31.12.11

Itu saja




Nak tahu tak? Dari pagi aku dok kelikpok kelikpok depan blog ni. Tapi satu entry pun tak menjadi. Aiyoo... malas betoi. 

Dah gitu jadinya aku pon pi jalan-jalan kat blog kawan-kawan. Ramai yang buat entry pasal ending 2011, welcome 2012, wishlist 2012... macam2 ada.

Aku pun nak buat jugak la tapi hanya untuk blog... agar terus diberi inspirasi untuk menghasilkan entry yang lebih berguna dan bermanfaat kepada semua, bentuk penulisan yang baik dan kawan yang ramai dan lebih mesra. 

Untuk diri sendiri... berazam dalam senyap sudah dan laksanakan dengan istiqamah...Insyaallah. Impian yang satu tu pun (zuriat) belum lagi tercapai.. harap 2012 menjadi kenyataan. Bukan hanya mengharap semata tapi perlukan azam yang kuat dan usaha yang berganda. Semoga dipermudahkan olehNya. Amin. 


30.12.11

Afzalsukasuki



Assalamualaikum. Selamat pagi :)

Di pagi jumaat yang mulia ni, nak aku ucapkan terima kasih kepada Afzal sebab pilih blog Niza Romli ni dalam 30 Blog Of The Year dia.

Terasa malu pulak. Yelah, sebab aku sentiasa sedar blog aku biasa2 je. Cara aku tulis pun entah apa2.  Tapi bila dah terpilih, di pilih dan di pandang oleh blogger Afzal...harus saja aku bersyukur.

Oke, terharu.

Walaupun setiap kali dia komen mesti ada punya ayat pangkah tu kat entry aku. Huahaha... sememangnya dia begitu. Jujur bila komen. Dan suka usik mengusik. Kekadang aku terasa gak woo...yelah aku ni kan jenis jiwa sensitip tak tentu pasai. Ingat semua army jiwa kental ke? Hehe! Tapi bila dah lama2... baru paham.

Terima kasih Afzalsukasuki!


Eh, tercerita pulak dah!




ihhhh, dekat-dekat hujung tahun ni la dia nak mai. Sepatutnya dah ujung2 ni kena pulun lebih sikit. Pemalas betul la malas ni. 

Bukan takda idea dan bukan takda cerita. Macam melambak je cerita...lagi2 baru balik bercuti ni kan. Tapi malas la nak cerita pasal bercuti tu..nanti muak korang nak baca. Hehe.

Tapi malas mungkin sebab penat kot. Yelah, 4 hari dalam kereta je. Dari Kedah singgah makan kenduri kat Ipoh pastu terus ke Tangkak. Menginap kat Homestay apanama ntah kat Tangkak tu. Jumpa sedara mara kat homestay tu. Aku dengan suami je lambat sampai sebab singgah kat Ipoh dulu. Memang dah janji check point kat situ. Esoknya pagi2 reramai dengan rombongan pengantin pompuan (sepupu) ke Segamat. 

Lepas kekenyangan melantak lauk pengantin yang sedap2 belaka tu aku dengan suami terus bergerak ke Kuantan. Sedara mara yang lain tak ikut diorang nak ke mana entah lepas tu terus nak balik Kedah. 

Dah malam baru sampai Kuantan. Sesat cari hotel tak jumpa2. Takleh caya sangat GPS tu... angin betol aku dengan dia. Lepas 3, 4 kali jugak kot pusing baru jumpa Vistana Hotel Kuantan. Rehatkan badan sejam dua pastu pi merayap kat Teluk Chempedak. Ya Rabbi...ramai eh orang kat situ!! Patut la... ada ombak dan pantai yang cantik. Best gila... kami dok bercinta sampai 3 pagi kat situ. Layan angin yang bukan sepoi2 lagi dah... dia main sepak2 pipi lagi. Kuat betoi angin laut dia. Sukaaaa  k u a n t a n.... nanti nak mai lagilah. :)

Esoknya terus ke Terengganu... time ni sepanjang perjalanan aku tidoqqq! memang dah takleh nak tahan mata, letak tongkat pun bulih patah! berat!! Haha...  bengang suami aku kat sebelah. Bengkek je dia kat aku. Siann...

1st time aku sampai Terengganu.....WOW! Cantiknya bandar dia... dan yang paling menakjubkan... tersangatlah banyak masjid kat Terengganu.  Macam dekat2 je pulak masjid tu... besar dan cantik. Tapi sempat masuk 2 masjid je. Menginap kat Hotel Sri Malaysia dekat sangat dengan I-city Kuala Terengganu. Jalan kaki je pi situ.... pi bercinta bawah pokok pulak. :)

Esoknya shopping kat Pasar Payang eh nama dia? Aku ni tahu jalan menonong je.... nama tempat pun tak ambik tahu. Suami aku nak beli pedang samurai...wah, mahal eh sampai 600. Baik tak payah... beli kain sutera ke songket ke lagi bagus Yg. Tapi... kawan tu dok mengidam lama dah...alang2 dah ada depan mata baik sambar je lagi2 bila lepas tawar menawar dapat 250 je. Betul ke harga sebenar 1 set samurai tu sampai 600??

Dah penat melilau kat situ... bonet keta pun dah penuh. Terus pecut ke Kelantan. Eh, lupa nak cakap.... Sukaaa Terengganu!! tahung depang ambo datang lagi deh :P

Perghh... mencabar betul jalan nak ke Kelantan. Aku tak teruja sangat nak Kelantan sebab masa bujang dulu dah sokmo sangat pi sana. Tapi... tang masuk pasar siti khadijah tu teruja jugak bijik mata aku nih. Cekau sana cekau sini... tak sedar tengok2 menimbun je bila nak bayar.... terbeliak bijik mata suami aku. Hehe! Ole2 kat family pun kena beli jugak kan. :)


Walaupun perjalanan tu sangat fit macam tergesa2 pun ya tapi rasa sangat seronok dan puas hati. Makan angin dan bulan madu untuk 2th anniversary perkahwinan kami. Alhamdulillah, yang penting selamat pergi dan balik :)


27.12.11

bukan kerana malas




Assalamualaikum. 

Bukan malas nak update.... tapi tak sempat sebab asyik dok layan penat je bila sampai kat bilik hotel. Dah tenang nanti baru best nak update. :)

Terima kasih kepada CC sebab sokong cuti tambah saya untuk hari ni. Nanti saya bagi cenderahati dari Terengganu ye chief! ekeke...



24.12.11

Aku punya AYAH yang.........

Cerita ni panjang. Cerita betul tentang AYAH aku sendiri. Kalau sudi bacalah..... entry ni khas untuk AYAH aku!



Korang masih ada ayah? Korang sayang ayah tak? Korang pernah menangis untuk ayah? 

Menangis ketika ayah masih hidup, masih bernyawa, masih kuat, masih boleh makan, masih boleh tersenyum, masih boleh berjenaka dan banyak lagi..... masih boleh bersama kita.

Menangis bila terkenangkan pengorbanan ayah suatu ketika dulu tatkala hidup dalam keperitan, kesusahan, kemiskinan.......

- kerja kuat siang malam untuk bayar yuran sekolah anak.
- sanggup berlapar demi anak sebab tak cukup makan.
- berhutang beli barang dapur di kedai.
- turut kehendak anak sedangkan tak mampu, namun cuba sedaya yang boleh.
- berkorban segala-galanya demi anak

.......dan banyak lagi pengorbanan ayah yang kita tak nampak.

Kita bercakap soal ayah di sini. Tak kiralah samada korang panggil abah, apak, bak, papa atau apa saja. Dan aku panggil AYAH.

Aku punya AYAH yang sangat baik!!

Sudah tentu aku masih ada ayah. Aku sayang sayang sayang teramat sayangkan ayah. Dan aku selalu menangis untuk ayah tapi bukan di depan ayah... setiap kali fikiran aku terarah kepada ayah hati pasti sayu dan air mata pasti bergenang tak kira dimana pun aku ada.

