24.8.11

Baju raya! Tak berkenan tapi beli jugak...




Aku dah mula cuti hari ni...ya, cuti raya! Semangat kan? Perancangan asal takmo cuti, nak ambik cuti seminggu lepas raya...cukup la cuti hari raya 2 hari tu je..free! takyah potong cuti tahun. Tapi kena reject sebab ketegaq takmo ikut fokus cuti yang bos dah tetapkan. Kawan ofis aku awal2 dah choop! Cuti fasa ke2. Jadi aku kena ambik la cuti fasa pertama ni... Kejadahnya cuti awal2 ni raya ke3 aku dah kena masuk keja. Takpa laa..mengalah lebih baik kot dari bertekak..konon aje.


Tapi oke jugak kot cuti awal sebab boleh jahit manik kat baju raya... Cakap pasal baju raya, aku dah beli sepasang minggu lepas. Tapi beli pun macam terpaksa je sebab? Kesahnya...aku nak sangat2 cari baju raya minggu lepas. Pegi malam dah jam 10...banyak kedai jual baju2 kurung dgn tudung kat situ. Berderet2. Masuk satu kedai..tak berkenan, keluar. Cari baju kurung pahang kain cotton sebenarnya... Selesa pakai time raya..tak hangat. Lepas satu ke satu kedai cari..ada, tapi tak berkenan dengan corak yang ada. Sampai kedai yang hujung sekali...sekali pandang je aku dah berkenan dengan baju tu. Gantung elok je kat patung. Aku mintak akak tu turunkan..aku nak try. Dia cakap tengok dulu yang kat bawah ni..sama je. Dua kali dia cakap macam tu. Aku cakap dah tengok....tapi saya berkenan yang itu. Dah lama saya masuk kedai ni..akak yang tak sedar. Sebab masa aku masuk kedai dia tengah tengok cerekarama kat tv3...kusyuk, langsung tak sedar aku laki bini masuk kedai dia belek2 baju yang ada. Akak tu pun jolok la dengan kayu turunkan baju tu....dalam hati mungkin menyumpah agaknya.


Lepas dah cuba aku macam tak puas hati pulak dengan baju tu..sebab yang tu bukan baju kurung pahang...baju kurung moden dan jahitan dia pun tak berapa kemas. Dekat hujung lengan dia jahit dengan mesin je...tak jahit tangan. Sama jugak dengan jahitan kat bawah baju tu. Lama jugak aku belek2 baju tu pastu aku cakap dengan suami...aku berkenan corak baju ni tapi jahitan dia tak kemas jadi aku tak jadi la nak ambik. Tapi suami aku macam tak sampai hati pulak nak cakap kat kakak tu sebab masa tu dah lewat malam, kedai lain ada yang dah tutup...pastu baju tu pun aku dah cuba apa semua. Suami aku suruh ambik jugak. Kesian kat kakak tu.. jadi aku pun beli jugak.


Keluar je dari kedai tu..suami aku cakap baju tu takyah la pakai masa raya. Nanti kita beli yang lain.. heeeee sayang Yayang! So, malam ni...dah plan nak berbuka kat luar pastu nak pegi Sg Petani..cari baju raya kat sana je. 


16.8.11

Kembali merapu setelah lama merapi.. *menyepi la


As salam. Lama dah kot tak update! Tak tau nak mula dari mana. Otak blank! Beku. Mungkin banyak makan sebab tu otak lebih tertumpu kepada bantal. Lazimnya, macam tu la. Kenyang je ngantuk. Ngantuk je mesti kenyang punya pasal. Tapi aku bukan sebab kenyang kot sebab aku berbuka tak makan banyak pun atau yang ringan-ringan je tapi ringan2 pun kalau kuantitinya banyak? Hrmm..nasi time sahur je. Kira-kira nak diet la tu sebab untuk 1st time nya berat aku cecah 60kg! Omakkau! Berat tu. Rasa macam nak lompat2 je bagi berat tu jatuh gedebok 54kg balik, boleh?  Dah tak guna oke. Kena aerobik run la gayanya.

Risau bila timbang berat kat Tesco dua malam lepas tengok2 angka yang sangat memberangsangkan jantung aku. Risau kalau BMI lebih. Apa nak buat ni..kurangkan makan. Dah! Patut la 2 minggu lepas aku perasan uniform dah ketat. Terbonjol2 ehem, lengan, perut..huh! Ingatkan uniform tu yg makin kecik sebab dok kena gosok dengan serika hari2 sampai baju tu keriyot2 kecut. Tak logik hoi!

Seminggu lepas laki aku tegur..dia kata nampak aku macam pregnant. Alhamdulillah girang lagi tapi hakikatnya tak sebab bendera merah tengah berkibar2 dengan  megahnya langsung memusnahkan impian aku, huh!...tapi mengandungi lemak ya, copy paste ayat datuk siti. Aku tengok pun macam dah 3 bulan preg. Dugaan betul la. Kalau betul pregnant takpa rela je aku badan camtu pun tapi kalau dok bawak lemak yang takda pekdah tu tak rela aku..hudoh! 

1.8.11

Allah Memang Sengaja...




Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.


Sabarlah sahabatku.
Sabar bukan berarti diam..sabar bukan berarti tidak boleh menangis.. Sabar adalah kemulian dlm sikap tenang melawan luka dalam hidup..

Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.
If God answers your prayer, He is increasing your faith.If He delays, He is increasing your patience.If He doesn’t answer, He knows you can handle it
diarihati.com