30.11.11




Wordless Wednesday






sumber





Senduk Senduk Fifi



Assalamualaikum. Selamat malam dahh... lewat lagi aku update hari ni. 

Hari ni masa tak cukup lapang dan tak senang nak update. Jadi aku 'owt' je dari pagi ke petang sampai dah balik rumah pun. Dah free malam2 camni baru boleh update. Rileks je. Tak berebut masa dengan masa lagi dah. Ayat apa ntah :P

Korang suka dengar radio tak? Aku suka dengar radio tapi kat rumah takda radio jadi masa yang bagus nak dengar radio waktu nak pergi dan balik dari kerja. Owh, time tu kalau tak buka radio dalam keta rasa macam aku ni pekak je. Sunyi. 

Hot.fm pilihan aku. Lagi2 tang 'panggilan hangit' tu. Suka sampai gelak bahak2 dalam keta. Keta sebelah pandang je aku "mungkin dia tengah dengar Sinar atau Era kot masa tu" jadi dia taktau cerita la pasal aku gelak sorang2. Abaikan dia dan terus gelak sampai habis. Sampai depa sebut anda terkena panggilannnnnn hangittttt! Hehehe

Satu lagi yang aku suka dan tunggu nak dengar segmen senduk2 fifi. Fifi aka AG. Segmen masakan. Walaupun sekejap sangat tapi terhibur dengan resepi yang simple2 je. Pandai kan AG jadi fifi. Menjadi je. Dan khabarnya tak lama lagi Fifi akan ada rancangan masakan sendiri pulak. Tak sabar nak tengok aksi Fifi memasak dalam tv. Mesti heboh macam dalam radio jugak kan.

Tapi rancangan ni masih lagi dalam perbincangan dengan stesyen tv yang terlibat. Apapun kita tunggu jelah sidang media tu nanti kalau jadi la :)



Tak suka dekat Kak Nita aka FBI ambil alih segmen masak tu bila fifi takda. Tak best dan tak kick suara kak nita. Garau sangat la ahkak! hehehe


28.11.11

Ingat! tak boleh makan epal



Sebenarnya tajuk dia macam ni "Makan Epal Jangan Lebih 4 Biji Sehari" :D

Semua orang suka makan epal, betul? Sapa tak suka mungkin diatu tak betul. Hehehe! Nanti dulu.. Jangan marah dulu wahai bukan penggemar epal. Dengar dulu info yang aku cuba nak sampaikan ni :P

"Saranan perubatan agar makan sekurangnya sebijik epal setiap hari memang ada benarnya. Tapi, hati2..jangan makan lebih drpd sebijik! Sebab kajian telah menunjukkan bahawa makan lebih drpd sebijik epal sehari boleh mendatangkan risiko kerosakan gigi sama macam korang minum minuman bersoda."

Ada lagi ni:

"Makan sehingga 4 bijik epal sehari berisiko 4xganda utk mengalami kerosakan gigi jika dibandingkan dgn minuman berkarbonat. Juga mengandungi 4 sudu teh gula dalam beberapa jenis epal."

"Kajian yang melibatkan 1000 lelaki dan wanita ini mendapati...orang yang makan epal 3.7xganda lebih berisiko utk mengalami kerosakan dentin iaitu struktruk utama gigi. Sedangkan mereka yang minum minuman berkarbonat tidak memiliki risiko tambahan seperti itu"

Disarankan:

"Makan epal dgn susu ataupun sepotong keju. Ini kerana kalsium baik utk meneutralkan asid. Dan terus minum air lepas makan epal utk membersihkan kesan berbahaya."

Ooo gitu pulak dah. Tadi memang aku tengah makan epal sambil belek2 mingguan wanita. Tak sangka terbaca info ni pulak. 


I lebiu Samsung GSII sebab cantikkan gambar ni tanpa kena edit. Co cuwit. *bluwekkk* Pelik. Tempat terang tapi background jadi itam. Magik nyo! Hehe..aku yang tak reti dunia potogerafi.




Aku dah kekoh epal ni dulu baru teringat nak snap dia. Napok dok lube belake nu?

Sapa tak sayang laki oii




Assalamualaikum. Hari ni cuti lagi. Masa yang panjang tapi dah petang macam ni baru update blog? Ya... ralik pulak tengok tv. Banyak drama yang bermanfaat sempena Maal Hijrah ni kat tv. Bertambah kesedaran dengan mesej yang cuba disampaikan.

Waahhh! :)

Okelah nak cerita pasal semalam. Dah menjadi kebiasaan, kalau aku cuti dan masa tu suami kerja malam aku akan hantar dia pergi kerja. Kalau dia taknak pun aku akan paksa jugak. Hehe... sebab aku macam kesian je bila tengok dia pergi kerja naik moto. Lagi2 kalau hari nak hujan. Tak tergamak aku... sedih rasa. 

Lainlah kalau aku kerja memang tak dapat la nak hantar dia. Suruh bawak kereta pun dia taknak. Tak suka payah parking la...macam2 alasan. Hujan renyai pun sanggup redah. Tapi dekat jelah, 5 minit dah boleh sampai. Tak pernah pulak aku tanya dia kenapa.

Jadi semalam aku mintak lagi nak hantar dia. Macam biasa dia tak bagi tapi cuaca macam nak hujan, akhirnya dia suruh aku hantar lepas maghrib. 

Rupa2nya ada sebab. Sampai je kat depan kilang semalam aku tak sempat nak brek lagi dia dah kalut buka pintu nak turun. Cepat2 suruh aku unlock pintu. Aku pun tanya la.. Awat kalut sangat ni Badin? Dia kata..cepat Yang, kawan2 Badin nampak satgi! Pasai apa kalau depa nampak? aku tanya balik. Satgi depa kutuk Badin pi kerja pun bini kena hantaq. HAHA! Aku gelak keras perut.

Sebab kawan2 rupanya. Takut kena bahan dengan depa lah ni. Yang kawan2 dia tu pun satu. Pelik sangat ke  kalau bini hantar laki dia pi kerja? Bagi aku rasa seronok sangat bila dapat hantar suami pi kerja. Bukan suami suruh tapi aku dengan rela hati nak hantar. Tanda aku sayang dia sangat2. Takdak masalah lah.



Korang pernah hantar suami pi kerja tak? 


27.11.11

Blog Niza Romli vs Blog Cik Eka




Saja! bagi nampak macam ada kontrebesi sikit tajuk tu. Tapi cerita takda kena mengena pun. Hehe

Korang pernah berjumpa dengan blogger tak? Selasa minggu lepas aku ada jumpa dengan blogger Perak, Cik Eka nama dia. Blog dia pun bubuh nama Cik Eka jugak. Korang penah pi blog dia?  Aku sarankan pi lah buat lawatan tengok, tak rugi. Baca entry Eka macam bersembang je. Ramah bebeno.

