3.1.12

Kak Siah penipu...!!




Assalamualaikum. Setiap pagi bila nak ke tempat kerja, aku akan singgah beli nasi lemak Kak Siah kat gerai tepi jalan. Tak jauh dari gerai dia ada satu lagi gerai nasi lemak yang lain... tapi aku setia dengan nasi lemak kak siah sehingga kan aku tak pernah sekali pun beli nasi lemak gerai sebelah tu.

Tapi pagi tadi aku betul2 kecewa dengan Kak Siah. Dia dah tipu aku. Mungkin pelanggan dia yang lain pun rasa tertipu jugak. 

Apa sebabnya? Pagi tadi macam biasa aku beli nasi lemak. Aku penggemar nasi lemak asli. Asli maksud aku hanya ada telur rebus, ikan bilis dan kacang goreng, timun dan kuah sambal. Aku tak suka letak lauk bukan2 dalam nasi lemak aku... sambal sotong ke, kerang ke.. tak suka. Mau asli. 

Tapi pagi tadi tiba2 selera aku berubah bila tengok sambal telur puyuh. Macam sedap je. Aku pun ambik 3 bijik telur puyuh sebagai lauk tambahan...lauk asli tetap ada. 

Sampai opis macam biasa..sarapan dulu. Tengah sedap2 makan telur puyuh tu tiba2 bila kunyah rasa lain macam je... Arghhh...ni bukan telur puyuh! Ini fishball!! 2 bijik tu betul la telur puyuh tapi yang sebijik lagi tu bukan. Tapi bentuk dia sebijik macam telur puyuh... bujur. Tak bulat macam fishball lain. Kak Siah ni betul2 buat aku tertipu. 






Tak baik tau Kak Siah menipu pelanggan macam ni. Dahla bayar mahal dari biasa sebab tambah telur puyuh tu tadi. Tak kisah kena bayar lebih sikit sebab telur puyuh tu tapi tu bukan telur puyuh.

Aku patut bagitahu Kak Siah tak pasal tu? Ke aku yang salah sebab tak tanya dia dulu... itu fishball ke telur puyuh? Korang rasa??



10 comments:

  1. kalau azzah,tanya dulu kot...tapi kalau dia charge mahal telur puyuh tu,memang dia sengaja la tu.telur puyuh kan mmg mahal sikit.

    ReplyDelete
  2. huhuh! sabo je lah ngan siah ni, kalo ieda tak tanya, tapi lepas ni tak beli dah dekat dia! :)

    ReplyDelete
  3. hehe.. dia tak sedar kot.. try tanya tgk.. mintak ganti rugi... hehe

    ReplyDelete
  4. hehehehehe opppsss tersalah lah pulak.hehehe

    ReplyDelete
  5. Mgknkah fishball sesat kot? Tercampak sekali dlm kuali yg penuh dgn sambal puyuh?

    Mmm...esok, awak g tegur Kak Siah k? Tegur elok2. Klu tak jalan, awak ckp je mcm nie...

    Semoga Allah halalkan rezeki Kak Siah. Bai!

    =D

    ReplyDelete
  6. nk kena kak siah ni...eh kedai dia tang mana tu ?

    ReplyDelete
  7. sapa suruh tak tanya..hehheh

    ReplyDelete
  8. kak,repot la balik...
    sebagai pelanggan kita ada hak ni...

    errrr mungkin rupa bulat dia sama ngan telor puyuh buat kak siah kite tu nipu sket..

    ReplyDelete
  9. Hmm xperasan kot fishball tu tercampur dlm smbal telur puyuh..huhu..

    ReplyDelete
  10. dia tak ada niat nak tipu kot.. entah entah anak anak dia yang masak, dia pun terlepas pandang, fistball tu sebaga penambah rasa, esok cakap kat dia elok2 memang betul ke cara dia tu atau tak sengaja. cakap macamni

    " kak siah, semalam saya rasa lauh puyuh tu sedap betul, saya ambil 3 biji, lagi rupnya sebijik lagi tu fisf ball, saya ingatkan semua telur puyuh. memang ada dalam resepi ke kak siah?"

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D