31.10.11

gigit kasut




Penah? Penah tak korang gigit kasut?

Apakehalnya pulak sampai kasut pun nak gigit ni...kan! Aku tau pasal gigit kasut ni dari kawan2 sekerja jugak. Depa kata kalau nak pakai kasut baru...gigit dulu kasut tu! Sebab nanti kasut tu akan makan kaki kita. Melecek la maksudnya....betoi ka?

Aku penah buat sekali dulu masa mula2 tau. Lepas tu aku tak buat dah..sebab asyik terlupa! Bila dah pakai...dah rasa sakit baru teringat "Ooo aku lupa nak gigit kasut ni". Boleh caya ke? erm...boleh ke kalau dah pakai baru nak gigit? ish..berselera ke?

Sebab apa tiba2 terkeluar pasal gigit kasut ni? sebab aku baru dapat kasut baru minggu lepas...kasut free..kasut kerajaangg bagi. Biasanya aku pakai kasut beli je sebab dah berkilat takyah nak gosok hari2...lembut, selesa pakai. 

Tapi pagi tadi..buka bonet kereta nak pakai kasut ternampak kasut ni. Gatai pulak nak pakai kasut baru cap keja'ang ni sebab tapak dia best...bila jalan dalam opis tu kasut aku paling bising...ketoqketoqketoq..bersepah bunyi dia. Sebab aku jalan takda ala2 catwalk kan...mengengkang ikutdan aku ja.

Dah petang2 gini, terasa pedih kat tulang tumit aku....menyesal kot tak gigit! keh3

kembang semacam je kasut ni! kualiti?? kelautttt le 



Jagalah akhlak diri sendiri dulu



Aku nak share sesuatu. Untuk pengetahuan kita semua. Kadang2 kita terlupa dan kadang2 kita tak pernah tahu pun. Meh baca..



Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati. I’m so confused.. Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ?? Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur (>,<)'

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili . hee (",)'

So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...Maknanya kita tak redha dengan Allah...Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

"Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


Sumber: Facebook Nasuha Aqilah


Seronok tak hidup berjiran?



Oleh sebab perut, kepala dan anak tekak buat hal, jadinya aku tidur je siang tadi. Lama betol aku tidur, azan asar baru terjaga. Maunya tak jaga sangat bila dengar azan...masjid betul2 depan rumah je. Yang kejut aku bangun awal pagi pun suara orang mengaji dari masjid tu jugak la. Takyah dah nak kunci jam loceng, alarm henpon bagai.

Alhamdulillah, aku dah kenyam! Korang makan apa petang2 time cuaca sat mendung sat hujan ni. Aku baru lepas makan bihun goreng. Memang niat nak buat bihun goreng dari pagi tadi sebab nak balas bekas jiran bagi mee sup sedap baru2 ni.

Memang seronok kan ada jiran yang baik, yang tak kedekut, yang mesra ni kan. Aku mula2 masuk rumah laki aku lepas kawen dulu...tak berapa nak cakap sangat dengan jiran. Sebab aku tengok dia macam takmau pandang aku je. Aku ni pulak bukan jenis sombong. Kalau terpandang otomatik aku senyum je tapi kalau orang dah buat taktau aku tak senyum dah lepastu.

Cuma dengan mak dia je aku rajin bertegur. Lepas mak dia tak duduk dah dengan depa baru la dia mula tegur, senyum2 kat aku.

Alhamdulillah sekarang ni aku dengan jiran sebelah rumah ni selalu berbalas2 makanan. Tak kisahlah apa yang ada kalau rasa terlebih atau tak abih...bagi je. Keropok ke kerepek ke....janji boleh makan depa 4 beranak. 

Bila masak2 pastu dapat kongsi makan dengan jiran...aku rasa seronok sangat dalam hati ni. Entah lah. Lain rasanya bila dapat berbaik dengan jiran. Tapi antara kami tak pernah masuk rumah masing2. Kot nak bersembang petang2 pun tak. Bagi makanan pastu sembang kejap je terus masuk rumah. Buat ketupat jauh sekali la. 

Cara korang hidup berjiran cemana pulak?



30.10.11

Apa pun tak bleh!



Assalamualaikum. uit, kawan2...

Hari ni aku tak berapa sihat....sakit perut. Dah makan pening2 pulak. Lepas pening2 macam nak muntah.

