27.5.11

siti masuk askar..korang taknak masuk ke?




KUALA LUMPUR: “Saya memang berminat menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) kerana suka aktiviti lasak. Ini juga satu tanggungjawab saya kepada negara.

Saya juga memang sudah bersedia dan tiada masalah mengikuti latihan kelak,” kata penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32.

Menurut Siti, selain mendapat dorongan suami tersayang, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa yang memahami minatnya, dia turut berharap lebih ramai golongan belia dan wanita menjadi sukarelawan.

“Belia dan wanita di negara ini perlu menyertai RAW untuk berlatih mempertahankan diri. Malah, ia juga satu aktiviti yang sihat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Pembabitan Siti dalam RAW diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini, semalam, Mengulas lanjut hal itu, Siti turut mengesahkan ada bertemu dengan Ahmad Zahid untuk berbincang mengenai hasratnya menyertai RAW.

“Saya pernah bercita-cita menjadi anggota polis suatu ketika dulu. Jadi, dapat RAW pun sudah kira bagus kerana latihannya agak lasak dan sama seperti polis,” kata Siti.





sumber: metro online

25.5.11

bebel takda motif!!


Assalamualaikum!

Boring dowh tengahari ni....nak buat apa ntah. Nak buat kerja bos takda, tak best sangat sebab tak dapat nak tunjuk 'buat-buat rajin'! T___T

Maunya tak boring dah duduk sorang2 kat ofis, orang ajak keluar makan takmo ikut....bagi alasan malas! panas! takut hitam!! ngeee... Nak tido takut terlajak pulak, kang sedar orang dah nak balik rumah...haru!

Tapi dalam hati sebenarnya ada hati nak diet....takmo makan nasi! sebab minggu lepas cikgu aerobik aku dah tegur "....kak niza!! pipi tu dah bolat! muka dah macam bola!!" T_T  Bila balik rumah pulak....lagi sakit hati dengar ayat laki aku ".....pi aerobik tiap hari, tangga lipat kat perut tu dok camtu jugak" hahaha!! aku gelak sakan dengaq dia buat lawak tapi luka dalam woo!! T___T

Tu dia tengok aku lepas 3 minggu aku tak pi aerobik.  Semua bos punya pasal la...orang balik kerja pukul 5, dia dah pukul 6 pun takmo balik lagi. Mana sempat dah aku nak pi aerobik. Pukul 6 dah start...elok sampai je tinggal berapa step je lagi...rugi je bayar >..<" Tapi takpa la bos, 2 minggu ni awak pi out station, saya jadi bos pulak...buleh balik awai pi aerobik!! 


heeee...babai

24.5.11

aku vs jiran....pecuttttt!




Assalamualaikum!

Pagi tadi sampai awal kat ofis..lebih kurang pukul 7.15. Hari ni aku drive gila sikit...saja taknak bagi jiran sebelah rumah aku sampai dulu kat tempat kerja dia...haha. Memang semuanya kebetulan, jiran aku tu kerja kat Penang jugak, jalan nak ke tempat kerja dia dengan tempat kerja aku sama satu jalan jugak..cuma jumpa tempat kerja dia dulu, depan sikit baru tempat kerja aku. 

Dia bawak kereta laju gila. Oke dia nih lelaki..biasa la kalau lelaki bawak kereta laju kan! tapi dia suka cilok2 tau..ingat naik motor ke nak cilok? Tapi memang betul cara dia drive tu macam dah tak reti nak sabar. Dia memang tak boleh nak follow je kereta depan tu dengan tenang. Dah lama aku perhatikan dia nih! tapi bukan aku perhatikan dia ni macam secret admire tuu....haipp!! laki orang beb! aku ni pulak bini orang okeh! mau kena rejam nih...huiiii jangan cari pasai!! saya cinta suami saya arrrr! sebab dah dia jiran satu hal..ke tempat kerja pun sama kan..dah tu time keluar nak pegi kerja pun sama 0630 pagi camtu la lebih kurang dia...tapi aku kadang ikut time bos ada dengan bos tak dak! kalau bos ada aku pegi awal la 6sengah dah keluar tapi kalau bos takdak out station aku pun out of sedar la masa tido tu mesti terlajak sikit dan sampai ofis pun lewat la...haha.

oke sambung cerita tadi...aku pulak macam nak tunjuk terer bawak kereta laju konon padahal kecut nak mampos dah dia tak tau!! Lepas masuk highway tu biasanya dia dengan kawan dia..haa, lupa pulak..dia pegi dengan kawan dia tumpang kereta dia. Orang kata lelaki ni kalau sorang dia tak berapa sangat tapi kalau ada kawan2 sikap nak menonjol tu baru akan keluar kan? betul dak taktau oit! orang kampung? okeh sambung balik tang masuk highway tu dia akan singgah kat Shell lepas tol pertama setiap hari....takkan isi minyak setiap hari kot! entah lantak la! tapi aku suka kalau dia singgah kat Shell tu tau sebab haa!! tu la time aku nak pecutttttttt tinggalkan dia dengan kawan dia jauh nuuuuuu kat belakang..hahaha..gila babas ah cerita nih! 