Banyaknya pengorbanan ayah untuk aku. Tapi kesusahan dan kemiskinan tu kian berlalu sikit demi sikit dari hidup kami selepas aku dapat kerja tetap. Keadaan makin berubah. Alhamdulillah. Berkat doa ayah.

Sebagai anak aku tak terlepas melakukan salah dan silap terhadap ayah. Aku pernah ingkar dengan arahan ayah. Aku pernah melawan cakap ayah. Aku masih budak-budak waktu itu. Aku degil.

Tapi ayah sentiasa bersabar dan berlembut dengan aku. Ayah suka berlawak. Dari dulu hingga kini tak pernah berubah. Lawak ayah buat aku ketawa, suka. Ayah tetap sama macam dulu.

Aku tahu ayah sayangkan aku. Lama dulu 5 tahun lepas... aku bawak motor setiap kali balik kampung dari Penang ke Kedah. Tahun 2004 hingga 2005 aku berulang balik kampung dengan motor. Tabiat aku, setiap kali hujan aku tak akan singgah tepi highway untuk pakai baju hujan. Tak tahu kenapa. Bila sampai rumah dah tentu keadaan aku basah kuyup, beg semua basah. Aku tak kesah pun semua tu. Basah je pun bukannya sakit. Tapi ayah kesah.

Masa tu tahun 2006, aku tengah belajar kat Pusat Pendidikan Wilayah 6 Briged, Sungai Petani. Aku belajar balik selama setahun untuk ulangi peperiksaan SPM untuk kali ke2 dalam hidup aku. Permintaan ayah. Aku turut. Walaupun aku dah terlampau 'besar' dan boleh buat keputusan sendiri pun sebab umur aku dah 25 tahun masa tu. Tapi aku turutkan jugak.... 2A 3B 1C 2D je aku dapat. Hasil dari kerahan otak aku yang dah liat! Ayah senyum aku senyum.

Secara mengejut. Masa aku tengah study dalam kelas ayah telefon dan suruh aku datang ke used car pekan Sungai Petani. Waktu rehat tengahari aku ajak kawan temankan. Sampai sana ayah tanya aku samada suka ke tidak kereta yang ayah pilih tu? Aku cuma angguk. Masih terkejut.

Ayah suruh aku sign surat perjanjian jual beli kereta. Ayah letak nama aku! Kereta tu nama aku bukan nama ayah.

Ayah tebang dan JUAL  kayu getah yang ada kat kebun ayah. Hanya jual kayu getah, tanah tetap milik ayah. Dan ayah belikan aku kereta. Iswara Aeroback tahun 1996. Kereta terpakai. Tapi kereta jugak kan? Cash RM11k. Mahal. Salesman tu 'kencing' ayah kot. Tapi mungkin tak, ayah bawak Paksu sekali masa nak beli kereta tu sebab Paksu mungkin lebih 'tahu' dari ayah.

Ayah belikan aku kereta hasil dari jual pokok getah. Untuk mudahkan aku balik kampung dan tak basah kuyup lagi bila sampai depan pintu rumah. T________T

Kehidupan kami sekarang sangat-sangat berubah. Ayah punya banyak tanah. Ayah punya banyak kebun getah... ayah ada dusun buah. Ayah dah mampu upah orang menoreh di kebun getah ayah. Berkat doa dan kerja keras ayah.

Sekarang ayah tak macam dulu dah..... dulu ayah suka buat kerja. Ayah tak pernah duduk diam. Kalau tak ke kebun ayah tetap ambil cangkul dan cangkul rumput belakang rumah. Itu ayah aku.

Kini, ayah dah 67 tahun. Ayah dah tak segagah dulu. Ayah makin kurus. Badan ayah makin kecik tak besar macam dulu. Ayah makin kerap tak sihat. Selera makan ayah dah kurang. Muka ayah makin cengkung. Dan aku makin hari makin risaukan ayah. Hanya mampu berdoa, berbuat baik, cuba membahagiakan, dan berbakti kepada ayah. T______________T



"Ya Allah, berikanlah ayah kesihatan yang baik, panjangkanlah umur ayah. Bahagiakanlah ayah di dunia dan juga di akhirat...Amin"



p/s: 23/12/2011 - Tergerak hati nak buat entry pasal ayah. Sebab masa otw balik Kulim tadi tiba2 teringat ayah sangat2 padahal kan baru je tadi kat kampung dan jumpa, sembang dengan ayah. Oh, hati ni sangat sensitif pasal ayah. Airmata akan sentiasa berderai bila teringat ayah. Mohon doakan ayah saya agar kesihatan ayah tak terganggu dan menjalani hari tuanya dengan sihat ;(

23.12.11

Ini cerita aku... jangan komplen!!




Yeah, pagi tadi kat Kulim dan sekarang aku kat kampung SIKney. Macam chipsmore pulak dah! Sebenarnya balik hantar adik dengan abang. Depa ikut aku balik Kulim isnin baru ni. Dah esok nak ke Johor jadi aku kena la hantar depa balik rumah. Kesian kat adik... puas pujuk baru nak balik. Seronok duduk rumah aku katanya. Takpa, cuti sekolah nanti boleh mai lagi. 

Aku ada 7 beradik. Yang sulung kakak, yang keduanya aku la. 5 lagi adik aku semuanya hero2 belaka. Rafie 24, Raimi 20, Radhi 17, Razin(abg) 14, Solihin(adik) 9. Aik, apasal yang last tu nama tak macam yang lain? Orang semua mula R, mai tang dia S pulak. Ohh...itu permintaan mak aku. Nama adik2 yang ada R aku dengan kakak yang bagi. Keluaq ja adik yang last tu..mak cepat2 bagi nama pilihan dia sendiri. Hehe. Sebelum ni kan mak takda can nak bagi nama. 

Aku sayang kakak dan semua adik2 aku. Tentulah! Semua orang camtu. Dah darah daging kan. Dalam apa hal sekali pun aku akan utamakan diorang dulu termasuklah mak dengan ayah. Tapi bila dah bersuami, apa2hal yang pertama harus dapatkan keizinan suami dulu. Alhamdulillah, dikurniakan suami yang sangat memahami tentang kasih sayang aku terhadap family.

Tapi bukan untuk family aku je, untuk family dia pun sama. Cumanya belah dia, aku hanya perlu tumpukan perhatian kepada mama dan abah dia je sebab dia hanya ada seorang adik perempuan. Dan adik dia pun dah berkeluarga. 

Sungguh. Walaupun dah kahwin, dah ada rumahtangga....aku tetap tak boleh berjauhan dengan family aku, terutama mak. Dulu, sebelum kahwin masa kerja kat KL...mula2 dok sana seminggu sekali aku balik kampung. Bayangkan, gaji habis beli tiket bas je kot. Mak aku marah tapi nak buat cemana, aku memang takleh dok jauh dari diorang. Sampai kurus kering aku masa tu. Tak tipu.

Cumanya lepas kawen ni kurang la sikit sebab dah ada suami, rindu mak peluk suami...bulih? Hehe tak la. Kira senang nak balik jenguk mak ayah oke dah, dekat. Dekat pun sejam jugak la nak sampai kampung dari rumah aku. Balik sorang2 tu dah biasa. Suami aku takleh la nak ikut aku sangat sebab dia ada 2 kerja dalam satu masa.

Suami aku kerja kilang dan dalam masa yang sama dia jugak bakal jadi penternak yang berjaya. InsyaAllah, berkat doa, usaha dan kerja kuat dia selama ni. Kalau dia kerja malam, balik kerja pagi esoknya dia terus ke kandang....uruskan lembu2 dan kambing2 ternakan dia. Kalau dia kerja siang, ada budak upahan untuk uruskan ternakan bila dia takda.

Jadi, aku tak pernah nak paksa dia balik kampung sama2 sebab aku paham kerja dia. Tapi bukanlah suami aku tak pernah balik langsung. Dia terlalu keja kuat dan itu minat dia. Aku tak halang... untuk jangkamasa yang panjang, pendapatan dari hasil ternakan tu sangat lumayan.