Tapi kitorang jumpa sekejap je sebab aku nak kena balik opis semula. Borak2 sekejap je tu pun masa dalam perjalanan dari Hydro Hotel, Batu Feringghi ke jeti. Tak dapat nak borak panjang2 kan Eka.

Takpa, kalau mai Penang lagi sms noo Eka. Kita pi pekena Laksa Janggus pulak kat Balik Pulau nuu. Pemes tau laksa jangguih tu sampai masuk tb3 la dulu.

Sedap ka dak tu aku taktau nak habaq pulak sebab aku pun tak pernah pi makan laksa tu lagi. Heeeeee peace! Dok nak pi makan tu lama dah...tapi taktau jadi lagumana tak pi pi jugak! Huhu

Okelah, kalau nak tau cerita cemana kami boleh berjumpa... jom pi blog dia. Penat dia ceghita punya la panjang lebaq.


Tekan Sini otomatik sampai sana...hehe

Selamat melawat. Sekian.



Hijrah



Assalamualaikum. Selamat tahun baru 1433H.  
Semoga keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam.



Bangun awal pagi dengan semangat dan azam yang baru. Semoga dapat dilaksanakan dengan sesungguh hati. Juga mengharapkan agar kekuatan itu sentiasa kukuh untuk menangkis setiap godaan syaitan yang direjam! Yang sentiasa ingin menghancurkan keluhuran, kesetiaan, kecintaan serta keikhlasan hati ini kepadaNya. Semoga kehidupan dan setiap apa yang dilakukan mendapat rahmatMu serta dirahmati olehMu. Subhanallah. Allah Maha Besar. Sedikit keinsafan dan kesedaran telah Kau calitkan di hati ini. Sungguh besar kuasaMu. Namun aku berasa sangat bangga dengan permulaan ini. Dan semoga ianya berterusan hingga akhirat. Amin...!

26.11.11

Keputusan!



eh, dah petang dahhh... Tadi lepas mengemas, memasak pulak dan seterusnya makan. Dah makan tu biasa la mata pun kecik campur penat semua lalu ketiduran la aku. Hehe

Oke, tadi kan aku ada suruh main teka2. Ramai yang teka ikan. Memang betul pun ikan tapi nama ikan tu je tak betul. Dan sekarang dah ada pun pemenangnya. Nak sorang je pemenang tapi sebab dalam 7 orang teka, 2 orang je teka dengan betul tanpa syak dan was2 lagi. Jom kita tengok dulu gambar sebenar benda tu. 


Dah boleh perasan tak? Memang ikan cuma kepala dia je tak nampak. Bukan kain batik ye kak diana...Hehe! Jom tengok gambar lagi. Susah la nak tangkap gambar dia...aku pusing balang tu dia pun pusing jugak. Pening kot!


Ni tempat tinggal dia. Kecik je tak besar mana pun. Sebenarnya ikan tu Ikan LAGA! Aku suka letak pokok dalam rumah jadi kalau letak air nyamuk suka la membiak banyak jentik2 sebab tu aku letak ikan laga dalam bekas tu. Sebelum ni ada 4 ekor tapi yang lain mati sudahh.

Dan pemenangnya.....Kartunis Damas dan Kak Tihara.


Di minta kepada Kartunis Damas dan Kak Tihara emel kan no telepon anda kepada saya di kplniza@gmail.com ye. Hadiah takde nak kena pos2 bagai ye Kartunis Damas. Kita sms je..amacam? boleh? Hehehe. Terima kasih.

Jom main teka2





Assalamualaikum. Selamat hari sabtu sudah. Minggu ni cuti 3 hari. Boleh berehat panjang dan tidur pun panjang jugak..hehe

Aku sebenarnya tengah mengemas rumah ni. Dari awal pagi tadi baru siap kat ruang tamu dengan bilik2. Dapur dengan bilik air lepas siap entry ni baru pergi sambung menyental, mengawang (sawang) dan mengemop.

Biasa la, esok kita dah nak sambut tahun baru 1 Muharam 1433H. Jadi kena ada azam baru, semangat baru. Ambik semangat baru, baru ceria hidup kita dari sehari ke sehari. Macam takde kena mengena kan dengan kemas rumah? lantak je.

Oke, sebelum tu jom main teka2 nak? Aku nak korang teka entiti apakah itu?




Contoh jawapan. Kalau korang kata ular, bubuh nama dia sekali...ULAR COWOK misal. Macam susah tak? Sapa jawab betul atau sipi2 je lagi nak betul akan dapat hadiah. Tapi hadiah takde la lumayan sangat. Hehe... 

Okelah, sementara korang teka2 tu boleh bibik beredar ke dapor siapkan kerja bibik dulu yuk. Selamat Mencoba! :P



Nama Samaran dan Surat Cintaku Padamu




Kadang-kadang kan bila nak buat entry bukan main susah lagi nak mulakan ayat tu. Aku la. Selalu ketandusan kata2. Idea macam jenuh je tapi bila nak tulis hilang pulak... pi mana taktau! gagal.

Cemana la SPM dulu aku dapat A untuk BM. Mesti karangan BM pun baik kan. Agaknya masa form5 dulu aku dah biasa karang surat cinta kot. Tapi bukan surat cinta aku! Kawan aku yang suruh tulis tapi aku tulis je idea 95% depa bagi 5% lagi tu aku tambah la. Sebab apa aku tambah? ayat depa tak best! Jadi aku tambah la bagi pakwe dia sampai berangan sikit. kihkihkih

Tahu sebab apa depa suruh aku tulis? depa kata, tulisan aku lawa. Bila nak bagi surat cinta kat pakwe mestilah kena tulisan pun lawa. Maknanya tulisan depa tu tak lawa la... kang pengsan pulak pakwe dia baca tulisan hudoh kemain. Hakhakhak! Tak baiknya aku.

Dan setiap kali aku nak tulis mesti kena ada upah. Upah dia...kuaci! Sebab nak tunggu depa bagi idea tu dahla lambat takkan aku nak menganga ja. Jadi sambil2 tunggu boleh aku gigit kuaci cap bunga matahari yang masin tu sampai kecut bibir aku.

Lagi satu masa dulu sekitar tahun 96 memang femes dengan nama samaran. Dulu kan kawan aku nama sebenar dia Zainab tau. Tapi bila dia ada pakwe (orang luar) dia letak nama samaran Azuana. Azuana Raoffff. Perghh... nak glemer. Biasa la kalau Zainab orang panggil Jenab kan. Ala kalau nak glemer boleh je letak Zai ke Aina ke Ainab pun boleh gak. Lain sikit dari orang kan. Hehehe

Tu kalau jadi nikah cemana? Agak2 bakal suami dia nak lari tak sebab nama sebenarnya adalah Zainab bukan Azuana? Sebab nama Zainab tak sedap..eh? Kalau tak jadi nikah itu bukan namanya CINTA laa. Habis tu? entahhhh... mana aku tau. Depa yang bercinta. :P

Bercinta sampai berhenti sekolah masa form4. Sayang kan. Tapi Alhamdulillah depa menikah jugak akhirnya. Last aku jumpa dia 10 tahun lepas tak silap. Dari aku keluar form6 terus tak jumpa dah sampai sekarang. Padahal rumah mak dia sebelah kampung aku je.

