29.12.12

Sesaja

Ingat tak jeles ka tengok korang asyik update blog manjanggg tiap jam tiap waktu? Meluap luap jeles kek ati den nih tapi apokan dayo..internet dah gilo!!

Sekarang tengah buat entri nak let go baju tapi nak upload satu satu gambaq pun mak'aihh makan jam! Cemuih gila baqhang.

Sebab tu nak mintak maaf jugak sebab dah lama tak blogwalking dan tak tinggal komen kat entri korang..bukan sebab malas tapi internet yang bermasalah. Salahkan dia k!

Published with Blogger-droid v2.0.9

26.12.12

Felinna Beauty


Akibat terpengaruh dengan promosi baekk punya, bertubi-tubi pulak masuk dekat wall facebook..akhirnya, terbeli jugak 2 set dengan harga 1set combo RM130! Haish, mujur ada bonus dan mujur jugak suami saya hatinya mudah lentur dengan pujuk rayu saya. Kih3.

Percubaan pertama, harap ianya berbaloi la. Berbaloi dari segi duit yang dilaburkan hanya untuk mengempiskan perut yang muncit dan lengan yang menggeleber juga berjaya untuk dapatkan kulit yang cantik, yang tak kusam dan yang penting sihat.

Ada tak kawan-kawan kat sini yang dah cuba produk ni? Berkesan tak??

21.12.12

Gaji dan elaun

Geleng-geleng kepala saya bila dengar keluhan seorang kawan pasal pengasuh anak. Katanya, tiap-tiap bulan ada je pengasuh mintak itu, mintak ini, nak macam tu, nak macam ni. Dari bulan ke bulan harga makin naik. Dari RM200 ke RM250 ke RM280 ke RM300 untuk seorang baby. Hantar ke tak hantar bayar kena penuh. Itu tak kisah la. Tak cukup dengan upah RM300 disuruhnya pulak mak si baby ni masakkan bubur baby siap-siap kat rumah. Katanya, dia tak sempat nak buat sedangkan baby tu je yang dia tengah mengasuh sekarang dan anak-anak dia sendiri dah sekolah belaka. Timbul masalah buat si mak baby yang terpaksa bergelut dengan masa setiap pagi untuk uruskan anak-anak. Mana nak hantar along, angah pegi sekolah lagi tatkala si bapa takda kat rumah sebab duty 24jam. Nak siapkan bubur lagi. Dengan mak pun terpaksa berkejar masa nak masuk baris PT pagi pukul 7 kat tempat kerja.

Baik ambik bibik! Takyah nak kalut camni. cadang saya dengan mudahnya. Hehe!

Dia tahu, tahun depan gaji dan elaun naik! Haihlah! biarpun kerja mengasuh je tetap kena ikhlas, jangan fikir duit je. Kalaulah mak budak tu pi cari pengasuh lain kang.... langsung awak takda gaji!

18.12.12

Sudah 3

Alhamdulillah, syukur.

17.12.12

Blog bukan hanya untuk bercerita saja, nak berleter pun bolehhh..

Tak paham betul aku... errrrrrrr.

Kan dah susah pulak rasanya nak berbahasa bila hati tengah membuak-buak nak melepaskan rasa marah kat blog. Tapi dah umum kat semua takmau guna aku dah, maka dengan itu saya kena la marah dengan sopan. Saya? rasa pelik sangat. Hehe

Ok takpa.

Berbalik kita kepada perkara tajuk. Bila pikir-pikir balik, bagus jugak ada blog senang nak melepasss. Melepasss tu maksudnya nak berleter, nak marah, nak tulis apa yang tak puas hati dan macam-macam pon boleh asalkan dekat blog kita. Jangan kat blog orang. Itu memang cari pasal dan buat orang marah balik kat kita. Muehehe. 

Kan? blog kita ibarat rumah kita laa. Boleh buat apa kita suka tapi kena ingat jugak, mentang-mentang dok rumah sendiri sesuka hati je nak marah-marah. Tak boleh tu. Tapi untuk sekali sekala tu boleh je kot.

Sebenarnya, awal-awal tadi memang nak buat entry marah-marah sebab tak puas hati dengan cara dealer/stokis yang jual barang secara online ni tapi bila mukadimah dah terlebih panjang maka tak jadi pulak nak marah, dah surut dah pun. Hehe.


Lagi baik kot dari dok pi beletiaq tak ketahuan hala kat facebook tu. Betoi dak? *Peace \v/

15.12.12

Aku? takmau dah.

Dah lama pun terfikir nak tukar kata ganti nama 'aku' yang selalu digunakan dalam blog ni kepada 'saya' sebab rasa macam tak sesuai la pulak nak beraku-akuan, lagi-lagi bila umur `akan' makin bertambah-tambah tua tak lama lagi. Haip2! makin tua makin hot lah. Muehehe. Yelah, tahun depan pun tinggal tak berapa hari je lagi kan. Dulu boleh la, rasa macam muda-muda lagi tapi bila perasaan pun dah lain main je, baik tukaq ja. Lagi-lagi bila tuan Fakur pulak tegoq kita. Malu aihh. Hehe

Hai, mari berkenalan dengan `saya' pulak! :))))

12.12.12

Dah lama tak buat ni.


wordless.




10.12.12

Kau tak mungkin sama dengan aku

Orang selalu tanya, tak teringin posting tempat lain ke, Sabah Sarawak ke? Dan selalu jawapan aku takmau! Dan orang-orang itu akan kata lagi, rugilah, awal-awal dah dok dekat kampung. Patutnya, duduk la jauh-jauh dulu dah dekat nak pencen nanti baru balik dok kampung. Banyak pengalaman semasa berkhidmat.

Ya! memang betul kata orang-orang itu tapi aku lain dan aku ada sebab-sebab sendiri. Mungkin bagi setengah orang tak setuju tapi takpa, jangan stress. Kan dah kata, aku punya sebab sendiri. Ngeh3.

Sebabnya; 

Aku jenis yang memang takleh duduk jauh dengan mak ayah. Ni masa bujang laa. Bayangkan masa aku kerja kat KL dulu..sebelum tiket bas naik harga, seminggu sekali aku balik kampung. Selepas tiket bas naik harga, 2 minggu sekali pun aku sanggup. Janji balik! Duit gaji aku habis bagi kat tokey bas ja. Tak caya? Call mak aku sekarang. Sampai kena marah dengan mak sebab kerap sangat balik sebab aku buat KL tu dekat macam Penang-Kedah. Muehehe. 

Masa dok Penang pulak sebelum ada kereta, aku merempit naik Yamaha Lagenda tiap-tiap minggu balik Sik. Kesedihan ayah aku tengok anak dia sampai rumah basah-basah kuyup sebab aku jenis tak reti nak berhenti tepi jalan pakai baju hujan kalau hujan turun. Aku jenis yang basah pun basah la...dah memang nak balik rumah pun. Bila singgah kat pasar malam nak beli buah tangan bawak balik rumah, orang tengok ja..apsal budak ni kuyup?? Dah?? tiba kat kampung tak hujan la pulaknya.

Aku jenis yang bila rindu kat mak ayah pagi tu, pagi tu jugak aku boleh pecut balik kampung dan tak payah risau pun kalau esoknya kerja sebab malam tu jugak aku boleh pederaihhhh balik rumah. Atau, kalau malas nak balik malam tu jugak, sesudah subuh pun boleh balik dan pukul 8 dah terpacak depan pintu ofis. Nampak situ?

Kalau dari segi pengalaman kerja, pengalaman merantau di tempat orang memang aku tak ada. Kalau ada pun sekejap je masa bujang dulu, itu pun aku dah macam hilang arah. Badan makin hari makin kurus, makan tetap makan tapi itulah, hati tak senang. Makan macam mana pun, kalau asyik susah hati memanjang memang kurus kering la. Buat apa merantau kat tempat orang kalau hati tak senang, kerja kompom ke laut. Aku dah pernah lalui.

Tapi aku tak perlu rungsing pasal pengalaman tu, bagi aku kerja kat mana-mana pun asal kita buat kerja betul, ada rasa tanggungjawab kat kerja tu, tetap cemerlang untuk prestasi tahunan kita. 

Dulu aku pikir, mungkin lepas kawen aku berubah kot. Salah. Aku tetap macam dulu walaupun dah berkahwin. Sekarang lagilah, ada keluarga sendiri dan keluarga suami. Nak balik raya pun senang, tak perlu nak berbajet sangat. Dua-dua rumah dekat. Janji aku bahagia, suka dengan keadaan sekarang. Lebih banyak masa aku boleh luangkan dengan mak ayah dan mertua. Sebab aku betul-betul sayangkan diorang dan aku tak boleh jauh pun dari diorang. Walaupun baru 3minggu tak balik kampung yang dekat ceh sangat tu tapi bila rindu tu sampai, air mata tetap jatuh jugak. 