Aku pulak kena kat highway buleh la pecuttt. Masuk kat Seberang Jaya macam pacat la jugak nak bergerak...kereta banyakkk dah kat situ! Lagi2 dekat susur masuk antara ke Jambatan Penang dengan ke Ipoh tu! bersimpang siur jugak la semua kereta berduyun-duyun nak cepat. Jadi, masa dia berhenti kat Shell tu la aku kena pecut laju bagi memastikan dia tak dapat kejar atau potong aku dah masa kat Seberang Jaya tu..kah3.

Bila dah kat atas jambatan  tu aku dah tak kisah dah..aku tahu dia jauh nuu kat belakang. Ntah2 sangkut kat tol nak masuk jambatan situ pun satu hal bersusun jugak kereta. Tapi kadang-kadang tengah drive sambil syok sendiri konon aku la akan sampai dulu...tetiba je brooommmmm! laju wot bergoyang kereta aku...tengok2 kereta dia dah kat depan aku! hrmmm...sudah2 la nak berlawan dengan dia tu! memang takkan menang munya! dia jantan buleh la..aku pompuan kena ingat jugak.

Bukan tak boleh aku nak drive macam dia [konon] tapi sebab pikir aku ni pompuan je...kalau sekali aku brooommm! orang mesti kata...Masyaallah, tak padan dengan pompuan..bawak kereta tak senonoh!! Malu muka aku nih walaupun orang tak kenal. Kadang2 ada kereta yang jenis gila main hon..suka hon orang tak tentu pasal, bila aku kena hon..rasa malu gila dah! Padahal orang bukan nampak muka sangat pon kan. Nasib baik la sifat-sifat ke malu an tu ada lagi dalam diri aku...phuuii!

Lagi satu sebab pompuan tu ye lah...ofkos! aku ada laki...saya sayang suami saya. Jadi apa-apa kat aku kalu? kan menyusahkan dia tu? Lepas tu kesian pulak kat Mak Ayah yang saya kasihi...dah la setahun 5 bulan dah kawen tak bagi-bagi lagi CUCU kat depa!...arr sedih dak? kan! Mujur la ada kakak aku yang dok pulun tambah cucu bagi kat mak ayah...tak pa la mak ayah noo..ada jugak cucu, kira sekali la tu noh! +___+



baru congak2 kat atas...mak aii panjang la pulok entri!
haha..babai.

istilah internet




sepatah haram pun tak paham!

Istilah internet berikut tentu dah biasa korang jumpa dalam facebook, sms dan lain-lain. Namun istilah yang berupa singkatan perkataan inggeris ini juga mempunyai kependekan dalam bahasa ketuanan melayu. Korang pun boleh reka sendiri ikut kreativiti memasing.

LOL      > laughs of loud
OMG    > oh my god
OIC      > oh i see
BTW    > by the way
ASAP   > as soon as possible
OTW    > on the way
TQ/TY  > thank you
TQVM  > thank you very much
FYI        > for your information
HTH      > hope that
IMO      > in my opinion
IAC       > in any case
AFAIK  > as far as i know
LTNC    > long time no see
CMIIW  > correct me if i’m wrong

Kadang-kadang dapat sms yang perkataanya di ringkaskan sampai tak tahu nak baca. tak paham langsung pun ada.

credit: PCD ujang!



23.5.11

baru panas kat dunia..belum panas api neraka lagi!



Assalamualaikum!

Cuaca sekarang ni panas sangat kan. Sebab tu sekarang bila tiba time lunch aku malas nak keluar pergi makan. Rela terperuk kat ofis sampai habis waktu kerja. Bukan apa sangat tapi tak sukalah cuaca panas ni nak makan pun tak selesa. Duduk bawah kipas pun dah tak rasa angin, dengan orang ramai lagi. Paling tak suka sebab bila dah panas sangat badan cepat berpeluh lepas tu rasa melekit. Kadang-kadang tu perut lapar tapi sanggup takmau keluar sebab terfikirkan pasal baju..takut bau masam nanti bau dah kurang sedap..haha..Yalah sebab dah berpeluh kan.