Tengok blog lagi rasa nak muntah. Hrmm..nampak gaya macam nak kena baring jela harini. Sampai pukul berapa tak pasti. Kalau dah oke nanti aku teruslah buat belogpecuttt kat blog korang ye. 

Doakan aku kot2 sebab pening2 ni nak ada hasil kot. Agaknyalahhhh.....nak cakap lebih pun pengalaman takde. Kalau tak jadi pun takpe. Aku setia menunggu dan terus menunggu sampai tiba masa tu. *smile

dadaaa!


29.10.11

makan luar atau masak sendiri?




Hai, ahli kelab bini-biniku blogger! masak apa je tengahari tadi? Bagi aku sebagai isteri yang bekerja cuti hujung minggu nilah masanya nak mencuba resepi baru atau nak masak yang special untuk suami. Sebab kalau hari bekerja...memang masak simple je janji boleh masuk perut dan kenyang sudehh. kan?

Tapi kalau ditanya pada orang bujang...mungkin jawapan depa "Buang masa nak masak, makan kedai laa...cepat! order je terus bulih makan". Bukan sebab banyak duit tapi kadang2 lebih kepada malas. Lagi satu jawapan...."tak berbaloi nak masak". Sebab makan sorang je ataupun berdua dengan kawan.

Itu jawapan aku sendiri kalau ditanya masa membujang dulu! :P

Namun, keadaannya berubah lepas aku kawen. Awal2 kawen dulu, aku kira nak buat staii bujang la... "makan kedai malam ni tau yang!". Tapi dapat pulak laki yang tak suka makan kat kedai.....ate, kena la awok masok tetiap haghi! Plus dia nak pi kerja pun nak bawak bekal. shuwit tak laki aku? 

Maka jadilah aku seorang isteri yang seimbanggg. opis dan dapur!! Oke, dah tahu meloatt kan? cerita pasal laki bini nih. Huhu

Bagi aku la...kalau buat kira2 kos masak sendiri untuk sorang makan atau bedua je....lebih jimat. Itu bagi orang yang nak berjimat la. Bagi yang banyak duit tu apadahallll kan? Tapi bukan masalah apadahall je...cara memasak kat kedai tu. Rasanya tak semua kot pentingkan semua tu...segala bahan perasa yang dia bubuh dalam masakan tu kadang tak ambik peduli pun. Dia tau masak dan hidangkan je. Untung kaut.

Macam aku kalau pi kedai makan suka order tomyam campur, kailan ikan masin dengan telo dadar. Pikir2 balik...eh, aku pun reti masak camtu, baik masak kat rumah je lagi banyak udang. hihi.... Itu pendapat aku je tapi kadang2 kalau dah penat sangat, ke kedai patani tu jugak tempat aku menyengkak!! hik


Hampehh!! aku baru belajar lukih! suka2 




28.10.11

hujan lebat....lu pikir guna otak lu!




Masa balik kerja tadi, hujan lebat betul. Sampai tak nampak jalan. Wiper paling laju pun dah tak mampu nak tolak air kat cermin. Rasa macam nak berhenti tepi highway dan meraung je dalam kereta...itu kelemahan aku. Tak suka memandu dalam hujan lebat sebab tak nampak, tak jelas, menganggu pandangan...maksud sama je kan! dan lagi...takut!


Memang mencabar sungguh. Slow gila 60 je aku bawak. Takpe asal lambat, biar selamat. eh, terbalik pulak ayat. Takpe malas nak backspace! nak cepat nak masak pulak....kang laki balik kena katok kepala dengan kayu sebab tak sediakan makan malam. 


eh, bukan bukan bukan! laki aku bukan camtu! sebab aku yang lapar..tengahari tadi tak makan. Aku dengar berita kat radio tadi...laki pukul bini sebab tak siapkan makan tengahari lepas balik dari cari kerja, pukul depan anak2 pulak tu. Esok konpem kuar metro! huhu...


Loh, dah kelaut ke topik aku nih? oke2 balik semula...


Yang aku tak paham dengan sesetengah sikap pemandu2 yang lain ni....hujan dah lebat gila. Pastu tak reti nak buka lampu. Ingat semua orang mata kontek lens ke? kalau kena yang rabun tak nampak pi tonyoh bontot keta dia baru tahu kot.