Itu aku.

9.12.12

Selesai

Alhamdulillah, lulus! Itu pun dah cukup rasanya untuk bagitau kat semua keputusan Ujian Yang Terpaksa Ku Tempuhi tu. 

Yang paling aku berpuas hati, ujian UKA. Kalau biasa kat kem aku hanya mampu lari 17min untuk 2.4km. Walaupun masa yang ditetapkan untuk had umur macam aku adalah 15min 22saat. Tapi untuk ujian UKA baru-baru ni pencapaian larian aku sangat mengembirakan diri aku sendiri, 14min 32saat. Keh3, chaiyok! Mana taknya, aku punya risau tu sampai menggeletar kaki tau sebelum nak lari. Bila pandang pulak ukur keliiling Tasik Titiwangsa tu bukan dah 2.4km tapi dah macam 3.4km dahhhhh. Macam nak pengsan aku rasa. Jauhhh. Tapi Alhamdulillah, berkat usaha dan kuat semangat aku berjaya catat masa 14min 32saat. Mental betul aku masa tengah lari tu, ada pulak budak-budak ni berhenti dan berjalan sebab penat sangat kan. Aku pun hampir-hampir dah terpengaruh, nak jalan jugak. Tapi bila aku fikirkan balik, kalau aku  berjalan aku akan ketinggalan, jadi biarlah aku lari tanpa henti walaupun slow. Dan akhirnya lulus untuk ujian pertama hari tu!

Petangnya pulak ujian bertulis. Amboiii soalan susah kemain tahuuu. Tapi Alhamdulillah, diumumkan aku sebagai lulus. Tapi tak tahulah markah tu banyak mana..ke cukup-cukup makan 50 ja kot. Tak kisah la janji lulus je. Keputusan penuh pihak JRP akan hantar ke pasukan nanti.

Ujian kawad. Walaupun pada saat akhir tu aku mengalami kesukaran untuk bagi bahasa hukuman sebab sakit tekak. Dah tahu nak ambil ujian kawad tapi minum jugak ais banyak-banyak, last2 seksa diri sendiri. Tak ingat pantang. Aku gagah jugak keluarkan suara untuk bagi bahasa hukuman sampai berair mata-mata aku sebab pedih sangat tekak. Dan akhirnya lulus jugak. Alhamdulillah.

Panel temuduga. Kira bertuah la, aku kena group kedua terakhir. Time tu dah pukul 5.30 lebih kurang. Pengarah pun dah penat la. Mana taknya nak tanya sorang-sorang seramai 155 orang tu, mampu ke? Heh, dia pun tak kuasa. Kih3. Sampai group aku takda apa sangat yang ditanya, banyak bagi nasihat dan cuma satu soalan je yang aku terrrrpaksa mengiyakan...sekiranya diberikan pangkat Sarjan, SANGGUPkah kamu bertukar keluar ke pasukan lain? (posting kemana-mana negeri yang ditetapkan, kemudian meninggalkan suami aku dan status hubungan kami akan menjadi seperti PJJ - perhubungan jarak jauh, memandangkan suami aku bukannya asekar boleh bertukar keluar sama-sama. Suami aku awam, dia pun ada bisnes sendiri.  Lagu mana tu?? Uwaaa!!) Lantas aku jawab, ikut arahan, puan! Kemudian, terus sign surat akuanBlerghhhhhh. Jawapan yang keluar dari mulut tak sama macam yang dah melekat dalam hati...takmauuuuu! tak sanggup! Tapi untuk meluluskan diri memang takdak pilihan, so? sign jelah.... nanti kita adjust laa jalan belakang. Keh3.

Setahu aku, ada 5 orang yang tak lulus. Salah sorangnya, skot aku jauh dia datang..dari Sabah sana dan terpaksa balik. Tak apa untuk siri akan datang buat persediaan awal ye. Apapun, terima kasih semua yang mendoakan. :)

3.12.12

Ujian Yang Terpaksa Ku Tempuhi



Dalam dok sebok-sebok baca buku sikit-sikit lebih kurang untuk hari peristiwa yang bakal berlangsung pada 4 hingga 7 Dis 12 kat JRP, Kuala Lumpur sempat lagi aku menyambil dok belek-belek, tacap-tacap blog ni bagi nampak segar mata memandang. Kembali pengepink! Tapi tak pink terokkk sangat. Sedang-sedang saja. Sedap betul mata aku memandang. Angkat bakoi. Bagi nampak semangat nak belog kembali macam dulu. 

Antara 2 perkara ni, lagi penting kot aku pi tangkap buku dari dok belek blog. Bukan perkara main-main lagi dah pasal baca buku ni. Nak cekau banyak markah pun harap kat Ujian Bertulis saja la. 40peratus! Harap-harap sisa pelajaran yang belajaq masa kursus 3 bulan lepas masih melekat dalam kepala otak. Mesti cardas punya time menjawab. Itu kalau masih melekat la, kalau melekang habih dah semua..haa? camna? Harapan toyol kiri kanan depan belakang aku je lah. Haha. Itupun kalau pengawas terlepas pandang time kepala aku berpusing kiri kanan laaa...Haha. InsyaAllah, akan aku jawab atas kemampuan sendiri. Periuk nasi aku tu sampai pencen, InsyaAllah.

20peratus untuk UKA. Hmmm..ni satu masalah jugak bagi aku. Tapi rasa-rasa InsyaAllah boleh kot. Apa tidak, dah 2 hari aku training lari 2.4km dalam masa 15minit kat Empangan Tasik Mengkuang. Sampai sakit-sakit segala sendi. Ingat saja-saja ka aku pi jogging 2 hari berturut-turut kat situ. Semuanya untuk UKA pagi selasa esok. Keh3.

20peratus untuk Ujian Kawad. Ceh, malu la kalo asekar dah 10tahun lebih tak reti kawad. Baik hang berenti  asekar 15tahun ja niza. Hehe. Yang ni pun aku harap sisa pelajaran kawad masa kursus dulu masih melekat dalam kepala otak. Jika tidak kaluuuuu..berteraboq la depa pakat masuk longkang habih sebab tak ingat nak bagi hukuman 'berhenti atau ke belakang pusing semasa cepat jalan' atas kaki mana..kiri atau kanan? Haa., kena check balik! check balik!

Panel temuduga akhir? Aigoooo. yang ni buat aku ketaq lutut sebenarnya. Nak hadap antara boss-boss tertinggi dalam 3 cabang perkhidmatan Darat, Laut, Udara. Harap-harap depa tanya aku yang nice-nice saja. Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammin bil khoir.....

Doakan saya naa :)

1.12.12

Empangan Tasik Mengkuang


Dari semalam lagi teringin nak berjogging membuak-buak. Kebetulan suami pun free pagi tadi. Tapi terpaksa menggunakan kekerasan dan ugutan (jenis malas bersenam) untuk mengajak beliau jogging kat Empangan Tasik Mengkuang atau Mengkuang Dam kat Penanti yang mana tempat tu kalau pertama kali sampai perkataan Wow! mesti akan tubit dari mulut korang. Bagi aku kalo wow! tu boleh diterjemahkan macam perghhh! best siottt tempat ni! atau gila lawa tempat ni baq ang! atau kalau orang bandaq masuk hulu plak so emejinggg! Nice view beb! omaigad nyamannya itew asew! Agaknyalah kan? 

Mengkuang Dam tempat yang paling aku suka dan best untuk jogging atau riadah waktu petang dan tempat ni jugaklah tempat yang pertama suami aku bawak lepas kitaorang pindah masuk rumah dia kat Kulim lepas kawen dulu. Kiranya pengantin baru lagilah masa tu, terus pi jogging dulu. Haha. Lepas tu baru dia bawak aku mengenal jalan dan orentasi tempat shopping. Yang ada pun Giant dengan Tesco je. Tapi Giant tu ada pawagam siap. Takyah pi Seberang Jaya, Georgetown dah semata-mata nak tengok wayang. Segala jenis fast food pun ada laaa. Semuaaa ada! Cuma tuti futi je takdop. Tapi takdak pun takpa, mahal beda'ohh. Perabih duit aku ja nanti. Hak3. 

Okelah, mari kita lihat gambar-gambar tempat yang dimaksudkan itu. 

Baru sampai....10 minit je dari rumah.
Masa ni time lebih kurang jam 0715H.....
Pandangan dari atas... sebelah kiri tu jalan masuk
Jauhnya...camna nak lari ni?
Langkah pertama...
Jauh lagi nak sampai hujung sana....
Masa untuk berpatah balik...alamak! tak larat dah nak lari...jalan jelahhhh
Tenang... 
Muka takleh nampak...kepeluhan dan kepucatan. 