Tapi, tak semua orang senang dengan kesenangan orang lain. Awal bulan baru ni 8 ekor lembu mati kena racun. Dan yang mati tu semuanya baka. Ya Allah, tak makan dan tak tidur suami aku. Tak apa. Diorang mungkin puas hati tapi tunggu jelah pembalasan dariNya dengan siksaan yang di lakukan terhadap binatang2  yang tak bersalah tu. Manusia ni awat taktau? suka menjatuhkan orang. Sentiasa ada dengki dan iri hati. ;(



Haa! amacam? tergamam tak dengan cerita aku ni? tak tersayat ke hati korang? Hehe... Dah, nak pi tidoq sat. Petang satgi nak balik Kulim pulak. Babai. 

Tips Untuk Jadi Suami/Isteri Romantik







Assalamualaikum, selamat pagi :) Ini 6 tips yang dimaksudkan itu. Sama2lah kita untuk cuba mengamalkannya.

[1] Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

[2] Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.

[3] Jangan malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazimnya ungkapan cinta banyak diucapkan oleh pasangan2 yang sedang hangat bercinta.

[4] Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.

[5] Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang kepada pasangan.

[6] Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.



Rajin tak nak klik dan tengok benda ni??

22.12.11

Angkara SHARKbox








Bagi aku, kira ramai jugak la yang serbu blog aku melalui shoutbox shark ni. Terima kasih. Banyak jugak trafic datang dari situ. Hanya kerana shoutbox je. Nak review aku tak pandai sangat. Tapi sejujurnya baru pertama kali semalam dan hari ni aku singgah blog Shark. Walaupun pertama kali singgah situ tapi lama jugak aku lepak blog dia, belek entry2 lama Shark sebab aku suka tang deko-deko, hiasan rumah tu. Cantik rumah dia. Pandai hias rumah. Aku suka cat merah tapi bila tengok dapo dia.... hijo pun lawa gak!




Jom pi serbu blog dia pulak. Eh, dah lewat ni... nak pi sambung blogwalking lagi. Babai :P



Itu ke yang orang sebut angin kus-kus?



Masuk kali ni dah 3 hari aku macam ni. Bila tiba waktu petang atau maghrib, aku rasa berat kepala. Tapi kepala tak sakit sangat. Cuma sesekali pening. Kemudian malam sampai ke waktu nak tidur banyak angin keluar bila kena urut kat belakang tengkuk, kepala dan belakang badan. Ehem! angin keluar ikut mulut.

Baru harini aku perasan sebab dah 3 hari berturut-turut. Musykil. Sapa pandai bab-bab gini. Ke banyak makan angin aku ni. Nak kata sebab pemakanan tak kot. Pagi tadi makan nasi lemak je. Tengahari makan kepsi. Malam tak makan apa2 lagi. 

Tapi kalau tang bab pemakanan pun aku gagal gak. Tak tahu apa makanan yang angin dengan tak angin. Aku tahu bedal je :P



BE Baru dan Jalan Jauh




Alhamdulillah, selepas 2 bulan setengah kot... dapat jugak BE Maxis Festive Bonanza Grapevine. Syukur. Kembali bersemangat nak blogwalking sakan. Terima kasih nuffnang! 




Eleh, satu je dapat? Jadilah, dah syukur ya amats. Nanti beranak banyak2 tau. Hehe. Dalam masa 2 hari ni kena la blogwalking sakan sikit sebab mula sabtu hingga isnin mungkin tak dapat nak blogwalking langsung, malah mungkin nak tengok blog pun takda masa rasanya. 

Sebab aku dengan suami nak pegi kenduri kawen kat Segamat kemudian lepas tu nak jalan2 dan bermalam kat Kuantan. Esoknya terus ke Terengganu dan Kelantan. Belum pegi lagi tapi aku dah rasa penat semacam je dengan perjalanan yang fit tu. Selasa dah kerja pulak. Nampak macam nak kena tambah cuti sehari lagi ni chief! ekeke.


Laman Sosial Pertama Malaysia - MFace





Bangun pagi sambil bersarapan sambil2 blogwalking dan berfacebook. Bulih lagu tu? Hehe!

Oke nak cerita pasal sebuah laman sosial yang di bangunkan oleh anak-anak muda Malaysia yang diberi nama MFace. Korang dah tahu belum? Aku baru tahu dan lepas baca je info pasal MFace terus tergerak hati nak sign up. Nak jadi antara orang yang terawal la kunun!

Kenapa aku berminat nak sign up? Confirm lah kerana ganjarannya...bling2 bijik mata pepagi lagi. Orang lain berebut takkan kita nak berdiam, tengok je. Peluang harus di kaut! Hehe... takda lah. Sebab lainnya adalah kerana ini laman sosial pertama Malaysia yang dibangunkan oleh anak muda tempatan. Harus sokong. 

"Sementara bagi para peminat, anda juga bakal meraih ganjaran menarik menerusi MFace. Selain dapat berkomunikasi dengan selebriti kegemaran anda. Sesiapa saja yang dapat mengumpul point tertinggi samada menerusi komen serta klik 'Like' atau Don't Like', anda punya peluang cerah memenangi iPad pada setiap minggu. Tawaran ini bermula sekarang hinggalah enam bulan akan datang." - Datuk AC Mizal (Pengerusi)



Aku dah!


Blurr. Taktau lagi cara nak guna dia cemana.. Takpa, slow2 kita godek dia. :P





21.12.11

Celang Celop!








Masih dalam mood bercuti. Blog pun tengah bercuti. Hanya sesekali muncul dan kemudian hilang dan kemudian muncul dan kemudian hilang. Hanya sementara. Tapi begitulah kot sehingga.... cuti sudah habis bro! 




19.12.11

Kampung Betong, SIKney, Kedah siri 2/2011




Belum ada masa nak update blog. Segala entry dua hari lepas semuanya autopost. Online jugak walaupun sekejap tapi belum selesa nak blogwalking. 

Masih di kampung. Takda masa nak update sebab asyik sibuk je kat dapur  Masak dan makan ramai2. Sementara masih ramai dengan sanak saudara yang belum balik ke tempat masing-masing, kesempatan ini kami gunakan sebaik2nya untuk berkumpul dan berkelah selama 3 hari berturut-turut.

Anak cucu arwah Tok Kiah dah cukup untuk habiskan sekampit beras 10kilo. Tak perlu jemput jiran tetangga mintak tolong masak. Anak cucu, cicit pun dah ramai. Meriah. Seronok. 

Bercuti di kampung pun banyak aktiviti dan kenangan manisnya. Antaranya mandi sungai, memancing, lepak bawah pokok ceri tepi jalan sambil menyicah buah pelam! 



Pun best. Tak perlu bercuti jauh-jauh kot.  Tapi...esok dah kena balik rumah.... ;(




p/s: Eh, ni bukan update ke? hihi! Update laju2 sebab nak join aktiviti bawah pokok ceri :P 
Terima kasih kepada yang datang komen kat entry blog ni tanpa jemu :)

18.12.11

That Special Day is Here Again







Having a husband like you shows that Allah swt has been 
looking out for me and that I have been blessed 
with the best gift.. 
Happy 2th anniversary..!! 
love u badin ;)







17.12.11

Sapa kata lelaki tak suka kaler pink?




Bila sebut PINK. Sangat sinonim dengan wanita, lebih2 lagi pada gadis2 remaja. Tapi kenapa Pink tidak kepada lelaki? Sedangkan t-shirt atau baju kaler lain selain pink boleh je pun diorang sarungkan ke badan, kan? Tetiba sampai kat kaler Pink......

"eh, tak boleh!"