Lagi satu, dalam hujan lebat sampai tak nampak jalan pun nak lagi bawak laju2...aku baru je nak tukar ke lorong kanan tengok2 cermin pandang belakang, kereta lain dah jolok2 bontot aku dengan lampu tinggi 2, 3 kali! bontot kereta aku laa...


Takde rasa nak sabar langsung. Dan tak pentingkan keselamatan dijalan raya!! Nak2 masa hujan kan. Kalau tak kisah pasal diri sendiri, pikirkanlah pasal pengguna jalan raya yang lain. Patutlah banyak sangat kes kemalangan kat negara kita ni. Haih, penat la nak beletiaq camni....lu pikir lah sendiri toq!


Entry ini dibawakan khas sempena kempen Pandu Cermat di musim hujan oleh JKJR blog Niza Romli. buleh ka lagu tu?? hihi 



sendiri punya hal!



Harini banyak sangat masa terluang. Dok kira2 tu boleh la kot nak balas jejak kawan2 kan tapi.....intenet pulok cam haghang! nak loading blog sendiri pun ya Rabbi... punya lah lambat gila. Sambil2 tunggu aku letak jap kepala kat meja...ingat kejap la tengok2 jam tudiaaa sepam ada kot! berbirat pipi aku....mujur la skrg ni kan time rehat. Yang laki2 semua pi masjid, yang perempuan balik tidoq kat rumah. Takpa lah depa dok kuarters bawah tu ja...dekat dgn opis. Aku?


Aku merempat jelah kat opis....takpun tempat aku kat surau. Nak balik jauh...sob3....sedih la puloks! Ingat nak menumpang la kejap kat rumah kawan2 tapi depa tak ajak pung! Takkan aku nak pelawa diri sendiri kot..."Temah, aku nak tumpang rehat kat rumah hang jap tengahari ni bole?" ish...ada ke patut. Orang tak ajak kita pi tanya pulak. Kalau pegi pun nanti aku yang segan pulak...dengan laki depa. 


Bila dah pi tumpang bontot kat sofa rumah depa mestilah kena jamu air...paling koman air sirap pun jadilah kan. Aik? sirap je? Mestilah segan, takkan nak jamu air je kot....Dah kena bawak keluar pulak balang kuih siput yang raya puasa haritu punya tak habis lagi. Itukan adat melayan tetamu yang datang. eh, tetamu ke? 


Bila disimpul2kan....tak payah la aku menyusahkan kawan2. Kecuali kalau dah terdesak sangat bolehlah kot. Depa pun penat kerja, masa rehat panjang nilah balik nak rehat2...nak buat apa yang patut. Tapi bila ada kawan yang menumpang kat rumah...mestilah tak terbuatkan. Kena melayan kita pulak. 


P/s: Malam nanti baru aku blogwalking, balas jejak dan follow sapa yang dh follow. Eh, ada yang dah marah tau tak follow balik. "Follow lek aw" aku tak faham apa dia tulis! "Follow balik ar" mungkin tu kot! hehe...sabaq cheq naa!!


ilmu pagi jumaat




Assalamualaikum. Selamat pagi jumaat semua. Aku sampai opis awal tadi....sempat la lelapkan mata setengahpam! untuk hilangkan mengantuk baru la segar nak buat kerja kan. Pagi ni nak bagi ilmu sikit kat kita2 semua. Jom baca!
Rahsia Surah Al-Kauthsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan.

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.


7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


27.10.11

surat layang datang melayang




Alahai...lemaunya aku harini. 5 hari cuti dok saja kat rumah tiba2 harini kerja pulak rasa malas nak buat apa2. Silap pulak hari tu ambik cuti 24 sampai 25hb je. Campur cuti deepavali jadi 3 hari. Campur weekend sabtu ahad minggu lepas jadi la 5 hari. Kan bagus habiskan je minggu ni dgn cuti. Sudahnya masuk kerja harini, malas atas bawah! huh!


Oke la...harini aku nak cerita pasal SURAT LAYANG. Pasalnya awal2 pagi tadi aku disogokkan dengan sepucuk surat layang dari sapa tu tak pasti...tapi yang pastinya dari seorang jantan yang tak puas hati pasal kes 'duty menduty' terhadap kami golongan wanita.


