28.1.12

9 anggota wanita ATM tamat tugas di Lubnan





KAWKABA 27 Jan. – Seramai sembilan anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kumpulan pertama akan berlepas pulang ke tanah air pada Sabtu (28 Jan 2012) setelah berkhidmat selama enam bulan di bawah Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan sebagai kumpulan pertama Malaysian Company 7 (Malcoy 7)  mulai 21 Julai 2011.  

Pada sesi taklimat ringkas, Timbalan Komander, Lt Kol Zainal Shukri Mohamed Zain mengucapkan selamat kembali ke tanah air dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya kepada pentadbiran MALCOY 7 sepanjang berkhidmat di sini (Lubnan).

Sementara itu, beliau juga mengucapkan turut mengalu-alukan kedatangan kumpulan kedua anggota wanita ATM yang telah sampai di sini pada 25 Jan lalu.

Berita ini diterima melalui email yang dikirimkan oleh Pegawai Waren 1 Badri Mustapa (PIO MALCOY 7, Lubnan)

*******************


#Idaaaa!! selamat kembali ke tanahair dan kembali bekerja seperti biasa. Tugas lama yang ditinggalkan di sini dulu harus diteruskan semula. Hak3..siap mung!

8 comments:

  1. selamat kembali..mana satu kawannya?

    ReplyDelete
  2. berdiri di belakang..yang pendek kat tgh2 tu..dia la...haha

    ReplyDelete
  3. Insya Allah.semuga dia selamat kembali.mesti rindu kt dia kan :)

    ReplyDelete
  4. wow bstnya berkhidmat di luar negara....berkorban untuk agama bangsa dan negara

    ReplyDelete
  5. bestnyeeeee....teringin sangat.....uhukkkuhuhkkk

    ReplyDelete
  6. Bestnye..
    selamat kembali ke tanahair..^^

    ReplyDelete
  7. wahh...slmt kmbali untuk kwn akak tu =)

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum,

    Tahu tak macamana nak menghubungi Kt. Kol. Zainal Shukri Mohamed Zain. Beliau rakan sekolah saya sekitar 1979/1980. Dapat maklumkan ke akmalradzi62@yahoo.com

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D