30.9.11

Supermak!




Sapa tengok cerita Supermak kat tv3?? eh. Takyah angkat tangang mung aku dop napok pong!! hihi..


Hari apa entah. Lupa tetiba tapi aku tengok tiap minggu apaaa! Boleh tahan syok jalan cerita dia. Tapi aku lagi syok dok tengok si supermak Nasha Aziz tu. Gila comey sungguh la dia tu!! Cenna eh nak jadi comey lagu dia wehh?? agagagaga...


Tapi aku bukan nak cakap pasal cerita Supermak tu pun. Saja! aku saja je!









Hihihi...apa pong takleh!!  *peace~!

29.9.11

ish3.. sampai lebam?



Aku sendiri tengok. Memang ada perubahan...memang ada lebam! tapi sembab lebih sesuai kot. Hal kecik je...kes cebelog! cebelog! bak kata Usop Hot.fm... Tak caya korang tengok sendiri la!




kat bawah ni..













eh, kat bawah lagi nuu!















Haa...tu dia!



















Mata Akuu!!







Kes blogwalking kot! Dakpun kes mengadap laptop siang ke malam. Adoiiii....berlopak bawah mata!!





28.9.11

cerita sedih -..-"

moh le baca sendiri kisah aku kat bawah ni!







Tak lama lagi bos aku akan bertukar dan tak lama je lagi akan dapat bos baru....4 minggu dari sekarang.


Mode: tak pasti!
Sama ada nak sob sob atau nak YahupYahupreyyyy!!


Mungkin sebab sedikit sebanyak dah ada aura bakal bos baru tu macammm......tak baik macam bos sekarang kot!


Haish! belum pun datang orang tu dah syak bukan2 dah. Lain orang lain caranya kan. So, terima je lah apa adanya......aisehhh!


Tapi sejak aku baca surat pertukaran bos pagi kemarin.....terus rasa susah hati. Taktau pasai pa! Aku selesa dengan bos sekarang ni. Walaupun beliau suka meeting sampai terlepas waktu lunch dan kadang2 sampai 6 setengah petang yang sememangnya kalau keja kilang aku dah boleh kira OT tu tapi aku tak dapat apa pun! Dapat balik lewat je!!


eh, aku tak terlibat la dengan miting2 tu semua tapi sebagai PA beliau harusla kena tunggu sampai beliau balik dulu baru aku boleh balik kan? Ya! harap dapat la Anugerah Khidmat Cemerlang untuk tahun depan. Ye dop? HUHU


Walaupun beliau garang dan tegas tapi beliau tak penah marah aku weiiii...... Tu yang aku sedih kot!


Dan yang paling penting sekali weii.... beliau tak pernah marah atau tegur kalau nampak aku tengah sibuknya ya amats........ sebok dok berchatting kat facebook atau pun sibuk dok blogwalking ataupun tengok youtube Najwa Latif!! 


Itu yang penting bagi aku wehhh! HEHE....


Jangan kata aku tak hormat dia pulak.... cuma kadang2 aku tak sempat nak minimizekan benda alah tu bila dia tiba2 je masuk atau keluar ikut pintu belakang aku. Maap bosss!!


Entah camna pulak pe'el bos baru nanti. Harap oke la, kalau tak oke pun hadap je lahhh!




[Wordless Wednesday] # Bos takda!! apalagi..jom kita maaduu!



















26.9.11

Tak Mau Jawab!!




Warghhhhhh...(menguap!) isk3.. intro tak senonoh. eh, tapi memang aku betul2 ter'menguap tadi. Tak sengaja pun. dah alang2 masukkan je la sekali dalam entri ni kan...KEH3


eh2...alamak! ada orang tepon pulak! no sapa nih? 01239202** Aku lemah sikit kalau orang tepon timbul no je..nama takdakkk!! ah, biar la....


Betul..siyes baqhang. Aku ni start trauma angkat tepon no je timbul sejak bila entah. Tak berapa nak ingat. Rasa macam dah lama tapi sampai la sekarang aku masih fobia tapi sebab apa? 


Ha'a...mesti ada sebabnya kan. Macam segan la pulak nak celita.....nanti kang orang tu kejar aku kat blog pulak!! HEHE


Ala..bukan sebab apa pun..aku cuma tak bayar bil ASTRO je.... Astro tu lambat bayar sikit je terus tepon. Takdan2 aku nak pi jolok duit....pedap Jahh!


Alasang mung dak munasabah lasung. hoi!! >.<


Maaf, perkara sebenar haruslah di rahsiakan. Toing! Untuk keselamtan diri, suami ku cinta dan harta benda. *peace!


Tiba-tiba....

"sabar, kejap je lagi" 



....................Itu bunyi sms masuk lah! 


"kak niza ke? Wati ni. Jawab jap"


Ohhh! si Wati kecik rupanya. Skot aku masa rekrut sama2 trainning kat Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson batch 11/149 tahun 2002. Lama gila wei tak jumpa dia..dok kecik macam tu jugak ke dia?? HEH3


So. sape2 nak tepong aku kalu dak jawab tu maknanya name mung dop timboll! selagi mung tak sms ghoyat name mung...meme aku dak jawab ke sudah! HUHU








P/S: Hai, anak jati terengganu. Maapkan hambe ye kalau cara cakap aku tak betul tapi aku suka benor loghat terengganu. bila cakap rasa mcm sweet je... hehe *peace kita kawan!