Surat tu bukan ditujukan kepada aku tetapi kepada aku punya bos yang salah satu tugasnya adalah mentadbir hal ehwal keanggotaan kat tempat kerja aku. Ada sedikit ketidakpuasan hatinya pada golongan wanita lalu dilemparkan sepucuk surat layang kepada bos dengan harapan bos tersebut akan mengambil tindakan yang sewajarnya lah.


Tetapi malang bagi pelayang surat tersebut apabila bos bertindak membalas surat tersebut dengan cara "menempek" di papan kenyataan agar pelayang surat tersebut dapat membaca secara terbuka (sebab taktahu sapa yang hantar kan) serta memberikan jawapan yang aku rasa agak 'kelakar dan  berjaya membuatkan hati aku geli lalu ketawa HAKHAKHAK" sekaligus membuatkan pelayang surat tersebut berasa lebih PANAS hati macam cacing kepanasan kot! Hambik hang...keh3...


Memang kelakar gila lah ayat bos tu....memang cincai abih la dia punya bahasa. Baru padan dengan muka si pelayang surat tu kan. Kihkihkih....


Sakit hati hang tapi sakit lagi hati kami para wanita yang baca surat tu tau. Kalau taktau cerita sebenar jangan la main tuduh2 buleh? Kalau rasa macam tak adil..silalah berjumpa terus dan berbincang secara aman dengan pihak berwajib. Ini tak...yang tahu buat cuma rungutan, sungutan dan sesungut je macam anai2 kat pongsu! Haih! tak paham...tak paham..tak paham lah aku.


Tak salah kot kalau kita anggap orang yang menulis surat layang ni sebagai 'musuh dalam hutan! eh...selimut'. Boleh juga dipanggil sebagai pengecut atau penakut sebab tak berani nak bertanggungjawab dengan apa yang dia tulis. Betoi dak?


Sekarang semua orang dok cari sapa pelayang surat tersebut. Nampaknya setakat ni...bayang pelayang tu semakin dikenalpasti identiti dia. Siap la hang....






Korang bersin macam mana??






FAKTA `BERSIN'
moh le baca..

Kalau korang bersin terlalu kuat,
korang boleh meretakkan tulang rusuk.
Kalau korang cuba tahan bersin pulak..
korang boleh menyebabkan pembuluh darah
di kepala dan leher pecah..
dan akan menyebabkan kematian.
Kalau korang cuba memaksa mata terbuka
masa bersin..
bola mata korang boleh terkeluar dari tempatnya.


So, lepas ni..kena beringat2 bila nk bersin tau.




26.10.11

[Wordless Wednesday] # Ramainya 'My Love' dia..









Pon bole? Ya! selagi boleh.....
Hahahaha...

DAPAT ZURIAT MELALUI PIL MAHARANI & PREMIUM BEAUTIFUL



Ini sebenarnya emel yang aku baru terima tadi. Ada sapa2 yang terima emel macam ni tak? Dari sapa pun aku tak tau dan tak kenal. Dia main masuk je dalam inbox.

Kawan-kawan..
Mungkin ada diantara anda semua mengalami masalah untuk mendapatkan zuriat or maybe anda sering mengalami masalah keguguran setiap kali anda mengandung. 
Apa yang boleh saya sarankan ialah untuk mencuba memakai premium beautiful corset dan diamalkan bersama HERBA MAHARANI. Ianya boleh meningkatkan tahap kesuburan di samping rahim anda menjadi lebih kuat. Ini la antara rawatan yang TERMURAH  di pasaran.  Memang berkesan. 
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor kenapa anda tidak dapat zuriat. Anda haruslah mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Sekiranya anda @ suami tidak ada masalah ketidaksuburan, saya sarankan anda utk mencuba set ini utk menambahkan peluang untuk mengandung. 
Pil Herba Maharani 
Ianya juga membantu menambahkan darah dan tenaga batin badan. Ia berkesan untuk mengawalatur peredaran haid yang tidak tetap & menangani masalah-masalah wanita seperti kesakitan haid, keputihan, mengecutkan otot rahim selepas bersalin, mengawalatur rembesan hormon dan sebagainya. 
Keberkesanan produk ini dapat dirasai selepas makan untuk 2-3 bulan. Menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain) ia juga menguatkan otot rahim. 
Bagaimana Premium Beautiful berfungsi 
Menstabilkan kedudukan rahim, rahim jadi naik ke posisi yang sebenarnya, dan akan bersedia untuk proses hamil, melancarkan darah keseluruh badan secara tidak langsung membantu menyuburkan. Kegemukan juga akan menyebabkan ketidakhamilan, jadi Premium Beautiful sangat membantu untuk menurunkan berat badan. 
Maklumat Lanjut Sila hubungi Zue di zuhaini@skm.gov.my (0192407641)