Amacam? ada rasa membuak-buak tak nak jogging sini? 

30.11.12

Rantaian cerita terburuk!

Hai!

Sekarang ni dapat tabiat baru dalam hidup. Dah hampir 2 minggu berlangsungnya tabiat tersebut. Tabiat yang paling tak suka la jugak sebab selalu tak sempat tengok habis Putera Rayyan. Sebab kita suka drama tu. Suka tengok gigi lawa Nad Zainal. Suka tengok Kamal Adli macho tu. Tapi mujur la Miss Ripley, cerita korea kat 8tv tu mula awal, 8.30. Owhh, Miss Ripley tu takleh missed! Rasa macam nak telefon kat penerbit je suruh tayang 2 jam ke, lama sikit. Tapi takleh gak. Sebab tabiat sekarang ni, jenis takdan sampai pukul 10, mata asyik nak peeeejam je sampai rapat. Terus takleh tengok Putera Rayyan langsung dah. APTB!

Cerita lain.

Kita sekarang rasa rindu sangat dekat blog. Tapi kita macam abaikan dia. Bukan kita berniat nak abaikan dia sebenarnya, tapi kita kerja. Kerja kita pulak tak macam dulu. Dulu duduukkkk je sampai jam 5. Sekarang berdiri dan berjalan je. Balik kerja je kita terus nak masak, basuh baju, lipat baju. Lepas tu kita letih. Jadi kita rest je memalam layan tv. Dah sekarang ni, boleh layan tv sampai pukul 10 je. Selalu mata kita boleh buka sampai jam 1. Entah la, mungkin musim kot!

Cerita lain.

Sekarang idea kita nak merapu tengah mencurah-curah nak menulis tapi......................................................
Bila kita baca balik entri ni, entah kenapa...kita sendiri rasa menyampah betoii!

Kbai.

23.11.12

Silalah menjamu mata

Apa ke herot2 batang ni? ke dahan? ke ranting?

Habisss piring peninggalan mak mertua kat rumah ni....hailahh menantu #aptb

Hasil kerastangan yang tak semenggah disangka!?


Notakukukakiku: 
Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... rasa macam dah lama sangat tak menulis. Otak tengah keras dekong. Jadi, biarkan dia lemau sikit baru boleh kita tulis merapu panjang-panjang macam dulu. Sekarang, tatap la lukisan yang ala-ala cherry blossom tu. Hasil keras tangan aku. Hobi baru. Nafsu baru. Cinta baru. Kegilaan baru. Jadi? Maafkan jelah sebab nampak buruk, nama pun baru!


16.11.12

1434H/2012M



Alhamdulillah masih bernafas hingga ke hari ini. Semoga terus beroleh kebahagian hidup, ketenangan jiwa dan diberkati sentiasa. Insyaallah.
Published with Blogger-droid v2.0.9

11.11.12

Taip sampai krem

Jam di henfon dah 1.30am. Tapi mata belum mau pejam, malah rasa bosan betul nak tidur. Eh! Camtu pun boleh? Hmmm.. Rasa lambat sangat nak siang.

Guling kiri tengok tv, cerita best kt tv2 tapi tak minat nak layan. Guling kanan tengok cik abam, kemain nyenyak lagi dia tidur. Sian, letih gamaknya.

Mana taknya, balik dari kenduri kawen terus aku baring sebab dah tak tertahan dengan sakit kepala yang berdenyut hebat macam kena inject sengat tebuan. Belasah tidur sampai ke senja. Lepas maghrib sambung tidur lagi sebab sisa sisa denyut masih ada. Bila bangun rasa macam ketoi batu besar bergolek golek dalam kepala. Gila.

Setakat panadol, actifast tu bolayan la. Tak main. Kena ponstan sebijik dua baru ok sikit. Tapi jarang aku ambil ponstan takut memudaratkan. Aku lebih suka basahkan sikit belakang kepala/tengkok dan dahi dengan air kemudian sapu minyak angin cap ikan emas. Perghh! Memula sapu memang pedih gila, rasa mencucuk cucuk kulit tapi lepas 2,3minit boleh rasa kepala berangin gila. Sedap dan nyaman! Haa, lepas tu 2,3 jam baru tersedar dari tidur.

Laki bini dua dua kepala cap ayam. Tak kena gaya sikit je migrain. Naik keta panas tak cukup aircond, migrain. Tapi camtu la aku laki bini buat kalau migrain serang. Ubat ubat ni kepala tak layan. Kena air campur minyak ikan emas, baru la buku bertemu ruas.

Kemain gigih aku taip guna henpon sekarang. Camni la keadaan bila laptop dah kena masuk bilik bedah. Masa ada tak jaga molep molep. Bila takdak mula meroyan. Itu lain kali cerita. Jari sudah krem!

Published with Blogger-droid v2.0.9

7.11.12

#WW

Jambatan P.Pinang kedua yang masih dalam pembinaan. Gambar diambil dari belakang Wisma Perwira, MK 2 Divisyen. (Tempat kerja)

Published with Blogger-droid v2.0.9

3.11.12

Awat panas sangat hati ni???

Nak kata aku ni jenis cepat naik angin, panas hati tu aku rasa, ya! Memang, kalau tak kena gaya. Tapi aku tengok jugak, kalau cara dia tu dengan niat nak melawak, aku tak kisah. Aku balas cara melawak jugak. Tapi bila cara orang tu macam tak reti nak hormat hak orang, aku memang tak boleh.. mendadak darah naik! 

Memang kalau nak kira, hal kecik je sebenarnya tapi bila asyik dok kena perlekeh ja dengan ayat-ayat dia. Aku rasa, orang lain pun boleh naik darah.

Walaupun darah dah naik mendidih-didih, aku tengok pulak keadaan sekeliling. Tambah-tambah lagi bila kat facebook, terbuka. Yang mana rakan-rakan kita yang lain boleh baca, aku rasa malu lah nak 'berperang' kat situ. Sebab kita ni bukan lagi budawk-budawk sekolah, dah ada title bini orang, mak orang kan. Jadi, kena malulah sikit. Tapi entahlah dengan 'friend' aku yang sorang ni, jenis tak reti nak paham caption tu betoi-betoi. Yang mana serious dan yang mana aku nak buat lawak. Rupanya, tidak bagi 'Wan Jamilah'. Jenis payah paham.



Gambar tu aku pernah post kat blog ni dulu. TENGOK SINI. Kalau aku lah kan, bila orang upload gambar kat facebook melainkan gambar-gambar yang tak senonoh la. Tak patut kot, nak kata macam-macam kat tuan gambar tu. Entah la..malas nak cakap lagi. Panas hati tak sejuk lagi, rasa macam nak remove je orang ni. Haih.

#Ke gambaq tu memang tak senonoh?? :P

31.10.12

Percaya Diri

Sebenarnya kita tak perlu terlalu memikirkan tentang anggapan dan pandangan sinis orang lain terhadap kita.

Jika kita yakin, kita tidak ada salah dengannya.

Jadi, adalah lebih baik kita mengabaikan saja senyum sinis dan jelingan yang tidak berasas itu.

Voila! >3<

Published with Blogger-droid v2.0.9

30.10.12

Fakta Yang Amat Berguna Utk Semua!


1. Tahukah anda? Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu dan kesannya kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda? Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki yang ada dua mata air, jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Tahukah anda? Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!

Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.

4. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan walaupun mereka bukan dari spesies yang sama.

5. Tahukah anda? Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun, seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

6. Tahukah anda? Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

7. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

8. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

9. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

10. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

11. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

12. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

13. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

14. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

15. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

16. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

17. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

Source: Facebook.

Kikiki...macam-macam hal!

29.10.12

Sup Lesung Batu


Alhamdulillah, habis jugak seperiuk sup tulang yang aku masak sampai pukul 3 pagi semalam. Dengan niat nak buat jamuan makan-makan kat ofis. Walaupun, dah pukul 11malam baru start masak. Itupun sebab suami aku bawak balik tulang lembu banyak sangat, sampai tak muat nak letak dalam peti sejuk. Terus cik abam cadangkan aku masak bihun sup, suruh bawak pi ofis. Mujur sangat la masa tu awal lagi, sempat la beli bahan-bahan.

Dan pagi tadi, dengan semangatnya aku angkut sup ni:





Nampak? Hehe. Siap tekup dengan lesung batu, kononnya takmo bagi sup tu tumpah sebab penutup tu tak kejap sangat. Lupa nak tutup dengan kain. Sampai tergelak2 orang kiri kanan aku masa berenti kat traffic light. Cis!