24.9.11

tetiba je teringat sup ayam nora danish






Adoiiii...penatnya. Eh dah malam da? Eleh buat2 tanya pulak....HEHE...saja! Aku saja je...(hehe...suka pulak pakai ayat Yus rajalawak ni)


Dari pagi sampai ke lewat petang tadi keja aku pegang penyapu, bulu ayam, pegang mop, pegang penyapu sawang eh! macam tu ke nama dia? Aku lupa la nama betul dia....HEHE. 


Sental segala maknenek....baru la nampak cerah sikit rumah aku nih! 


Tadi masa tengah tengok tv sambil2 lipat kain baju...perut rasa lapar pulak. Patut la..tak makan lagi....


Tapi sejak2 bila entah aku macam dah tak lalu nak makan nasi je tetiap hari. Kalau kat opis break pukul 10 aku suka makan mihun sup, moi sup....sup2 tu memang feberet aku. Tengahari pun sama jarang makan nasi.


Tetiba aku teringat dekat sup ayam nora danish....nampak sedapkan? Pandai nora danish masak....seksi lagiiii...nyum2. Lama tak masak sup ayam...terliur pulaks. Terus pegi dapo buka peti ais tengok ayam dah abih....daging je tinggal.


Daging ni kalau nak buat sup...malas ah, lambat! Dah lapar ni nak makan apa yang segera nih? Megi...cemuih la cek!


Nak masak apa ni?  pikir pikir pikir.....last2 jadi ni je...





bubur nasikkk!!



Cepat dan mudah...eh tak cepat jugak. Nak reneh beras tu bagi jadi nasi pahtu jadi bubur lambat gak wei...HUHU. Mudah dia cuma potong2 dadu lobak merah dengan kentang dan potong daging ketul2 je. 

Pahtu campak je semua tu dalam periuk. Campakkan sekali sup bunjut dengan serai dan halia yang korang dah siap ketuk2 dia. last sekali boh la garam sikit. Aku siap tabur lada sulah....slrpppp.


Memang selera betul aku makan bubur nasi ni... 2 kali tambah.....HEHE! Perut dah kenyang ni pelagi nak pi sambung lipat kain baju balik.....zasssss!


jamuan raya kat tempat kerja





Semalam ada jamuan hari raya kat tempat keja aku. Tapi tak buat dekat bangunan opis, buat dekat perkarangan kuaters keluarga.


Jadinya lepas waktu kerja kemarin aku tak terus balik rumah sebab majlis mula pukul 8 malam. Sepatutnya kena bawak family tapi aku ada laki je. Tapi laki pun aku tak bawak. Aku bawak diri aku je seketul! eh? Seketul tu kalau di bayangkan macam besar @ gemok je kan? silap silap....sekeping je!! nak jugakkkkkk....HEHE


Tapi laki aku memang taknak datang, dia suruh aku je pegi lagipun kalau aku nak balik ambik laki aku tak balik modal kot. 


Yela dari tempat keja aku Penang nak kena balik rumah kat Kulim, Kedah (bagi yang taktau). Pahtu siap2 pakai baju raya aku laki bini kena pi balik tempat keja aku dari rumah Kulim - Penang. Abih majlis raya pukul 10 dah nak kena patah balik rumah Penang - Kulim. 


Memang tak berbaloi jahhh!! sehari tu je nak kena bayar tol jambatan 2 kali???? *pengsan


Jadi, merempat la kejap aku kat rumah member dekat kuarters tu untuk mandi, solat, tukar baju. Memang dari semalam aku dah bagitau kat laki aku, dia pun malas nak ikut. Dan aku memang tak larat nak ulang alik pimai pimai. Penat takyah cakap baqhang!!


Takda la meriah sangat...biasa je sebab buat majlis pun nak tak nak je. hoi!



Kehkehkeh....


Tapi meriah dengan makanan....gerai pertama aku serbu mesti la LAKSA kan! Feberet turun temurun keluarga aku tu mana boleh aku khianati. Bak kata kawan aku "...niza ni MARAH betoi dia dengan laksa!!".


Maksud MARAH dia kat situ bukan la marah tapi lebih kepada SANGAT SUKA.  Haa! lebih kurang macam tu lak maksud dia. Aku pun mula2 pening jugak nak paham kata2 dia tu. HEHE


Ramai orang beratur aku orang yang ke2 dapat cedok laksa tu...nampak tak kepulunan aku tu? ^.^! Menu malam tu memang best ada lemang dan rendang ada ABC ada rojak ada char kuew teaw ada sate ada banyak lagi....macam2.


Lepas ketat je perut aku belum pun sempat pukul 10....bos besarrrr punye pun tak abih makan lagi aku dah siap2 salam dengan member2 aku. Biasa la kalau dah salam2 tu kira nak blahh dah tu.


Kalau ikutkan nak tunggu je sampai abih majlis tapi memikirkan aku nak balik sorang2....malam2....jauh pulak tu. Takut jugak. Aku balik lebih kurang pukul 9.30.


Alhamdulillah selamat sampai rumah lebih kurang pukul 10.15 camtu. Perut dah kenyang apalagi.....terus Zzzzzzz.



Gambar?


Tak dak!! memang takda....sebab? tak sempat kot kalut nak makannn je.







Eh! kome.. entri ni sebenarnya sambungan dari entri ni!!

Awat???
Saja! Aku saja je!! HEHE

23.9.11

rindu yang tiba2 je


Aku masih dekat opis. 


Ada apa ada apa? Awat tak balik gi?


Takda apa2.....
Duduk je lah kat opis sebab nak balik tak bolehhhh...


Susah betol rumah jauh..
Kalau dekat takyah susah2 camni...


Dekat pukul 6 dah..
masih dekat opis sorang-sorang!