Kenangan masa sekolah dulu buat aku tersenyum, tergelak sorang2. Best kan jadi budak sekolah dulu2. Sweet memory..itu pun ayat dulu2. Hehe


25.11.11

sedut siput?




Hai. Korang kat opis ke? Kerja lagi sampai petang? Aku kat rumah daaa. Hehe.. suka pulak bila bos bagi balik awai sebab dia nak pi main golf. Jadi aku balik main blog la. Kih3

Sebelum balik tengahari tadi, singgah kat food court. Hajat nak bungkus nasi untuk aku dengan suami. Memang sengaja nak bungkus nasi kat Penang sebab dah lama aku dok perati masak lemak Cput Sedut tu!

Masa lunch memang aku dengan kawan2 suka makan dekat gerai apa nama ntah kakak tu. Lauk dia sedap2 dan yang penting tak berminyak sangat. Tak macam gerai sebelah kakak tu.. masakan dia semua terlebih minyak. Tak sedap pulak, mahal lagi! eh? tergosip pulak dahhh. Hehe

Nak cakap pasal siput sedut tadi kan? Haa...sebelum ni tengok jelah siput tu dok tergolek2 dalam bekas tu nak cedok bubuh dalam pinggan nasi tu boleh takde masalah tapi bila makan nak kena sedut tu macam menjadi masalah pulak bila lelaki dok tengok aku makan macam tak penah tengok je muka aku. eh, memang la aku pun tak kenal depa, depa pun bukan kenal aku.

Jadinya, tak berapa manis la bila kita oghang2 pempuan ni makan masak lemak siput sedut kat tempat awam camtu. Malulahhhhh.

Lepastu tadi, aku bungkus jelah dekat nak penuh jugak la dalam plastik tu. Berpusing2 mata aku nak bayar 7rm untuk masak lemak siput sedut tu saja. Dah nak makan sangat..sekali sekala takpa kot! 

Aku memang suka makan masak lemak siput sedut. Korang suka? ke tak lalu nak telan?


Beradabkah kita?




Assalamualaikum. Hari ni nak cakap pasal adab2 dalam islam. 

"Islam adalah agama yang kaya dengan adab dan sopan santun. Al-Quran dan Hadis telah mencatatkan sejumlah besar adab susila sepanjang zaman. Rasulullah s.a.w adalah model akhlak dan adab bagi umat Islam. Ini disebabkan peribadi Rasulullah s.a.w adalah terjemahan kepada akhlak Al-Quran.

Orang yang berahklak, sebenarnya orang yang memelihara adab sosial atau sopan santun. Dengan kata yang lain orang yang beradab adalah orang yang berkelakuan baik. Oleh itu, sudah sejarahnya adab dan sopan santun menjadi hiasan hidup setiap orang yang bergelar Muslim."

Setiap perkara, setiap langkah, setiap perbuatan dalam kehidupan kita sebagai muslim ni ada adab yang perlu di jaga.

Contoh paling dekat dengan kita adalah ibu bapa. Adab dengan ibu bapa. Itu mesti! sebab ibu bapa ada kedudukan yang tinggi di sisi agama. Kita di didik supaya sentiasa hormat dan berakhlak baik kepada ibu bapa kita. Sebagai anak kita mesti sedaya boleh beradab dengan mereka.

Dengan cikgu2 kita, dengan kawan2 kita, samada perbuatan atau bercakap pun kena ada adab.. ini tak cakap ikut sedap mulut kita je. Nak mandi nak pakai baju, makan minum kita, dengan jiran terutamanya semua ada adab yang perlu kita ambik berat.

Malah tidur pun ada adab. Sebab tidur adalah satu cara yang amat baik untuk kita merehatkan diri. Masa kita tidur segala masalah ketegangan fizikal dan mental dapat dikurangkan.

Firman Allah s.wt dalam Surah An-Naba' 78.
"Dan Kami jadikan tidurmu untuk melepaskan lelah."

Rasulullah s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana hendaknya seorang muslim itu tidur supaya tidurnya mendatangkan kebaikan dan kebajikan kepada dirinya di dunia dan juga akhirat.

Apakah adab2 tu semua...carilah, google lah atas kemahuan diri sendiri :)


Bila suami umur 40-an






Betul ke lelaki akan rasa kembali muda bila diorang memasuki usia 40-an? Kalau sebelum tu soal penampilan tak ambik kisah sangat tapi bila masuk 40 mula dah ambil perhatian dengan penampilan diorang. Dan yang merisaukan si isteri bila suami dah berani jeling2 kat perempuan. Perempuan muda! Gadis muda!

Bila cakap pasal 40-an ni aku teringat pulak dekat uncle yang hot tu. Huhu. Sebenarnya aku terbaca kat majalah katanya perkahwinan mungkin diuji bila usia suami 40an. Bagi yang gagal kawal nafsu dan ikut perasaan je rumah tangga boleh goyah dek kerananya. Paling teruk ada yang sanggup tinggal anak isteri sebab dah jumpa cinta baru!

Kepada isteri yang punya suami yang nak masuk fasa '4 siri' ni kenalah buat persiapan mental dan fizikal dari sekarang manatau bahtera perkahwinan akan teruji lagi. Komunikasi dan pemahaman memainkan peranan yang sangat penting bagi pasangan yang mulai memasuki masa akil baligh kedua ni.

Sebarang krisis harus diselesaikan dengan baik. Isteri pulak kenalah faham keadaan yang dilalui si suami dan isteri jugak perlu berubah. Jangan dok buat perangai tak elok. Layan tu elok2 la jangan buat endah tak endah je. Buatla sesuatu agar cinta sentiasa ada dan kekal di hati suami. 

Kepada suami pulak janganlah terlalu ikutkan perasaan korang tu. Fikir dan ingatlah keluarga yang telah korang bina selama ini. Kesian kat anak bini. 