28.10.12

The Lembu

Untuk tahun kedua, lepas solat raya aku drive balik kampung sorang-sorang, tanpa suami. Terpaksa tinggalkan suami sorang-sorang dan terpaksa balik beraya kat kampung sorang-sorang dengan family. 

Setiap kali raya haji, bukan lembu je kena qurban, aku, mentua, mak ayah aku pun berkorban jugak beraya tanpa anak/menantu depa yang sorang tu. Nak buat cemana, time raya haji memang dia sibuk  dengan tempahan lembu yang nak kena sembelih. Dan raya haji jugak la mendatangkan rezeki yang banyak kepada kami. Alhamdulillah, syukur.

Alang-alang dah kan? Nak promosi sekali nih. Kepada sesapa yang berdekatan area Lunas/Kulim/Penang/Sungai Petani nak beli atau nak jual lembu, boleh la emel. InsyaAllah, kalau nak jual ada rezeki kami beli. Buat sementara ni boleh emel ke kplniza@gmail.com atau emel suami badintokey@gmail.com. Blog lembu dia tak siap lagi. Dah siap nanti boleh la pilih-pilih lembu mana yang berkenan untuk buat kenduri/qurban atau kambing untuk aqiqah ke kan.


Sekian. Hehe

25.10.12

Cium montot e_e"

Kalau ikutkan, esok baru mula cuti tapi disebabkan insiden tercium montot kereta orang pagi kemarin aku ambik cuti harini. Cadangnya nak settle pasal insiden cium montot tu tapi pihak sana senyapppp je, jadi aku pun buat senyap jugak la.

Dah 2, 3 hari aku tak sihat sebenarnya demam, batuk, sakit tekak dan selsema teruk. Pagi kemarin aku pergi keja lambat dari biasa, pukul 7.30 pagi baru keluar dari rumah. Sebelum keluar rumah aku telan dulu sebijik ubat selsema sebagai bekalan untuk mengurangkan selsema yang teruk tu. Suara pun hampir hilang, serak-serak gharau dah bunyi.

Lepas setengah jam drive aku sampai kat jambatan Penang, mujur tak jem. Masa tu aku dah rasa nak 'layan' je kepala. Lali semacam ja. Rasa mengantuk sangat. Mungkin kesan ubat selsema. Sampai kat jalan atas Sungai Nibong, jalan jem pulak. Panjang benor pulak tu. Tapi sebab kepala aku dah semacam jadi aku tak heran sangat dengan jem tu semua. Aku ikut je slow2. Tiba-tiba aku rasa macam terlanggar sesuatu. Tak kuat, slow je langgar. Rupanya dah terlanggar belakang kereta orang. Nissan sentra gold dah tercium nissan sentra grey. Kereta sama jenis pulak tu. 

Aku nampak sorang lelaki keluar dari sentra tu, cina. Aku pun keluar slow2 sambil buat muka kerut2. Ya Allah, mujur la tak teruk mana. Takda kemek, keluar cat ke apa. Memang takdak apa2 kesan langsung kat bumper kereta dia. Yelah, sebab aku cuma langgar dia slow2 je pun. Yang aku ingat masa tu, aku jalan sambil tekan break sebab tengah jem kan, jadi jalan slow2 pastu aku rasa macam aku terlelap masa aku terlanggar tu. Huii..bahayanya! 

Aku tanya dia macam mana? Takda apa yang rosak pun, kira settle la kan. Tapi dia tunjuk kat atas bumper dia macam ada tercalar sikit. Padahal aku langgar bawah, apasal plak ada calar kat atas bumper tu. Aku agak itu calar lama punya. Takdak kena mengena langsung dengan yang aku langgar tu. Mula2 aku nak je bagi dia RM50 kira tu malas nak panjang cerita la, lagipun jenis ca ya nun alif ni jenis payah nak berkira. Lepas tu dia nak claim kat aku sampai RM250 pulak. Ambik kesempatan lah pulak. Terus aku cakap, pi bengkel sama2 la senang cerita. Aku bagi no phone aku kat dia, dia bagi no phone dia. Aku cakap hari ni nak jumpa dia. Sebab aku nak bawa suami aku sekali pi tengok kereta dia tu. 

Memang la salah aku sebab terlanggar dia. Tapi kesan aku langgar dia tu langsung takda. Kalau orang tengok pun, macam tak kena langgar pun kereta dia tapi kereta aku yang terkeluar cat sikit kat atas no plat tu. Tapi aku tak kisah  pasal kereta aku, asal kan kereta dia takada apa2. Aku tunggu je dia call, tapi sampai sekarang aku tak terima call dari dia. Mungkin dia pun rasa, kereta dia takdak apa2 jadi buat apa nak jumpa kan. Tapi kalau esok ke lusa dia call, aku akan pi jumpa dia jugak kat Penang sebab aku dah janji nak jumpa tapi aku rasa aku tak mungkin bayar dia sebab...nak bayar buat apa, memang tak rosak langsung.

Kawan-kawan ofis (lelaki), boss, suami pun cakap yang sama..dah tak rosak buat apa nak bayar pulak? Kan?

23.10.12

Anak angkat

Baru-baru ni, ada sorang kawan tanya aku pasal anak angkat. Memula dia tanya nak ke tidak je. Lepas tu dia cadangkan pulak supaya aku ambik je baby yang bakal lahir 29hb nanti. Bila aku tanya anak sapa? Dia cakap kawan kakak dia. Orang susah, anak dah 2 dan tak mampu. Dan macam-macam lagi yang dia plan kan untuk aku pasal pengambilan anak angkat tu.

Senang-senang je kan dia bagi cadangan?

Masalahnya bagi aku, bukannya senang nak buat keputusan tergesa-gesa macam tu. Perkara macam ni, walaupun ya, kita yang nak bela tapi tak boleh la nak membelakangkan kedua-dua belah family kita. Kena berbincang dan persetujuan family pun penting. Lagipun aku rasa, masih awal untuk aku fikirkan pasal anak angkat. Bulan 12 nanti baru cukup 3 tahun kawen. Bagi aku, macam BARU lagi kawen. Ditambah dengan belum ada anak ni, rasa macam pasangan baru kawen je. Masih dalam mood honeymoon kot! 

Dia suruh aku bincang dengan suami tapi sampai ke hari ni aku tak buka mulut pasal hal tu depan suami sebab aku tahu suami aku memang taknak anak angkat. Lagipun, aku sendiri rasa berat nak ambil apatah lagi nak fikirkan hal-hal macam tu. Belum tiba masa yang sesuai untuk aku. Lagipun masih awal, boleh ikhtiar lagi cara lain.

Apapun, aku berterima kasih la dengan dia sebab agak prihatin dengan aku walaupun sebenarnya aku dengan dia bukanlah kenal rapat pun. Kenal pun gitu-gitu je tu pun sebab suami dia dulu pernah satu tempat kerja dengan aku. Berjumpa pun baru 2x dan bersembang pun hanya melalui facebook. 

Kalau korang, setuju atau tak? Apa pendapat semua pasal anak angkat ni??  

19.10.12

Menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012


Semua sudah maklum ATM bakal berentap dengan Kelantan bagi menentukan siapa yang akan menjuarai Piala Malaysia 2012.  Dan semua pihak juga tahu, ini merupakan kali pertama buat ATM berjaya ke peringkat akhir selepas lebih 4 dekad. Tahniah ATM.

Sebagai anggota tetap dalam ATM, semestinya sokongan aku pada malam perlawanan nanti 1 00 peratus kepada ATM. Tidak berbelah bagi.

Dan korang semua juga perlu tahu, ini adalah kali pertama aku menulis tentang Piala Malaysia yang melibatkan bola sepak. Kerana apa aku menulis? Tentulah kerana sokongan yang tak berbelah bagi dan kecintaan aku yang mendalam kepada ATM yang juga merupakan periuk nasi aku selama sedekad ini.

Hari ini, seluruh kem tentera dalam Malaysia sibuk mengatur setiap anggotanya untuk dibawa menonton ke Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan kepada team bola sepak ATM.

Eh, kenapa bunyi macam serious sangat entri aku ni? Skema semacam ja ayat. Buang tebiat dah ke? Kikikikih. Kata ATM, orang luar pun anggap ATM ni macam garang jadi entri pun kenalah serious. Haha.

Nak tergelak jugak aku dengan anak2 jati Kelantan yang berkhidmat dengan ATM ni, masing2 dalam dilema sekarang taktau nak sokong yang mana. Dua-dua penting katanya. Sapa menang pun tak kisah la kan. Janji bermain dengan baik. Pulun, pulun dah tapi kalau kalah..redha ajelah. Adat pertandingan gitu lah.