Rindu kat laki aku tiba2....T____T
Baru macam ni dah rindu dah sedih.


Macam mana agaknya kalau....kalau....ka..
Ish! takmo cakap bukan2!!
Tak sanggup.


Saya cinta suami saya!
LapU der...



Syg balik lewat sikit tau..
Jangan risau......!!



jumpa kat google!







bersambung esok!!

22.9.11

boring tak? jom isi masa lapang kita main green farm




Alhamdulillah. Kenyang sudah...baru lepas makan nasi goreng kampung. Dah 2 hari tak makan nasi. Konon diet laa tapi malam2 makan kfc, burger!! Guano deh nak kuruih..


Yang sebetoinya aku tengah boring boring boring boring gilaaaaa dah ni. Minggu ni bos takda jadi masa aku memang banyak sangat terluang sampai dah tak tau nak buat apa. 


Nak bermuka buku pun takda mood. Dah jadi tabiat aku pulak sekarang ni on off on off facebook. Kejap2 je log in pastu log out. Boring betul la dengan facebook sekarang ni. Kalau tidak dulu itu je la nak isi masa lapang aku yang memang dah lapang sepanjang masa tu.


Tadi aku godek2 dekat Web Store ni aku klik dekat games. Saja nak tengok ada apa yang menarik...ternampak Green Farm. Aku memang suka main games bila dah boring sangat. Lagi2 yang free... kan?






Nampak macam best je tapi cara nak main dia aku pun tak tahuuuu....laaa? sebab aku tak main lagi....HIHI. Siap entri ni baru aku nak main!! *sekeh je..nebermind*


Tapi aku rasa cara main game Green Farm ni lebih kurang macam Farmville kat facebook tu je. Konpem ah sebab boleh cucuk tanam, boleh tuai, boleh jual lagi hasil tanaman tu, boleh tak boleh memang sama lah macam farmville tu. Nak tau banyak pi la try seniri...HEHE...macam nak kena sepaks je stetmen aku nih! \^..^/"


Oke ah cakap banyak takmo dah....nak pi main Green Farm jauh2 la. Jom ar itot tami maen.... (sila cakap macam kanak2 3 tahunggg).....buweeekk!!




21.9.11

Depa mai rumah!




Sedang bersantai di atas sofa sambil menikmati eskrim vanilla. Nyaman dan enak sekali bila dah masuk dalam mulut. Waaaah...dingin je tekak!


Tadaaaa...5 sengah dah ada rumah. Mari kita bermain teka teki pukul berapa kah aku cilok keluar opis tadi? HAKHAKHAK...tak payah teka buang masa je.


Nak cerita pasal semalam. Kan aku ada bagitau ada kawan nak datang rumah. Sebenarnya dia datang saja2 je nak jalan2 bawak baby dia yang baru lahir...katanya aku tak tengok lagi baby dia tu. Bagus kan kawan aku! Bukan aku yang pi ziarah baby dia kat rumah tau. Dia dan baby datang ziarah aku kat rumahhhh!! HEHE


Dah 3 kali dia datang rumah aku. Aku sekalipung tak jejak kaki kat rumah dia lagi. Kat mana rumah dia pong aku tak tahu. Apadaaaa...teruks wa cakap lu jahhhh!


Tapi mujur la dia dengan suami tak kisah pun pasal aku. Sebab depa paham..ada sebab2nya. Sebab apa tu tak payah la ikhwan hebah2 (hot.fm) kat sini ye.


Jadi, nak raikan depa mai rumah aku bersempena pulak dengan bulan syawal....aku sediakan la sikit2 makanan untuk depa mamam. Ita kawan aku tu awal2 dah tepon..."k.niza takyah buat apa2 tau, ita nak bawak Aqil tunjuk kat k.niza je. takyah susah2 balik keja kelam kabut nak siapkan apa2 pulak..."


Takkan la aku nak betul bendol takyah buat apa2 kot kan! Cepuk kang. Dah susah nak bertandang ke rumah orang sampai orang dah 2, 3 kali datang rumah kita...kena la buat makan2 sikit.


Jadi...ini je la juadah yang serba sederhana yang sempat aku sediakan....





Sate daging/ayam
Nasi impit
Kuah kacang
Jagung rebus


Dunia sekarang ni kan mudah belaka semuanya dihujung jari kome saja...tunjuk-tunjuks je!  Siap boleh makan segera...HEHE staiiii jugak tu.


Tapi jagung tu aku rebus sendiri tau. Banyak aku tanam jagung kat belakang rumah. Petiks je. Heee.. rajin la sangat kan nak tanam jagung. Aku beli kat Sg Petani ahad lepas RM7# dapat la 10 bijik. Murah ke mahal..nilai sendiri.




Sebelum depa sampai aku belasah dulu..ketatkan perut siap2 =..=!
Tengokkkkkk...... teruks ko jahhh!!





Geram aku dengan dak Aqil ni...mata bolat, muka bolat, kepala bolat. Shomel shangat kan?? Rambut dia perang halusss je. putih melepaks. Mata dia tu tengok sendiri la kaler apa..nampakkan?





Aku cuba bagi Aqil minum susu. Tapi...cedaih ya amats la dak Aqil nih! Baru 4bulan takdok diam langsung. Lenguh pegang dia...semangat badan 7kg mama dia kata.






Ita, suami dan anak2...anak dia yang no 2 tak datang. Ita tu skot aku, suami dia Asrul aku kenal  rapat jugak sebab kami sama2 belajar kat Pusat Pendidikan Wilayah Sg Petani tahun 2006 dulu. Kebetulan..dua2 kawan aku.