Laki aku ada lagi 11 tahun nak sampai 40. Nak standby dari sekaranglah. hehehe


24.11.11

Dulu suka panjat bukit





Ada tak antara korang yang liat nak bangun pagi? Lagi2 bila cuti hujung minggu. Amboi.. kemain liat kan nak bangun pagi2 keluar joging. Walhal, padang permainan yang ada kat kawasan perumahan korang pun boleh je nak bersenam asalkan ada kemahuan je. Lagi dekat lagi senang kot. Tapi sayang ke tidur lagi dari keluar bersenam kan. Aku pun kadang2 camtu jugak...heh3

Masa aku bujang2 dulu, duduk dengan kawan2. Hujung minggu je kami akan keluar joging dalam 4, 5 orang. Perempuan sahaja. Kalau dekat Penang tu area Bayan Lepas tempat yang menjadi kegemaran orang ramai nak joging adalah PISA. Lari keliling PISA tu aku boleh pengsan woo! tapi dengan keazaman yang kuat aku lari sikit jalan banyak, lari sejemput jalan berjemput2. Jadilah, asal keluaq jugak peluh penyegan tu.

Lagi satu tempat dan aktiviti yang kami suka adalah panjat Bukit Jambul. Boleh tahan jugak BJ tu. Tapi bila dah sampai atas kat puncak hilang semua penat, duduk atas kerusi batu yang menghadap ke laut sambil menikmati keindahan muka bumi Penang. Luas pemandangan dari puncak. Indah. Sejuk mata. Tenang jiwa. Lapang dada. hehehe

Kat Penang ni memang banyak tempat beriadah. Setiap kawasan ada. Paling aku suka joging tepi laut dekat dengan Polis Marin atau tepi jalan yang nak menuju ke Jambatan P.Pinang. Besh!




sengaja blur kan :P


Itu dulu masa bujang, sekarang ni aku ada geng aerobik je. Ini antara geng aerobeto di Kompleks belia & sukan, Batu Uban. Cuba teka yang mana aku? hehe


23.11.11

Pernah kita dengari ini?




[sharing]


"Aku bukan baik sangat. Tak layak pun nak cakap benda2 islamik ni", kata si A. Nadanya bercampur baur seolah2 mengkritik dirinya sendiri.

"Aku takdela jahat sangat. Jahat2 aku pun, aku pandai solat lagi. Cakap pun takdela jahat2 sangat", luah si B.

"Paling2 kurang pun aku pakai tudung, tak macam ko yang free hair tu", getus si C. Kata2 perlinya memuncak. Terasa puas dapat diluahkan.


Kita sering mendengar perbualan sebegini. Pernahkah kita terfikir, siapa kita untuk menilai kebaikan dan keburukan diri sendiri? Adakah kalimah2 "aku bukan baik sangat", "aku memang jahat pun", atau berbagai lagi kata2 kesat kepada diri sendiri adalah satu kepuasan? 

Tanpa kita sedar, kita seolah2 berlagak seperti tuhan untuk mengklasifikasikan sejauh mana baik atau buruk diri sendiri. Kita memang wajar merendahkan diri dan menjauhi riak, tetapi tidaklah keterlaluan sehingga boleh menggambarkan keaiban diri.

Allah swt menyuruh kita supaya muhasabah diri dan banyak2 menghitung kesalahan sendiri bukanlah semata2 menghitung kesalahan, tapi memperbaiki diri ke arah lebih baik adalah lebih bermakna. By Jannati Baiti

Sama-sama muhassabah diri kita.




22.11.11

Lagu HOT minggu ni




 Gemuruh Suara

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,

Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!







P/s: Bizi woi minggu nih, macam aku pulak panglima! :P



21.11.11

Den pun nak torai gak eh


Assalamualaikum. Selamat pagi kawan's!


Adoi, pagi senin yg penat dan tak menang tangan. Perut pun asyik bergendang gendut kat dalam nun. Pagi tadi tak sempat nk singgah beli nasi lemak tepi jalan.


Sakit perut gila2. Itulah risiko yg terpaksa ditanggung waktu pagi apabila minum teh herba orang kampung setiap malam.


Nak kurus aje wey. Tak sedap pun kena telan buat taktau jelah. Huhu


P/s: takleh nak justify lah pulak. Koman betoi.


Published with Blogger-droid v2.0.1

20.11.11

Kampung Betong, Sik, Kedah

Assalamualaikum. Sihat? Dah bersenam tak pagi tadi? Kalau ada masa terluang tu pegi la joging ke, berjalan ke asal boleh keluar peluh dah.

Aku sekarang ni bersiaran langsung dari kampung halamanku yang tercinta. Awal pagi tadi sebelum jam 8 aku dah ada kt Dewan Milenium, Kepala Batas untuk aerobik sempena karnival Gegaria Harian Metro.

Habis je aerobik tadi aku terus bergerak balik dari Bertam exit tol Gurun.



P/s: susah nk mapoh taip guna natang ni, naik bebal aku :-P

19.11.11

Minggu Semak Kepala





Assalamualaikum. Selamat malam kawan's! 

Waaahhh...seronok gila bila dapat tengok blog. Rasa macam baru masuk rumah selepas 2 minggu sesat dalam hutan!! Kahkahkah

Hari ni memang sengaja takmau buka blog sebab nak kena settle hal2 yang sepatutnya memang aku kena bagi tumpuan kat situ mulai minggu ni sampai hujung bulan ni. 

Kalau buka blog makanya, perkara yang sepatutnya aku kena buat takkan terbuat la jawabnya.  Bulih mengadap hatni tak pi kemana dah pun takpa! hehehe

Huh, admin tahunan. Memang memenatkan, merumitkan, menyampahkan, menyemakkan kepala serta memacam lagilah.

Sepetang aku dok selongkaq setor kumpul barang2 yang nak kena layout masa admin nanti. Dan ini salah satunya nak kena tonyoh kasi kilat, berkilau. Kalau boleh berkilat tu biar sampai nampak gigi kat kepala boot tu! perghhh...itu yang paling penyegan nak buat.





Itu baru sapu kiwi, esok kena jemur tengah2 panas terik lepas tu gosok lagi kiwi untuk kali kedua dan jemur lagi kat tengah panas. Dah betul2 kering baru kilatkan. Sebelum kilatkan layoq dengan lilin dulu...pastu basahkan kain dengan sabun mandi, kemudian gosok lah! gosok jangan tak gosok..sampai berkilat.

Itu tip jugak tu nak bagi kasut berkilat tapi tang layoq dengan lilin tu aku tak jamin kalau nak buat kat kasut atau boot korang. Boot aku dijamin tak terbakar. Boot korang kalau terbakar, gantirugi tanggung sendiri lah.... Kahkahkah





p/s: Yey!!! hujan turunnnnn...selamat!! tak payah kena temankan laki pi mancing udang malam ni. Huk!

18.11.11

Tandas duduk dan tandas cangkung. Mana korang suka?




Assalamualaikum. Selamat petang Jumaat ya kawan2. Makan dah ka? Aku dah, ni mata tengah dok pusing2 akibat kekenyangan dan seterusnya mengantuk lalu nak tidur jelah kerjanya.  