"malulah pakai baju pink"

"hish, tak nampak macam jambu sangat ke pakai baju pink nih"

Dan macam2 lagi alasan para2 lelaki bila awek atau isteri dia nak belikan t-shirt, kemeja atau apa2 je yang warna pink. Tapi tak semua lelaki yang tak suka pink. Ada jugak yang suka tapi pilihan diorang takda lah pink bebetul yang terang tu. Lebih sesuai dengan merah jambu. Sweet apa kan bila lelaki pakai kemeja merah jambu. Aku sukaaa!

Pink panther ni jantan kan??

Tapi tahukah korang wahai si gadis dan juga wanita2 sekelian, bahawa si lelaki ni sebenarnya bukan tak minat langsung dengan kaler pink. Diorang pun suka sebenarnya cuma diorang rasa pink tak sesuai untuk diorang tapi sangat sesuai untuk isteri dan awek diorang.

Contoh? 

Buleh je nak bagi contoh tu! Contoh tu adalah laki aku sendiri!! Hahaha. Dulu aku nak belikan dia t-shirt merah jambu sebab kan aku suka kalau lelaki pakai baju merah jambu tapi dia tolak mentah2. Katanya tak sesuai dengan kulit dia yang cerah gelemat tu. Huhu. Tapi bila kena turn aku nak pilih baju dia pulak yang sebok suggest kan baju2 kaler pink kat aku!

Sampaikan kawan2 aku cakap "hang ni asai jumpa pakai baju pink, jumpa ja baju pink. Hang dok ada baju hat tu ja ka?" Tengok sampai teghaaaa tu la. 

Mana taknya, baju nak pakai jalan2 pun kaler pink...baju santai2 pakai dalam rumah pun kaler pink... baju nak tidoq takyah cakap la....mesti kena ada punya kaler pink. Hat dalam2 nu nak tau kaler apa? Tak habaq pun mesti dah tau kan. Hahaha

Tapi bukan takda kaler lain macam biru, merah, kuning, hijau semua ada satu2 ja. Tapi kalau kumpul semua baju aku banyak kaler pink. Itu semua laki aku yang pilih atau dia yang belikan. 

Itu maknanya lelaki pun suka pink. Sebab warna dia cantik kan. Sedap je tengok. Bila depa rasa pink tak sesuai untuk depa jadi cara terbaik adalah dengan mengaplikasikan kaler pink itu menggunakan isteri terchenta!! o_O"

:P babai.



16.12.11

Apa kena dengan shoutmix?




Hairan. Pagi tadi aku pi blog kak diana nak shout...tengok, eh! dah tukar ke chatbox pulak? Apekehalnihhh?? Dah la awal2 pagi memang tengah malas2 lagi... dah nak shout pulak nak kena taip nama, url lagi...malas bebeno! Tapi taip jugak la...mana boleh tak cakap 'selamat pagi' kat kak diana....mesti!! ambik berkat kot2 dapat BE sebab BE kak diana memang meriah dan mewah...hahaha

Lepas tu terus blogwalking kat blog2 yang berhampiran. Maklumlah...hari ni dah cuti. Sekarang ni dah ada kat kampung dah. Esok sepupu kawen. Minggu lepas pun ada sepupu kawen jugak dan minggu ni ada lagi sorang. Pastu takda dah...tunggu tahun depan pulak ya wahai sepupu2 yang belum kawen lagi tu. Tak larat dah. Letih kena lap pinggan syarikat! ekekeke

Eh, melalut kelain pulak dah..pantang lepa! Lepas tu pi pulak kat blog yang ada shoutmix nalaa punya merah, kalah tema blog aku nih...blog sapa lagi kalau bukan hyz. Baca entry dia lagi bertambah2 kehairanan aku. Apadia ni?? Aku tertinggal berita terkini ke? Aih, tak boleh jadi ni. 

Terus menggugel. Cuba mengyahuu jugak tapi tak jumpa :P Akhirnya jumpa entry yang bertajuk "Shoutmix percuma dihentikan!" Laa! gitu pulak kekdahnya. Patut la tengok blogger lain pakat berlumba2 pi tukar ke chatbox. Dah kena bayar rupanya lepas ni. Hermmm... walaupun murah, takkan aku sanggup! Chatbox pun chatbox lah. 

Sebelum ni ramai blogger pilih Shoutmix berbanding Chatbox. Sebab adanya kemudahan otometik tak payah bubuh nama dengan url bila nak shout. Dah kena puji melambung gitu pun tak jalan jugak eh shoutmix? Itu baru aku je puji, nuu blog lain pun ramai lagi puji. Hrmm..tak apalah. Ada aku kesah ke? Mesti la..sebab dah cuba nak down kan chatbox dulu. Huhu

Maafkan ambo deh cetbok. Bule depe ambo nak guno khidmat mu yang pree tu bulih dop? terimo lah ambo ye? Ambo ni meme muko tembok keras dekung pung.....hihihi 



Bukan Hak tapi Keistimewaan







16 Dis. Hari ni lah kan? Owh...patut la boleh buat pekak je bila alarm bunyi pukul 5pagi tadi. Ish, lama tu. 23 Dis hari jumaat. Lepas tu 24 dengan 25 Dis tu hari sabtu ahad... hah! konpem dah cuti time tu. Kebetulan 25 Dis tu cuti krismas jatuh hari ahad pulak, sah la kena ganti cuti hari isnin kan? kan? kan? kannnnn?

Jeles la tu takmo jawab aku tanya. Potong cuti tahun 8 hari je. Campur sabtu, ahad, isnin.....Weeee! jadi 11 hari la cuti aku. Manyak untun ini macam! kepala mau bijak kalau nak mohon cuti ye hadik2, abam2 dan ahkak2...hehe.

Tetapi perlu sentiasa ingatkan diri sendiri agar tidak leka kerana dalam perkhidmatan yang sedang aku berkhidmat sekarang.. "Cuti bukannya HAK tapi cuti hanyalah KEISTIMEWAAN yang disediakan" Jadi, si pemohon perlu bersedia pada sebilang masa jika dikehendaki datang ke unit atau pasukan bila2 masa tenaga kerjanya diperlukan tanpa ada bantahan kecuali hal kebajikan!!

Aku bangga dapat berkhidmat... Untuknya! Untuk kita! Untuk semua!! :) 



15.12.11

Itulah kita




Ada antara kita yang datang ke opis hanya memenuhi tanggungjawab datang bekerja saja, hasilnya macam kita tak datang kerja.

Adakala kita rasa kita amat sibuk, rupanya kita hanya kelam kabut.

Adakala kita rasa kita ni prihatin, tapi rupanya kita jaga tepi kain orang.

Adakala kita rasa kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tapi rupanya kita dilihat lebih mengada-ngada.

Adakala kita suka bertanya 'pasaipa aku ni macam takdak kerja' adalah lebih baik kita tanya 'apa lagi kerja yang aku boleh buat'.


cabai burung ni pedas gila kan??  :P




Pau inti kaya yang sedap walaupun itu Pau semalam punya. Sedap bermaksud lapaq atau kebuloq!





Wahh...berjaya jugak aku buat tajuk panjang sedepa gitu. Hehe. Sampai rumah memang tengah kebuloq dah. Dok kira2 nak capai periuk nak masak megi nyum2 la pahtu ternampak pau inti kaya yang aku beli masa balik keja petang semalam kat depan masjid seberang jaya. Jadinya cancel masak megi sebab pau dah ada 2 bijik. Cukup la kot nak topup isi perut ni sementara dok tunggu nak keluaq pi makan kat luaq malam satgi kan? 


Sebijik dah selamat dok dalam perut. Yang sebijik ni tengah tunggu masa. Habis kena bogel sebab kulit dia dah keras tapi tepung dalam dia dengan inti banyak sedap. 

Ntah apa2 eh? Ini entry suka hati aku. babai.


Yang menggeramkan aku!



Tiap kali jumpa si Amni aku rasa nak tokak2 je dia, nak cium, nak tonyoh2, nak ramas2.... erk!? Huhu.. Amni hanyalah seorang budak kecik atau lebih tepat lagi, baby. Anak sedara aku yang no3. Dan mungkin jugak dia anak sedara yang last...itu kata kakak aku la! Lepas bersalinkan si Amni terus dia cakap "takmo dah" kat abam dia!! Hihihi. Ala...Kakja ni, umo baru 34 takkan nak stop dah. Kurang2 pun boleh wak keluaq 3 lagi kot anak sedara kat aku. Haha. Suka2 hati je kan.