Daaa....nak siap pi makan kfc pulaks!

19.9.11

ketam, pedashhh, paku dan macam2 ada jahhh!

Cam hape la tajuk tu!! Aku sendiri baca pun rasa nak marah sebab tak pandai nak letak tajuk!! kui3




Lantak bab tajuk!

Fuh! best dapat ngadap menatang alah ni....sekerat hari dah aku geram je nak update blog. Tapi tak dapat. Sebab komputer kat opis dok tunggu masa aku hempuk dia ke lantai je tuh. Berani ke? ngeeee

Dari minggu lepas lagi dia jadi pening lagu mana taktau. Nak on pun takleh. Bila dah bleh on...mati tiba2 plak.  Bila dah on hidup la kejap pastu mati....hidup mati hidup mati. Mampus teros taknak bleh gak tukar baru. 

Tiap2 pagi kena exercise dulu...exercise tutup buka suiz....60kali sehari. Pedap jahh!!



Dah takyah cerita pasal tu.



Nak cerita pasal kebulur. Tengahari tadi aku tak keluar makan...malas. Eh. Ada tak orang sanggup tak makan sebab malas? Peliks jahh!! HEHE.. 

Awal tu aku tak lapar lagi. Pukul 3 je menggagau dalam laci cari biskut. Mujur ada ada roti patsagi stok yang bulan 7 lepas... Boleh la. Sedap gak cicah dengan air kacip patimah...eh? Heeee....kacip patimah tu salah satu usaha aku nak dapatkan anak kembar! Kih3....


Petang tadi aku balik awal. 4sengah keluar. Mesti mau tau arr...time bos takda je boleh celah balik awaiii pung! 


Masa ondeway balik laki aku sms "syg, badin beli ketam. masak lemak cili api k"

Dok sat bunyi pulak sms masuk "Pedas, nak berasap tinga tau syg". *tinga = telinga*

Tak sabar aku nak sampai rumah...lapar ni. Nak masak cepat-cepat. Ketam oh ketam...lama tak makan hang! Walaupun nak makan seksanya ya amats sampai luka2 bibiaq tapi syedapppp kan jah!




Nak pendekkan entri ini hasilnya....







staiiii orang lapaq makan...hiks




Meh kita zooom in tengok ketam ni duduk bersila dalam pinggan.






cantek je ketam ni bersila  >.<'




Kenyang tak tengok saja? HEHE *meh sekeh pala ai ramai2*




Oke la...perut dah kenyang..berapi je rasa dalam perut ni. Pedashhhh. Nak buat aktiviti ketuk2 dan paku2 dinding pulak ni. Saja nak bagi hangin jiran sebelah.


Heh! tak la. Aku baru beli set ayat2 Al-Quran kemarin masa pi Sg Petani. Malam ni baru ada kesempatan nak mengetuk dinding. Sebab esok malam kawan aku nak datang rumah...jadi rumah harus lah cantek gitew kan jahh?


Kepada jiran ku tercenta...bertabahlah sekejap ye. Tak lama acara ketuk2 paku2 ni..kejap je. Setengah jam kot boley tidak? HEHE





18.9.11

gojes tak jahh??




Tergocoh-gocoh aku bersiap tadi. Bangun lewat baqhang malam tadi blogwalking sampai 2 pagi....gigihs! Followers dok tera tu jugak...HEHE   


Laki aku belum pukul 9 dah tido, letih sangat tolong kat rumah orang kawen tu. Aku pun takda la terdesak sangat nak tido awal... musim bulan tak sihat! ^.^" 


Oo..tak paham eh..maksud baqhang tu  = habaq kat hang, oke? Besa la kedah maiii...ada staiiii dak? 


Eh! aku ni nak pi rumah orang kawen ni kat Sg Petani...sepupu laki aku kawen. Dua pasang pengantin tau. Abang dengan adik. 


Wah!! Paksu Farid dapat dua kaliguh menantu pompuan. Mesti gojes kan jahh pengantin2 tu. Tak sabar nak tengok.


Oke la balik nanti sambung cerita. Cerita sekarang ni laki aku dah bising kat luar. Nak jalan dah. Heeeee...







Jahhh Oo Jahhh!! gojes tak baju raya aku yang no3 nih??





gigihkan cara aku tangkap gambar sendiri! ^.^




"Sayangggggggg!!!" suara dari luar rumah.
Errr...daaa. 

17.9.11

classss ko jah!!



Malam 16 sep tu aku laki bini pi merendek kat Padang Kota, penang. Memang dah tau kalau time cuti camtu mesti ramai orang dan banyak aktiviti muda mudi kat situ. Dan aku pun menggediks ajak laki aku  pi sana. 

Memola tu niat aku nak ajak dia makan kat Chicken Rice Shop...lama dah tak makan jadinya bila teringat mulalah rasa macam nak meleleh a-liur nih..........eh!



Lupa! baru lepas masak megi. nak makan dulu kang kembang penuh mangkuk. Jemputs!






terliur le tewww!


Malam tu laki aku balik rumah dah lewat pahtu bincang pi bincang mai....dah pukul 9setengah. Aku cakap kat laki aku "cancel" makan Ciken rise. 

Sebabnya dah lewat...aku nak bersiap lambat. Elok2 ja sampai Seberang Jaya ciken rise pun dah nak tutup...buang masa! "kita pi Padang Kota je Yang, nak?" aku la tanya dia.