Untuk mengelakkan dari berlakunya ketiduran yang tidak dibenarkan sama sekali sewaktu bekerja adalah lebih baik kita membincangkan pasal jamban! atau nak sedap sikit sebut tandas ke toilet ke...suka hati komelah. Tapi aku lebih sukakan jamban!! 

Eh, korang masa nak memerut korang akan pilih jambaannnn.... ish, macam buruk pulak sebut jamban, kan? Oke, semulapp! Korang masa nak memerut suka pilih tandas duduk ke tandas cangkung? Bukan duduk bersila ye. Eh, ada ke orang duduk bersila atas tandas? Hehehehe

Kalau korang nak tahu.... bagi yang belum tahu ya! Salah satu keburukan menggunakan tandas duduk ialah akan menyebabkan lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak.

Lalu akan membawa kepada masalah sembelit seterusnya akan ada satu masalah lagi yang akan timbul iaitu  berlakunya kebocoran ( backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.

Berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar.




Kalau nak tau lebih lanjut lagi pasal keburukan jamban duduk ni, korang boleh jenguk kat blog HasnulHadiAhmad.com. Korang kena baca kat sana sebab banyak lagi info pasal tandas duduk tu.

Oke, bagi yang dah biasa guna tandas duduk tu balik nanti belajaq2 la mencangkuk pulak ye. Hehehe



Doa untuk mereka yang seumpama dengan aku








Doa Nabi Zakaria agar dikurniakan anak dan mendapat zuriat yg soleh, bacalah surah Al-Anbiya' ayat 89 dan surah Ali Imran ayat 38. Moga segala doa dikabulkan Allah, amin.

Yang penting jangan berputus asa berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Ibadah jangan tinggal. Hati ikhlas, pasti dibalas....InsyaALLAH.



17.11.11

aku dapat rasa apa yang orang dah rasa





Wahh..tajuk! kemain kan. Tapi aku sentap gila babas jugak semalam sebab blog tiba2 je takleh buka. Bila aku try tak boleh, try tak boleh...terai lagi sekali pun tak boleh. Dia dok keluaq ayat ni la sampai kesudah.

Ayat apa? ayat keramat ni la...







Sapa penah jadi macam ni? Aku pun pelik. Tak tekan apa2 pun tetiba je takleh buka. Sebelum ni aku ada baca kat blog orang je blog kena hack la, kena remove la tapi aku buat rilek ja sebab aku tak paham lagi cemana rasanya. Tapi sampai sekarang pun aku masih tak tahu blog aku tu dah kena apa?

Tapi bila aku kena 'ujian' camtu sekejap je pun dah macam mati akai. Hehe...gelabah bewak jugak la. Tapi gelabah2 pun... rasa oke lagi kot sebab aku macam dah fed up nak buat sampai dapat, aku rasa macam nak tutup je laptop dan tidur sampai ke pagi.

Dalam masa sama aku terus godek2 kat gmail. Hantar emel kat google la. Lepas tu aku pun dah tak ingat cemana aku buat sampai la terjumpa kat satu tempat ni dia suruh masukkan nombor handphone lepas tu google hantar verification code tu kat henpon aku. 

Dah masukkan vc tu baru dapat buka gmail tapi blog belum boleh lagi. Rilek kejap pastu terai buka balik baru boleh. Wahh...berbunga2 kembali hati aku ni. 

Masa tengah tak keruan tu sempat la jugak hantar mesej kat facebook kakak otai kita tu. Nak mintak tolong sangat2 la tu. Sebab aku memang tak pandai pasai2 tu. Segan la nak cakap sapa... sebab aku rasa malu gila. Nampak sangat macam terdesak... Hrmm, memang la gelabah bewak jugak masa tu. hehe

Memang tak terpikir dah masa tu nak google je cara2 nak buat bila blog kena removed. Kan dah kata tadi mati akai! :P  Aku dok pulun buat sendiri je semalam. Tapi aku buat macam brader ni buat la. Ambik simpan kat bookmark wei....kot2 kena kat hangpa pulak. Aku kena dah! Kih3



P/s: semalam sempat lagi dok pikir klu tak dapat balik blog ni, aku nak buat blog lain jelah nak letak url: nizaromli.blogspot.com! Hehehe

16.11.11

Soal Hati




Kita sering tersenyum bahagia namun hati kita bukan gambarannya.


Oleh kerana sikap hormat, keterpaksaan dalam 
sesuatu pekerjaan dan kerana harta,
kita sering berlakon untuk terus tersenyum walaupun
hati kita sering menjerit pilu.


Terlalu mudah bagi kita untuk mengorbankan harga diri
pada sesuatu yang kita inginkan hingga kita lupa
soal hati yang menjerit minta pertimbangan.


Ya,
kita terlalu suka mengenakan topeng di wajah kita sendiri!

[Wordless Wednesday] kisahnya petai











Dengarlah Cerita Isterimu




[sharing]

Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih.

Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full-time-house-wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi.

Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim". Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,

Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia. Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang?

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu; menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah, mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya, menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik - yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu. Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya. Tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di kafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti. Sebab kita sudah kenyang.

Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

Amalkanlah wahai suami!



tak suka pakai side belt









Name tag rosak sebab tersangkut dekat side belt. Sebab tu aku tak suka pakai side belt!! bulih?



pembetulaM! seat belt



P/s: post entry pendek2 je...tgh busy buat persiapan utk admin tahunan!! ;(

15.11.11

Bibir tersenyum Hati menangis





Semalam keluar beli barang2 dapur dan barang keperluan harian. Jalan2 ternampak kedai buku. Kalau pegi mana2 nampak je kedai buku mesti nak masuk. Suka nak tengok kot2 ada buku baru, buku best ke. 

Dulu suka beli novel tapi sekarang takmo dah baca novel, tak berapa minat dah buku fiksyen kisah cintan cintun, kisah sedih2 nangis semua tu takmo dah. Tapi kalau buku fiksyen cerita pasal sains tu minat jugak la. 

Sekarang suka beli buku2 motivasi, agama, falsafah...pergh! kemain lagi aku eh ke falsampah? :P

Jadinya aku terbekenan pulak dengan sebuah buku ni. Kulit buku dia yang ada love2 pink tu pun dah tarik minat, tajuk tu memang tak menahan lah. Mula2 tengok dah tak sabar nak tahu apa isi dalam dan mesej yang nak disampaikan. 

Oke, tajuk dan cover muka depan tu kena kreatif sikit la semasa pemilihan tajuk sebagai daya penarik ye tuan2 dan puan2 pengarang buku sekalian ye. Itu penting untuk tarik perhatian orang ramai dan pembaca yang suka sangat membeli dan membaca buku! Ingat tu...KehKehKeh


love tu kuar darah la..tak pasan pulak!! oO hati bengkek kot!! :P


Sapa dah baca buku ni? Oke, aku terlambat la. Sapa yang belum baca? Ha..pi beli sendiri kalau nak tau apa cerita dia. Aku kedekut nak cerita. Eh, bukan aku takde masa nak cerita sekarang sebab bos asyik panggil je. Entry ni dari pukul 8 tadi aku tadi lagi taip tau...la ni baru siap. haih!