Boleh lah pada sapa2 yang belum ada zuriat macam aku ni nak try. Berusaha tu biar lah pelbagai cara...tak salah selagi kita tak melanggar hukum agama. Cumanya mampu dengan tak mampu je. Kalau setakat Pil Maharani ni boleh lagi beli tapi kalau Premium Beautiful tu sanggup ke nak beli memahal camtu? RM 2,400 hingga RM 2,600 camtu rasanya harga dia skrg. Tapi betul ke tajuk kat atas tu? Tajuk tu dari emel yang aku dapat. Kalau betul kenapa smpi sekarang aku belum ada zuriat? Hrmm...Semuanya atas kehendak ALLAH jua....

Oke nak cerita sikit pasal pengalaman aku dengan Premium Beautiful. Sebenarnya aku dah pakai PB ni sejak tahun 2005 lagi...first keluaran kalau tak silap. Aku beli dengan cara potong gaji tiap2 bulan. Nak bayar seketoi tu memang tak la... Corset tu pun sampai skrg masih ada dgn aku.  Sampai lenjan aku pakai...Cuma long girdle je takda, kakak aku pinjam lepas bersalin dulu tak pulang2 lagi. 

long bra tu sampai hacusss kena lenjan! tengok tali dia..hehe
Tapi lepas kawen tahun 2009 aku dah tak pakai sebab....dah tak muat, badan dah semakin mengembang. Yelah masa tempah PB ni dulu badan aku cekeding lagi....kan dia ambil ukuran badan kita dulu baru corset tu dibuat kan. 

Sekarang ni memang tak kose dah nak pakai bila pi kerja....sebab? dah ketat sangat aku macam sesak nafas bila pakai dan susah gila nak buang air. Tapi aku masih pakai waist nipper dia bila pi aerobik.

Tapi tahap keberkesanan dia tu memang memuaskan la sekiranya kita jaga corset tu dan pakai ikut cara yang betul. Pernah sepanjang masa seminggu aku kursus JL senamrobik dulu aku pakai corset ni (long bra dgn waist nipper) berat aku turun 3kg. Puas hati betul masa tu.



Dadaaaa!


25.10.11

Tip elak mata panda ketika blogwalking




Sebelum ni aku ada buat entry pasal blogwalking. Sampai lebam2 mata aku. Dah macam mata panda pun ada. eh, tak baca lagi?? Laa...nah! baca kat sini! Heh3

Lagipun aku memang ada masalah mata yang takleh tahan dengan cahaya yang terang terutama bila mengadap laptop....bila lama sikit mata aku mula la makin kecik...kecik...kecik je tengok screen. Maklum la dah jadi blogger ni kena la banyak berkorban terutama mata...ye dop? 

eh, betul la dah memang blogger kerja dia mengupdate blog je la kan? Nak update pulak kena guna laptop/komputer kena mengadap berejam....dah tu, ingat senang nak tunggu idea tu mai? Lembab gila....aku je la blogger lain semua hebakkkk. Idea depa cam air terjun je haa....

Tapi sekarang ni aku nak bagi tip untuk elak mata panda. Strategi aku sendiri nih. Laki aku geleng kepala je tengok. Dia sampai kata....."Tudiaaa! sampai tegha tu ka sayang???"

Mesti korang nak tau sebab apa laki aku aku cakap camtu kan?

kan?                                    
kan??

Sebab ni je pun!







sengaja hitamkan gambar sebab ciri2 kemaluan kemelayuan yang kaya
dengan sifat malu tu masih ada dalam diri aku...*phuiii!

HakHakHak!!

Ke korang dah buat? Sebelum ni pun aku pakai cermin mata tapi untuk nampak lebih bergaya dan untuk terus menjaga kesuburan mata aku try cara ni. Ternyata memberi kesan yang positif....dan aku sekarang makin alert! Kalau dulu aku selalu lupa angkat baju kat ampaian....bila hujan, basah kena tempias. Sekarang bila tertengok kat tingkap....eh! nak hujan ke? nak kena angkat baju nanti basah!



