29.7.11

apa tu 8P?



Petua 8P Ustazah Siti Nur Bahiyah:

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'.

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong."Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Jadi, amalkanlah dan jangan lupa berdoa semoga hidup kita sekeluarga dilindungi ALLAH. Amin.


12.7.11

renungan fikrah: kelebihan bulan rejab, sya'ban dan ramadhan



1.     Allah Subhanahu Wataala telah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambanya dengan menjadikan bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan bulan yang dikurniakan ratusan dan ribuan ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lainnya.

2.     Pada bulan ini terbukanya pintu langit dan pintu syurga iaitu dimana Allah Subhanahu Wataala mudah menerima taubat dan keampunan dari hambanya. Bulan diterima segala permohonan dan doa. Bulan untuk hambanya memperbanyakkan amal ibadah dan berbakti kepadaNya.

3.     Kemuliaan bulan Rejab kerana adanya malam Israk dan Mikraj, bulan Sya'ban dengan malam Nisfu Sya'ban dan bulan Ramadhan dengan malam Lailatulqadar.

4.      Diantara amalan yang digalakkan ialah:

  • Membaca istighfar 100x waktu pagi dan petang.
  • Membaca selawat seratus kali sehari.
  • Memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, sunat Tasbih dan sunat Witir.
  • Memperbanyakkan bersedekah kepada fakir dan miskin.
  • Berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Sya'ban.

5.    Sesungguhnya beruntunglah siapa yang mengetahui dan beramal pada bulan-bulan tersebut dan rugilah sesiapa yang tiada mengetahui dan tiada beramal padaNya. Janganlah kita pulang mengadap Allah nanti dengan tangan kosong dan miskin amal.

6.     Maksud hadis Nabi SAW:

  • "Siapa bersedekah satu dinar pada bulan Rejab seperti bersedekah seribu dinar".
  • "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti beribadat seumur hidup"
  • "Puasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan".
  • "Barang siapa berpuasa tiga hari di bulan Sya'ban dan berselawat keatasku sebelum berbuka puasa       diampunkan Allah dosanya yang telah lalu".
  


p/s: buat peringatan dan keinsafan sesama muslim.

11.7.11

hujung minggu





Assalamualaikum! 2 hari cuti...2 hari aku perap je dalam rumah. Buat apa dalam rumah? Hermmm...biasa lah..mengemas. Suka sangat kot kemas rumah. Hingga kan setiap kali mengemas tiap kali tu la tukar posisi perabot.  Perabot yang ringan dan mudah alih je la. Takkan bantai angkat katil sorang2 je kot! Logik ke? Memang suka gila dekor rumah.  Lepas raya nanti nak renovate porch dengan bahagian belakang rumah... Tak sabar sangat dah nak cat balik rumah lama pemberian mertua ni.  Tiap kali bincang dengan laki pasal nak pilih kaler cat mesti bertekak sebab aku tak setuju dengan kaler yang dia pilih dan aku nak aku je yang pilih pasal cat2 luar dalam rumah ni. Sebab aku suka tengok rancangan dekorasi kat tv, kat intenet, kat majalah dan macam2 la..minat kan.  Jadi aku pikir aku tahu semua la kan..konon!  


Suka merah. Nak cat ruang tamu camni la..cantik tak?
gambar: google


Dah puas hati mengemas. Lapar. Masak pulak..cuba resepi baru yang ntah apa2..kadang jadi kadang tak. Kalau tak jadi tu tempat dia dalam tong sampah la. Rugi. Tapi takpa..pelan2 belajar. Tak salah kot mencuba.



Dah kenyang..rileks je la depan tv. Takda apa dah nak buat. Macam tu la rutin aku masa cuti kalau tak balik rumah mak ataupun mertua. Keluar jalan2? Kami tak keluar sesiang.... Malam2 je baru keluar. Dari sebelum kawen sampai sekarang tak keluar siang..Masa untuk keluar siang memang tak ada. (kecuali la kalau ada hal penting) Sebabnya laki aku dari dulu dah biasakan diri waktu siang untuk dia buat kerja je... Walaupun hari dia tak kerja/cuti tapi dia ada kerja sampingan..projek menternak dengan kawan dia. Mula2 berkawan dengan dia dulu aku memanjang bising kat dia. Ye la masa tu bujang kan bila hari minggu mesti la boring bila kena perap kat bilik je kan. Tapi sekarang aku dah biasa jadi aku dah tak kisah. Aku bangga dengan dia..dia rajin kerja dan sentiasa pikir untuk masa depan kami, Alhamdulillah! dan aku rasa bersyukur sangat dapat suami yang sentiasa berfikir untuk memajukan hidup, diri dan keluarga. Tak penah duduk diam. Mudah-mudahan usaha dia berbaloi. InsyaAllah!




4.7.11

salahkah malas??

Assalamualaikum. Lama tak update. Lama tak pedulikan dia. Lama tinggalkan dia. Lama tak tulis. Nak mudah paham lagi, lama jugak la tak mai sini...........padahal blog sendiri tuh bukan blog org!! isk isk isk.. Semua pasal malas malas malas! Kesian malas. Tak pasal je kena tuduh.

Malas bermaksud tidak mahu berbuat apa (curi kamus dewan bos kejap tadi). Kalau diteliti dengan terperinci maksud dia tu memang betul la kesalahan tu di pihak malas disebabkan malas la aku tak update blog! Betol la kan? Kalau malas tu takdak..maka takkan ada la berlakunya malas update blog! ayat ni pening betoi laa!! Tapi....ce tengok bawah ni pulak...

Memalaskan bermaksud menjadikan malas. Alamak? Macam ada kena mengena dengan aku je maksud dia ni. Hehehe...yang ni salah aku kot. 






"Oiii niza!! kalau dah salah sendiri tu mengaku je laa takyah dok rekareka entri. Cakap terus terang je malas....abih ceghita!!" kata si hati dengan jujur sekali.

Dah! sekian.