Oke la kawan2 ku cinta sekalian. Selamat membaca ye. Majulah sukan untuk negara!! eh, silap slogan puloks! "Bangsa membaca, Bangsa Berjaya" Jangan jadi bangsa yang tak reti bahasa sudah....ekekeke



14.11.11

Email





Kenapa eh ada jugak orang yang suka hantar email2 ni bila tak puas hati dengan blog kita, dengan entry2 kita. Ada yang email marah kita sebab tak follow balik lah, tak balas jejak balik lah.

Pelik aku. Ada jugak ke orang2 camtu? Pasal apa yang dok kejan2 orang sangat suruh buat entry bagus2 la, buat macam tu la macam ni la.  (aku pun taktau maksud sebenar kejan2 tu, aku tiru orang cakap je...huahaha) 

Ish3...toksah la dok suruh orang buat sampai macam tu. Terima jelah cara penulisan empunya blog tu, rupa blog tu macam mana. 

Bab follow2 tu pun sama jugak. Dia nak follow balik ka takmau ka dia punya pasai la. Mana bleh main paksa2 orang. Ni tak balas jejak kat shoutbox pun nak email2...pe cer??? Luku pala baru tau!! Huhuhu

Eh, aku teremo lebih apahal plak? Err....bukan! bukan aku! Aku tak terima pun email2 camtu. Haih!! kalau aku terima email camtu kiranya glemer jugak la aku ni....Hihihi! Tadi aku terbaca kat blog otai pasal email ni. 

Agak2 lepas ni ada sapa2 nak hantar emel kat aku tak? kot2 la ada yang sudi nak marah2 aku dalam email? hakhakhak 




*peace yoo! :D:D:D

Lawak nama jepun

hiburan pagi! ;))




Yang Pemarah - KEIJI CACIMAKI

Yang Suka Berjimat - SAYORI SUKAMUKA

Yang Bisu - KIETA TADASORA

Yang Suka Makan Nasi - NANACHI KASIBANYA

Yang SUka Layan Blues - APO NADIKATO

Yang SUka Belajar - ASHIKO ULANGKAJI

Yang Kerap Bikin Kacau - WAKASI HURUHARA

Yang Sangat Kedekut - MATIMATI TAMOKASI

Yang Suka Sangat Tidur - INCHIBAN TIDOMATI

Yang Suka Mengintai - HINTAI AKOSUKA

Yang Tua - TARAGIGI

Yang Kena Tinggal Bini - SUSAHATI BINILARI

Yang Suka Merempit - SAJA CARIMATI

Yang Suka Bersumpah - SAIFOO BAUKARI

Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI



Sumber: facebook 


Pernahkah anda mendengar soalan ini




[Sharing]

Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak? Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut: “Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”


Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa: “Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.


Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.  Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.” by Jannati Baiti

13.11.11

Indah tajuk je dari point





Hilang punca hari ni. Taktau berapa kali dah dok tutup buka tutup buka blog. Baring bangun baring bangun. Nak update takda modal pulak. Huhu

Okelah, mari kita membincangkan pasal korang kan kalau nak buat entry korang akan letak tajuk dulu ke atau korang taip entry dulu.

Macam aku lebih suka taip entry dulu boleh suka2 hati nak buat ayat cemana. Ataupun masa tu otak tengah merembeskan idea jadi cepat2 aku taip, kang aku mudah lupa. Dahla idea pun ciput je dapat. :P

Bila dah siap baru pikirkan tajuk yang sesuai. Kalau dah puas pikir tapi takda tajuk yang sesuai jugak, aku hentam jelah. Itu yang kadang2 entry aku indah tajuk je dari point. Kui3

Kadang2 aku letak tajuk dulu, tapi macam payah pulak nak susun ayat sebab nak kena ada point dengan tajuk tu.

Amacam? tajuk tu oke dak? Hakhakhak



nasihat dari Apesal.com





Ini untuk pengguna atau ahli Apesal.com. Mungkin sedikit sebanyak kemusykilan korang pasal Apesal.com lambat aprove korang punya post terjawab di sini.






Ada beberapa sebab kenapa kami lambat meluluskan post anda, berikut adalah antara kesilapan-kesilapan yang sering berlaku. Ini menyebabkan kami terpaksa mengubah satu-persatu tajuk post anda. Ada diantaranya kami 'skip' dan biarkan buat sementara.

Jadi jika anda mahu post anda terus di approve oleh kami, elakkan kesilapan berikut apabila anda submit post di apesal.com

1.Kesilapan Meletakkan tajuk
Meletakkan tajuk yang mempunyai simbol pelik "$$$$$####%%%!!!" Simbol pelik ini akan kelihatan sangat menyakitkan mata terutama di blog orang lain. Akibatnya, klik yang anda dapat akan berkurangan. Meletakkan Tag tajuk blog anda. Ini menyebabkan tajuk anda tidak fokus.  Contoh:

Title: ..:| Me, Myself, MyLove n Family |:..: Derhaka kepada Ibu Bapa 

2. Tiada gambar atau gambar kurang jelas
Apabila tiada gambar, kami terpaksa menangguhkan post anda telebih dahulu. Kemudian kami akan masukkan gambar tersebut untuk anda. Mungkin ambil masa sehingga 2-3 hari. Bayangkan lah berapa banyak post yang tidaak mempunyai gambar pada ketika ini. 

3. Salah URL 
Kesilapan ini jarang berlaku. Kami akan meletakkan status "pending" buat sementara waktu.

4. Post peribadi
Kami terpaksa meneliti terlebih dahulu post-post peribadi terutamanya ucapan-ucapan selamat hari raya dan juga ucapan selamat hari jadi.

5. Wordless Day 
Gambar-gambar "wordless day" mempunyai tajuk yang sama. Tidak salah anda meletakkan post ini, cuma kalau boleh, letakkan tajuk yang berbeza-beza.

Apabila anda mengelak dari melakukan kesalahan-kesalahan ini, secara tak langsung memudahkan urusan kami. Terima kasih kerana terus menggunakan kami sebagai medium perantaraan pertukaran traffik untuk blog anda.



P/s: Jangan ulang kesilapan ni lagi kalau nak post korang dan aku cepat aprove oleh Apesal.com. Hehehe

udang char keaw teaw





Pertama kali aku pi kolam udang semalam. Meriahnya suasana. Ramai rupanya. Ada yang bawak bini bawak anak. Tempat cantik. Silap tak bawak laptop. Kalau tak, sambil2 tunggu boleh la bebelog kan.