Sebab...........dah pakai spek hitam!! cuaca pun mendung memanjang lahh !!
Aamacam?? cara jugakkk...kan? 


24.10.11

Kalkulator Cinta



Pernah tak korang jumpa atau test peratus percintaan korang dengan pakwe guna kalkulator cinta? Kalau buka sesetengah laman web akan keluar benda ni. Kira macam iklan jugak la.

Dulu aku penah try jugak...ekekeke. Tapi tu masa zaman tok nadok dulu la....masa aku budak2 dulu mana reti lagi pasal komputer, laptop, internet, cyber cafe semua ni. Masa dulu tulis kira2 di belakang buku latihan je cuma ikut formula yang dah di tetapkan, tu pun kawan yang ajaq...huhu...mengong! Sekali tu jaa...tak buat dah!!

Tapi sekarang ni semua di hujung jari...cuma taip nama korang dengan nama pakwe, suami atau nama sapa2 yang korang admire je...maka terhasil la jawapan ataupun keputusan yang boleh membunga2kan hati korang. Kadang2 result tu tak logik pun....tapi tetap nak percaya. Sebab apa? sebab dah cinta sangat....kan??


Jenis kalkulator

Hiiihii...tak sabar nak tgk result!! wink2
eleh, 50 je pong! menyesal test..

Jenis Meter


Harap2 aku serasi la kapel dgn dia...wuuwuu!
WoW Weeee...suka3 (yelah tu!)


Dan banyak lagi sebenarnya jenis kalkulator, meter dan enjin yang ada. Tapi sampai tahap mana  kita nak percaya dengan benda2 ni? Aku cakap bagi sapa2 yang percaya dengan benda ni la. Yang sah2 tak percaya tu...anggukkan je la noo tanda setujupp! 

Benda ni sebenarnya lebih kepada ramalan semata2. Kalau dah namanya ramalan...biasanya memang tak ellok la kita buat kan? Boleh tak kalau nak kata benda ni syirik? Kannn? 

Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mendatangi peramal lau mempercayai apa yang diramalkan, maka telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW" (Hadis riwayat Al-Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Aku terbaca pasal ni kat majalah tadi. Jadi elok jugak untuk mengingatkan hadik2 yang tengah nak test power tahap kecintaan kat pakwe depa. Eh, cara aku tulis ni macam tertumpu kat hadik2 ferempuan je kan?? err....lelaki penah guna test menatang ni ke dop?? Sila jawab...nak buat bancian...huhuhu.


23.10.11

kelumumur berkuping-kuping....eyeewww!




Anda ada masalah kelumumur?? Jangan bimbang!! Gunalah syampu cap kutu anti kelumumur untuk menghilangkan bla bla bla bla.....! pi blah ahhh.....ayat kemain lagi.


Oke, itu ayat dah cemuih kita tengok kat iklan di tv, kan?


Dan entry ni bukan nak buat iklan macam kat tv yang semata2 nak bagi laku syampu dia tuh! berkesannya tak sangat pun...tapi bergantung juga kepada tahap penjagaan rambut memasing. ye dop?


Ni haaa... rambut aku yang bermasalah sekarang ni! Sambil2 tengok tv...tangan aku ni rajin macam biasa la tak reti dok diam. Kalau tak pegang penyepit cabut bulu tiak! mesti pegang2 rambut yang mengurai panjang macam hantu kak limah....errrr...silap pi sebut dia pulak!!


Garu2 sekali kulit kepala...makin di garu makin syok! Tetiba rasa lain macam je terselit kat celah kuku....hitam!! arghhhhh. kemomok pulak...tidakkkkk!! Betul2 tak suka kalau ada kemomok kat kepala. (aku sebut kemomok je)


Tapi sejak seminggu dua ni aku malas nak uruskan rambut ni....sebab kekangan masa dan kadang2 nak cepat bila mandi pakai syampu je....conditioner dengan serum tak pakai. Lambat!! Lagi2 hari kerja memang tak sempat. Jenis aku pulak...tiap kali mandi mesti kena basah rambut...kalau tak basahkan semua macam tak mandi je.