Pernah sekali...aku keluar tengahari tu. Cuaca panas gila memang panas sangat2. Kebetulan masa tu pulak air cond kat ofis ada masalah...tak sejuk. Sampai je kat ofis..dah tak boleh duduk, panas tak hilang! Last sekali aku terpikir nak mandi! Mujur la dalam beg telekung aku ada macam-macam...pencuci muka, deodorant, lipstik, mascara, tuala kecik/besar pun ada..maklum la aku kan berulang jauh dari tempat kerja ke rumah jadi barang2 yang agak penting memang aku sediakan dalam beg telekung yang memang aku tinggalkan kat ofis. So, aku pun pergi la mandi kat toilet yang memang ada shower kat situ. Dah dapat mandi tu lega sangat rasanya!! Haha...aku memang tak boleh panas2 dan berpeluh tau. Bayangkan la sanggup mandi kat ofis tu..hehe. Korang pernah??

Tapi setiap hari Jumaat, tempat aku adalah kat Giant...sebab hari Jumaat kan rehat panjang jadi lepas makan boleh shopping jugak. Memang selesa la sangat kalau makan kat Giant tu kan sebab ada air cond..sejukkkk je! Tapi sekarang ni kalau pergi kat food court dia...hurm, kadang2 sampai tak ada tempat nak duduk tau sebab dah penuh sangat dengan orang yang nak makan kat situ. Orang lain pun macam aku gamaknya kot..pilih food court Giant untuk makan tengahari sebab tak panas!!

Oke lah..dah bebel panjang tadi, sekarang nak bagi tip pulak untuk mengurangkan kesan terhadap kesihatan kita akibat cuaca panas yang melampau sangat sekarang ni..Oke, korang kena:
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap fizikal yang anda lakukan. Takyah tunggu dahaga baru nak minum! 
  • Minum minuman isotonik supaya boleh gantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh mana yang boleh, anda perlu berada dalam rumah/bangunan...Ha! macam aku nih, perut pedih sebab lapar pun tak pa japgi makan je megi! hehe..
  • Hadkan aktiviti luar. Keluar pergi shopping complex takpa kot sebab dalam bangunan kan..ada air cond!
  • Kerap berehat....yang ni untuk penganggur je lah kan?
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda...haa! betul la tindakan aku mandi kat ofis tu kan..heee
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar. Jangan la jadikan alasan pulak nak pakai seksi baju jarang2  heh!
  • Pakai topi atau payung yang besar. Nak kena beli topi pulak lah ni!
Perlu di ingatkan jugak yang korang kena elakkan:
  • minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • bersenam dalam cuaca panas.
Haa..tu je la yang aku nak share dengan korang. Kalau nak tau lanjut lagi buka je dalam Harian Metro pun ada sebab memang aku salin dari situ pun..heeee Babai.




19.5.11

ishh...setan nih!




Ketika anda membawa Al-Quran,
respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je!
Ketika anda membukanya,
syaitan mulai curiga…
Ketika anda membacanya,
dia resah dan gelisah…
Ketika anda memahaminya,
dia mula terkejang-kejang…
Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari.
dia stroke…..
Teruskan membaca Al-Quran dan
 mengamalkannya agar syaitan terus stroke!
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini,
syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”



Mari kita kongsi..jangan simpan sorang-sorang sebab dengar cakap si setan tu!
p/s: i cedok kat dia nih! :))






10.5.11

pesanan buat para wanita




1.   Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).


2.  Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).


3.  Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.


4.  Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."


5.  Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).


6.  Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."


7.  Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.


8.  Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.


9.   Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.


10.  Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.


11.  Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.


12.   Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.



13.  Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.


14.  Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.


15.  Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.


16.  "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17.  "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18.  Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19.  "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w :-

*Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan    seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

*Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

*Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

*Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

*Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20.  Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"


-Orang yang gemuk tapi kurus
-Orang yang berpakaian tetapi telanjang

-Orang yang alim tapi jahil

*Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
*Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
*Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21.  Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu

22.  Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"

* Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
* Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
* Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
* Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
* Ingat kepada Allah SWT
* Lupakan budi baik mu pada orang lain.
* Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
* Ingat kepada mati.

23.  Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

* Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
* Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
* Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
* Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
* Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
* Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
* Minta talak.
* Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
* Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
* Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
* Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.