Japs eh...nak boh iklan!






lepas 2 minit je telan.

no komen dah! O.O"


"Ok jom! macam nak makan pasemboq laa...." laki aku yg jawab tu. Pukul 10setengah  kami keluar pi Penang. Sampai sana pukul 11 kot...pusing2 cari parking. Penuh. Last parking kat belakang sana jauh jalan kena jalan kaki. 


Perut dah lapar terus pi kat tempat makan2 kat padang kota lama tu. Nama tempat makan tu aku tak tahu sebab tak penah ambik tahu...nama je sejarah aku 'lapang tahung' dok penang. Apapong tak ambik tau! HEHE. Tak ramai sangat orang makan kat situ mungkin sebab mahal kot. Orang lebih suka duduk2 lepak2 kat padang, tepi2 jalan dan tepi2 laut je dari lepak dalam food court tu. Buang duit.


Kisah Benar.

Aku laki bini sebab nak pasemboq kena makan jugak la kat situ. Laki aku pi order...sekali sampai pasemboq tu...Nah! selambak dalam pinggan bujur yang besar tu RM25#. Sorry gambar takda sebab memang tak rasa nak snap...*slap aku plisss*

Tiba2 mata aku ni nampak je LAKSA!! Uiiiiii...yang tu kalau dah nampak wajib order tu. Laki aku jugak bangun pi order. Balik mai kat meja dia kata..."Badin order laksa special kat syg". Baguihh! dia sentiasa tau apa aku mau.


Kisah Benar.

Tak lama..sampai laksa aku. Bolat2 bijik mata aku tengok laksa special tu. Bapak punya besar la mangkuk dia boh laksa tu. Nak bagi boroi perut aku gamaknya tu~! RM4# oke. Ce bayangkan je...sebab gambo memang takdakkk! heeeeeee...*slap lagi pliss* 





Oke dah kenyang makan penampar. Tak larat pulak nak berjalan dengan perut boyot penuh laksa. "Yang, dokong pliss??" melampau tau aku. "Berat la macam dugong...badin tahan beca nak?" lagi melampau ayat tu. pedihhhh.

Pahtu kami lepak dekat dengan orang memancing. Laki aku suka tengok orang mancing. Mana? dah setengah jam dok situ sekor ikang pong dak lekat kat matakail. Bosan dah tengok.

Malam tu aku tengok konsert live jugak ...budak2 main gitar nyanyi ramai2 macam2 lagu depa hentam nyanyi..tak sedap pun suara sumbang macam mambang tapi orang sekeliling tetap terhibur. Fun.

Ramai yang main basikal...rempit dengan basikal, melompat pun dengan basikal. Seronok ah tengok. Yang konvoi naik moto dengan bawak bendera Malaysia sambil bunyikan hon lori tanpa henti...bising tapi menarik perhatian orang. 

Macam2 hal. Kosong jap palotak bila dok tempat camtu. Lepak situ sampai 3 pagi. Hrmm....takda anak kan.   Boleh la bercinta sampai pagi. 

Kat padang ramai kanak2...mak bapak diorang lepas anak2 main kat padang...boleh bermain/berlari puas2. Seronok tengok pasangan yang ada anak kecik. Bila lagi aku nak rasa kehidupan yang macam tu pulak? Sedihhh.

InsyaAllah.....kadang2 Dia tak bagi apa yang kita mahukan tapi......Dia bagi apa yang kita perlukan!! MasyaAllah....bersangka baiklah dengan Allah swt....kerana dia lebih Mengetahui!!






>gambar masa malam kejadian<
nak tunjuk lengan tu..maklum la dah kurus sikit ni kan!
*ngeeeee



Oke la tak larat dah nak cerita..banyak sangat. Tahun depan je sambung boleh tidak? *pang!!






Oh ya! tajuk tu saja nak bagi nampak ada classs je...HAHA

memerap dan terperap




Dah seharian terperap je dalam rumah. Tak tengok langsung matahari hari ni. Percaya tak? Percaya je la sebab aku memang macam tu bila hari cuti dan takda plan nak kemana-mana. Bila dah duduk je dalam rumah jadi malas pulak nak keluar. 

Ada jugak orang macam ni...pelik ke tidak?

Pernah aku cuti seminggu lebih tapi tak pegi mana-mana pun saja cuti suka-suka sebab cemuih keja...HEHE. Sampaikan jiran aku penah tanya...

"pi kursus ka? lama tak nampak?" kata pakcik jiran tu.

Aku pun jawab...'' dak aeh, cuti ja. ada kat rumah ja takpi mana punnnn!"

"Laa..yaka? ingat pi kursus. Tengok kereta ada tak bergerak2..." Sambung pakcik tu lagi.


Sepanjang minggu tu aku dok kat rumah je. Tapi ada jugak la keluar sidai baju, sapu-sapu sampah dekat porch, pegi kedai depan taman tu je. Mungkin masa aku keluar kejap-kejap tu depa tak nampak kot.

Depa pun mungkin rasa pelik agaknya kan!


Sekarang ni pun aku kat rumah sorang2...suami aku pi surau tolong ayah kawan dia masak untuk kenduri kawen esok. Tak tahu pukul berapa nanti dia balik. 



Boring.



Nak tido tak ngantuk lagi. Dah sekerat hari aku membuta siang tadi.




oke la dah abih dah nightline...nak layan jiwang dengan Spiderman japs!  














16.9.11

Jangan ambil Panadol Actifast @ Soluble lagi! kenapa? baca jelerrr...







ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
 Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. 
Alternative Treatment ( Tips )  
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak . Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.  
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. 
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. 
Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?