Nak gunting sayang pulak bila dah panjang...lama simpan. Tadi cari2 kat internet petua nak hilangkan kemomok ni. Banyak rupanya petua yang ada tapi aku pilih yang paling mudah la.....


Guna air perahan limau kasturi atau limau nipis. Tonyoh2 air tu kat kepala....pakai shower cap untuk sebatikan dan penyerapan yang bagus sampai ke kulit kepala. Tunggu sat dalam 15 minit pastu basuh. Siap!! Tapi esok baru aku buat...hik3


Kalau yang ada banyak duit tu elok pi Yun Nam Hair Care je.....lagi senang kan? Oke, kalau nak tau banyak lagi petua pasal penjagaan rambut klik SINI dan untuk mengetahui punca terjadinya kelumumur klik SINI.


Semoga masalah kelumur anda dapat diatasi. eh, masalah aku la!!




22.10.11

Cara aku atasi mengantuk semasa memandu di waktu hujan



Aku rasa macam nak demam je!  Leher panas ni...biasalah kalau nak check demam mesti letak tangan kat leher...ye dop? Minggu ni hujan derek tiap2 petang. Lebat pulak tu. Awan pun tak nampak...langit hitam je! Takut aku tengok.


Lagi2 time nak balik kerja. Asal hujan lebat mesti jalan jem. Owh wei...aku tak suka jem! Tapi kalau jem stroberi aku suka sangat celek kat roti....sedap! hihihi


Ehhh...bajet macam aku sorang je kan tak suka jalan jem? Suka hati la...ayat ni aku yang buat kan? hehehe... Oke, aku tak suka jalan jem sebab aku mudah mengantuk! Mudah sangat!! Bila mengantuk... mata aku suka tutup sendiri. Tak sedar...dan bila tak sedar tu yang boleh menyebabkan kemalangan. Nauzubillahhhh.....


Tapi Alhamdulillah....walaupun mengantuk aku boleh kawal lagi pemanduan aku setakat ni selama setahun sepuluh bulan aku berulang alik dari rumah ke tempat kerja yang memakan masa sejam untuk sampai bergantung pada keadaan jalan. Amboii...skema kemain ayat.


Macam mana aku kawal? Haaa! nak habaq laa ni.....Cara aku buka volume radio kuat2! Agak2 kereta sebelah tak payah buka radio dah kot...pakai dengaq radio kereta aku dah laa!! Hahaha....aku bohong! 


Lepas tu...aku pun ikut menyanyi sama. Boleh bayangkan dop? Bayangkan gelagat aku menyanyi sorang2! Tapi aku buat masa hujan je laaa....sebab pada aku bila hujan orang tak nampak kot aku dok nyanyi penuh perasaan dalam kereta tu? Yelah, air hujan mencurah2 turun....orang tak nampak pun! agak jelahhhhhh!!


Tapi cara aku tu dah biasa sangat orang buat kan. Pada pemikiran aku..itu jelah yang boleh pun. Takkan nak blogwalking pulak time drive!! Apa cara korang untuk elakkan rasa mengantuk semasa memandu di kala hujan lobat? Meh berkongsi cara....kot ada yang menarik boleh aku cuba!!


Masa balik tadi aku miming lagu ni.....feel tak henggat jemmm!!







21.10.11

Tazkirah Jumaat




"Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tapi ia datang daripada Allah SWT...."



Petikan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.











20.10.11

Buang tebiat ke Jahhhh??





Oke hari ni nak cakap pasal hobi. Hobi yang baru je buat semalam. eh, ayat apa nih?? tajuk pun dah ke longkang!! hihi....lantak. 

Hobi tu lebih kepada aktiviti budak2 tadika asalnya. Disebabkan aku memang mudah terpengaruh. Dan agak keterlaluan bila aku dipengaruhi oleh seorang gegirl yang comey lote...lupa nak ambik gambar dia...umur dia baru 4 tahun je pon! isk3....

Oke sebelum tu nak cerita asal usul datangnya hobi tersebut. 

Dua hari lepas...aku tetiba je kena jadi babysitter anak kepada officer aku. Maknya ada kerja terpaksa la si ayah ni kena jaga. Si ayah pulak terpaksa la bawak si anak ke opis sekali. Tiba2 si ayah ni ada mesyuarat pulak....jadi terpaksa la dia tumpangkan kejap anak dia kat aku untuk jaga sehingga dia habis meeting.

