi suaminya serta orang lain. Dia suka berbakti.


boleh la nilai diri korang sekarang..tabiat yang mana? 




kredit ; jalan akhirat

4.4.11

puas hati ke?



Sekian, dah abih dah ABPbh 2010...ni hasil undian korang @..@



1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense

2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha 

3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail 

4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah 

5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani 

6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi 

7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir

8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak 

10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan 

12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil

13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir

14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani 

15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense

16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali 

17. Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam 

18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna

Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam



TAHNIAH!  pada yang menang, pada yang tak menang..balik umah silalah menangis...Uwaaa! kejam~ hehe... anggap takda rezeki je. usaha banyak lagi, kot tahun depan boleh menang pulak.



3.4.11

haihh..dilema~

nak tengok..
abpbh ke trilogi cinta??
pening aku..
kejap tv3 kejap tv1
tapi duadua nak tengok
pastu..
laki pulak nak makan ayam goreng 
*pengsan !

1.4.11

"..boleh ke duduk sana?" =.="




Assalamualaikum!


dia mai pulak dah...hehe. tapi yang mai kali ni rasanya berpekdah la jugak isi dia drpd yang tadi ni kan? 

aku tengah tunggu suami balik keja ni dan kejap lagi nak balik kampung. jumpa mak ayah. dekat sebulan dah aku tak balik jengok family kat kampung, dah rasa rindu sangat ni  -_-" sedih sangat bila kakak call petang tadi tanya aku balik ke tak minggu ni? kakak kata, ayah asyik cakap  'niza dah lama tak balik..' sayu je hati ni bila kakak bagitahu aku camtu. sebab tu kakak terus call aku. kebetulan kakak pun baru balik kampung semalam...

tapi sejak akhirakhir ni aku cepat touching. bayangkan tengah masak tibatiba aku nangeh bila ayah terlintas diingatan aku. tengah gosok baju pun aku boleh sebak bila ingat mak. apatah lagi bila menadah tangan berdoa kepadaNya lepas solat kan? 

aku ingat lagi..tahun 2001 lepas habis sekolah dulu. aku datang keja kat KL dengan 2 orang kawan sekolah. kami bertiga keja kat tadika wangsa melawati. hari pertama kat kl aku dah rasa macam nak balik..ingat mak, ingat ayah, ingat adikadik. malam tu mak call. masa tu aku tak pakai henfon lagi. mujur ada telefon TM kat rumah yang kami duduk tu. soalan first mak tanya yang aku ingat sampai sekarang "...boleh ke duduk sana?"  aku rasa macam nak meraung sekuat hati. terus terang aku tak boleh jauh dari mak. aku bukan 'anak mak' tapi aku memang tak boleh jauh dari mak, ayah dan adikadik aku. jiwa aku rasa kosong kalau jauh dari diorang! aku sedaya upaya cover suara bila cakap dengan mak. tapi mak kita dia tahu walaupun kita tak cakap yang betol..pastu mak cakap "...kalau tak boleh duduk sana, balik la". Aku tahu..mak pun tak boleh jauh dengan aku.

kalau nak cerita, banyak sangat kisah aku yang terpaksa berjauhan dengan mak ayah tanpa rela ni tapi kalau panjang sangat nanti korang pon tak larat nak baca kan. jadi aku pendek kan la. perasaan 'takleh dok jauh dari mak ayah' ni berlarutan sampai la aku berkahwin hujung tahun 2009 umo aku 28 masa tu. aku bukan budak lagi masa tu..sebelum umo aku 28 pun aku dah layak jadi mak budak tapi masih takleh buang penyakit tu dari dalam diri aku.

bila dah kawen ni kurang banyak jugak tapi bukan aku lupakan terus cuma kadang sibuk dengan keja. nak balik selalu tu payah sebab cuti pulak tak sama dengan suami. kadang suami izin aku drive balik kampung sorangsorang. mujur la tak jauh sangat sejam lebih je dari rumah aku. sekali sekala takpa la balik sorang tapi kalau selalu aku pun taknak nanti orang cakap apa pulak asyik balik sorang je kan? mulut orang~ tapi Alhamdulillah, mak ayah faham keadaan aku dan suami.

bersyukur sangat aku masih ada emak dan ayah kat dunia ni. Selagi ada hayat diorang aku akan terus berbakti, membalas jasa, berdoa dan pelihara emak dan ayah aku hingga akhir hayat..INSYAALLAH.

mari lah kita sama-sama berdoa untuk mak ayah kita;


Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka.

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebalikn ya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu, Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini. 

kredit to doa




dia mai dah, dia mai dah ni...! apa?

idea laa~



wallawehhhh! maap la ye. dah senja baru nak update. masa awaiawai dari pagi tadi aku dok melenggak saja depan tibi dia takmo mai.  dah maghrib baru galak nak keluaq! idea tu kalau dia nak mai..bukan dia kira masa dah..kan! betoi dak? takpa la...asal aku hapdet sudah! 
















eNd.
sekian, wassalam!






*gambar tu godek kat google je ^_^
suka tak? suka tak suka tak? suka! LIKE laa~