Aku pun ada kes kerap sakit kepala jugak. Sejak zaman sekolah dulu lagi. Tapi sekarang ni bukan aku je suami aku pun....laki bini sama je. 


Ya Allah, patut la...tiap kali sakit kepala kalau aku telan actifast pun macam tak rasa kurang pun sakitnya. Masa kat opis ada jugak kena sakit kepala...kawan aku bagi panadol biasa. Tahu apa yang aku cakap kat dia..."takpa la, setakat panadol biasa ni tak telan pun takpa....tak layan la kepala aku ni dengan panadol camni actifast pun tak jalan!"


Jadi mungkin ada betulnya kenyataan kat atas tu. Ihh...takmo la telan panadol dah pasni.







Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
sumber dari http://www.informasi.my

esok Hari Malaysia...yeay!! cuti panjang..


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu,  Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. 

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.




Sumber dari wiki.

15.9.11

entri pasal aku tak balik2 lagi ni apesal?





"Jemput makan.....pelam cicah garam je!"



Memang aktiviti sampingan aku la tu sambil2 tunggu jarum jam cucuk no 5. Pastu angkut beg balik rumah. Tambah2 time keja takda nak buat..siap call kawan2 yang dok opis sebelah menyebelah,  tingkat atas, tingkat bawah ajak menyicah buah pelam. 


Bila dah reramai camtu baru la sedap makan...menyicah sorang2 tak ghairah sangat nak makan. Cuba ramai...berebut tak cukup!! Yang bestnya...bos ada dalam bilik dia tapi kat luar meriah kemain acara makan2 pelam.


Meriah tapi tak bising...kitorang cakap pun bisik2 je. Takut bos dengar kang tak pasal2 kena halau balik opis masing2...HEHE. Garang woo bos aku.


gambar google

eh! dah nak 5 sengah ni tak balik2 jugak aku?? dia (bos) ni memang tau!! 

14.9.11

[Wordless Wesnesday] drawer kat pejabat











Dah lama nak buat tapi dulu tak faham sangat!

....dengan maksud Wordless Wednesday tu...!!



Dulu dok tengok je bloggers lain buat entri wordless wednesday. Yang aku tahu masa tu..."Ooo tiap hari rabu je, orang akan post gambar jerrrr..!" Tapi tak juga nak cari bebetoi maksudnya tu. Malas. Senang cakap kan.

Lepas baca ondscene punya entri tu baru paham. So, pasni hari rabu adalah hari yang paling senang bagi aku takyah perah palotak nak memikir pasal entri lagi dah... sebab blog aku ni jarang2 update. Cakap siang2 orang senang paham kan. Paling2 koman pon update blog seminggu sekali je T____T

Kata la...aku memang takdan nak update kan sekurang2nya ada hari rabu....boh gambaq je dah cukup. HAHA...memang pemalas neh!







Weh! agak2 kan...kalau aku pandai2 sendiri buat wordless setiap hari, bole dak? Agak2 kena marah kena kutuk kena maki kena saman dak???? :P

13.9.11

hari senin punya kesah




Aku ni kalau bab2 nak mengemas, menyusun benda2 kat ofis ni memang kena tunggu 'mood ghajin' tu mai dulu baru keja jalan sampai abih licin habuk pun aku tak tinggai laa....tudiaaa!! berjelaaa..

Dah lama aku dok peram surat2 yang nak masuk dalam fail tu...lama dah aku dok perati...lama jugak la aku dok teragak2 nak buat. Kalau tengok tarikh kat surat tu dari bulan Mei ada kot....la ni dah September. Kira2 nak masuk 5 bulan dah la aku tak masuk fail...HEHE

Memang ni keja yang cukup2 malas aku nak buat tapi nak buat guano? Anak buah aku kira junior aku la pi kursus tapi minggu depan dah habis..yeay! keja dia jadinya...mau tak mau hang kena buat la. Takkan nak tunggu dia balik kot baru nak suruh dia buat sorang2. Takleh aku bukan kaki raging. Kalau dia ada pun aku siap tolong dia lagi. Kerjasama tu kan penting.. mengeratkan lagi hubungan sesama pompuan ni. Kalau keja pun nak berkira susah la nak bertahan lama dalam satu pejabat tu. betoi dak? 

Jadinya kemarin aku buat la jugak...kesian pulak balik2 tengok surat bertimbun. Mau pengsan budak tu. Lagipun bos takdak kemarin dgn hari ni...out station! Memudahkan lagi la keja aku. Kalau bos ada memang tak boleh buat punya...kejap2 dia panggil, kejap2 telepon bunyi...japgi suruh photostat tu, sat2gi nak jumpa orang tu orang ni...canne tu? 

Mula2 tu sarapan dulu makan soto...nak bagi mood rajin tu mai kena isi perut dulu. Pukul 9 setengah aku pun angkut la semua surat tu pi letak dalam bilik meeting. Meja kat bilik miting kan besar, panjang..senang sikit aku nak susun surat2 tu ikut nombor fail. Aku kunci pintu bilik tu takut orang kacau. Diam2 aku buat keja sorang2...bersepah. Main campak je surat2 yang aku rasa takda kepentingan langsung tu....buat menyemak fail je.