Apapun kepada Kelantan, Gomo Kelantan Gomo! Jangan tak gomo deh. Hehe.

Kepada ATM, Gempur ATM Gempur!!  Semoga juara milik kita! Amin.


To abam Marlo Alex James dan abam Bruno Martelotto, korang menjadi harapan warga ATM . Jadi, pastikan!


Ceeewah! Hehe
Published with Blogger-droid v2.0.9

16.10.12

Saye ade copy paste tip nak dapatkan baby kembar. Haaa...Suke tak?


Tajuk mengada-ngada betul kan. Heh3. 

Serius! sekarang ni taktau nak update apa, kering terus idea. Tapi kalau nak update cerita-cerita biasa kat tempat kerja atau aktiviti hari-hari tu memang banyak la tapi sekarang ni rasa macam tak best je nak keluarkan entri yang macam tu. Rasa macam orang nak baca pun takdak selera je kan? 

Agaknyalahh. hehe. Oleh itu, daripada korang baca entri aku dok mengarut je lebih baik selit sikit tips ke fakta ke auta ke kan. Dapat la jugak ilmu sikit-sikit kan, orang kata..ada pekdah la jugak. Hehe

Bahan untuk entri aku kali ni pun sebenarnya dah lama ada dalam 'draf'. Setahun ada kot. Bila tengok-tengok tadi rupanya melambak draf yang aku tak keluarkan lagi tapi semuanya kena tapis dulu la. 

Faktor-faktor dan kebarangkalian mendapat anak kembar:

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita  juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan ke atas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

#Aku ada gak dok berangan nak kembar. Tak salah kot berangan, manatau ada rezeki kan. Korang amacam?

13.10.12

#Art. Everyone is artist

Minat melukis tu dah lama wujud sejak sekolah rendah. Ingat lagi masa darjah 5, top5 dalam senarai untuk saringan akhir pertandingan melukis antara sekolah. Terkejut jugak masa tu, cemana cikgu boleh nampak keunikan lukisan comot aku sebagai salah satu yang terbaik. Hehe. 

Namun ternyata aku bukanlah yang terbaik. Langsung tidak. Tak terpilih pon untuk ke peringkat final. Ceh, dah macam apa ayat tu. Dah bunyi gaya-gaya final Piala Malaysia ATM vs Kelantan dah kan. Go!go!go! ATM meme dah juara! 

ehhh?
Hehehe. terover pulakdahh!

Aku memang minat melukis, bercita-cita sangat nak melukis cantik-cantik boleh gantung kat dinding dapur. Dapur jelah mampu, letak kat ruang depan kang buat malu je orang tengok. Yelah, lukisan pun comot. Tapi sampai sekarang tak pandai-pandai pun melukisnya, minat je lebih. Tapi minat tu tak selari dengan usaha. Kalau usaha lebih, pasti dah terer sangat sekarang. Minat tu kalau campur malas makanya memang tak reti sampai ke sudah lahh. Muekeke.

Oleh itu, masa aku tengah ushar-ushar keperluan alat tulis untuk pejabat, aku ternampak sekotak digital painting. Ada kotak kecik, kotak besar dan kotak lebih besar. Eh, ini tak boleh jadi nih. Aku pantang sikit jumpa benda-benda gini. Ini dah jadi kes wajib beli, wajib try this at home! Ingat nak beli yang besar terus harga lebih kurang RM30. Yang kotak sederhana besar tu RM18 je. Untuk permulaan baik beli yang kotak kecik je dulu, kata pun wajib try. RM6.80 je yang tu. Kalau best esok boleh pi beli lagi. 

Tapi yang tu kita tak kena lukis, cuma kena main paint je. Ternyata ianya sangat best walaupun aku hanya paint hello kitty je. Ceh, bebudak sangat. 

Nah tengok ni.


SEBELUM - comel kan botol cat dia.

SELEPAS - Tengok! Dah siap ada guide pun masih comot.
Tak pandai guna paint tu.

Paint comot-comot pun makan masa sejam setengah jugak ni. Punya susah mungkin sebab lukisan dia kecik kan. Tapi best. Nak beli lagi, beli yang lebih besar. Yang besar tu lukisan dia ada macam-macam jenis sesuai la dengan orang dewasa macam aku ni. Ni tak, hello kitty? 

Tadi dah jet2 laki, nampaknya dia setuju. Hah, apalagi main cat jelah minggu ni sementara tengah gian. Minggu depan kalau dah jemu, tengok la..lempaq ghata ceghok. Huhu. 

11.10.12

9 bulan


Masih terngiang-ngiang di telinga apabila semalam Dr Fauzi berkata eh, awak ni dah mengandung 9 BULAN! Sejurus selepas beliau membuat pemeriksaan ke atas aku. Walaupun dalam pada itu aku masih dalam separa sedar dan susasana keliling pun macam samar-samar suram je tapi aku terus bersorak gembira. Gembira kerana apa yang aku harapkan akhirnya! Ya akhirnya menjadi kenyataan! 

Namun, tetiba aku rasa macam hairan pulak. Yelah, Dr Fauzi kata aku dah mengandung 9 bulan tapi kenapa perut aku tak muncit pun? Masih leper macam sedia ada je. Sekali lagi hairan itu datang menujah kotak fikiranku, Macam mana tiba-tiba boleh terus mengandung 9 bulan pulak! Eh takleh jadi ni, Dr Fauzi tu mesti tipu je. 

Tiba-tiba!

Alarm henpon bunyi pukul 4.30pagi! Terus potong mimpi indah aku tu. Tak dapat nak tau apa kesudahan mimpi tu tapi yang pastinya... aku tak mengandung pun. Arghhh. Stress. Dah banyak kali mimpi macam tu. Tapi nampaknya belum menjadi kenyataan lagi. Mungkin ada hikmahNYA disebalik mimpi-mimpi tu. Mudah-mudahan. Amin.



#Dr.Fauzi dalam mimpi tu, kawan opis lama aku. Konpius! Cemana dia boleh timboi jadi doktor pulak dalam mimpi tu. Keluar muka dia sebijik pulak tu. Huhu.

8.10.12

Kerjanya berat


Baru 3 hari tak update blog tapi rasa macam berminggu tak berupdate. Rindu suasana macam dulu, boleh update selalu. Bila tengok orang lain kejap2 keluar entri baru, rasa jeles pun ada. Tapi takpalah, nak buat cemana. Kerja hal kerja. Kat rumah hal rumah. Weekend cara weekend pulak. Huhu.

Bila tak update, makin lama kawan-kawan pun makin lah menjauh dari blog iteww. Masuk pun hujung-hujung je pastu terus keluar. eh? Lawak ya pun. Hehe.

Dulu masa kat opis lama ada banyak masa terluang, lagi-lagi bila bos out station kemain aku berlama-lama layan blog. Tapi sekarang dah lain, sejak tukar ke opis baru ni memang takda masa nak buka blog. Nak menyempat kejap pun takdan. Betul-betul busy dengan kerja yang telah dipertanggungjawabkan. Skop kerja baru. Tapi serius aku suka dengan kerja-kerja yang aku kena buat sekarang ni. Rasa lebih mencabar. Mana taknya dah hampir 10 tahun kerja senang. Kerja bancuh kopi bos kendian jawab telepon kendian ingatkan bos pasal meeting itu jam itu jam. Muehehe.

Sekarang semua kerja kena cekup, kebetulan pulak tengah tak cukup kakitangan. Ada yang sambung belajar, tahun depan baru start kerja balik. Ada yang posting, pengganti belum sampai. Minggu pertama kat opis baru, teruk jugak aku hadapi kemurungan. Sebab tak tahu nak buat kerja. Tak tau nak mula yang mana. Naik pening kepala bila kena pegang dan update dokumen-dokumen penting perkhidmatan anggota. 

Tapi sekarang dah sebulan lebih ni, jangan la pandang aku sebelah mata lagi. Dah boleh handle semua. Alhamdulillah. Berkat sabar, tingkatkan usaha, ikhlaskan hati buat kerja tu, pupuk kan minat sikit dan tunjuk ajar staf2 lama..ada jugak la peningkatan tu. :)

5.10.12

Subuh

Alhamdulillah, pagi ni diberi kesempatan untuk berjemaah subuh bersama warga kem. Walaupun terpaksa keluar rumah seawal jam 5pagi namun hati berasa sangat bersemangat untuk turut serta dalam kuliah subuh.

Apa salahnya kita hadir sama untuk satu majlis ilmu yang hanya diadakan setiap 2minggu sekali saja pun.

