3.1.12

Bila isteri ditinggalkan suami...



Assalamualaikum. Tajuk nak menarik pembaca je kan?? Hehe..mesti!! 

Masuk malam ni dah 2 malam suami aku keja malam. Tapi esok last dia keja malam. Tak sabar nak tunggu khamis. Khamis suami aku tak keja dah...boleh teman aku kat rumah. 

3 malam suami aku keja, 3 malam tu jugak aku akan rasa takut, risau, gelisah, nak nangis..semua ada. Aku bukan takut benda bukan2, hantu ke apa ke...err..hantu pun aku takut jugakkkk!! Tapi yang paling menakutkan aku adalah ORANG. Takut orang ceroboh masuk rumah!!

Tahun lepas pernah masuk Metro, kes rogol. Kat taman aku la tapi aku taktau pulak lorong mana. Jenis tak bercampur sangat dengan orang jadi taktau cerita dan taktau sapa. Cuma terbaca kat surat khabar je. Kes dia kena tinggal dengan suami la sebab suami dia keja shift malam, baru kawen. Duduk berdua je dengan suami kat rumah tu. Cemana ntah orang pecah masuk rumah dia dan kena rogol. Eeee..takut aku dengan kes camtu.

Setiap hari sebelum pi kerja pukul 7.45ptg, suami aku akan kunci siap2 semua pintu dan tutup rapat2 semua tingkap. Kecuali pintu yang dia nak keluar la... Buka siap2 lampu depan dengan belakang. Pastu dia pesan suruh terus masuk bilik, kunci pintu bilik..tengok tv dalam bilik je. Dalam bilik tu pulak, dia dah letak golok..golok oke bukan pisau! Pemedih mata, lagi satu apa benda tu cota eh nama dia. 

Sapa tak sayang bini kan...lagi2 bila bini dia asyik dok ajak sms je sepanjang malam sampai la si bini tu tertidur. Mana dengan nak buat keja, nak kena layan sms bini yang penakut lagi kan.. Haha. Kesian kat cik abam aku. Tapi betul...aku penakut betul kalau dia takda kat rumah ni. Paling risau bila jiran aku pun takda kat rumah. Kalau jiran tu ada lega la sikit kan...kalau apa2 boleh panggil dia. Zaman sekarang, bukan boleh harap sangat... kena sentiasa berjaga2. Bahaya!!


13 comments:

  1. betul tu malang tak berbau bahaya ada kat mana2...lock sume pintu kalau leh pakai pintu kebal hheheh...taking care kak...

    ReplyDelete
  2. sama la dengan keadaan akak sekarang..tambah ada anak lagi la risau.mujur sebelah umah akak ni orang bujang..semua jenis dok kat umah malam2..tapi kalau suami kerja malam risau jugak .ni pun dia kerja malam..kalau dia kerja malam akak tidur depan tv ni kat ruang tamu.tak berani tidur dalam bilik takut tak dengar bunyi kat luar..akak ni kalau tengah tidur bunyi kucing melompat pun akak boleh terjaga..ekekekek

    ReplyDelete
  3. - niesa: Tq :)

    - Kak diana: senasib la kita kak... hanya isteri yg ditinggalkan je dpt rasa apa yg kita rasa kan...huhu

    ReplyDelete
  4. baca la ayat qursi, berlindung dengan nya

    ReplyDelete
  5. risau gak tinggai bini kt rumah..takat rompak x pa la..jgn ;la dok p rogol lak

    ReplyDelete
  6. akak doakan niza selamat sentiasa.. take care noo :)

    ReplyDelete
  7. hye, nak kulit cantik?
    saya ada jual vitamin untuk kulit,
    selamat, berkesan dgn harga yang berpatutan.
    :)

    ReplyDelete
  8. saya tak kawen lagi..haha.tapi seram gak dengar ad kena rogol.zaman sekarang kena hati-hati..

    ReplyDelete
  9. saya tak kawen lagi..haha.tapi seram gak dengar ad kena rogol.zaman sekarang kena hati-hati..

    ReplyDelete
  10. kakak cantik..

    kene jaga diri tau..!

    uhuu..seramnye..

    ReplyDelete
  11. Kesiannye kat Jiran tu..
    Hubby lily skrg ni mmg shift malam..perasaan takut tu memang ada...klu mlm mmg awal tido..tapi tgh mlm mesti terjaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian lily...xpe klw hubby shif mlm sy tlg teman kn ye..

      Delete
  12. sama jugak.cik abang slalu keje malam..:)

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D