Tapi budak comey ni memang kerek gila..senyum takmo langsung! Tengok aku pun jeling2 je... tapi mujur la aku ni suka budak2. Aku layankan je la dengan penuh sifat keibuan yang dah wujud kot dalam diri aku...kui3! Dah ayah dia amanahkan aku untuk jaga anak dia kan, jadi kenalah ikhlas dari hati....dapatttt pahala. Kalau kena yang tak suka budak....rasanya dah lebam budak comey ni kena cubit gamaknya....huk3. 

Sepanjang budak comey tu...ha! nama glemer dia Syasya tau...jauh dari nama sebenar. Sepanjang syasya tu duduk dengan aku.....dia asyik mewarna je. Kemas je dia warnakan lukisan barbie doll tu. Cambessst ja..aku pun tumpang la mewarna sekali!! Kemain lagi dok mengaler sampai Syasya cakap..."Achikkkk, tepilah syasya nak buat sendiri!" hihihi......


Itu cerita dua hari lepas. Akhirnya hari ni dan ketika ini aku memang tengah tak ada kerja......jadi....








mari kita mengalerrrrrrrr!!


Mata dia silap boh warna laaa....!!





Tengok!! siap beli crayon pen Angry Birds.....gigih tak gigih tak??? 6 henggetttt 9 kupang!! mahal tak semenggah. Tumpang nama angry birds je terus jadi mahal. 



Tak sabar nak kaler yang nih!  >.<"

ehh....kalau ada orang dalam opis aku sorok la benda ni. Gila!! Tak pasal2 jadi bahan depa pulak!! Kannnn?

Oke, bye.....nak sambung kaler!









Ini hobi ke??? buang tebiat???

sampai hati kau bedah!!




Geram betol la aku dengan blogger sorang ni. Suka suka hati dia je nak conteng2 gambar aku! Tapi bukan aku je yang kena...rasa2 dah 10 orang kot kena conteng dengan dia.


Mentang-mentang la aku selalu pi mengendap belog dia yang gojes sangat tu! Aku suka baca hasil penulisan dia yang asli sratus pesen! Walaupun ada unsur sindir menyindir tapi makna yang tersirat tu boleh buat orang yang terlibat rasa 'makan dalam' tau. Oke, itu bagus untuk kesedaran..HEH3


Ermm...takmo cakap banyak!! Cuma aku nak cakap.....Sampainya hati ko bedah sebab conteng gambar aku sampai ELOK je pon!! HUHU lebih kepada seronok sebenarnya. Terima kasih noo bedah!! Tahun depan conteng lagi tau.


Meh aku bagi tengok gambar yang bedah conteng tu....













Nak tau sapa blogger tu? Nahh! aku bagi link belog bedah .... pakat2 la pi serbu pi terjah blog dia. Aku gerenti konpem beshhhhh!


19.10.11

[Wordless Wednesday] # Seruan














18.10.11

cerita yg menarik, cuba baca ye...





Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.waaa... mana isteri ku...


Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.


fuuu.. lega..


“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..


lelaki tu pun berfikir...


Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…



hahaha... takde yg nak marah ku...


Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...



Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.



Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia .................................................seumur hidup ???



ingat balik..



And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!



Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”


sila share selepas membaca agar lelaki tahu menghargai wanita ♥




Aku yang berkata: Pikiaq2 la....ada banyak betoinya...HEHE

17.10.11

Hiburan malam ini....Andai Aku Mandi Dulu!!





Jom layan Apek dgn Yasin nyanyi...aku dengar lagu ni rasa macam nak mandi lagi sekali je. Walaupon sekarang hujan tengah lebat!! Sebab daki2 aku dah 'pedas desit' dengar lirik lagu depa ni HAHA !











Sapa takda keja nak buat sekarang ni sila LIKE blog saya...buleh? Hohoho!

Tazkirah hari Senin




"Hidup ini tumpang menumpang....di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita.. alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT... maka siapakah kita untuk menolak agama Allah...?" 


- Di antara petikan mutiara kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.





16.10.11

Perbualan bayi sebelum kelahirannya






Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.






Bayi itu bertanya kepada Tuhan : Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”



Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”



Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”



Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”



Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’



Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.” Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.



Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”



Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. 


Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  • Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  • Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  • Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  • Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu



source: facebook