11 setengah baru kami pi. Rupanya tiap2 malam minggu owner kolam udang tu buat petandingan. Syarat dia cemana ntah tapi tempat pertama sampai ketiga akan dapat hamper besarr punya. Setiap sebulan sekali pulak ada jackpot. Camtu kot eja dia. Tapi jackpot tu main macam mana pun aku tahu pulak. Hehe..malas nak tanya banyak soklan kat laki. 

Bayaran dia kenakan sebanyak rm15 sejam. Aku rasa macam rugi je...dalam masa sejam tu belum tentu nak dapat udang. Semalam pun dapat sekoq ja!! Tu pun tak besar mana lebih kurang saiz udang char keaw teaw je. Aku membebel je kat dia, kalau pi mancing kat tesco lagi banyak dapat udang. Sekilo udang saiz L baru rm9 kot. 

Ini dah rm30 ringgit bayar baru dapat sekoq! tu pun kecik cenoet!! Aku bebel kemain lagi tapi dia sengih je sambil menjawab "....tapi syok mancing udang ni yang!!" 

Yang tak bestnya semalam, aku sakit kepala yang teramat sangat. Rasa dah meletup2 dalam kepala. Nak pitam pun ada. Tapi janji punya pasal aku tunggu jugak dia mancing sampai 2setengah pagi. Mujur la dekat, sampai rumah terus tido!! 



12.11.11

nak senyum sampai jemulah..hihihi




Belum sampai malam, laki aku dah ajak pi Sunway Carnival Mall, Penang petang tadi. Dalam hati dah boleh agak, mesti nak ajak beli henpon!! 

Asalnya dia nak belikan henpon tu bulan depan sempena wedding anniversary tapi aku punya gedik tu yang buat dia tak tahan nak tengok, menyampah agaknya terus ajak keluar petang tadi...hihi.

Tapi, pasal samsung galaxy s2 tu...aku tak gedik mana pun mintak. Aku tak cakap apa pun. Cuma memang aku impikan henpon tu. Sampai sana tadi dia tanya aku nak henpon apa, aku memang tak perlukan banyak masa  dah nak pikir laju jelah aku tunjuk kotak ni.

kotak pun dah comel, kecik molek je.

Cuak jugak aku bila aku tunjuk je kotak tu dia terus senyap. Berapa minit lepas tu baru cakap oke! 


Akhirnya, magik aku menjadi jugak. Alhamdulillah. Hihihi....gelak ni aku taktau la bila nak habih! :P:P 

Laki aku pun beli jugak walaupun mulanya iya2 takmau beli tapi tak tahan katanya bila tengok body Sony Ericsson Xperia Neo V. Lepas ni henpon couple set kitorang tu dah boleh masuk muzium lah :P Kenangan!

Tengh malam ni aku kena teman dia pi mancing udang pulak. Tak jauh pun seberang jalan kawasan perumahan aku je. Sebelum ni bila dia ajak aku tak penah nak ikut. Tapi bila dah dapat henpon baru ni kena la ikut bila dia ajak kan..bodek!! Untuk hadiah bulan depan pulak!! ekeke



sapa nak Samsung Galaxy S II - ini bkn entry tajaan la!!







Aku dah lama dok mengidam nate beruk ni...hihi. Lama sangat dah dok pendam. Korang pun ada pendam2 perasaan kat nate beruk tu macam aku dak?

Sekarang ni aku tengah dok berdoa banyak2 supaya impian aku nak dapat nate beruk ni menjadi kenyataan. Kita tunggu tengok samada magik aku malam ni menjadi ke tidak ye. Tapi kalau magik tu tak menjadi pun takpe, redha lebih afdal untuk tenangkan jiwa. Hihihi.... nak gelak je harini sebab tengah suka, hati gumbira. 

Pada sapa2 yang nak menang hadiah berupa Samsung Galaxy S II boleh la mencuba nasib dengan join GA yang dianjurkan oleh beta.my dan ditaja oleh MyNewsHub. Semua blogger Malaysia boleh mencuba nasib. Syarat2 dia boleh tengok kat SINI!!! Selamat mencuba ye kawan2 :)


follow dan komen tak dapat dipisahkan.

eh, menawanlah tajuk tu....shuwit couple!! ekeke






Follow
Sesetengah blogger baru biasanya, kalau kita blogwalking kat blog diorang nanti diorang akan datang blog kita balik dan terus follow dengan harapan kita akan follow balik. Siap shout, im done! follow i balik tauuu! Ye, orang akan pegi balik blog korang sebagai tanda menghargai tapi tak semua kot akan follow balik dan aku pung memang memilih jugak dalam bab2 memolow ni. :P

Komen
Sesetengah orang tak ikhlas bila komen. Nak komen tapi ego kemain tinggi. Ado!! macam takda perasaan je komen. Letak 2, 3 patah perkataan je, habih dah! Dari rupa perkataan tu pun kita dah boleh agak mimik muka orang yang komen tu. Apa salahnya letak la emoticon :) ni ke, yang ni ;( ke, yang ni pon boleh :D ! camni :P pon takpo gak. Tak rugi pun.

Ada tapi  sesetengah je. Aku kata sesetengah oke.  Satgi dok pi hentam aku pulak!! 





Hehehehe
Peace k No war tau!! :P:P:P

11.11.11

memang macam tu!!




Realiti bebelog 1: Follow
Orang lebih suka follow bila tengok blog tu ramai gila followers dia. Walaupun entry dia biasa2 je pung. Tapi sebab aura dari followers yang ramai tu sebenarnya buatkan orang nak follow jugak. Suka ikut orang. Ado!!



Realiti bebelog 2: Komen
Orang lebih suka komen bila tengok ramainya orang komen kat blog dia ni. Eh, aku pun kena komen ni! Walaupun sebenarnya liat nak komen sebab malas nak baca entry panjang2 ataupun ayat belit2 gitu tapi nak jugak letak komen  kat situ. Asal ada komen. Kannn??





hehehehe...
peace k no war tau!  :P

Jangan bangga dengan 11.11.11





Hari ini ramai orang buat entry pasal 11.11.11. Ada apa sebenarnya dengan no tu? Tapi tak dinafikan yang nombor tu memang cantik. Dan ramai yang memilih tarikh 11.11.11 untuk berkahwin dan melahirkan anak.

Dalam facebook tadi aku terbaca pasal tarikh 11.11.11. Kita di ingatkan supaya tidak berbangga dengan tarikh tersebut. Kerana.....

Dalam kitab satanic the holy is satan. Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 adalah hari kebangkitan anak syaitan dan dajjal yang akan memerintah dunia. 
Dan orang akan memuja2 pada hari keramat yang beratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. 
Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. 
Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesatkan anak-anak Adam, St Mary dan Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Sempena keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11.


Wallahua'lam. Sekadar berkongsi :)

[Sharing] Jodoh adalah rahsia Allah





Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.

Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu? 

Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.

