13.1.12

Ketagihan dan tabiat yang hakiki




kau ilhamkuuu~~! phuii


Korang mesti kenal dan tahu apa fungsinya benda dalam gambar tu kan? Aku sangat ketagih akan benda tu dan sudah menjadi tabiat aku sejak 9 tahun lalu. Pelik molek pe'el dia ni deh? Huhu!

Aku kan kalau kat rumah sambil2 tengok tv benda tulah yang menjadi pendamping aku di setiap masa lapang yang aku ada. Terutama di waktu santai, dah habis takda kerja sangat sambil baring-baring pun boleh jadi jugak! Percaya dengan tidak, sampaikan tengah mesin baju, air dah penuh pun aku biarkan je sebab terlalu asyik mencabut 'rumput' di bawah lengan. Hehe! Sayang sangat nak lepaskan walaupun nak jalan pi dapur tutup air paip tu bukannya makan masa yang lama pun..seminit pun takdan habis! Tapi?? Suka sangat 'ter'bazirkan air hanya kerananya.

Benda alah ni wajib di bawa bersama-sama terutama kalau pi bercuti dan balik kampung. Tidak boleh tidak mesti bawak! Kalau aku yang terlupa, cik abam yang tolong ingatkan pulak... Laki bini yang sehati dan sejiwang! 

Pasal cik abam tu, aku rasa silap sangat2...silap sebab ajar dia cabut rumput di bawah lengan secara manual masa mula2 kawen dulu. Biasa dia guna mesin rumput je akibatnya ketagihan tu berjangkit kat dia. Dan akhirnya aku menjadi tukang cabut rumput dia sampai sekarang dan untuk selamanya! Denggg!!


17 comments:

  1. hahahahaha...


    mesti licin gila..

    ade ambik upah cabut rumput tak..?

    ReplyDelete
  2. jenuh jugak nak cabut rumput2 tu kan..tp keselesaan lps tu mmg xdpt dinafikan..

    ReplyDelete
  3. hahahahha
    kita pon sukeeee sbb tepengaruh dgn kwn, nikmat die umphhhh! ;p
    licin selalu ;p

    ReplyDelete
  4. xlenguh ke kak cabut rumput lme2..?hehe. klu saya lenguh..

    ReplyDelete
  5. hihi rumput oh rumput..licin--

    ReplyDelete
  6. hahaha.. lawak lah sis nieh

    ReplyDelete
  7. cabut jgn licin sudah la

    ReplyDelete
  8. hehe..en.abg pun dah jadi ketagih juga ye.. ;)

    ReplyDelete
  9. sampai berjangkit ke cik abang dah...
    muahaha...

    ReplyDelete
  10. hahahhah! dulu dok asrama, member aku tlg cabutkan bwh lengan, dia kata suka, so sape yg malas nak cabut sniri pergi kat dia , hahahah!

    ReplyDelete
  11. dpt gaji tiap2 bulan x kak?rara tak suke pakai benda ni sbb sakit.

    ReplyDelete
  12. dulu rajin juga buat gini.. mmg terleka.. tp skrg pakai mesin rumput aje.. he..he..

    ReplyDelete
  13. sakit weh!!leh berair air mata sampai tahap pedih hulu hati.gunakan gaviscon~

    ReplyDelete
  14. cabut rumput a.k.a bulu ketiak?

    uiii... mcm perit je.. cmna bleh ketagih? haha..

    tp 'mencabut' bulu tu sunnah.. kan..

    ReplyDelete
  15. mula2 cabut rumput cik abam..dia teriak woo! sakit! tapi bila lama2 dia kata sedapppp! haha. skrg ni klu lama sgt tak cabut dah rasa gatal2 tak selesa.

    betoi. sapa yg blm penah cuba, try la sekali pasti nak lagi. hehehe

    ReplyDelete
  16. Ahahaha...*gelak guling-guling..

    ReplyDelete

Nak komen? Haa..sila! sila! :D