12.1.12

11 Wanita MALCOY 7 Terima Pingat Misi PBB UNIFIL



KAWKABA, LUBNAN: Perbarisan Penganugerahan Pingat PBB UNIFIL dilaksanakan keatas 11 orang anggota tentera wanita yang terdiri daripada 9 anggota Wanita Tentera Darat termasuk 2 orang pegawai, seorang anggota TLDM dan seorang anggota TUDM.  

Perbarisan ini diketuai oleh Kapten Masrina Jamaludin, Pegawai Perhubungan Raya merangkap Ketua Kontinjen Wanita MALCOY 7 di Dataran Kem MALCON, Kawkaba Lubnan pada 11 Januari 2012 jam 0500 petang waktu Malaysia (0900 pagi waktu Lubnan). Upacara penganugerahan pingat ini disempurnakan oleh Ketua Kontinjen Malaysia, Kolonel Badrul Hisham bin Muhammad dan diiringi oleh Komander MALCOY 7, Leftenan Kolonel Hassim bin Mat. 

Mencatat sejarah pada Misi UNIFIL Lubnan. Mereka adalah kumpulan wanita pertama yang telah memecah tradisi melaksana Misi UNIFIL selama 6 bulan berterusan. Ditugaskan bersama MALCOY 7 bermula 21 Julai 2011 dan akan menamatkan penugasan pada 26 Januari 2012. Sehubungan itu, kejayaan ini telah mendapat pengiktirafan daripada Force Commander UNIFIL, Mejar Jeneral Alberto Asarta Cuevas sekaligus melayakkan mereka menerima penganugerahan pingat PBB UNFIL. 

Mendapat perhatian Komander MALCOY 7, Leftenan Kolonel Hassim bin Mat yang mengetuai Misi UNIFIL berkaitan penglibatan anggota dan pegawai wanita bersama MALCOY 7. Beliau amat berbangga dengan tahap prestasi yang ditunjukkan oleh setiap daripada mereka semasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Penglibatan wanita dalam Misi UNIFIL bukan sahaja banyak membantu dalam segala aspek terutamanya berkaitan pentadbiran dan perhubungan luar malahan diterima baik sekaligus diiktiraf membuktikan keupayaan wanita dalam operasi global...... (Nak baca lanjut tunggu keluar kat surat khabar  :P)


Ketua Kontinjen Malaysia, Kolonel Badrul Hisham bin Muhammad sedang memakaikan Pingat PBB Unifil kepada Lans Koperal Aliza Ja'afar sambil disaksikan oleh Komander MALCOY 7, Leftenan Kolonel Hassim Mat di Kem MALCON, Kawkaba, Lubnan pada 11 Jan 2012.  
PENGHARGAAN...Tiga anggota pranita MALCOY 7, dari kanan Koperal (U) Adila Mohd Mustafa, Bintara Muda Komunikasi Mariana Omar @ Ingon dan Koperal Nor Hasmira Kamaruddin bergambar bersama pingat.
Koperal Noor Fadzlynn Mohd Noor (kanan), Koperal Norhadzlina Abd Jalil, Lans Koperal Aliza Ja'afar dan Koperal Nadia ak Leboy bergambar bersama sijil penghargaan yang diterima daripada UNIFIL.
Kpl Syuhaida Abang Sarbini (kanan) menerima sijil perhargaan pingat UNIFIL daripada Ketua Kontinjen Malaysia, Kol Badrul Hisham Muhammad.
Jeles aehhh tengok depa ni! :P

Press release dengan gambar2 ni aku terima melalui email baru je tadi dari PW 1 Badri yang bertugas di sana untuk publishkan kat blog ni. Thanks encik!

17 comments:

  1. bangga kan kalau dapat berkhidmat sampai kesana..

    ReplyDelete
  2. dr dulu tanya.....
    inspektor gadjetkah????

    ReplyDelete
  3. bawak suami pergi sano tak boleh ke...hehe

    ReplyDelete
  4. ganas muka dorang kan..patutla jadi tentera :)

    ReplyDelete
  5. laki sayang..
    sebab tu dia tak bagi pi...:)

    ReplyDelete
  6. peehhh!!! semangat kental nie sebab tu berjaya sampai sekarang. Semoga mereka berjaya :)

    ReplyDelete
  7. yes. my sister there, proud of you koperal Norhadzlina Abdul Jalil :)

    ReplyDelete
  8. wou .. tumpang bangga dengan mereka yang berjasa in...

    ReplyDelete
  9. Koperal Nor Hasmira Kamaruddin my senior ASPURY Kem Terendak....caya la....

    ReplyDelete
  10. teringat masa suami pergi Bosnia.. 11 bulan kena tinggal...sedihnya..

    ReplyDelete
  11. nape selama ni tak tau kita dok satu area...kulim....akak kt tmn kenari ja

    ReplyDelete
  12. Saya bangga dgn wanita Malaysia yg sgt berani. Lebih2 lagi kpd ketua kontijen tu, satu-satunya abang yg di sayangi.... Yg mengikuti jejak arwah ayah.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. g sane utk melancong best le... klu bkhidmat ape tah yg best nye he3....

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D