Haa..dah tu! Kakja jelah harapan mak ayah aku nak dapat cucu baru pon. Huhu! Nak harapkan aku entah bila rezeki tu nak datang. Tunggu dan aku akan terus tunggu. Takpa, sabaq dulu. Jangan kalut. Cuba pujuk diri sendiri ;(

Dah takyah nak sedih2. Dah takda lagi tu buat cara takda la kan. Lekluuu! kita enjoy tengok gambar Amni yok! Tengok gambar pun aku macam nak tokak gambar tu apatah lagi kalau Amni depan mata aku, pantang mak dia kalih tempat lain je...aku cubit la sikit anak dia. Hehehe...


nak goda aku la tu! makngah penyet kang baru tahu.

alamak! cekci la pulak. tough tak body ku? hahaha.
bila ntah rambut ni panjang? dah macam minah askar pulak :P
Maknya si Amni @ Kakja @ Kawan @ Kakak @ Satu2nya kakak aku.
Love dia sgt!

Pakai baju hitam yang mekap dgn sanggul dia kalah Saloma tu sepupu aku. Si Sarah yang baju hitam tu asyik berebut je dengan aku nak dokong Amni. Haha! Sampai merajuk tak cakap dengan aku sebab aku tak bagi dia dokong Amni. Hihi. Seronok jugak usik budak2 ni. 

Oke. Itu je...nanti nak upload video Amni makan penumbok sendiri pulak. Nak tengok? Tunguuuuuu.... :P babai.

14.12.11

Apa sebab asyik lupa je?




Suka makan kepala ikan? *tetiba...pehal?? Oh...itu selalu dikaitkan orang dengan punca penyakit lupa. Betul? Tapi kenapa mesti kepala ikan? Kenapa tak kepala sotong? kepala ketam? Kepala gajah??

Kepala hotak hang!! Uik, kasarnya bunyi bang! Itu pun biasa dah dengar. Gaduh dengan kawan. Biasa orang kedah la. Sapa orang kedah angkat tangan?? Aku orang SIKney oke! Dan2 tak mengaku. huk3

Huiii.. kalau boleh makan kari kepala ikan. Peluh masuk pinggan pun tak sedar dah. Tapi itulah yang menjadi kebiasaan yang selalu orang akan kaitkan bila kita sering "lupa". Penyakit lupa ni sering dialami oleh semua orang tak kira tua ke muda ke. 

"Hang ni keja dok lupa ja...makan semut banyak sangat kot!" Itu satu lagi yang sangat sinonim dengan penyakit lupa. Memang orang akan sebut "semut". Kesian semut kan. Dahla rajin pantang nampak sisa makanan nak je diangkutnya berderet2. Tak letih ka keja dok merayap ja? *Pulak! 

Kita tak boleh makan makanan yang ada semut sebab semut ada sejenis bahan kimia yang boleh melemahkan daya ingatan kita. 

Makan berlebihan pun tak boleh jugak. Amalkan makan sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Mudah je kan? Itu cara untuk elakkan kita makan secara berlebihan.

Makan organ2 dalaman macam hati. limpa, jantung, perut, paru pun dikaitkan dengan lupa. Amboii...kemainkan, mentang2 semua boleh makan, halal pulak nak je bedal kesemuanya masuk perut.

Jadi, elakkan perkara merah di atas... ye. Babai.



Happy :)





Assalamualaikum. Mood bebelog semakin pulih. Semakin ceria. Berakhir sudah kemelut yang menguasai diri dan kehidupan baru2 ni. Walaupun aku nampak cool tapi hati yang tengah bergelora orang takkan dapat trace. Itu penting untuk memastikan rahsia tak bocor! Alhamdulillah. Masih ada peluang yang cerah dan harus digunakan semaksimum yang boleh agar kejadian seperti itu takkan berulang buat kedua kalinya! InsyaAllah :) 

Apadia? Biarlah menjadi rahsia dalam blog hati ini. :P
Doakan yang baik2 saja :)



13.12.11

Tip menangani rindu dendam




Anda rindukan seseorang? 
Atau sedang kesunyian? 




Takyah risau!! Aku ada tip untuk menangani rindu dan sunyi korang. Huahaha! Biasanya orang yang putus cinta la yang selalu rasa sunyi... rindu2 kat eX kan. Sama juga bila kita berjauhan dengan orang tersayang.

Bila hati dah tengah merindu tak payah la dengar lagu2 jiwang tu. Korang dah la tengah sunyi sepi, rindu dah macam laut yang tak bertepi, pi dengaq pulak lagu2 jiwang makin terbuai lah jiwa korang tu. Cuba dengaq lagu2 yang bagi semangat sikit. Lagu rock ke...kapak pun kapak la janji hati tak sedih.

Kalau tengok tv, jangan tengok drama2 yang tangkap leleh pulak cuba tengok kartun Tom & Jerry ke... terhibur la jugak hati tu. Ni tak... bulih pi dok layan ombak rindu pulak!

Paling tak berapa cerdik bila ada orang yang jenis suka dok berkurung dalam bilik sorang2. Tak berapa bagus cara tu. Itu lagi la buat kita sunyi dan sedih. Cuba keluar jalan2 dengan kawan2. Buat aktiviti yang berfaedah.

Adalah lebih baik bila kita merawat semua kesedihan, kesunyian, kerinduan tu dengan membaca ayat2 suci Al-Quran. Boleh kuatkan semangat kita dan berfikir secara waras.

Akhir sekali, pasrah jelah. Dah itu ketentuanNya. Kuatkan hati. Jangan dilayan sangat, syaitan suka. Sebab rasa sunyi dan sepi adalah cara terbaik syaitan untuk menghasut hati kita.



Nasi LEMBUni



Tengah bersarapan awal pagi tadi dekat opis. Ada achik india, cleaner. Aku makan nasi. Jemput dia makan kuih. Ikhlas nak bagi. Biasa, budi bahasa. Walaupun berlainan agama dan bangsa tapi hormat menghormati itu perlu. Macam biasa achik tolak pemberian aku. Mungkin segan atau malu. Berkeras macam mana achik tu tak pernah ambil. Terpikir jugak...kenapa? takut aku letak racun ke? ke takut aku jampi dia! Nak jampi buat apa? Apa kaitan? Ishh...takde kerja ke pagi2 ni dok pikir pasal achik tu pulak!!

Mungkin itu salah satu etika kerja dia. Mana kita tahu. kan?

Sambil2 dok mop lantai dalam bilik chief clerk aku, achik tu cakap.... "banyak sedap ar bau itu nasi"

Aku pandang dia sambil jawab..."A'ah, nasi LEMUNI. Achik pernah makan?"

Achik tu geleng2 kepala tanda tak pernah makan nasi lemuni. "Sedap ka?" dia tanya lagi.

"Boleh la...saya pun baru pertama kali makan nasi lemuni " Aku jawab. Memang betul pun aku pertama kali makan nasi lemuni. Sebelum ni dengar je orang cakap tapi tak pernah cuba lagi. Kebetulan kat gerai yang selalu aku beli nasi lemak tu ada jual nasi lemuni hari ni. Jadi aku cuba la.

Lepas tu aku tengok achik tu tergagap2 nak sebut LEMUNI tu. Aku pun cakap lagi...."Nasi lemuni". Nak suruh dia ikut cakap aku la...

Kemudian achik tu dengan dahi sedikit berkeriut pun cakap... "Ooo nasi LEMBUniii...." Dahi dia berkeriut mungkin sebab ada LEMBU kot.


tak kena denga selera aku. takleh nak piiiii! tak habis pun makan.