Jenis aku kalau nak buat keja macam tu, nak mengemas ke kena fokus betul2...takleh campur2 buat keja, takleh ada orang kacau, takleh ada orang mai dok sebelah pastu dok ajak bersembang, bergosip...hrmmm memang tak siap la. Nak sambung esok belum tentu lagi dah....lepas esok, esok....lepas esok, esok! Tu yang jadi sampai berbulan2 tu..HEHE

Sedar2 dah waktu lunch tapi kan sekarang aku tengah diet...nasi sekarang aku buat2 tak nampak je. Tapi balik rumah aku tibai jugak!! gila hang tak makan nasi. Takleh hidup rasa tau! Dekat pukul 3 baru siap..tu kira semua siap masuk fail. Lepas tu kemas2 sikit kat meja tempat aku...rak2 fail, buku2 rapi je aku susun. Sekejap je tu. Boleh kat Fauzi berterabur balik!! Tang mana dia ambik bukan dia reti nak simpan balik tangtu. Letak ikut dan dia je. Aku jugak la ambik letak tempat dia balik. Aku memang pantang jenis ambik takmau letak tempat asal balik. Tapi fauzi dah tau perangai aku..suka beletiaq! tapi dia buat jugak..suka kot aku dok hingaq tepi telinga dia...HUHU

Dah siap semua tu aku rasa bangga pulak...mau taknya sebelum ni sakit je mata tengok..bila dah kemas camtu keja pun tak stress sangat Kann? Memang rekod terbaik la kot kemarin sebab langsung takda masa nak buka facebook, blog (O..o)" 






Psttt: Kemarin aku cabut awal...4.45pm dah keluar. Kan boss takda. Tadi, aku keluar awal sikit 4.40pm. Sampai kat balai pengawal bertembung pulak dengan boss!! Dia baru sampai dari Ipoh...HUHU...Kantoi sudeh!!

10.9.11

sehari nambelas kali dengaq...gilo sedap lagu nih!







Lirik Lagu  PenghujungCintaku (Pasha feat. Adelia)


berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]





7.9.11

Aku beli ikan siakap 10 henggit je....saiz besarrr punya!



Haa! percaya tak? 




Sila lah percaya sebab aku tak tipu. Dan ikan tu memang saiz besar punya pun aku tak tipu. Kat pasaran mau puluh ringgit jugak. Ikan siakap merah tu aku beli kat kawan. Dia suka mancing...banyak dapat jadi dia jual la. Aku beli 2 ekor siakap merah dengan harga rm20. Harga cincai kawan2. Siakap hitam dengan Jenahak pun ada. Tengahari tadi dia bagi aku...sementara tunggu petang nak balik rumah aku simpan dulu dalam peti ais kat pantry ofis. 

Sampai rumah tadi aku terus kerjakan siakap tu untuk menu berbuka.... masak sweet sour je. Masa terhad sebab jam dah 6 sengah jadi masak pun dengan bahan2 yang sedia ada jela...tapi lazat jugak rasanya T__T





Haa...ni dia siakap yang dah siap di sweet sourkan...

Pinggan bulat yang besar pun takleh muat...jadi aku guna bekas ni je



Canne? Nak resepi tak? Huh, taknak pun takpa tapi nak tulis jugak kat sini....=.="





BAHAN2:

sekor ikan siakap - bersihkan, gaul dengan garam serta serbuk kunyit
1 biji bawang putih dan bawang merah
sedikit halia
sos cili dan sos tomato (agak2 je bubuh)
sebiji carot potong panjang
sebiji tomato potong dadu
sebiji bawang besar potong dadu
2 helai daun limau purut
1 batang serai di titik
air secukupnya
garam/gula
minyak

CARA2 :

- Goreng ikan siakap sehingga garing. Ketepikan hidang
  dalam pinggan
- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang
  merah dan halia
- Masukkan air, serai, daun limau purut dan carot
- Tunggu hingga mendidih, masukkan sos cili dan sos tomato
- Boleh tambah air kalau taknak kuah terlalu pekat
- Masukkan bawang besar dan tomato
- Perasakan dengan sedikit gula dan garam
- akhir sekali, tuangkan kuah ke atas ikan tadi.



Siap dah siakap sweet sour cara aku! Cuba la...






Dah dapat apa yang aku nak...tak kecoh2 dah lepas ni! hiks~




Baru je bangun tido tapi ni dah mengantuk balik. Macam tu la tiap hari bila masuk ofis. Tak bermaya.

Haritu janji nak update pasal ketupat.  Petang kemarin masa nak balik keja baru dapat ketupat tu...panas2 lagi. Aku keluar ofis jam 5, ketupat punya pasal sanggup tunggu Anna yang masa tu dalam perjalanan dari rumah mak dia kat Tasek Gelugor ke Penang. Mujur la tunggu tak lama.. dekat 5 sengah Anna sampai kat kuarters. Ikut Anna naik rumah dia jap...ambik ketupat, bayar duit, cakap terima kasih....terus balik. HUHU...tergesa2 nak balik..risaukan jalan takut jem!


Sampai rumah 6 sengah...kelam kabut nak masak untuk berbuka. Tapi dah ada ketupat so masak nasi dengan ayam masak kicap je. Berbuka dengan ketupat je dulu. Jam 7 suami aku sms....request sambal bilis kering pulak! Tapi ikan bilis tak cukup...ada ckit je. So, aku masak sambal dia je dulu. Tunggu dia bawak balik ikan bilis dari kedai malam kang...


Lepas berbuka...rasa penat sangat, tak bermaya, mengantuk...rehat jap depan tv. Ingat nak update blog tapi dah tak mampu jari2 ni nak ketuk keyboard...lepas Isya’ terus lelap. Sedar2 dah jam 5.15 pagi tadi, bangun sahur – with koko krunch je! Pehtu goreng ikan bilis gaul dengan sambal yang dah sejuk. Simpan dalam tupperware untuk lauk tengahari suami aku. Semalam dah tak larat sangat nak buat.