Manakala, Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

Jom pergi kepada dalil:

1. Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud. 
Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17 (baca dalam terjemahan Al-Quran)

2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat. Imam al-Mubarakfuri berkata: "Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."

3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." (HR Bukhari)

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. 

Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. 

Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. 

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.



by Jannati Baiti

9.11.11

malu malu




Assalamualaikum. Dah makan? Aku tengah tunggu bege special tak sampai2 lagi. Pi dok menyinggah kat mana pulak la laki aku nih. Lama sangat! Hehehe

Aku nak tanya ni. Korang ada rasa malu2 tak bila berblog ni? Maksudnya malu kat kawan2 ke, sedara mara ke yang baca blog korang?

Kebanyakan kawan2 aku ramai yang tak tahu aku ada blog. Yang tahu pun tak banyak ketoi. Kalau boleh aku takmau depa tau pasal blog aku. 

Sebab aku malu, nanti bila jumpa suka perli2 aku. Teruk sangat ke blog aku ni? Entry aku tak best ke? Banyak mengarut eh? ke tak berinformasi?

Aku sedar kekurangan blog aku. Banyak perkara lagi yang aku tak tahu pasal dunia blog. Entry pun kurang mantap. Aku buat blog lepas tengok ramai orang ada blog. Mula2 suka2 je tapi bila dah lama macam gian pulak! Hehehe

Lagi satu aku jadikan blog ni sebagai tempat aku isi masa yang sangat2 lapang.  Nak2 hari minggu, kalau tak keluar jalan2, atau laki aku kerja ke aku suka mengadap blog. Baca entry2 best korang, komen2 tegur2. Dahtu nak buat apa lagi. Nak jaga anak, takdak anak ;(

Bukan aku tak yakin tapi aku memang pemalu sebenarnya. ekekeke! Takleh orang perli2, aku cepat down! Korang cemana rasa? 


[Sharing] Doa pembuka 12 pintu




Assalamualaikum. Pagi ni nak share satu doa yang aku baca dan copy paste dari facebook Dato' Fadzilah Kamsah. Aku baru tahu adanya doa ni. Elok kita hafal dan amalkan lepas solat. InsyaAllah, kita akan beroleh kebaikan.




Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


8.11.11

Petai




Assalamualaikum. Suka tak makan petai? Tapi aku rasa ramai yang tak suka makan petai. Sebab tak suka dengan kemeriahan bau dia di mulut ataupun di bilik air kan? Hahaha

Walaupun berbau aku suka makan petai. Kalau dulu2 masa umur aku duapuluhan boleh abih sekeping petai tu dengan sepinggan nasi je. Tapi sekarang umur dah tigapuluh ni kan, aku boleh makan 4, 5 bijik je petai tu. Orang sebut bijik ke ulas haa?? 

Takleh makan banyak dah. Kalau makan lebih sikit je, aku akan sakit perut dan mudah sakit kepala. Mungkin sebab angin kan. Tapi petai ni ada jugak khasiat dia. 

Apa khasiat dia? Ada kat kepala botak google. Hehehe! pi la gugel. Malas nak buat entry panjang2 :P

Orang kata petai elok makan dengan kulit dia sekali. Tapi aku tak suka sebab rasa kelat. Tapi kelat tulah yang jadi ubat kan.

Okelah, nak baringan dah ni. Aku sebenarnya tengah sakit kepala ni sebab seharian aku tak makan apa2 walaupun kat opis tadi ada kenduri korban. Tapi aku tak turun makan sebab SEGAN! pun bulih? PAgi tadi aku minum air kacip patimah campur susu ammum je.

Sudahnya aku sampai rumah tadi dalam keadaan kebuluran. Mujur ada nasi impit, kuah kacang dengan ayam merah yang mama tapau masa aku nak balik semalam. Sampai2 aku terus makan lepastu ternampak pulak petai yang ayah bagi.

Dah lama tak makan petai, terliur sangat jadi aku makan la dengan nasi impit, lauk ayam merah tu. Lupa  yang perut aku kosong. Dahtu apalagi lepas makan je terus tangkap kepala!!

eh, ada yang tak tahu petai tu apa tak? kalau ada yang tak tahu tak kenal petai, aku pun tak tahulah nak cakap apa.



tak jadi kerja kalau aku sorang!





Tajuk?? oh...maafkan aku. Huhu! Aku tengah blur. Sorang2 kat opis! Dengan perut yang tengah sakan berzumba dance! 

Adoilaaaa. Tak suka dengan suasana yang sunyi sepi. Takda hiruk pikuk suara2 manusia yang sebelum ni bila depa buat bising ja, aku dengan muka singa manjanya terus mengeHoi!! pi hingaq di luaq la!!"

Sekarang baru terasa bila depa takdak. Sakan sungguh cuti raya. Takpa2. Tunggu bulan doblas ni turn aku pulak. Lagi best cuti bulan doblas, banyak kenduri ramai sedara nak nikah! Huk3

Harini kat tempat kerja aku ada buat majlis korban. Tapi aku tak turun, tunggu kat opis je. Takut ada panggilan penting. Tak terjawab kang susah. Kalau ikutkan harini keja half day, lepas masak dan makan tengahari boleh balik dah. Disebabkan aku ni jenis pantang dengar keja half day, aku sms kawan aku yang tengah sebok potong daging kat bawah. Nak tahu dia jawab apa? "Yang bau lembu jelah boleh stand down!" Keh3! Hampeh punya jawapan.

Kebetulan pulak, bakal bos baru aku tepon kat opis tadi. Cuak! bila dia tanya "kenal tak sapa saya?" Aku cakap kenal la. Dah awal2 tadi dia perkenalkan diri. Tapi nama dia jelah aku tahu, rupa dia cemana pun aku tak kenal lagi. Pastu dia tanya lagi "Awak sebagai apa kat situ?" Aku? errr! Bila tuan masuk opis nanti tuan akan nampak muka saya dulu! :P

Ura2 yang aku dengar katanya bos baru ni agak garang daripada biasa! Semua orang cakap pasal dia cengtu la, cengni la. Yang negatif je telinga aku dengar. Yang positif takde langsung. Bagi aku, lain orang lain caranya kan. Mana boleh kita nak samakan cara bos lama dengan bos baru kan. Seeloknya tunggu sampai dia ambik alih jawatan tu dulu dan ikut jelah cara pentadbiran dia cemana. Itu cara akulah.

Rindu pulak dekat bos lama! T__T


[Sharing] Apa status relationship kat facebook korang?







Seorang wanita yang berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu, ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah. Kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya, seperti istiharkan kemaksiatan.

Tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri.

Tahukah anda bahawa, sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Inikan pula perhubungan couple yang jelas haram tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!! Kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Oleh itu janganlah berbangga dengan status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja. Nak selamat dan elak diri difitnah, halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat. by Jannati Baiti




Sharing is caring!!