Gulp!! Aku pun terus terdiam. Malas dah nak cakap banyak kali. Hahaha! Lepas achik tu keluar dari opis aku dengar dia cakap dengan kawan dia yang tengah dok menyapu kat luar. Aku tak paham la apa yang diorang cakap...cuma yang telinga aku dapat tangkap...lembuni...lembuni...lembuni. Hahaha!

Pagi2 dah buat lawak achik ni :P




11.12.11

Salon kampung


Dah lama tak tarik rambut. Tarik rambut aka rebonding. Sekali sekala tukar style rambut. Takda la asyik merungut bosan je bila tengok rambut mengerbang. Eh, betul ke eja tu?

Kebetulan lalu jalan ni nak balik Kulim ternampak Creswell Beauty Salon terus pusing balik. Dah lama tak datang sini sejak 3,4 tahun yang lepas. Dulu, selalu gunakan khidmat salon kampung ni untuk gunting dan cuci rambut.

Sampai sekarang, belum ada apa yang berubah. Semua masih sama cumanya dulu guna kipas, sekarang dah ada aircond. Sejuk. Pucat lesi jari2 kaki.

Walaupun salon ni nampak kampung2 tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Murah tapi tahan lama dan sgt bagus.

Pelanggan pulak tak putus2 datang. Dari pukul 4 aku kat sini orang asyik datang je. Kesian pulak tgk bdk2 perempuan tak sempat nk berehat.

Oke dh siap. Puas hati. Nak balik dah. Sebulan lagi datang buat stimming pulak.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Upah



Akhirnya nampak jugak la "rupa" kereta selepas 2minggu tak basuh. Itupun dengan menggunakan tenaga solar kanak2 10 dan 9 tahun dengan upah 5 henggit sorang!

Budak2 ni pantang ada upah nak je. Cuba takda upah, suruh pun macam cakap dengan tiang...buat bodo ja!

Itu tandanya budak2 pun tak bodoh. Sapa yang nak buat keja dengan takda upah kan?

Sekian o_O

Published with Blogger-droid v2.0.1

10.12.11

Berani tapi Takut!





Seronoknya bila ada kenduri kat kampung. Meriah dengan gurau senda dan gelak tawa sedara mara. Segala masalah yang bersarang dalam kepala hilang sekejap. Seronok. Esok sepupu lelaki aku kawen, muda lagi baru 19 tahun.

Lepas maghrib tadi dan lepas je suami aku pi keja, aku terus pecut balik kampung sorang2. Terpaksa berpusing balik dan ikut jalan jauh. Ikut highway lebih selamat kot drpd balik ikut jalan biasa, jalan lama. Sunyi dan banyak bahayanya lagi2 bagi perempuan yang memandu sorang2.

Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai walaupun hujan sangat lebat. Sampai ja kat rumah mak sedara tadi diorang terkejut sebab aku balik sorang2. Padahal memang dh biasa aku blik sorang kalau suami aku keja..tapi mgkin sblm ni aku blik bila siang hari je.

Depa kata aku berani. Aku memang nampak berani tapi dalam hati takutnya ya tuhan. Hanya bertawakal kepadaNya dan dengan izin suami Alhamdulillah dipermudahkan semuanya. :-)

P/s: Betul2 ada masa terluang nanti baru nak blogwalking. Lama tak ziarah kwn2. :'(


Published with Blogger-droid v2.0.1


9.12.11

Terima kasih Kak Tiha!


Dari onshop2u.blogspot.com

Hari rabu lepas aku terima souvenier dari Kak Tiha @ Herba Tihara... dapat bookmark crochet. Cantik. Hijau kuning lagi. Kedah tu! Hehe. Sorry kak...memang tak sempat nak sms cakap terima kasih.

Kak Tiha bagi souvenier tu sebagai tanda terima kasih sebab Kak Tiha menang dalam entry teka-teki yang aku buat saja untuk suka2 bulan lepas. Tengok! baik kan Kak Tiha... kita bagi hadiah kat dia, dia bagi cenderahati kat kita pulak. 

Owh...betapa manisnya persahabatan yang terjalin dalam alam maya. Tak pernah bersua muka tapi saling percaya mempercayai, saling hormat menghormati. Itu yang kita mahukan. Terima kasih Kak! :)

Oke, apalagi jom ramai2 pi shopping sebarang dua crochet yang ada kat Blogshop Kak Tiha. Ada crochet brooche, bag, keychain, bookmark dan macam2 lagi. Cantik2 semuanya. Nak tengok gambar? boleh, meh nak tunjuk.

cilok gambar kat blogshop kak tiha :)



Cantik2 kan? Selamat bershopping! :)


Akhir - akhir ini....




Assalamualaikum. Kabare semua? 

Sememangnya masih tak berdaya nak menaip dengan kebizian yang tak menang tangan aku kira. Dengan kesihatan yang tak tentu 2, 3 hari ni. Sakit kepala dan nak tidur je sepajang masa, kalau boleh. 

Tapi itu semua mau takmau tetap kena hadapi sebab ianya sebahagian dari rutin harian.

Tinggal seminggu je lagi untuk tinggalkan semua ni buat sementara waktu kerana ada masa dan ketikanya, kita perlukan masa rehat yang berkualiti dan berhibur untuk kembalikan semangat yang kian hilang.

Rasanya macam telah bekerja selama setahun tanpa bercuti kerana hari demi hari semangat dan keriangan makin pudar. Kepala rasanya sudah sarat. Rasa lesunya tubuh badan perlukan bateri untuk kembalikan tenaga.

Kerana bila 'rasa' itu telah berkuasa dalam diri, ianya akan memadamkan minat serta tanggungjawab yang perlu dilunaskan. 

Ya, aku perlukan cuti! Untuk buang semua rasa itu. Tak sabar tunggu sampai jumaat depan... tolong cepatkan masa boleh?






7.12.11

Sudah mati!






Akhirnya dia mati jugak selepas 6 bulan hidup dalam balang tu. Sedihnya T____T"

Kenal lagi dengan dia? Dia yang jadi mangsa untuk entry teka2 bulan lepas.

Dia takda makanya air dalam balang tu pun kena tukar setiap hari. Kalau tidak makin banyak la nyamuk membiak dan secara tak langsung depa la yang berkuasa dalam rumah.

Sukati depa je nak gigit2 tuan rumah. Dasar menumpang tak sedar di untung! :-|




Published with Blogger-droid v2.0.1

6.12.11

Orang kata "mood ke laut"

Apa maksud mood ke laut tu?
Awat ke laut pulak?
Apa kena mengena mood dengan laut?


Maaf,
Malam ni takda mood.
Mood ke laut tangkap sotong!! :-P





Published with Blogger-droid v2.0.1

Jenis kabel



Balik keja petang tadi aku terus tidur, penat sungguh hari ni. Dah maghrib baru aku tersedar. Tak sempat nak masak untuk berbuka. Makan roti jelah.

Tunggu suami aku balik baru bleh ajak dia keluar makan. Western food dekat Chef Det Bistro memang terbaekk la kat Kulim ni.

Memang jarang la aku nak tambah inci lemak malam2 camni. Lagi lagi makanan yang boleh buatkn BMI aku lebih.

Kena jaga BMI dari sekarang sebab kalau ada rezeki pertengahan tahun depan mungkin nama aku tersenarai untuk menghadiri kursus siri 2/2012.

Ceh, betul la kata cikgu penjara...kena boikot segala jenis kabel yang ada. Sebab guna kabel besar punya la yang buat nama aku tercicir untuk hadir kursus siri 1/2012.

Disingkirkan dengan cara paling tak bagus sekali oleh junior2 yang jarak perkhidmatan 4tahun dengan aku! Patut ke? Sungguh nak marah ni!

Kalau ikutkan tak layak lagi dia nak hadir kursus tu sebab tak cukup edah lagi kalau nak kira. Aku ni pulak yang dah terlebih edah tak pi pi lagi.