Salam jumaat ツ

Published with Blogger-droid v2.0.9

3.10.12

Kawan yang kita suka

Sepanjang jalan balik ke rumah, kepala ni tak henti-henti memikirkan tentang 'kawan-kawan'. Dulu, aku pernah berjanji denagn diri aku sendiri yang aku takkan berkawan baik atau terlalu rapat dengan sesiapa pun di tempat kerja. 

Sebab? Pengalaman lalu banyak dah mengajar mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi semua tu dah berlalu dan bagi aku kita harus ada sikap memaafkan dan juga memohon maaf kepada orang lain.

Namun sebagai manusia atau perempuan aku rasa kita sangat cenderung untuk memiliki seorang kawan atau lebih dan mungkin juga sebagai sahabat kalau boleh. Supaya kita tak berasa bersendirian sangat walaupun hanya berkawan semasa di tempat kerja sahaja.

Tadi aku disindir melalui sms hanya kerana aku melayan kerenah seorang kawan yang lain yang juga musuh (tak ngam) dia. Cara aku lain. Aku nak berkawan baik dengan semua orang, pompuan saja la. Tapi kalau kau ada masalah/hal dengan dia, jangan babitkan aku atau hasut aku supaya jangan berkawan/bercakap/layan dengan kawan yang sorang tu. Masalah korang, korang punya hal.

Itu aku sangat marah. Tapi aku tak balas sms tu, aku abaikan sms dia sebab kalau aku balas, aku akan balas dengan kata-kata yang mungkin akan buat dia terasa sebagaimana aku sangat terasa dengan sindiran dia. Aku anggap dia satu-satunya kawan baik aku yang aku rasa dia lebih tahu  atau faham sikap/perangai atau apa yang aku suka dengan yang aku tak suka. 

Aku rasa benci sangat dengan hal yang macam ni. Aku rasa tersepit. Aku kecewa lagi hanya kerana kawan.

30.9.12

Petikan ayat: Dr Zubaidi Hj Ahmad


  • Seorang wanita yang diuji dengan kerenah suami bertanya pada saya. "Sampai bila saya mahu bersabar?" Bersabar bukan diukur dengan masa. Ada yang bersabar berbulan-bulan, ada yang bersabar bertahun-tahun. Sabar harus diukur dengan perubahan dan kejayaan. Bersabarlah sehingga berjaya dan ada perubahan. Setiap orang yang diuji dengan sakit dan masalah harus bersabar. Tidak rugi orang yang bersabar, di mata manusia dan di sisi Allah.

  • Seorang wanita bertanya kepada saya resepi untuk mengubati rasa kecewa kerana pengorbanannya selama ini tidak dihargai dan rakan sendiri menikam dari belakang. Saya menjawab "perbaikilah niat kita" kerana niat yang IKHLAS dan melakukan kebaikan tanpa mengharap balasan paksi kekuatan jiwa. Orang ikhlas tidak memperdulikan sama ada dia dibalas dgn pujian, penghinaan atau sindiran. Jangan putus asa dari melakukan kebaikan, kerana musuh kita mahu melihat kita berhenti melakukannya. Kita tidak perlu mengharapkan pengiktirafan mereka.


Selamat beramal :)

Instagram | Twitter

Cuma nak bagitahu korang aku dah lama ada Twitter, dan Instagram ni kira baru tak baru juga. Cuma satu je aku tak ada, eh bukan takda tapi kureng ada follower. Kalo ada pun followers yang ada sekarang ni, macam tak mesra rakyat sangat la. Jadinya  bila tak mesra rakyat tu macam suram je timeline aku kat twitter tu, tweet sesorang meroyan pun sorangsorang. 

Pendek kata nak cari kengkawan yang mesra pengguna gitu. Eh, senang cakap.. meh la follow aku beramai-ramai. Muahaha.


Gambar ni sengaja ambik kat sebelah tu je. Mana la tau kot ada yang tak nampak. Hehe. Nak follow? Tekan je kat sebelah tu k. :)

28.9.12

Wajib ke buat entri ni?


Sebab kerja, tak dapat nak tengok bajet 2013 kat tv. Pukul 5.10 baru masuk dalam kereta nak gerak balik rumah. Sempat la jugak dengar separuh lagi pembentangan bajet tu tadi kat radio. Selalu bila hari jumaat je terkocoh-kocoh gelojoh tak senonoh memandu sebab nak cepat keluar dari pulau, nak elakkan dari tersangkut dengan jammed kat atas jambatan. Tapi hari ni cool pulak aku drive, sedar-sedar je dah sampai. 6.30 pulak tu baru sampai, gila slow. Kan bagus gitu!

Tu pun sebab nak dengar pasal 'bonus'. Semua orang kot tunggu pasal bonus tu kan? Apapun, hati sangat gumbira. Insentif khas + bonus. Rezeki lagi. Alhamdulillah :)

24.9.12

NuffnangX. Saya sudah, anda?

Semalam buka Nuffnang, saja nak tengok BE ada lagi ke tak sebab sekarang ni kan dah jarang buka blog apatah lagi nak update sekerap mungkin, macam dulu. Alhamdulillah, rezeki dari Nuffnang masih kencang nampaknya. Aku sendiri macam tak percaya bila BE tu belum lagi berhenti dapat sejak bulan Mac lagi sampailah sekarang BE silih berganti, masih galak menari-nari kat blog aku. Alhamdulillah, terima kasih bebanyak Nuffnang. Dan cadangnya hujung bulan ni nak cashout la. Tapi amount tu takda la banyak mana, cukup-cukup sudahhh. eh, cukup-cukup makan je.

Laa, panjang lebar plak cerita pasal BE. Sebenarnya nak cerita pasal NuffnangX ni haa. Aku tak pasti la samada korang semua dah lama sign up dengan NuffnangX - Social Blog Stalking tu ke tak tapi aku baru perasan kewujudan dia semalam masa buka Nuffnang. Masa nak log out Nuff tu macam terperasan ada notification kat hujung tu so aku pun klik la. Aku ni plak jenis takleh nampak apa, semua aku nak tekan semua aku nak tau semua aku nak try semua aku nak ada semua aku nak dulu!! Orang len kemudian.. Hehe.


Mula-mula tu macam pening jugak dengan NuffX ni tapi bila lama sikit macam dah boleh paham sikit-sikit la fungsi atau misi atau matlamat NuffX ni. Apa yang kepalatak aku ni paham, macam ni la lebih kurang:

  • Boleh follow mana-mana blog yang kita suka, boleh search url blog yang kita nak follow tu. Taip nama pun leh kuar dah kot. Contoh: Niza Romli. Muehehe
  • Bila kita update blog, entri baru tu otometik masuk dalam NuffX tu. Wahh, ajaib. Takyah susahsusah dah copy paste url macam nak ping kat facebook tu. Buat genyahh.
  • Ada button conversation, boleh sembang-sembang. 
  • Boleh follow blogger dari seluruh dunia untuk tambah kenalan.
  • Lebih kurang macam Google+, boleh komen-komen kat entry blog yang kita follow.


Apapun, sebelum tu kena Claim Blog dulu. Tujuan dia untuk mengesahkan yang kita ni pemilik tepat blog tu. Lepas tu kena add code NuffX letak dalam blog kita. 

Yang syioknya, ada aplikasi NuffnangX ni untuk pengguna iPhone dan Android. Lebih syiok, apabila apps tu boleh dimuat turun secara percuma.

Dengan NuffnangX kita boleh dapat duit jugak. Sangat menarik! Cemana cara? Terjah sini http://thesearch.nuffnangx.com.

Apalagi? Jom kawan dengan kita. Kita ada NuffnangX dah, meh follow meh.

22.9.12

Puding pisang berkastard..yami yami!

Petang je mesti lapar. Itu biasa. Kalau kat ofis, asal petang je mesti beli goreng pisang, takpun cekodok, takpun goreng cempedak atau cucur udang letak penuh atas meja. Itu pun biasa. Tapi bila kat rumah, memang tak biasa langsung nak keluar rumah petang-petang cari makan bila 'laparkan' sesuatu. Kalau terliur jugak, dapur ada. Apa tekak nak, mesti jadi punya. 

Bab makan, memang takdak kompromi! heh3

Takkan tak terliur kot!

Oleh itu, pada petang tadi telah tersiapnya satu makanan yang amat dasyat sedapnya! Puding Pisang Berkastard. Nak cuba? Nanti dulu,  nak cerita dulu satgi baru boleh bagi resepinya.

Ini kali kedua aku buat puding pisang ni. Kali pertama buat, dah lupa! Sebab memang takdak dalam blog ni.  Buku resepi aku memang melambak. Puas belek-belek tadi, baru terjumpa resepi ni. Senang je pun nak buatnya. 10x kelip mata je. Percayalah. Muehehe.