Oke la, nak buat keja..HEHE...curi masa jap! Oh ya, to Anna.. terima kasih banyakkkk la. Dapat jugak makan ketupat. Sedap! Ada kacang. Suami aku memang suka ketupat kacang.....semalam dia balun 5 bijik. Rendang tu sedap tapi minyak banyak sangat. Dia muntah2 lepas setengah jam makan...loya sebab minyak. Aku dah pesan jangan makan rendang tu..sebab dia takleh makan makanan yang berminyak sangat. Tapi degil...last2 muntah. Bukan salah ketupat, bukan salah rendang. Tapi salah dia...dah tahu tekak tu takleh terima makanan yang berminyak lebih. Nak jugak makan...banyak pulak tu. HEHE...daaa!



Ni diaaaa ketupat...malam nanti boleh makan lagi.
Makan sampai puas!




5.9.11

tiba-tiba rasa nak makan ketupat la pulak!!!



Aku tengah keja ni tapi macam tak keja sebab memang takda keja pun nak buat. Orang ramai lagi masih bercuti... Rabu baru orang mula masuk keja. Dah memang takda keja jadi aku berFB dan berBlog je la dari awal pagi sampai la la nih.

Tadi tengah-tengah chat dengan kawan lama kat fb tiba-tiba dia tanya....ketupat ada lagi? Aku pun spontan ja jawab..."manada dah ketupat waktu-waktu gini, kalau ada pun...aku buang. Basi!!" Asalnya nak melawak la...


sedapnya kalau dapat makan time berbuka nih.
Gambar google

Lama lepas habis sembang dengan dia...tiba-tiba aku rasa 'terliur' sangat bila teringatkan ketupat! Seingat aku masa raya hari tu aku makan 3 biji je kot ketupat tu. Mana puas setakat telan 3 bijik tu. Sekurang2nya 15bijik kot kena makan...baru la tak terliur lagi dah, silap- silap boleh tahan sampai raya tahun depan. Nak nak pulak aku puasa hari ni...lagi la terasa macam dah nak meleleh air liur ni....HEHE loqlaq!

Terus aku SMS suami aku...


Aku:  " Yang, lapaq ketupat la!"

Suami aku pulak balas:
" Badin pun lapaq gak. Tu la Yang...mama bagi ketupat dulu pi tinggai kat umah mak!"


Amboiiih...4 butir je aku sms dia , 16 butir dia balas aku. Dia lagi 'terliuq ketupat' kot dari aku..HAHA

Masa raya kedua nak balik rumah mak aku tu, mama dia ada bagi ketupat yang belum rebus suruh aku balik rebus kat rumah je nanti. Punya la baik hati kan mak mertua aku...siap tapau yang mentah lagi. Pastu, dah sampai kat rumah mak, aku simpan la ketupat tu dalam peti ais mak dulu...takkan nak tinggal dalam keta kot. Rosak la nanti ketupat tu sebab malam raya ke 4 tu baru nak balik Kulim. Masa nak balik tu memang aku tak ingat langsung ketupat dalam peti ais tu...jadi balik saja laa!! Sampai kat rumah baru teringat tertinggal ketupat...nakbuatapadah?? biaq je laaa...


Kemudian aku SMS lagi suami aku:
"Yang, sabtu ni syg nak balik kg...nak ajak mak buat ketupat"


Lima minit berlalu...tak balas pun. Terus kepala aku ligat pikir cara nak dapatkan ketupat...HUHU. Terus teringat kawan aku Anna...dia tengah cuti kat kampung lagi ni. Kampung dia kat Tasek Gelugor je...tak jauh pun dari rumah aku. Santekkkk!! Dulu mak Anna pernah bagi ketupat kat aku...mak dia rajin, dok saja2 pun buat ketupat/rendang. Tak payah tunggu raya nak makan ketupat.

Aku call Anna...sampaikan hajat mengezutt aku tadi. Seperti yang dah aku jangkakan...


Anna: "kebetulan, mak i memang nak buat ketupat pun esok....semalam mak i dah buat tapi habis sebab tapau kat abang/kakak i yang  dah nak balik Melaka. I pun takdan nak makan semalam....U nak ketupat je ke? rendang nak tak? Kalau nak i nak buat rendang daging hitam!!"


Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang je kan?? Rejeki namanya tu... Jangan di tolak weh...nanti menyesal lagi kang.

Tapi...aku order 20 bijik je. Dah siap siap bahagi...10 untuk aku, 10 untuk suami aku. Kalau tak buat camtu kang...berebut! Kami laki bini memang suka makan berebut...pantang tengok apa dia makan, aku nak jugak. Apa aku makan diaaaa naknak jugak. Tapi, itu la resepi kasih sayang kami....mesra bertempat kot. Hehe



Dari cerita aku pasal ketupat ni..ada moral dia sebenarnya. Cuba cari...apadia? Haih, lambat la nak cari2 lagi kan...moral dia, kena la belajar buat ketupat lepas ni. Umo dah 30 ketupat pun tak pandai nak buat sendiri. Takkan nak tunggu umo 40 kot wajib pandai buat/anyam ketupat? Rugi sangat tak belajar dengan mak..tahu makan je tau. Oke2..minggu depan aku balik kampung, ajak mak buat ketupat daun palas...boleh belajar sekali. Pastikan raya tahun depan..aku boleh makan ketupat buatan sendiri!! 




Oke la..kita tunggu pulak kemunculan ketupat tu esok...ye! suka tau...Thanks to my bFF Anna Ismail.