Takpa lah, dia dah tak sabaq nak pakai 3 calit. Aku bukan nak kejar pangkat tapi dah selayaknya hadir kursus tu. Kalau boleh sementara takda anak ni, elok sangat lah nak habiskan kursus. Kalau dah ada anak nanti, susah hati pulak nak tinggal anak selama 6 bulan. Sebab tu nak pergi sekarang.

Sesekali rasa mcm nak guna kabel jugak. Boleh je nak call ex bos aku yang baik tu. Tapi, aku pulak yang segan nak susahkan dia.

Dah macam entry luahan perasaan pulak kan? Okelah tu je nak luah.

Published with Blogger-droid v2.0.1



5.12.11

Kempunan Buffered Earning





Kepada Nuffnang,

Errr, saya nak mintak maaf banyak2 la sebab saya tak pernah cakap terima kasih ke awok masa dapat  Buffered Earning zaman tok kaduk mana ntah dulu. Bukan tak menghargai pemberian awok. Bukan tak bersyukur tapi malu sebab BE yang saya dapat dulu2 tu pun sikit jewww. Eh, tak bersyukur jugak ke namanya tu? eh? Wuuu...yatakya jugop deh! 

Bukan pasai apa, BE ni bagi blogger kalau dapat sikit pun takpa dahh. Kira moral jugak ni. Macam pekerja la kalu buat kija takda gaji, moral depa jatuh gedebuk mu tahu dop? Itu contoh!

Harap lepas ni ada le kot BE baru kat saya sebab dah 2 bulan tak dapat BE ni Nuffnang weh! Agak2 la takkan rehat lama sangat. Hok aloh! dengan saya pun nak berkira keww? Bak sikit deh BE tu. Nak bagi esok ka luso ka tulat ka tungging tunggang pun takpa janji mu bagi jaa.

Okelah, itu je nak bagitahu. Nak kecek banyak lagi satgi mu pening lalu pengsan lah puloks. Macam2 loghat dah keluar ni. Huhu. Sekiang!




Cis oh Cis!




Pagi tadi aku terbelek blog sapa ntah...tak ingat dah. Dia post pasal "Cheese Naan". Apadia tu? Yang aku tau roti naan ada la. Tapi tak pernah jugak makan. Itu pun aku tengok kat menu list restoran nasi kandaq ja. Yang aku penah makan roti jala dengan roti benggali je haa. Huhu.

Pantang aku dengan cheese ni. Sebab aku suka betul kat dia. Asal ada makanan bubuh cheese je mesti aku nak makan dan nak terai jugak. Punya nak tau aku pun gugel. Gugel gugel gugel....jumpa la gambaq ni. 



MyKhalish...sedap dop?


Nampak je gambar ni tadi aku rasa macam air liur sama2 meleleh dengan cheese tu. Hakhakhak. Kan? Korang tak terlioq? Ish3 tak patut betul...

Adoiii sabar jelah, dugaan pasti ada di waktu2 begini. Makruh!


Cermin besar punya








Korang ada macam ni?
Boleh tengok muka sendiri sampai muka pucat hijau!
Hehe.



4.12.11

Teka lagi bulih?




Sukalah nak bagi korang teka. Cuba teka apakebendakah ini? Baru beli kat Giant jumaat hari tu. Harga 2ringgit je. Nak letak kat opis. Tapi lupa nak bawak naik opis sebab tertinggal dalam keta. 

Kalau anda bijak biksana...cubalah teka. Kalau tekaan korang betul. Korang akan membawa pulang keseronokkan yang tiada bandingnya kerana telah meneka dengan tepat. Wuuu...tak bangga kaa? Hahaha





Untuk suka2 saja. Selamat mencuba noks! :)


Hangtu...Hantu Laksa!





Assalamualaikum. Bila petang je mesti lapar kan. Aku kalau petang2 gini nak laksa dengan rojak buah je. Tapi leceh kat Kulim ni susah betoi nak jumpa orang jual laksa tepi jalan. Nak makan pun susah. 

Teringat pulak masa dok Penang dulu. Petang2 hujung minggu berlumba naik motor dengan kawan2 pi lepak kat Pantai Seagate. Kat sana best. Berderet gerai laksa, bihun sup, mi kari, rojak, abc, cendol, goreng pisang. Memang sedap la laksa penang tapi ada yang tak berapa nak Penang dah sebab dah nak macam laksa kedah pun ada jugak.

Aku suka pi situ sebab peberet aku kan laksa. Hantu laksa. Setakat semangkuk tu mana cukup. Dah sikit pulak laksa tu. Kena 2 mangkuk baru puas tapi segan sebab ramai orang dok tengok. Malulah kat pakwe meja sebelah nak order 2x. Habis makan, bayar dan terus blah dari situ.

Lepas tu kitorang pi gerai hujung sana pulak. Gerai yang hujung jalan seagate tu tempat dia terceruk sikit. Motor pun boleh sumbat dalam celah semak. Nak makan punya pasal tapi tahu malu. Selamber je pi duduk kat meja order laksa kat situ pulak. Settle masalah. Takda sapa tau. Hahaha. Korang pernah camtu?

Kenangan waktu bujang dulu duduk dengan kawan2 cukup seronok. Mampu gelak sorang2 jelah bila teringat balik. 

Aku ni nak makan laksa betul2 sekarang ni. Mana nak pi cari ntahhhhhh. Kecur liur dah ni :P


Uiii...takleh tahan. Tak dapat petang ni...esok pun takpa!
Hang jaga!


Idola setiap wanita




Korang kenal tak sapa Prof Dr. Muhaya Mohamad? Aku baru kenal. Beliau adalah seorang muslimah sejati dan dikenali sebagai doktor mukmin, pakar mata, tokoh ilmuan, pendakwah, motivator dan juga seorang ibu mithali.

Pertama kali aku tengok dia kat tv3 dalam Sejenih Sinar Kasihmu. Sebelum ni tak tahu langsung pasal dia. Sejak dari tu aku tercari2 sapakah Dr Muhaya ni. 

Baru tadi tergerak hati nak cari video ceramah Dr Muhaya ni kat internet. Sebab tertarik dengan motivasi dan ceramah yang disampaikan. Dengar ceramah dia buat kita sedar dan insaf. Kagum dengan diri dia, kata2 dia, ceramah dia ringkas je tapi padat. Dia bukan saja hebat dengan ilmu dunia dan perubatan mata tapi dengan ilmu akhirat jugak.

Aku copy paste sikit kata2 dia yang sangat bagus untuk kita fahami:

"Saya ada didatangi pesakit yang terlalu sedih kehilangan penglihatan, tetapi selalu saya tekankan, bahawa insan berkenaan perlu bersyukur kerana hilang penglihatan bermakna dosa daripada segi nafsu dan keinginan dunia akan berkurangan."

"Begitu juga sekiranya ada pesakit yang menghidap penyakit kronik, dan menunggu masa untuk meninggal dunia, selalu saya tekankan, bahawa mati itu pasti berlaku, tetapi sekurang-kurangnya insan berkenaan mempunyai masa untuk beribadah lebih, kerana ada juga kematian berlaku secara tiba-tiba." 

"Orang yang tidak meninggalkan solat dan selalu meminta pertolongan daripada Allah nyata banyak kemudahannya. Saya pernah berhadapan dengan pesakit muda yang selesai menjalani rawatan, mengikut kaedah biasa mampu sembuh dalam seminggu, tetapi pesakit itu tidak sembuh juga walaupun sudah masuk hari ke-10. Saya terus bertanya, adakah anda mengerjakan solat? Dan seperti dijangka jawapannya tidak."

"Begitu juga sekiranya saya melakukan pembedahan terhadap orang yang banyak beramal kepada Allah, kerja pembedahan bagaikan 'dibantu' apabila ia berjalan dengan pantas dan tanpa sebarang masalah. Begitulah besarnya nikmat sekiranya kita beramal ibadat. Saya percaya, kalau kita selalu menolong orang, Allah juga akan sentiasa membantu kita,"

Kalau nak dengar ceramah dia boleh tengok dekat website Dr Muhaya ada banyak vlog dia buat. Ada masa lapang boleh tengok. Bagus untuk kita semua :)



Merah macam Mak Ngah lah!