24.  Wajib bagi wanita:

* Mengekalkan malu pada suaminya.
* Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
* Mengikut kata-kata dan suruhannya.
* Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
* Berdiri menyambut kedatangannya.
* Berdiri menghantar pemergiannya.
* Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
* Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
* Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
* Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
* Tiada khianat ketika tiada suaminya.
* Memuliakan keluarga suaminya.
* Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
* Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.




terima kasih kepada Iza Aizas sebab PM pesanan buat para wanita ni kat inbox facebook =)

6.5.11

cerita kelmarin





Kemarin balik kerja lambat lagi...sampai umah dah malam. Tak sempat nak tengok cerita pukul 7 petang kat tv3 yang Puteri Sarah berlakon tu. Suka tengok cerita tu tapi selalu tak hapal tajuk ..HIHIHI (dah TAMAT pun semalam cerita tu T..T)

Petang kemarin masa tengah bosan2 tunggu bos yang tiba2 pulak nak masuk opis di waktu kecederaan (pukul 5 petang) yang sepatutnya semua orang dah boleh balik ke rumah masing2... dalam kepala ni ligat dok pikir nak masak apa balik rumah kang! Sangat jarang aku nak pikir pasal masak2 ni bila balik rumah sebab dah letih sangat dan juga malas....tudiaaa!! Tapi kalau dok terpikir jugak tu..takda makna lain dah tu melainkan tengah lapo lerr apelagi kan!

Kemarin dulu lagi laa...aku cuma makan nasi lemak je tu pun kira nasib sangat baik sebab ada orang belanja. Awal pagi dah letak nasi lemak atas meja...wootwoot.. Tak suruh pun tapi dah bagi aku bantai ja...mekacih nah! Pastu tengahari aku takleh keluar makan sebab bos takmo balik makan kat rumah dia. Rumah dekat dalam kem pun takmo balik >.<! Dia mintak neskepe panas dengan biskut kering pulak. Hurmm, maknanya aku memang takleh keluar makan laa sebab dia ada kat opis T___T Tapi aku tak putus asa kalau untuk perut aku yang tercinta nih..jenguk2 tengok dalam drawer ada 2 bungkus kepek pisang...aku makan tu je tapi habis cepat pulak padahal makan sorang je!! Cuba bayangkan...laparrrr!! HAHA

Hari tu pun kena balik kerja lambat jugak. Sepanjang perjalanan dari pulau ke seberang kepala nih tak benti2 pikir benda makan. Memandu dalam keadaan yang tak stabil apatah lagi rasa dah macam puasa tapi tak berbuka langsung! Haa..boleh mengundang kejadian kereta yang di pandu terhoyong hayang ataupun sekejap ke kiri sekejap ke kanan! tak sabar nak sampai rumah dan terus nak selok periuk nasi bubuh dalam pinggan dan terus makan lepas Bismillah dulu lah tapi takmo kalih2 tengok tempat lain dah nak tengok nasi ja! HAHA ameko!! Tu namanya lapaq ketaq-ketaq!!

Eh! Tadi nak cerita pasal nak masak apa balik rumah kang! Kan? Laaa...dah lari banyak sangat ni dari cerita yang sepatutnya nak cerita mula2 tadi. Malas ah nak padam pastu nak taip balik...baca ja la yang nih....HAHAHA








5.5.11

rasa yang dah rasa






aku kecewa. 
sangat kecewa. 
sungguh2 KECEWA!!
benci rasa camni...
rasa yang dah pernah rasa 3, 4 tahun lepas...
dem!






3.5.11

kita kaum wanita ni menangis 64x setahun...betul ke?




Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of Ophthalmology dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak  0.18 kali sehari.

Manakala kalau diambil jumlah maksima lelaki menangis 17 kali setahun dan dibahagikan 12 bulan, lelaki hanya menangis 1.42 kali sebulan. Di samping itu analisa tersebut juga mendapati purata wanita mengambil masa sehingga 6 minit untuk menangis berbanding lelaki hanya 2 hingga 4 minit.

Apakah faktor yang menyebabkan wanita menangis? satu persoalan yang begitu subjektif dan mempunyai ribuan jawapan mengikut persepsi masing-masing, namun berdasarkan carian dalam Askmen, lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:


Hormon
Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.

Manipulasi
Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.

Emosi Keikhlasan
Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.

Kemarahan
Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunakan kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.

Memori
Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.

Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
2. Menangis kerana rasa takut
3. Menangis kerana cinta
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
6. Menangis kerana terlalu sedih
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis

Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.


….Bila kali terakhir kita menangis, dan apakah penyebabnya…

p/s: ...ayah tak sihat dh hampir sebulan, masa sihat ayah tak penah duduk diam sentiasa bergerak..ada saja keja yang ayah nak buat tapi sekarang..ayah cuma boleh duduk dan berehat di rumah. hati mudah tersentuh bila teringatkan ayah...moga ayah cepat sembuh, amin.