6.1.12

Belanja, upah, suapan atau rasuah?




Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:-

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."

Menawar/Memberi Rasuah adalah salah satu daripada kesalahan rasuah. Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.




Pada pendapat korang, adakah KFC itu boleh di definasikan sebagai suapan? Aku was-was sebab ada seseorang (non muslim) minta tolong dari aku untuk pastikan 'surat justifikasi bla..bla...' dia ditandatangani oleh bos! Dan aku dah bagi penerangan kat dia macam ni..."saya boleh cop dan bawak masuk surat ni kat bos tapi...saya tak jamin samada bos setuju atau tak nak sign surat justifikasi ni!"

Kemudian dia kata.. "takpa, u just bawak masuk ini surat bagi bos saja. I bawak KFC untuk u." Dan aku sesungguhnya sangat marah masa tu dan berkeras tak mahu dan menolak untuk menerima KFC tu. Dan aku sekali lagi terangkan kat dia.... "Memang tugas saya untuk bagi apa saja yang perlu untuk tandatangan bos tapi saya tak ada jaminan untuk pastikan bos sign surat tu! Kalau perlu u sendiri la bawak surat ni jumpa bos kat dalam. Lagi mudah. Saya mintak maaf lah saya takmau KFC tu"

Lepas  tu dia kata... "No..no! Ini saya belanja bagi u." Degil. Aku suruh dia letak kat pantry je. 

Pasal surat tu aku hanya masukkan saja dalam tray (in) kat bilik bos dan aku tak cakap atau terangkan apa2pun. Pada aku, kalau bos sign..okelah, kalau tak sign aku takleh buat apa. Dan tadi masa bawak keluar folder tandatangan aku tengok surat tu bos sign saja. Tak tanya apa pun kat aku pasal surat tu. 

Tapi tak tahulah, ke aku yang dah terlebih mendefinasikan maksud rasuah tu.. Sebab dia berharap sangat kat aku  agar bos sign surat tu. Aku macam was-was dengan status KFC tu. Ke dia betul2 ikhlas nak belanja. Agaknya betul dia belanja kot kan? Eh...boleh makan ke tak ni??? Dah sejuk gedi ayam tu!  lapar la pulak!! (Hihihi)



15 comments:

  1. dilema kan sebenarnya kalau macam ni?

    ReplyDelete
  2. susah jugak mcm nie. kalu tgk dr sudut dia, nampak sgt dia bg kfc tu dengan balasan. akak makan ke?

    ReplyDelete
  3. kalo was2 elok jgn makan..bg achi ke amma ke makan..nt niza p beli yg lain k :)

    ReplyDelete
  4. Bagi sy....kes awak tak dikira rasuah sbb awak tak pnh minta balasan. Apalagi bila awak degil. Kalau dia dah kata dia nak belanja, awak ambil saja dan anggap rezeki. Itu saja.

    Tapi sy setuju komen TIhara...once awak dah was-was...elok awak jgn mkn. Melainkan awak minta pendapat ulu mcm ne. Actually, benda nie mudah je. Kita yg suke complicated kan keadaan. Kan?

    ReplyDelete
  5. ini dah kira niza was2.kalau was2,biar je la kfc tu terbiar sejuk gedi..

    ReplyDelete
  6. BARU FOLLOW DI SINI.
    SELAMAT PETANG. ENTRI YG MENARIK.
    PETANG NI BLOG AKU CITER PASAL :
    PEREMPUAN, ISTERI DAN DOT DOT DOT
    http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-personaliti-gadis-bakal-menjadi.html
    HARAP SUDI LA TENGOK

    ReplyDelete
  7. KALAU AKAK MEMANG TAK MAKAN LA SEBAB CARA DIA CAKAP..

    "takpa, u just bawak masuk ini surat bagi bos saja. I bawak KFC untuk u"

    SITU PUN DAH NAMPAK CEMANA..KAN??
    TAPI KALAU TAK DE WAS2 MAKAN JE LA..
    HEHEHEH

    ReplyDelete
  8. kalau ikutkan mmg itu rasuah sbb ia bg sesuatu sbg dorongan utk buat sesuatu.

    tapi sbb niza dah terangkan, dia still nak bg..boleh mkn, jika tak was2.

    takpe, lain kali betul2 jgn amik.

    ReplyDelete
  9. Kalau ikut definisi, itu adalah berbentuk rasuah juga Niza..setiap pemberian yg membawa kpd kpentingan urusniaga atau myegerakan urusan tu rasuah lah tu hehe..

    Hati2 ye, jgn kena perangkap..elih pun selalu beringat ni, jgn kerana KFC masuk jailed pulak...takutt ehh

    ReplyDelete
  10. "takpa, u just bawak masuk ini surat bagi bos saja. I bawak KFC untuk u"

    simple...ini rasuah namanya....:)

    ReplyDelete
  11. Normalla kak , ty kerja untuk beri pinjaman / biasiswa utk pelajar...siap bw keropok lekor , kain pasang , kuih raya macam2. tolak tpi katanya iklhas.. pernah dpt bunga kot sbb pinjaman dh hbis byr tanda penghargaan bekerja dgn ty.

    mmg no comment dh .

    ReplyDelete
  12. rasuah bagi KFC...muahaha

    ReplyDelete
  13. nampak dari situ dah nyata2 ianya rasuah..lebih baik berhati2..

    ReplyDelete
  14. ish saya pon rasa lapar nih...tapi tu la mesti kompius kan...kalo kompius tak yah la....kalau tak kompius bedal aje la...=P

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D