Eh, betul lah! Sila sila...sila masuk! Ni memang blog aku. Bukan blog redmummy. Hehe. 

Perasan lain ke bila masuk blog aku tadi? Bagi yang dah biasa dengan blog ni memang senang je nampak perubahannya kan. Sakit tak mata korang? Hahaha.

Dah lama aku dok taram kaler merahnya makngah ni. Sebelum ni aku dok pujuk suami nak cat dinding dalam rumah kaler merah tapi dia tak bagi. Bukan nak cat semua, dekat background tempat letak tv tu je pun. Tetap tak bagi pelik dia kata. Bagi aku tak pelik lah. Dah ramai orang cat kaler merah. 

Bersepah contoh rumah cat kaler merah dalam majalah Impiana. Aku suka dekor2 ni terutama kat rumah sendiri. Dah tak dapat nak buat kat rumah, kat blog pun boleh lah :P

Kemarin lagi aku dok berkira2 nak tukar template mulanya tapi malas pulak nak merenyah. Tak jadi nak tukar template tukar kaler je. Aku terima saranan dari Daddylicious dengan retis kita Paris lipton!

Maka, inilah dia rupa baru blog aku dengan tema baru... Merah macam Mak Ngah lah! Hehehe. Pendapat korang plis! untuk dorongan masa depan blog aku. Timaseh :P



Tanda - tanda rumahtangga akan runtuh





Sekarang ni banyak kisah membabitkan hal dan masalah dalam rumahtangga. Ada masalah je bercerai terus takda dah nak bawak2 bincang sesama sendiri. Dah takda lagi nak rujuk masalah dengan orang tua. Takda dah bawak berjumpa dengan pak imam kat kampung. Terus buat keputusan masa sendiri. Macam senang je depa bercerai. Tak sayang ke dengan rumahtangga yang dibina tu? Tepuklah dada dan jawablah sendiri.

Kat sini ada 5 tanda keruntuhan sebuah rumahtangga:

[1] Suami dah jarang sentuh isteri. Isteri pun dah tak minat nak bermanja-manja dengan suami. Sentuhan kasih sayang antara suami dan isteri semakin hari semakin kurang. Kurang sentuhan ni termasuk juga kurangnya hubungan kelamin. Kemesraan semakin menghilang.

[2] Suami dah malas nak bercakap dengan isteri. Isteri pun dah tak minat nak berbual-bual dengan suami. Komunikasi antara suami dan isteri semakin hari semakin berkurangan. Hubungan menjadi hambar. Suami lebih suka keluar berbual dengan kawan berjam-jam berbanding balik ke rumah berbual  mesra dengan isteri. Isteri pula lebih seronok berbual dengan jiran dan kawan ataupun mengadap blog dia je. Eh? :P

[3] Suami asyik kritik isteri je. Pujian langsung takda. Isteri pulak memandang rendah pada suami. Isteri mula hilang rasa hormat pada suami.

[4] Pertengkaran berlaku setiap hari. Pertembungan antara suami dan isteri tidak dapat dibendung lagi. Suami tunjuk ego, isteri keras kepala. Takda langsung kata sepakat. Masing-masing nak tunjuk hebat.

[5] Suami tak suka dah balik ke rumah. Kalau balik pun, muka masam mencuka. Tiada lagi senyum ceria. Isteri pula lebih senang suami tak pulang. Owh.. ini sangat bahaya. Dah kritikal ni. Hati2.

Cuba check balik dalam rumahtangga kita ada tak tanda2 ni. Kalau ada cepat2 kita baiki diri kita dulu. Apa silap yang selalu kita buat tapi tak sedar yang perkara tu tak disenangi oleh pasangan kita. Berbincang sama2. Tapi kalau dah meluat muka pun takmo tengok dah apatah lagi nak berbincang kan.

Itu pandai2 korang lah. Nak menikah dulu kemain lagi. Anak dah berderet2 tu pun ada sebab jugak dulu...sebab cintaaa. Bila ada masalah nak berbincang sat pun dah tak boleh ka?

Amboi...lantang sungguh aku noo. Hehehe. Untuk peringatan diri sendiri jugak. Semoga rumahtangga kita semua kekal harmoni dan bahagia sampai ke akhirat. Amin.



3.12.11

Nak teka tak?




Boring tak asyik baca entry je? Otak pun pening dah lepas blogwalking, jalan2 kat blog kawan2 kan. Apakata kita main teka2 pulak. Relax kan minda sekejap. Eh, sejak kebelakang ni suka pulak nak ajak orang main teka2. Hoho.

Hari tu aku dah buat main teka2. Masa tu kena teka benda ni  dan 2 orang yang teka dengan tepat dapat hadiah topup jewww! TAPI!! kali ni kita main teka untuk suka2 je. Sebab dah takda modal nak bagi hadiah. Awai2 bulan ni tahu jelah dah pokai oke. Hehe.

Cuba jelah teka apakebendanya ni? Benda untuk makan. Makanan ringan. Kalau mual aku makan ni lah.





Macam senang je pun. Clear sangat gambonya. Hurm, biaqpilah kalau teka betul pun bukan nak kena bagi hadiah pun. Kuikuikui. 

Jangan marah la kawan2 ini entry untuk kita suka2 saja. :P



Kena pantang makan kalau nak anak.




Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut. Elakkan:

[1] Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
[2] Makan junk food
[3] Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
[4] Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
[5] Makan burger dan nugget
[6] Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).


P/s: Banyak pantang larang dia rupanya. Tapi aku suka sangat yang no3 tu. Dalam drawer kat opis banyak kot stok! Kena ambik serius jugak benda ni. Mungkin ini salah satu puncanya. Apapun Allah jua yang mengetahui. Yang penting berusaha dan mencegah lebih baik dari mengubati. Cerita penuh di sini!


Bila orang melayu makan..





Selamat petang. Boring pulak petang2 camni. Laki aku kerja. Kalau dia tak kerja boleh aku ajak pegi mall paksa beli baju baru, kasut baru, tudung baru kat aku ke kan? Angan jelah siang2 ni.

Bila dah duduk sorang2 dalam rumah, mulalah ligat kepala aku dok pikir nak buat apa. Asyik mengadap blog pun tak bagus jugak. Boleh rosak mata aku. Tip blogwalking yang aku buat dulu pun dah tak jalan nampaknya. 

Jadi lepas asyik keluar masuk dapur terasa lapar pulak perut ni. Rasa nak makan makanan yang jarang2 makan. Aku pun pi buka kedai mini runcit aku nampaklah benda ni! Stok sentiasa kena ada untuk saat2 yang tak terduga macam tadi. Ye dop?



Terus rasa nak makan spagheti. Lepas puas dok berkira2 dengan google, jumpa resepi Spaghetti Carbonara Cheesy Cream. Dan2 terliur. Check semua bahan cukup cuma carbonara sauce prego dengan meatball je takda. Aku hentam buboh jari mr crab. Tak sampai setengah jam dok bersilat kat dapoq maka siap la benda ni. 


Amik gambar dulu baru makan. Penting bagi penonton terliur sikit. Hehe. Bukan apa niat nak bagi sama2 tahu masak. Tunjukan bakat memasak korang jugak. Hehe. Padahal aku yang baru belajar masak. :P

Nak resepi boleh pi kat google. Kat dia ada banyak. Macam2 jenis ada. Lain orang lain cara buatnya.

Tadi aku rebus spagheti tu lebih, ingat malam nanti nak buat mee goreng mamak dengan spagheti tu pulak. Dah lepas sejam aku makan Spaghetti Cheesy Cream tu. Muak pulak rasa dia. Tiba2.....bluwekkk!! dah pun tadi.  Nampaknya tekak aku ni terkadang bulih dan terkadang tak boleh terima makanan orang putih ni. Itulah jadinya bila melayu feeling omputih.



kihkihkih