Bahan: 
Pisang Berangan (pisang berangan je paling sedap untuk buat puding ni)
Butter
1 tin susu cair*
2 biji kuning telur*
1/2 cawan air*
4 sudu penuh gula*

Yang bertanda * untuk buat sos kastard

Cara: Satukan semua bahan * sos dalam periuk. Kacau hingga sebati dulu, baru panaskan atas api hingga pekat. Sejukkan.

Masukkan sedikit butter dalam kuali dan goreng pisang dalam butter yang dipanaskan. Balikkan bila dah masak. Pisang ni masak sekejap je dah cukup, kalau biar lama nanti lembik. Hidang dan angkat dalam pinggan. Tuang sos. Nak sedap lagi tabur kismis. Siap.

Makan hingga kering pinggan! 

12.9.12

Privilege Card



Ariani? Jakel? Al- Ikhsan? woowww!


Baca SINI. Terima kasih PM kita :)

11.9.12

Caiyaq taik telinga aku, cishh



Terus donlod lepas tengok 'Bukan Bidadari'. Sedap plak telinga ni dengaq. Dok ulang petik lagu #babakcinta ni kat 10x ada kot. Mujoq laki takdak malam ni, tidak kaluuu jenuh dok mai hingaq kat telinga suruh tutup laptop masuk tidoq. Dia tak bleh bising-bising..semak taik telinga.  Muehehe! 

9.9.12

Tukar jadual masak pulak kitanya

Sekarang ni aku tengah mengantuk sangatsangat tapi takleh tidor, sebab? dah petang sangat. Satgi liat nak bangun. Lagi-lagi baru lepas makan nasi ni kan. Almakjah jelah, maghrib pun boleh jadi tak sedar. 

Sekarang ni kalau weekend dah jarang masak tengahari. Dah tukar jadual masak. Masak petang pulak, pukul 4 baru masak. Pukul 6 dah makan. Malam takyah makan dah. Diet - konon je. kang lapar selok periuk lagi. aku bukan buleh harap pun!

Sebab apa tukar jadual masak? Sebabnya kalo masak tengahari, laki aku bukan dia makan pun. Buat sejuk lauk je. Pagi-pagi wajib belasah roti telor 2 bijik, telor separuh masak 2 bijik, neskepe ais segelas. Maunya tak kenyang sampai tengahari. 

Kalau dia balik rumah tengahari, memang tak pernah dia makan nasi. Bila tanya - kenyang. Tanya - kenyang. Aku pun jenis kenyang lama jugak cuma ada masa-masa gedik dia je kejap-kejap nak makan. Kejap nak makan tu, kejap nak makan ni. Tapi tak selalu pun. 

ps: Harini masak gulai udang kawkaw! best lama betui tak bergulai. Malam ni nak berojak buah pulak. :)

7.9.12

Beraya di alam mimpi

Pagi tadi aku terlewat bangun lagi. Kelmarin pukul 7 baru bangun. Pagi tadi pukul 6.04minit. Lewat jugak. Biasanya untuk hari bekerja aku kena bangun 5sengah untuk sampai ke opis tepat pada masanya. Tapi takpalah, apaadahal dengan korang semua pasal kelewatan bangun pagi aku tu kan. 

Tapi!

Pagi tadi bila bangun dari tidur aku macam ingat-ingat lupa. Biasa la baru bangun, dok pening-pening nyamuk kena sembur ridsect. Dan aku rasa, aku memang mimpikan seseorang. Seseorang yang aku kenal tapi tak pernah jumpa. Haa, apadia? Cer teka! 

Dah, dah! Takyah nak jawab sangat soklan ala-ala teka teki tu. Tapi aku masih confuse lagi ni macam mana blogger faraherda. razalan boleh muncul dalam mimpi aku tetiba je. 

Datang beraya ke rumah aku dengan baju sedondon biru, 3 beranak. Dalam mimpi aku, Fara orangnya tinggi lampai, kulit sawo matang dan sedikit je berisinya dan dan dan bercermin mata. 

Adakah Fara yang muncul dalam mimpi tu seakan-akan betul dengan Fara yang sebenar?? Tolong jawab sat Fara.. hehe. Aydin memang betul muka dia la sebab selalu tengok dia kat header Pok Amai-Amai. 

ps: lagumana buleh mimpi fara ni? isk peninggggg

6.9.12

Kisah hati yang tersagat

Ada satu hari tu, aku pergi Tesco sengsorang. Setelah kepenatan tolak troli lepas shopping barang dapur yang kemain sakan lagi tu, tetiba pulak perut berbunyi. Itu menandakan aku sedang kelaparan. 

Kebetulan masa tu dah turun tingkat bawah nak menuju ke pintu keluar, disebabkan kemalasan nak patah balik pegi kat foodcourt dia kat tingkat atas, aku singgah jelah kat KFC nak take away. 

Aku berbaris di belakang seorang budak. eh, gadis kot. Dah besar budaknya. Perempuan. Dalam kegelisahan aku berbaris jugak sambil mata jeling-jeling kat luar kat pintu masuk KFC. Risau. Troli barang aku tinggal kat luar takda sapa tolong tengok kan. Kang ada yang bawak lari barang tu, tak ke naya. 

Lepas tunggu punya tungu. Eh, apahal lama sangat budak ni dok selok poket seluar ni. Kejap selongkar beg, Kejap selongkar purse. Laaa, rupanya duit tak cukup 2 kupang lagi nak bayar KFC. 

Yang cashier pompuan tu dok asyikkkk je sebut semuanya 17.20 tadi adik bagi 17hinggit je, tak cukup 2kupang lagi dik. Walopun dia nampak budak tu dah berpeluh-peluh selok poket, selok beg semua. Apa salahnya kalo cakap takpalah dik, 2kupang lagi tu akak belanja je. Kan? Pahala tu, tolong orang. Tak luak pun duit gaji tu kalau sedekah 2 kupang. 

Kesian tengok cashier tu dok berdrama dengan budak tu, aku pun sua lah kat dia 5kupang sebab aku pun takda 2kupang tu. Kemain cepat lagi budak tu ambik. Muka dah merah. Orang ramai ni tengah berbaris kelaparan nak makan KFC. Lain la kalo ada kawan boleh la mintak-mintak kan, ni sorang-sorang dia. Kalo aku pun malu. 

Lepas budak tu bayar, terus dia pusing kat aku cakap Terima kasih MAKCIK!! dan terus blahh dari situ sambil tunduk muka. Balance 3kupang tak bagi pun tapi memang takdak hal lah tu aku sedekah. 

Tapi yang tak tahannya dia panggil aku makcik??! Orang yang dok baris kat sebelah pun pusing tengok muka aku. Makcik tang mananya muka aku ni?? Gila hang dikk, aku ni hot lagi tau!! Panggil la kakak! grrrr.

ps: Jenis tak sedaq diri makin tua! >.<"

2.9.12

Misteri: Kelakuan jiran yang meragukan akhirnya terbongkar!!

Merujuk kepada perkara tajuk di atas, adalah saya ingin menghebohkan beberapa kelakuan pelik yang telah mendatangkan pertanyaan secara bertubi-tubi didalam hati lalu membuatkan saya berasa sangat konfius yang teramat terhadap jiran sebelah sejak 4 bulan yang lalu.

Ehhh dah macam buat aduan bertulis lah pulak. Huhu. 

Lagi 3 bulan lebih kurang cukup la 3 tahun aku berjiran dengan jiran aku ni. Jiran aku ni @bukan nama sebenar dia, Tini. Aku panggil kak tini padahal aku rasa dia macam muda je dari aku. Tapi disebabkan anak dia dah 2 masa tu dan yang sulung pun dah tadika, jadi aku rasa elok aku panggil kak jelah. Main taram je. Huhu

Walopun berjiran tapi kami ni tak pernah lagi bertandang ke rumah memasing walopun kalau ikut kuasa kuda aku ni takdak hal la nak panjat tembok dinding yang lebih kurang paras ketiak aku tu. Bersembang sekali sekali je tu pun kalo bertembong kat porch memasing. Eh, bersembang riuh rendah pun tak pernah jugaklah. 

Lebih kepada bertegur Hai!,Ehh lama tak nampak pi mana?,Baru balik keja ke?,Ehh keja ke hari ni? asyik keja je, tak ambik cuti ke? Selain tegur-tegur camtu, ada jugak berbalas bekas. Kalo aku bagi laksa, mggu depan dia bagi mee. Sweet kan hidup berjiran? Saya sayang jiran saya. Tapi kan!!

Sabtu lepas, raya ke 7. Aku tengah sedap-sedap tidoq sampai ada orang panggil aku dah masuk kali kesepuluh baru aku tersedar macam ada orang panggil nama aku je tapi suara budak! Suara budak tu macam familiar sangat dengan telinga aku ni. Nyaring je aku dengar acik nizaaa! acik niza! ooo acik nizaaaa. Eh, panggil nama aku ke tu? Kacau betoi nak tidoq pun tak senang. Tengok jam dah pukul 9. Alamak!! malulah nak keluaq rumah dengan muka bangun tidoq nih. Kejap lain pulak dia panggil kak nizaaa oooo kak niza! Kami nak bagi agaq-agaq niii acik nizaaa! Ehh, budak ni..memainkan pulak dia.

Rupanya jiran aku bagi agar-agar pandan tapi mana maknya? Mak ada dalam rumah, mak suruh kakak bagi kat acik niza. Owhh..oke. Cakap kat mak terima kasih naa. 

Pelik! Selalunya kak tini yang selalu bagi sendiri kat aku, tak pernah suruh anak dia. Sebelum ni (bulan 6) pun aku ada bertembung dengan dia tapi masa tu dia berdiri kat sebelah kereta je, tak berganjak dari situ. Tak datang pun kat tembok sempadan rumah aku dengan dia. Hairan. Dia tegur aku tanya mana aku pergi sebab dah lama tak nampak kat rumah. Aku cakap aku tengah kursus kat Bentong.

Lepas dari hari tu, tiap kali dia ternampak aku dia tak jadi keluar rumah. Dia tunggu aku masuk rumah dulu baru dia keluar sidai baju ke apa. Kalau terserempak pun dia kan lindung diri dia kat tempat-tempat yang aku tak boleh nampak perut dia. 

Kalau koranglah kan, korang rasa pelik tak dengan pe'el dia tu? Tapi aku dah syak sesuatu la sejak bulan 5 lagi sebab aku terserempak masa kami balik kerja dan baru sama-sama sampai rumah. Aku perasan uniform dia pakai tu lain. Oke, kak tini tu jururawat. Tapi aku buat selamber derkkkk jelah.

Sampailah ke petang kemarin, aku baru sampai rumah balik dari rumah kenduri dengan mertua aku. Kebetulan kak tini masa tu tengah kunci pintu rumah. Suami dengan anak-anak dia dah tunggu dalam kereta. Masa tu pulak abah(mertua) park kereta kat luar gate. Jadi ambik masa sikitlah aku nak jalan sampai ke pintu rumah tu. Masa aku jalan lalu kat tembok tu aku jenguk kepala sebab dah nampak kak tini kan, tapi masa tu dia macam ala-ala menyorok sikit la kat ampaian dia tu. Terus aku tegur dia nak pi mana kak? sambil mata aku TERtengok kat perut dia. Dia jawab nak balik kampung sambil senyum dan muka macam sedikit terkejut. Lepas tu aku terus buka pintu masuk rumah.

Masuk je rumah tengok suami aku dok baring depan tv. Terus aku cakap kat dia yg, yg! patutlah kak tini asyik mengelak je bila jumpa dengan kita. Kak tini mengandung lagi! Mungkin dia malu dengan kita kot, sebab tu dia asyik mengelak ja.

Mungkin dia malu dengan aku kot sebab mengandung lagi anak yang ke4 sebab anak dia yang ke3 tu baru setahun lebih kurang.

Pada aku kan, buat apalah nak malu kalau mengandung lagi. Nak buat macam mana kan.Kadang-kadang kalau pun kita rancang tapi kalau dah nak lekat jugak nak buat macam mana. Buat apa la nak menyorok nak mengelak sampai macam tu. Takut saya mintak ke apa kak? hehe

Aku lagi rasa malu kot sebab sampai sekarang belum ada anak. Pergi kenduri semalam pun ada orang cakap: apa ni, lama dah kawen tak dapat adik lagi. Anak sedara makcik yang kawen bulan 5 baru ni, dok tak larat dah.. buat kerja sat pun penat dah, ada isi dah la tu!

Amboiinyaaa makcik!! takpalah, saya redha. 

Nii baru je tadi, tengah dok menaip entry ni ada orang chat kat facebook massenger: 
haii, bila nak dapat baby. 
entah! Sempat gak balas sebab soalan panas tu.
Tak pandai kaaa..hehe (Ayat kuangjaqq! boleh gelak2 lagi)

Geram, marah dan sikit terasa. Terus tak balas dah. Buang masa layan orang yang tak reti nak fikir guna kepala otak sendiri, yang tak reti nak fikir perasaan orang. 

Ok, balik kepada cerita kak tini. Aku kalau orang dah mengelak camtu mungkin aku pun akan mengelak jugak dari terserempak dengan dia. Sebab aku dah tahu dia malu, dia segan sebab apa kan. Aku pulak jenis bila orang dah segan dengan aku, aku jadi lebih segan lagi dari dia. Huhu. Terbalik. Sebab aku jenis tak reti nak bersembang. Takkan aku nak tanya eh, kak tini mengandung pulak? bila mengandung? Takkan camtu kot kan. tak patut sangat.

Kalau korang camna? Apa korang nak buat? Apa korang nak cakap kalau dia macam dah mengelak dengan kita camtu. Tapi sekarang aku rasa kak tini dah tau yang aku tau dia mengandung lagi. Mustahil aku tak nampak kot sebab perut dia dah besar.

Eh, baru perasan tajuk tu agak menggemparkan kan? Erk! selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 

31.8.12

Cabai atau cili lagi sedap?

Dua minggu dapat cuti raya tapi dok rumah saja je, besarkan perut kembangkan pipi. Kalo boleh dah dapat cuti panjang ni nak je pegi honeymoon kat mana-mana tapi suami kerja. Jadi, dok je dalam rumah buat kerja rumah. 

Boring.

Dalam dok boring-boring ni rasa tak sabar pulak nak masuk kerja. Tak sabar jugak nak kerja kat ofis baru. Tak sabar pulak nak keluar lunch kat food court baru kat Bukit Gedung tu. Terliur nasi campur akak montel tu. Rindu nak gether-gether dengan my friends Anna, Syidah, Ida, Tikah, Endgie, Jewelyn dan eh ramai lagi lah, jenuh nak sebut semua. 3 bulan jugak kot tinggalkan diorang, mestilah rindu bila dah lama tak jumpa.

Dah habis pasal tu. Baca yang bawah pulak.

pokok cili saya.. membesarlah dengan cepat dan sihat ya!

Ehh tak syokk la nak sebut cili, biasa orang kedah sebut cabaiiii. Haa! sebut cabai baru la terasa kepedasan cabai tu. Hiks. 

2 hari lepas balik tidur kat rumah mak di kampung. Masa nak balik mak bagi 3 anak pokok cabai besar. Mak kata balik rumah tanam pokok ni drpd dok saja je.. huhu, terasa ceqqq!

Minggu lepas masa aku buat rumah terbuka mak ada tanya, kenapa aku tak tanam serai ke cabai ke kunyit ke letak dalam pasu.

Eh mak ni tak patut sangat tanya gitu. Macam mak tak kenal je dengan anak pompuan mak yang sorang ni kalau nak dibandingkan dengan kak fiza, dari dulu-dulu zaman gadis sunti tak pernah tanam pokok bunga walo sekuntum pun depan rumah mak apatah lagi rumah sendiri? 

Kuikuikui!

Disebabkan mak dah bagi, aku pun tanam jugak la. Pasu pun tak ada, tak beli. Jadinya letak tanah dalam tupperware yang dah tembuihh dan tanam pokok cabai tu. Pertama kali ni aku bercucuk tanam. Ewah, macam laa dah banyak tanam. 

Tapi bila dah tanam pokok cabai tu, rasa syok pulak dan aku pun dah jadi macam orang lain je, tak jadi macam aku sebelum ni. Contohnya, bila bangun pagi dengan muka sememeh tak basuh tu bukak pintu jenguk kepala sikit kat luar semata-mata nak tengok pokok cabai samada dia segar atau bugar ke tak. Tak bugar juga kaluu, kasi siram sama dia jugaa. Lepas tu tengahari pi jenguk, petang jenguk, maghrib pun jenguk tauu!

Perghh, sakan jugak penangan tanam pokok cabai ni kan. Seronok! Terus si bini cakap kat si laki, yg esok kita pi beli benih sayur sawi nak?  Dibalasnya: Boleh yg, nanti badin panggil kawan suh bawak bedozer tolak tanah depan rumah kita, macam2 sayur boleh tanam yg.

Tediaaa jawapan. Sakit hati punya. Sebab dia tahu aku ni jenis yang macam mana? Jenis hangat-hangat tahi ayam. 

Hurm, itu macam juga kaluu, kena letak taik kambing la buat baja. Hehehe!


ps: Cabai atau cili lagi sedap...sebut?? :D